Archive for 2011

default

Selamat Tahun Baru 2012

on Saturday, December 31, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

GPB ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 untuk seluruh rakyat Malaysia terutama pembaca blog ini .

Tak lupa juga kepada semua rakan blogger pro kerajaan tidak kira blogger Penang , nyamuk , elite , UMB dan lain2 ...tahun 2012 kita kasi gegar lagi hentak Pakatan dan Anwar !


Biarlah kita melangkah ke tahun baru ini dengan perjuangan menegakkan kebenaran Demi perjuangan Alif Ba Ta..

SELAMAT TAHUN BARU 2012

default

Selepas Anwar disamakan Imam Mahdi , muncul pulak pemimpin mengaku Rasul !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.

Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.

Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.

Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.

Komen GPB

Kalau dah pemimpin politik Pakatan Haram pun boleh diangkat & disamakan seperti Khalifah Umar Abd Aziz , Nabi ,dan terbaru  Imam Mahdi ,  setakat artis pun tentu hendak juga .

Memang dah semakin sesat dah pemimpin serta penyokong2 taksub mereka  hingga tidak tahu bahawa gelaran terbabit boleh mengugat akidah mereka sendiri sebagai umat Islam .

default

Satu lagi kejayaan negeri Pakatan , tarian bogel tiang jadi ikon baru !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.



Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya. -kosmo

default

Adakah Adam Adli berani hadir 9 Jan di UPSI ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Di bawah ini merupakan surat dari UPSI minta Adam Adli hadir perbicaraan tatatertib. Tarikh 9 Jan juga hari penentuan untuk Anwar di Mahkamah Tinggi KL.

Adakah Adam Adli akan ke UPSI atau ke mahkamah tinggi bagi pejuangkan bosnya Anwar ?

Untuk kita lihat sama ada Adam Adli hadir , tunggu malam ini demo mereka di depan UPSI dikatakan selama 16 jam .

default

SMM jumpa Pas Kedah, bila masa nak berlajar?

on Thursday, December 29, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Bila GPB ber tweet dengan seorang mahasiswa tentang SMM dan Adam Adli nak round jelajah semenanjung tentang kebebasan akademik, dia beritahu sekarang ini kebanyakan IPTA tengah exam .

GPB dok pikiaq la bila masa puak2 dalam NGO seperti SSM dan BEBAS nak belajar jika dok sibuk berpolitik dan berdemo sana sini. Hari ini mereka jelajah ke Kedah dan Penang, bila masa depa nak berlajar ?

Lagi GPB musykil , mana duit dan dana depa dapat untuk pergi jelajah seperti ini ? Tak kan la duit hasil kutipan sesama rakan untuk buat kerja lawan dan burukkan kerajaan ini.

Mesti gerakan mereka ini dibelakangnya didalangi pembangkang.

Kalau PKR boleh bikin kempen 901 untuk bebaskan Anwar dengan peruntukan yang besar hingga nak jelajah seluruh negara, inikan pulak nak bela budak biaDAP yg telah memalukan Najib iaitu Adam Adli.

Gambar SMM di Wisma Darul Aman..budak mahasiswa lain sedang sibuk ulangkaji sempena exam, depa ini sibuk nak jadi orang politik




default

Sebab utama Adam Adli dan SMM nak berdemo di UPSI didedahkan !

on Wednesday, December 28, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Patut la nak dibuat himpunan haram 16 jam oleh SMM pada 31 Jan ini. Rupanya budak biadap ini takut sangat dengan Jawatankuasa Tatatertib UPSI .

Hal ini kerana , kesalahan dilakukannya ini boleh menyebabkan beliau digantung dan dibuang terus dari universiti.

Memang wajar pun tindakan dikenakan sebab sudah la buat salah memalukan semua mahasiswa, selepas itu tak mahu mohon maaf pulak kepada PM.





Mahasiswa yang terlibat dengan sebarang kegiatan pelampau di luar universiti akan dikenakan tindakan gantung pembelajaran ataupun gugur taraf sebagai seorang mahasiswa.

Timbalan Penasihat Kanan Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM), Khirul Anuar Che Azmi berkata, hukuman yang dijatuhkan bergantung kepada peraturan yang sedia ada.

“Seorang mahasiswa, Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, boleh dijatuhkan hukuman dibuang daripada universiti atau digantung pembelajaran selama dua semester.

