Archive for March 2010

default

Muhyiddin buktikan dirinya berjiwa Melayu

on Wednesday, March 31, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Saya adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu saya bukan rakyat Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini lah reaksi balas kepada Bapa Rasis DAPig Kit Siang yang cuba provokasi dengan mencabarnya untuk menyatakan sama ada dia adalah Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu. PB mengucapkan syabas kepada TPM yang berani dan membidas kuda tua DAP kafir harbi yang mempersoalkan ketulenan 1 Malaysia dalam diri beliau .

Dia tak faham erti apa itu Persekutuan Malaysia, Mana boleh saya kata saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Melayu di tempat kedua? Semua orang Melayu akan bidas saya...dan ini tak betul,”


Kit Siang sebenarnya sengaja mahu mencetuskan perbalahan antara Muhyiddin dan Najib dan ini diakui dan diungkapkan dalam ucapan pergulungan TPM di Dewan Rakyat hari ini .

"Apa Kit Siang buat nak pecahkan hubungan saya dengan Perdana Menteri ..saya tidak akan termakan helah digunakan ini .."

Baru-baru ini Kit Siang mencabar Muhyiddin untuk berikrar jika beliau menyokong insiatif 1Malaysia yang dipelopori oleh Najib yang memperjuangkan perpaduan nasional, toleransi etnik dan kecekapan kerajaan. Hari ini pulak Kit Siang cuba meroyan lagi dengan minta meletakkan jawatannya jika gagal “mengakui bahawa dia adalah pertama rakyat Malaysia dan keduanya baru seorang Melayu.”

Memang cukup celaka dan biadap kuda tua DAP ini !! Memang dasar pemimpin chauvinis macam ini lah perangai dan kurang ajar mereka.

Kalau lu boleh tanya Muhyiddin soalan demikian , PB cabar kuda tua DAP ini untuk menyatakan sama ada dia adalah CINA atau rakyat Malaysia terlebih dahulu !!!! Tentu kuda tua keparat ini akan cakap dia Cina dahulu bukan rakyat Malaysia ..

Kalau kuda tua ini tak berani cakap , lihat sendiri anak dia Khalifah Guan Eng di PP , di sana anak kesayangannya itu mengamalkan dasar Cina diutamakan hingga dibiarkan peniaga2 Cina berniaga di New Lane terus dan jalan itu ditutup untuk laluan kenderaan . Gerai-gerai Melayu pulak seperti gerai ikan bakar dan batu feringgi dirobohkan dengan zalim .

default

Muhyidin tempelak DAP dalam isu SJKC dan SJKT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


KUALA LUMPUR 30 Mac – ‘Sarang tebuan jangan dijolok kerana buruk padahnya’.

Maksud pepatah Melayu itu selayaknya digambarkan dengan apa yang berlaku antara M. Manogaran (DAP – Teluk Intan) dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sesi penggulungan Kementerian Pelajaran menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Mungkin Manogaran tersilap menilai keupayaan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjawab soalan celahannya yang lebih bersifat kepada provokasi apabila mendakwa kerajaan menganaktirikan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini.

Muhyiddin menjelaskan, bahawa tuduhan itu salah kerana kerajaan tidak pernah sekali pun menganaktirikan kedua-dua sekolah itu, malah telah mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

“Kerajaan telah membiayai sebanyak RM1.8 bilion untuk membayar gaji guru-guru di sekolah Cina dan Tamil, jika anak tiri tidak mungkin kita akan membelanjakan duit sebanyak itu. Ini satu kenyataan berbau perkauman.

“Berbanding dengan kerajaan Pulau Pinang yang memperuntukkan beberapa juta sahaja tetapi riuh sehingga seluruh dunia,” katanya.

Tambah Muhyiddin, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang diiktiraf sejarah dan perlembagaan, bahasa lain boleh dipelajari dan digunakan tanpa halangan.

Tegas beliau, permintaan untuk menyamatarafkan bahasa lain dengan bahasa Melayu merupakan tindakan tidak adil, malah ia bercanggah dengan Akta Pelajaran dan Perlembagaan Persekutuan.