“Contoh kes itu dipandang sebagai satu kes yang serius dan ia bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar di universitinya untuk hukuman,” katanya.

Katanya lagi, semua mahasiswa yang ditahan atas kesalahan disiplin akan diadili di peringkat universiti di mana mahasiswa ini akan dibicara dahulu oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. - UTUSAN


default

SMM hasut mahasiswa berdemo untuk budak biadap Adam Adli

on Tuesday, December 27, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments

Sekumpulan mahasiswa akan mengadakan perhimpunan menuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata, mereka akan berkampung selama 16 jam di hadapan UPSI bermula 9 malam pada 31 Disember sehingga jam 1 petang keesokan harinya.

"Malam itu kita namakan sebagai 'Malam Talkin untuk AUKU' (Akta Universiti dan Kolej Universiti... Tindakan kita duduk (di situ) sebagai simbolik.

"Akan ada juga ucapan daripada pimpinan pelajar termasuk Adam sendiri," kata Ahmad Syukri (kiri).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Syukri berkata, sepanjang tempoh tersebut pihaknya merancang beberapa aktiviti, antaranya meletakkan bunga di hadapan pintu masuk UPSI.

Pada 23 Disember lalu, Adam Adli menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin UPSI dan berdepan dua pertuduhan, iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Komen GPB

Bila masa mahasiswa yang nak belajar jika dok sibuk nak berdemo. Masa pulak mengapa 16 jam ? Lain kali buat la 24 jam melalak kerana seorang budak kurang ajar Adam adli ini. Memang tepat la cacao Tun M bahawa mahasiswa Melayu saja yang gila berpolitik.

default

" Bahalol " tuduh Sembang Rakyat ditaja BN

on Monday, December 26, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Pakatan terutama parti chauvinis DAP selalu   bising tuduh  BN yang bikin video SEMBANG RAKYAT  untuk jatuhkan kerajaan mereka ..

Sampai sekarang tiada bukti ditampilkan mereka .  Tetapi video Sembang Rakyat ini sentiasa mendapat tempat golongan muda yang sering layari  you tube .

default

Tun M mengamuk, dokumen Rafizi bohong ?

on Monday, December 19, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.

Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli hari ini yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.

“Saya nak tengok…Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini…pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.

“Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 26 peserta program realiti Adik-Adikku di Yayasan KepimpinanPerdana di sini.

Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.

“Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain,” katanya.

Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing baru-baru ini dilaporkan mendakwa Dr Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan.

Dr Mahathir kemudiannya mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan perkara itu.


default

Adam Adli adalah umpan PKR untuk UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Plan Chegubard dan PKR mengena . Bila ramai orang marah terutamanya orang Umno kepada Adam Adli, mereka burukkan Umno main gengster dan create isu simpati.

Anda boleh lihat video di bawah ini bagaimana game mereka divert perbuatan biadap ini kepada simpati

default

Pemuda UMNO dah bersuara, kecam mahasiswa bangsat Adam Adli !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap dan melampau oleh peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) petang semalam yang telah menurunkan bendera yang memamparkan gambar Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, dan menggantikannya dengan bendera himpunan mereka.

Tindakan sedemikian memaparkan bahawa kumpulan ini langsung tidak matang dan bertanggung jawab malahan mencabul etika dan adab ketika mengunjungi mana-mana tempat.

Bagi Pemuda UMNO, kami konsisten dalam memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa dengan seruan agar pindaan dilakukan ke atas AUKU bagi memberikan peluang dan pengiktirafan kepada mahasiswa untuk melibatkan diri di dalam politik. Namun dalam kita merai serta menyamarakkan semangat keterbukaan dan penyertaan ini, jangan pula ada yang mencemar mahupun memperlekehkannya dengan perlakuan yang tidak mencerminkan tindakan dan pertimbangan yang matang.

Bahkan, perlakuan sedemikan tidak sepatutnya ditonjolkan oleh golongan mahasiswa yang mahukan peranan dan suara mereka sebagai golongan cendiakawan diiktiraf dan diwakili dalam masyarakat.

Pemuda UMNO menyeru agar mahasiswa tampil dengan perjuangan yang rasional dan beradab jika ingin bergiat di dalam politik. Perjuangan ini hendaklah berpaksikan kepada kebijaksanaan, peniliaian yang rasional serta kematangan terutama sekali dalam menghormati perbezaan pendapat. Janganlah kita begitu mudah terjebak dengan ledakan emosi mahupun terpaut dengan aksi yang tidak mencerminkan ketajaman pemikiran dan idealisme orang muda di kalangan mahasiswa.



Pemuda UMNO menggesa agar siasatan dilakukan ke ataskejadian tersebut dan pada masa yang sama mendesak agar pihak penganjur, yang terdiri daripada Solidariti Mahasiwa Malaysia dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, memohon maaf kepada Presiden UMNO dan UMNO keseluruhannya.

Sumber: www.rembau.net.my


default

Drama Godfather DAP berakhir , akhbar Tamil dipersalahkan

on Friday, December 16, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Macam sial sekali drama Tamil pertelingkahan antara Godfather dengan Ramasamy .  Yang jahatnya ialah akhbar Tamil kononnya membuat laporan silap .

Kalau laporan akhbar ini silap , mengapa Rayer yang penakut ini sanggup pi buat laporan polis disebabkan ugutan bunuh ??   Jangan ingat orang bodoh la dengan ending rekaan Kit Siang dan anaknya ini.








Rayer buat laporan polis, dakwa terima ugutan bunuh

ADUN Seri Delima, RSN Rayer hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi beberapa panggilan telefon sejak semalam.

Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Reyer mendakwa pemanggil mengaku penyokong Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy.

Pemanggil yang bercakap dalam bahasa Tamil memberi amaran kepada saya agar tidak membangkitkan sebarang isu mengenai Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang esok, jika saya sayangkan nyawa saya dan nyawa keluarga saya, katanya.

Bagaimanapun kata Rayer, beliau tidak gentar dan akan terus bercakap mengenai isu tersebut termasuk meminta Ramasamy memohon maaf berhubung kenyataannya mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sebagai 'godfather'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi, mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

- Bernama

default

Mahfuz seronok Hassan Ali keluar Pas

on Thursday, December 15, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kanan) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS
negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, PAS tidak pernah membantah mana-mana anggotanya meninggalkan parti kerana ia merupakan hak dalam negara demokrasi.

default

Kemunafikan Tuan Ibrahim semakin teruk sejak jadi Ketua Penerangan PAS !

on Tuesday, December 13, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Exco Pemuda UMNO, Hishamuddin Yahya atau lebih dikenali sebagai Yob, menggesa Tuan Ibrahim agar berhenti terus atau paling tidak pun mengurangkan sikap munafiknya yang semakin keterlaluan dan semakin ketara semenjak kebelakangan ini.

Ini berikutan Tuan Ibrahim menggesa agar Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana 'kegagalan' program NFC sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak Pakatan, terutama sekali dari kem PKR.

Menurut Hishamuddin, Tuan Ibrahim adalah seorang munafik yang berselindung di sebalik jubah dan kopiah seorang ulama. Kemunafikannya terserlah apabila Tuan Ibrahim Tuan Man begitu menyokong Anwar Ibrahim yang sudah pun didapati bersalah kerana meliwat dan menyalahguna kuasa pada tahun 1998 dahulu dan sekarang, sedang berhadapan pula dengan satu lagi kes liwat di mana para peguambelanya kelihatan sangat gagal untuk mencetuskan keraguan dalam kes tersebut.

Menurut Hishamuddin, Tuan Ibrahim seharusnya membaca Laporan Ketua Audit Negara itu dengan sejelas-jelasnya dan kalau tak faham, eloklah juga ke sekolah semula untuk belajar mengeja dan memahami ayat.

"Tiada sebarang perkataan GAGAL dalam laporan berkenaan. Justeru, bagaimana Tuan Ibrahim boleh mengatakan ianya adalah satu kegagalan?"

Kata Hishamuddin lagi, program tersebut sedang berjalan dengan lancar dan menjelang 2015, target sebenar iaitu 60,000 ekor lembu disembelih dalam program tersebut akan dicapai tanpa sebarang halangan.

"Semalam, 1615 ekor lembu lagi dari Australia untuk batch ke-8 telah didaratkan dan dihantar ke pusat fidlot, Gemas. Januari nanti, batch ke-9 pula. Jadi, di mana gagalnya?" soal Hishamuddin lagi.