“Dasar kita sudah jelas, ia dibawa dan diluluskan dalam Parlimen yang mana martabat bahasa Melayu diperakui tidak sama dengan bahasa lain, bukan bermakna kita anak tirikan tetapi ia terkandung dalam perlembagaan dan kita junjung, semua pihak patut hormati dan terima perbezaan ini.

“Tak kan benda itu pun DAP tidak faham, kerajaan tidak pernah sekat untuk belajar malah kita bantu, sediakan guru dan peruntukan tetapi hendak sama taraf bahasa lain dengan bahasa Melayu, saya fikir itu tidak adil, nampak sangat Yang Berhormat tidak memahami sistem pendidikan kebangsaan,” katanya.

Mengenai Kesusasteraan Cina dan Tamil, jelas Muhyiddin, kerajaan telah benarkan ia dimasukkan dalam peperiksaan SPM, tetapi kerana dasar had 10 subjek ia tidak dijadikan sebagai subjek teras.

Muhyiddin mengakui akibat begitu bertolak ansur telah wujud kebimbangan akan wujudnya segelintir pelajar yang gagal menguasai Bahasa Melayu dengan baik, selain lemahnya semangat kekitaan di kalangan rakyat.

Dalam pada itu, beliau juga menegur tindakan segelintir ahli Parlimen pembangkang yang menyalahkan dasar pendidikan apabila masih terdapat pelajar Islam gagal membaca al-Quran.

Beliau berkata, kerajaan telah memperkasakan pengajian Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di sekolah-sekolah dan menjadikan program Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) sebagai program pendidikan Islam sepanjang hayat.

“Apabila anak-anak tidak boleh baca al-Quran jangan salahkan kerajaan dan sekolah sahaja kerana ia juga merupakan tanggungjawab ibu bapa, malah ia adalah fardu kifayah untuk memastikan anak masing-masing mampu menguasainya.

“Saya datang dari Johor, sebuah negeri yang amat mengutamakan pendidikan Islam melalui sistem pendidikannya yang sistematik, saya semasa kecil diwajibkan oleh ayah untuk menguasai al-Quran, setiap malam selepas maghrib kena mengaji,” katanya.

default

P94 Hulu Selangor : MIC beri nama calon kepada PM ,

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- MIC telah menyerahkan nama calon pilihannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata nama itu diserahkan ketika beliau bertemu Perdana Menteri di Parlimen tengah hari Selasa untuk berbincang persiapan menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Saya telah bagi tahu siapakah nama calon kepada Perdana Menteri. Beliau terima, beliau akan siasat dan panggil saya sebelum beliau keluar negeri," BERNAMA



Soal calon untuk Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini , PB menyokong siapa saja calon yang bakal ditentukan oleh PM kerana beliau telah berjanji kriteria utama calon tersebut adalah kehendak rakyat kawasan itu . Walaupun rakan blogger GAP tidak bersetuju dengan pandangan DS Khir agar diberikan kepada MIC tetapi atas semangat muafakatan BN dan gagasan 1 Malaysia , calon dari MIC mungkin menjadi taruhan .

Samada calon dari MIC @ UMNO , PB berharap jika calon MIC dipilih bukannya G Palanivel kerana terbukti beliau ditolak oleh rakyat kawasan itu pada PRU 12 . Lagi satu faktor ialah G Palanivel sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat di Parlimen itu mungkin sekarang kali ini sudah tiba masanya diberi peluang kepada calon lain yang kuat bekerja dan mesra rakyat .

Jika MIC menjadi taruhan Najib, beliau juga seharusnya meletakkan syarat kepada MIC jika mahu calon mereka dipilih, mereka harus berjanji bersatu dan bekerja lebih kuat dalam kempen pilihanraya kali ini. Kita tidak mahu episod di Bukit Selambau di mana calon MIC bertanding tetapi UMNO dilihat banyak buat kerja ketika berkempen .

default

Al Gore disebalik tabir isu APCO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Anwar_AlGore2

Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Foto ini dirakam semasa mesyuarat Generation Investment Management Group (GIM)di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore. GIM
melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel. Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan.Klik di sini

AIDCNews

Anwar dipercayai membangkitkan isu hubungan APCO dengan Kerajaan Malaysia kerana telah diarahkan oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Arahan ini dilakukan kerana APCO dikatakan terlibat dalam usaha menghalang kerajaan Kanada daripada menandatangani Protokol Kyoto bersama syarikat Exon Mobil dan Talisman Energy.