Menurut Hishamuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man sebenarnya hanya bermain persepsi dan cuba menipu rakyat Malaysia, terutama sekali pengikut PAS memandangkan kebanyakan daripada mereka hanya suka mendengar ceramah dan sentiasa menolak untuk membaca sesuatu yang bertentangan dengan kehendak mereka. Dek kerana itulah, walaupun tiada di dalam Laporan Ketua Audit Negara tentang kegagalan NFC, mereka tetap percaya ianya adalah satu kegagalan kerana terlalu kerap ditohmah oleh para pemimpin Pakatan.

"Munafik tak munafik, perhatikan sendiri tingkah laku Tuan Ibrahim Tuan Man. Dia bekerja bagi pihak kartel daging yang selama ini memopoli pasaran daging negara dan kebanyakan daripada kartel tersebut bukannya beragama Islam. Bukan itu sahaja, daging yang dikatakan halal pun, sebenarnya diragui. Kenapa agaknya Tuan Ibrahim membela kartel-kartel tersebut kalau bukan kerana dia seorang munafik!" kata Hishamuddin lagi.

default

Awang Import kembali sertai Liga Super Malaysia 2012

on Saturday, December 10, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Nama Penuh: Brendan Gan
Tarikh Lahir: 3 June 1988 (1988-06-03) (age 22)
Tempat Lahir : Sutherland Shire, Australia
Tinggi : 1.78 m (5 ft 10 in)
Posisi: Attacking Midfielder
Kelab Sekarang:   Sabah FA  
Kelab dahulu   :  Sydney FC


 Zacharia Simukonda bekas penyerang Perlis kembali 
semula ke Liga Super menyertai T Team 


 Lamin Conteh Jr sertai semua skuad Perlis 


 Bekas bintang MPPJ , Bruno Martelotto memilih pasukan 
B Sathianathan iaitu ATM  

Marlon tidak diterima Wan Jamak sebab faktor usia 
 ATM pulak sambar pemenang  Kasut Emas
Liga Super ini 


Lazar Popovic , bekas penyerang Serbia U-23 
memilik pasukan Cikgu Jan iaitu Perak FA 


 Bintang Lebanon , Muhamad Ghaddar memilih Juara 
Liga Super , Kelantan 


Denny Antwi dari Ghana  memilih Kelantan 

Senarai pemain import Liga Malaysia 2012

Kelantan FA
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghana)
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)

Terengganu FA
1. Jusio Nunis (Brazil)
2. Sibi Gwar (Nigeria)

Selangor FA
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (Congo)

Kedah FA
1. Daniel Baroni (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
2. Bruno Martelotto (Argentina)

Perak FA
1. Lazar Popovic (Serbia)
2. Michal Kubala (Slovakia)

Negeri Sembilan
1. Marquem Goncalves (Brazil)
2. Emmanuel Owona (Cameroon)

T-Team FC
1. Zacharia Simukonda (Zambia)
2. Bojan Petrit (Bosnia)

Sabah FA
1. Brendan Gan (Australia)
2. Michael Baird (Australia)

Sarawak FA
1. Kalle Sone (Cameroon)
2. Guy Bwelle (Cameroon)

PKNS FC
1. Dawood Nicoise (Perancis)

Perlis FA
1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)
2. Lewis Henry (Sierra Leone)

default

Dunia tak kiamat pada 2012 - Pakar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



PALENQUE, Mexico, 9 Dis — Jika anda bimbang bahawa dunia ini akan berakhir penghujung tahun depan berdasarkan kalendar kaum Maya — bertenang kerana tarikhnya masih jauh daripada ramalan.

Itu penegasan pakar-pakar Maya yang mengetepikan sebarang kepercayaan bahawa kaum Maya purbakala telah meramalkan dunia akan kiamat dengan malapetaka buruk pada Disember 2012.

Perkara itu juga telah digambarkan menerusi filem “2012” mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dua tahun lalu.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Ia mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tanggal 21 Disember 2012 bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Kalendar itu menyebut bahawa detik itu akan membawa kembali Bolon Yokte, dewa Maya yang dikaitkan dengan perang dan penciptaan.

Penulis Jose Arguelles merumuskan tarikh penghujung masa “yang kita ketahui” dalam buku 1987, yang spekulasinya menjurus kepada akhiran pergolakan dahsyat.

Bagaimanapun pakar-pakar yang mengadakan mesyuarat mereka di bandar raya Maya di selatan Mexico menjelaskan, ia hanya menggambarkan pengakhiran satu tempoh penciptaan dan permulaan kepada yang baru.

“Kita kena jelas mengenai ini. Tidak ada ramalan bagi 2012,” kata Erik Velasquez, pakar dari National Autonomous University of Mexico.

“Ia hanya falasi pemasaran,” kata beliau.

National Institute of Anthropological History yang berpejabat di Mexico sedang cuba untuk menghilangkan rasa ragu-ragu siri ramalan mengenai pergolakan dahsyat yang akan membawa kiamat.

“Pemikiran muluk-muluk Barat telah memutarbelitkan pandangan dunia tentangan dunia ketamadunan purbakala seperti (kaum) Maya,” kata institut itu dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Reuters.

default

Jom lihat fakta industi Doll pesat membangun di Eropah

on Thursday, December 8, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





default

Akibat terpengaruh raba nenen , coli pun dirembat !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



“Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.

default

Akibat terpengaruh raba nenen , coli pun dirembat !

on Wednesday, December 7, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



“Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.

default

Apa kaitan Husam dengan China doll ini?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Apa cerita ni Husam ? Bila tersebarnya gambar ni , Timbul banyak persoalan tentang siapa China doll ni ? Jawapannya hanya ada pada Husam.

default

Zahid Hamidi beri perhargaan sebab tahu hasil kerja blogger pro UMNO

on Sunday, December 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GPB semalam di dalam Dewan Merdeka terharu sangat pengiktirafan hasil kerja blogger oleh seorang pemimpin kanan parti iaitu Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi . Di dalam dewan keramat parti terbesar orang Melayu , ia menjadi saksi peranan blogger sebagai cybertrooper UMNO dihargai .


" Yang berjuang untuk kita, tanpa upah , tanpa tidur , tanpa ada sebarang ganjaran .. kita berikan penghargaan kepada cyber trooper kita "


Kata-kata ini membuktikan  Datuk Seri Zahid tahu kerja seorang blogger !  GPB salute  seorang Naib Presiden seperti  Datuk  Zahid !  Mantan Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO P.Pinang ini memang seorang pemimpin yang hebat !

GPB yang membuat coverage perhimpunan agung UMNO ini hingga semalam walaupun tidak mendapat layanan hebat sepertimana media arus perdana & akhbar Cina , tapi  kita tetap menjalankan tanggungjawab juga atas nama perjuangan untuk membantu parti .



** Ada benda yang nak kena tegur untuk PAU 2011 ini .....

default

Pengacara No 1 Malaysia Aznil Nawawi beri sokongan kepada Najib & UMNO ?

on Saturday, December 3, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sempena PAU 2011 , begitu ramai artis terkenal Malaysia hadir ke himpunan parti Melayu terbesar yang berlangsung di PWTC .  Petang tadi GPB dan rakan blogger Mat Kilau Penang dalam dok merayau di dalam dewan  merdeka , terserempak dengan Pak Nil a.k.a Aznil Hj Nawawi .

GPB tak sangka ikon pengacara No 1 Malaysia ini pun hadir PAU 2011 yang mana hari ini merupakan penggulungan oleh Presiden UMNO iaitu YAB DS Najib Tun Razak .

Adakah Aznil menyokong parti UMNO ??   Sedangkan ucapan Najib  ini disiarkan live di TV ke seluruh negara dan sudah tentunya beliau boleh menonton di rumah .

Jawapannya hanya ada pada Pak Nik sendiri ... apapun GPB ucap terima kasih kepada beliau yang sudi hadir ke himpunan keramat orang Melayu ini



Kenyataan media Presiden UMNO selepas berakhir PAU 2011

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2011, yang berakhir hari ini, mencapai empat objektif yang ditetapkan dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).



Dalam ucapan penggulungannya, Perdana Menteri berkata para perwakilan telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan beliau pada permulaan perhimpunan itu.


Objektif pertama ialah beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.


Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.


“Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional,” katanya.


Katanya tujuan perhimpunan itu juga adalah bagi mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan untuk menjayakan pelan transformasi berkenaan.