Al Gore dikenali sebagai bekas pemimpin yang memperkenalkan kempen pemanasan Global dan Protokol Kyoto merupakan antara usaha besar kempen yang dijalankannya.

Amerika Syarikat menandatangani Protokol Kyoto pada tahun 1998 sewaktu Al Gore menjadi naib Presiden, dan melalui protocol tersebut ia telah menetapkan had dan batasan tentang peluasan penggunaan bahan bakar fosil/minyak .

Kebanyakkan negara membangun menggangap Protokol Kyoto adalah berat sebelah kerana protocol itu akan membantut pertumbuhan ekonomi negara membangun, sedangkan pemanasan global lebih banyak disumbangkan oleh negara maju.

Presiden Clinton dan Al Gore pada akhir penggal pemerintahan tidak berjaya dalam mendapatkan sokongan sepenuhanya negara diseluruh dunia menandatangani protocol tersebut.

Sehingga kini Al- Gore masih mengerakkan jentera mendesak negara-negara diseluruh dunia menandatangani perjanjian tersebut, selain itu beliau sendiri telah melancarkan projek hijaunya diseluruh dunia.

APCO pula merupakan Syarikat Perhubungan Awam yang menjalankan perniagaan berteraskan komunikasi dan mempunyai pejabat pewakilan diseluruh dunia termasuk Indonesia, Turki, dan United Arab Emitares.








default

Anwar pun ada hubungan dengan APCO ??

on Tuesday, March 30, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Anwar ketika bersama NED Board


Hari ini di Parlimen , panas dengan isu Anwar Al Juburi yang menghantam kerajaan dalam isi APCO ini dengan mendakwa kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dengan APCO sebelum gagasan 1 Malaysia dilancarkan oleh Najib .

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (picture) caused a stir in Parliament today when he claimed that APCO’s links with the Najib administration started well before the 1 Malaysia concept.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had previously stated that APCO’s engagement came after the inception of 1 Malaysia.

Today, Anwar said that leading figures within APCO were already working for the Malaysian government under the company Mind team Sdn Bhd.

“Before APCO existed in Kuala Lumpur, the government had appointed Myteam Sdb Bhd. This company, which had offices in KL, were led by key individuals who are also senior personnel within APCO.”
klik di sini




Apabila puak-puak PAS dan PKR melihat Anwar mendedahkan perkara ini , maka bertepuk tangan la mereka ini dan terus mengangkat Anwar sebagai hero pembela Islam . Malah ada juga penyokong tegar Anwar ini terus mengutuk kerajaan iaitu Siapa Pengkhianat yang sebenar ?

PB hairan dengan para penyokong taksub Anwar dan terus mempercayai apa yang dikatakan oleh Anwar. Persoalannya sekarang , bagaimana Anwar tahu banyak mengenai APCO Worldwide ini ??

Khairy Jamaluddin hari ini di Parlimen membangkitkan persoalan ini dengan mendakwa Anwar mempunyai mengenali dan bersahabat dengan tokoh-tokoh di dalam syarikat perunding itu .

Kita mendengar penjelasan Ketua Pembangkang... ia hujah yang lemah,” kata Khairy.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata Anwar secara peribadi ada hubungan dengan personaliti-personaliti utama dalam majlis penasihat antarabangsa APCO.


“Jika kita lihat pada majlis penasihat antarabangsa firma ini, ada beberapa pemimpin yang ada hubungan dengan Anwar Ibrahim.

“Ini adalah syarikat yang sama Anwar mendakwa mempunyai hubungan yang kukuh dengan kerajaan Israel sedangkan anggota majlis penasihat antarabangsa mempunyai hubungan yang kukuh dan bersifat peribadi dengan Anwar,” kata Khairy.