Dalam objektif keempatnya, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyatMalaysiaboleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.


Najib berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.


Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan kekalahan UMNO pada pilihan raya lepas adalah disebabkan oleh anggota yang mengkhianati parti.


“Seperti yang disebut dalam ucapan Muhyiddin, kita perlu ada semangat berpasukan sebab bila kita analisa kekalahan dulu (pilihan raya umum 2008) kita kalah kerana ada orang UMNO yang mengkhianati partinya sendiri, betul tak?”, kata beliau dan disambut laungan daripada semua perwakilan dan pemerhati yang mengiyakan kata-katanya itu .


Beliau berkata jika semua anggota UMNO taat dan setia kepada parti, BN akan menang pada bila-bila masa kerana kekuatan dan perpaduan anggotanya.


“Bila balik ke kawasan kelak, janganlah meluat tengok muka Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian pun bila tengok muka timbalannya, jangan pula ingat dia nak ambil jawatan ketua bahagian,” katanya.


Najib berkata semua anggota parti haruslah insaf dan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana jika UMNO tewas dan tersungkur, maruah agama dan bangsa juga turut binasa.


“Ini tanda transformasi besar parti telah bermula, pada detik saat ini, ketika bersejarah ini dalam dewan ini, ambillah seruan Allah (swt).


“Hendaklah kita bersiap sedia dengan segala kekuatan yang ada, lengkap diri masing-masing, turun kemedanjuang sebagai satu saf yang padu, pasukan yang kukuh, barisan yang kuat dan jemaah yang ampuh”, katanya.

default

Zahid Hamidi puji peranan blogger melawan fitnah Pakatan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Semua perwakilan di dalam Dewan Merdeka sekarang ini menantikan ucapan penggulungan Presiden sebentar sahaja . DS Zahid Hamidi mengejutkan dalam ucapannya bila iktiraf peranan cyber troopers Umno yang banyak membantu parti dalam media baru.

default

Orang lain kahwin, Musa Hassan jadi mangsa fitnah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Bila pelakon dan artis Syella kahwin dengan seorang jutawan kaya dan dikatakan belanja sebanyak 15 Juta, blogger pakatan ini menabur fitnah bahawa lelaki berkenaan adalah bekas KPN TS Musa Hasan .

 Tapi kalau anda melihat sendiri gambar di blog mereka kononnya sbg bukti, .Sah ini membuktikan pembangkang memang kilang  fitnah .




default

Video CD Kamal Saidin paling laris dijual

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Bila GPB meronda di kedai jual Vcd ucapan PAU 2011 , menurut mereka vcd ucapan usul agama oleh perwakilan Kedah , Ustaz Kamal Saidin paling laris seperti pisang goreng panas. Sampaikan disalin hingga 4 kali !

default

Gambar menarik sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ini merupakan sebahagian gambar  sempena PAU 2011 yang sedang berlangsung dari 29 Nov 2011 dari pada kamera lensa GPB .


gambar kenangan - Datuk Hamidah ,Dr Novandri & Datuk Muhkriz Mahathir 



perwakilan dari Sabah , Datuk Salleh beri gred A kepada pentadbiran Najib 



Istilah  kabel  Wayar untuk isu winnable candidate menarik perhatian perwakilan 



Datuk Mukhriz mewakili perwakilan UMNO Kedah 

 Apa yang Datuk Seri  Presiden fikiran ? 





Tun Abdullah Ahmad Badawi melawat bilik media & memuji kemudahan 
yang disediakan sempan PAU 2011 kali ini 




KP UMNO sekarang melihat gambar wajah KP terdahulu seperti 
Datuk Seri Najib , Datuk Seri Zahid & TS Rahim Thamby Chik 




 celoteh dan gelagat perwakilan UMNO P.Pinang mengamatkan Dewan 
Merdeka hari ini 

Tidak protokol : Tun Abdullah sanggup duduk bersama 
perwakilan bahagian di Dewan Merdeka 

Pemuda Hulubalang & Puteri Permata ...




 Apa yang Tok Man kunyahkan tu ? 

 Perwakilan gelak ketawa termasuk Presiden kerana 
perwakilan UMNO PP telah  berjaya bongkar rambut terbaru 
Datuk Tengku Adnan 


Presiden pun terkejut rambut Setiausahanya yang baru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.