Salah seorang yang beliau sebutkan ialah Stephen J. Solarz, yang merupakan bekas anggota Kongres.Khairy mendakwa Solarz pernah berada bersama Anwar dalam International Crisis Group.Selain itu menurut Khairy, personaliti-personalti lain Besides Solarz, Sergio Marchi, Lalit Mansingh, Aleksander Kwasniewski (bekas presiden Poland), Jane Nelson dan Elliot Abrams yang turut mengenali Penasihat PKR itu secara peribadi.

Keenam-enam mereka kini menganggotai majlis penasihat antarabangsa APCO Worldwide.



“Lalit Mansingh merupakan rakan sepasukan Anwar dalam badan pemikir pro-Israel, Brookings Institute, yang diuruskan oleh Saban Centre for Middle East Studies.

“Brookings Insitute yang selalu menjemput Anwar sebagai penceramah dalam persidangan-persidangan dibiayai oleh Haim Saban, seorang Yahudi pro-Israel dan menentang rakyat Palestin,” katanya.


Apa yang didakwa Khairy ada benarnya dan Elliot Abrams iaitu salah seorang Yahudi berpengaruh dalam pentadbiran Amerika Syarikat dan sering membantu perjuangan Anwar. Menurut sumber , beliau sering promosikan Anwar di Amerika kerana kononnya Anwar adalah pejuang demokrasi sebenar .

Yang lebih menarik lagi, Elliot Abrams menasihat dan membantu Anwar secara percuma tetapi syarikat APCO ini mengenakan bayaran kepada kerajaan Malaysia

Jadi , apa maknanya jika Anwar dapat free dan kerajaan Najib dikenakan bayaran?

Mudah jawapannya iaitu Anwar lebih rapat dengan Yahudi berbanding Najib ..

tengok gambar Anwar jumpa Al Gore di London baru-baru ini cukup memberi kita seribu satu makna. Al-Akhbar, sebuah akhbar Mesir menggambarkan Al Gore seorang tokoh yang amat menyayangi bangsa Yahudi. Organisasinya, Generation Investment Management telah melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel.

Anwar menuduh kerajaan ada hubungan dengan Yahudi tetapi dia lupa dirinya lebih teruk lagi iaitu kerja dengan mereka malah dapat sumber dana pun dari mereka juga .. klik di sini


Baca juga di artikel manarik Apabila balaci Yahudi meroyan

default

Anwar tuduh kerajaan dalam isu APCO , tapi Azmin Ali sahkan Anwar terlibat dalam organisasi taja Israel

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Selepas pendedahan yang dibuat Kumbang mengenai Anwar menjadi ahli lembaga penasihat Generation Investment Management Group yang menaja syarikat Israel semalam.

Kumbang didatangi bertalu-talu panggilan telefon daripada rakan-rakan PKR yang meminta Kumbang mengemukakan bukti kaitan Anwar dengan organisasi itu.

Almaklumlah begitu taksub dengan Anwar, mereka langsung tidak mempercayai Anwar terlibat dengan organisasi berkenaan dan menganggap mantan timbalan perdana menteri itu hanya dijemput hadir menyertai mesyuarat berkenaan tanpa terlibat secara langsung dengan Generation Investment Management Group.

Justeru itu Kumbang siarkan semula di bawah artikel ini kenyataan akhbar Azmin Ali pada 3 Mac 2005 yang disiarkan di blog Sepang Online milik rakan AMK Selangor pada ketika itu yang cukup jelas ia membuktikan Anwar bergelar ahli lembaga penasihat Generation Investment Management Group, organisasi yang menaja syarikat dan pro kepada Israel serta berselindung di sebalik kononnya organisasi alam sekitar.

Harap pembuktian ini dapat memuaskan hati penyokong taksub Anwar Atartuk. Sebarang pertanyaan mengenai kenyataan akhbar ini bolehlah hubungi 'kekasih' Anwar, saudara Azmin Ali.

Juga disiarkan di atas video Al Gore memperoleh hadiah 1 juta US Dollar daripada kumpulan dana Israel yang mana mantan naib presiden Amerika itu membalas budi Israel dengan tajaan 10 juta US Dollar kepada syarikat Israel, Greenroad.

Apa yang penting kedua-dua perkara ini membuktikan Anwar dan Al Gore amat rapat dengan Israel dan yahudi. Anda masih lagi tak percaya?
Anwar Ibrahim mengambil pendekatan berdialog dengan pentadbiran Washington

Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini sedang giat mengadakan dialog dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan di Barat dan Timur Tengah dalam usaha beliau untuk menggalakkan peningkatan kefahaman mengenai tamaddun dan agama.

Beberapa hari yang lalu ( 23 Februari 2005 ), ketika di London, Anwar mengadakan perbincangan dengan Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan Mary Robinson, bekas Presiden Ireland ( 1990 – 1997 ) dan United Nations High Commissioner for Human Rights. Al Gore mengulangi tentangannya terhadap penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq dan menyokong kuat gagasan Anwar untuk meningkatkan dialog antara Islam dan Barat.

Anwar menjelaskan bahawa beliau bersama beberapa pemimpin masyarakat dan tokoh-tokoh perniagaan telah menerima undangan Al Gore untuk menganggotai Lembaga Penasihat sebuah syarikat pelaburan antarabangsa, Generation Investment Management Group yang berpusat di London. Generation Investment Management Group menekankan konsep pelaburan yang terikat kepada prinsip etika dan alam sekitar. Mesyuarat pertama Lembaga Penasihat berlangsung di London pada 23 Februari 2005 yang lalu.

Ketika di Washington D.C. pada 24 Februari, Anwar juga diraikan dalam satu majlis makan tengahari oleh Jim Wolfensohn, Presiden Bank Dunia di pejabatnya. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, isteri Jim, Elaine serta Azmin Ali.

Anwar diberikan taklimat ringkas mengenai suasana ekonomi dunia yang semakin muram khususnya di Asia Tenggara dan juga program-program yang sedang dijalankan oleh Bank Dunia khususnya untuk membangunkan semula negara-negara yang terlibat dengan Tsunami.
Pada sebelah petang, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Penasihat Presiden Bush dan Pengarah National Security Council, Elliots Abrams di White House. Dalam pertemuan selama 45 minit, Elliots berkongsi pandangan dengan Anwar mengenai usaha untuk mewujudkan keamanan dunia.
Pemangku Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Robert Zoellick juga menemui Anwar di hotel penginapannya di Washington D.C. pada 24 Februari.

Zoellick yang baru dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Negara bertanggungjawab di atas perkembangan politik dan pembangunan di Timur Tengah.

Zoellick meninjau pandangan Anwar mengenai masalah ketegangan di antara Islam dan Barat khususnya Amerika Syarikat.
Anwar memulakan penjelasan dengan menyatakan penghargaan beliau kepada pentadbiran Amerika Syarikat yang secara tuntas prihatin terhadap masalah yang menimpa beliau sebelum ini.

Dalam menghimbau permasalahan politik antarabangsa terutamanya yang menyangkut kedudukan umat Islam, Anwar menegaskan betapa perlunya sikap sederhana bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga pentadbiran di Washington D.C. Menurut Anwar lagi, umat Islam merasa resah kerana persepsi di kalangan mereka, umat Islam tidak diberikan keadilan. Walau bagaimanapun, Anwar tetap menyokong langkah mendesak pengunduran tentera asing dari negara berkaitan seperti tentera Syria di Lebanon, tentera Israel di tanah jajahan Palestin dan tentera penaklukan Amerika Syarikat di Iraq.

Zoellick menegaskan bahawa berbeda daripada tanggapan umum, pentadbiran Amerika Syarikat tetap mendukung prinsip kebebasan dan menganjurkan dialog di antara Barat dan Islam.

Sekembali dari Jacksonville, pada 27 Februari, Anwar singgah semula di Washington D.C. untuk mengadakan perbincangan dengan bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline Albright.

Semasa menjadi Setiausaha Negara, Madeline Albright paling tegas mengecam sistem perundangan Malaysia yang tidak adil dan menganggap Anwar sebagai tahanan politik. Kini selaku Pengerusi Institut Demokratik Kebangsaan ( NDI ), Albright bersedia memberikan kerjasama bagi menjayakan rencana dialog Islam dan Amerika Syarikat.

Dikeluarkan oleh Mohamed Azmin Ali, Oxford

sumber : kumbang

default

Pendedahan mengenai kaitan Anwar - Al Gore taja Yahudi Israel

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Kumbang kembali menulis kerana jelek melihat Anwar mempertahankan diri kononnya beliau tiada kaitan langsung dengan Yahudi dan Israel.

Sedangkan satu dunia tahu Anwar telah menandatangani Perjanjian Annapolis Summit pada tahun 2007 yang cukup jelas perjanjian itu mengiktiraf pembentukkan negara haram Israel. Klik sini. Situasi ini jelas menunjukkan Anwar mempunyai kaitan rapat dengan Yahudi dan Israel.

Bukan sekadar itu pihak Yahudi dengan Al-Gore sebagai penggeraknya telah merancang kebangkitan Anwar Ibrahim selepas bebas dari penjara dengan melibatkan mantan timbalan perdana menteri itu di dalam pelbagai organisasi pimpinan beliau.

Organisasi yang paling kontroversi yang dianggotai Anwar ialah Generation Investment Management Group sebuah badan pemikir milik Parti Demokrat yang beroperasi di London.

Al-Gore telah melantik Anwar sebagai ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa organisasi itu dengan gaji lumayan pada tahun 2005 dan Anwar perlu menghadiri mesyuarat 2 kali setahun serta menjalankan tugas-tugas khas yang dirahsiakan oleh organisasi itu dari dunia luar.

Ada pihak yang berpendapat tujuan Anwar menyertai organisasi ini adalah tujuan untuk mengumpulkan dana politik beliau.


Turut menyertai Generation Investment Management Group sebagai ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa ialah Simon Zadek dan Mary Robinson. Anwar kali terakhir menghadiri mesyuarat organisasi itu ialah pada 18 Mac lalu di London dan Anwar terang-terangan memberitahu telah menghadiri mesyuarat organisasi itu di Twitter,Facebook dan blog kepunyaan beliau.







Generation Investment Management Group Taja Israel

Apa yang menjadi kontroversi ialah apabila Generation Investment Management Group telah menaja syarikat Greenroad dari Israel sebanyak 10 juta Dollar Amerika pada 22 februari lalu. Perkara ini telah menimbulkan ramai tanggapan daripada masyarakat antarabangsa yang Al-Gore melalui organisasinya itu terang-terangan ingin membantu Israel dari sudut bantuan dana yang akhirnya memberi sumbangan kepada pertumpahan darah umat Islam di Palestin.

Ada di kalangan media antarabangsa turut menggelarkan Al-Gore dan sebagai Usahawan Israel dengan bantuan berkenaan dan Al-Gore turut memberitahu yang bantuan beliau itu hanya bersifat permulaan serta banyak lagi bantuan yang akan menyusul.

Hubungan Al-Gore dengan Israel daripada segi bantuan dana telah bermula sejak beliau menjadi Naib Presiden Amerika lagi dan hal ini dapat dilihat nama Al-Gore telah tersenarai di dalam laman web Jewish National Fund. Penyumbang dana Israel juga pernah menghadiahkan 1 Million Dollar kepada Al-Gore dan beliau membalas balik tahun ini dengan 10 Million Dollar kepada syarikat Israel.

Hubungan Al-Gore yang terlalu baik dengan Israel ini menimbulkan tanda-tanya apa peranan Anwar Ibrahim di dalam hubungan itu. Apatah lagi Anwar bergelar ahli lembaga penasihat antarabangsa dan hadir dalam mesyuarat organisasi yang memberi bantuan secara langsung kepada syarikat Israel.

Tatkala Anwar sibuk untuk bercerita mengenai Israel di Parlimen. Apa kata Anwar menerangkan semua kaitan beliau ini kepada umum.

Rakyat semua mahu tahu adakah Anwar benar-benar tidak terlibat langsung dengan yahudi dan Israel atau hanya cakap tak serupa bikin serta ingin menipu rakyat ?

sumber : kumbang

default

Take Beer Ronnie berjaya menjadikan Malaysia 10 tertinggi di dunia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud...

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong...

Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit ke hospital HKL pada tahun 1993 , 48 % daripada ditanya mengaku minum arak . Satuk pertiga ketagih arak 61 % adalah Cina , 60 % India dan 30 % adalah Melayu

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajar kepada isu ketagihan arak dan sering menyatakan isu kaum India .

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai...

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah. Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Haprak Daily


Nampaknya Dr Mariah PAS dari Parlimen Kota Raja ini adalah pemimpin mudah lupa apabila beliau membawa isu Arak ini ke Parlimen . Ibarat seperti Meludah Ke Langit akhirnya terpalit ke muka sendiri , Dr Mariah harus pergi tarbiah dulu kepada Ustaz Ronnie Liu al Take Beer ini dahulu sebelum menyalahkan kerajaan dalam isu .

Ronnie Liu dalam kenyataannya dahulu menyatakan bahawa bir tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi . Kenyataan Ronnie ini dibuat selepas tindakan MBSA yang diarahkan memulangkan semula minuman beralkohol sebuah kedai serbanika di Shah Alam setelah merampasnya dalam satu operasi yang dijalankan ke atas kedai itu sehari sebelumnya .

Di mana suara Dr Mariah ketika isu take beer Ronnie Liu ini hangat hingga menyebabkan berlaku pergeseran antara Dr Hassan Ali dengan Ronnie ???

Jika Exco Selangor dari PAS iaitu Iskandar Abd Samad menyatakan pendiriannya dengan mengingatkan semua pihak agar tidak membuat kenyataan mengenai hukum Islam jika tidak memahami secara mendalam dalam isu bir ini . Sepatutnya Dr Mariah iaitu selaku Doktor perubatan menerangkan kepada Ronnie Liu ketika itu bahayanya arak dan bir ini tehadap kesihatan .

Semua rakyat termasuk di Kota Raja sendiri sebenarnya mahu penjualan dibendung oleh pihak berkuasa dan ini telah dilakukan dengan merampas arak di premis ini tetapi ada rakan seperjuangan Dr Mariah sendiri mengarahkan pihak berkuasa ini memulangkan semula rampasan itu . Malah MB Selangor yang beragama Islam pulak menyalahkan umat Islam sendiri yang membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai penjualan arak di kedai sebanika berkenaan.

Jadi , bagaimana nak menyelesaikan perkara ini jika ada pemimpin2 seperti ini melindungi kedai-kedai yang menjual arak seperti ini ?? Rakyat yang buat aduan pun disalahkan dan usaha Dr Hassan Ali nampaknya tidak kesampaian , jadi hari ini usaha Dr Mariah bising dalam Parlimen ibarat seperti anjing menyalak bukit sahaja .

Dulu takbir sekarang Take Beer .......



default

Wee Chee Keong dedah " The Little Napolean PKR "

on Monday, March 29, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini di Sidang Parlimen , Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju pulak menempelak sikap pemimpin2 PKR dengan menggelarkan mereka " The Little Napolean ". Ini merupakan satu lagi pendedahan berani di sidang Parlimen kali tetapi yang bezanya ialah MP PKR sendiri hantam rakan mereka .

Kalau sebelum ini, MP Bebas seperti Zahrain dan Zul Nordin telah mendedahkan satu persatu taktik jahat PKR demi mejayakan projek " Putrajaya At All Cost ". PB cabar PKR kalau berani ambil tindakan terhadapa Wee yang lantang kritik geng Little Napolean ini di Parlimen . Kalau Zul Kulim boleh dipecat kerana kritik isu kalimah Allah , kita tunggu pulak tindakan oleh PKR terhadap Wee Chee Keong ...

Kepada geng Little Napolean ini, PB rasa semua orang sudah tahu siapa muka-muka ini semua dan mereka ini sekarang adalah orang kuat dan penting bagi Anwar . Demi Putrajya At All Cost, puak-puak ini sanggup menggunakan kaedah real politic jahat demi mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri .

ikuti sedutan ucapan The Little Napolean oleh Wee Chee Keong

Dato Yang DiPertua

The Little Napoleons

Tetapi saya amat sedih apabila beberapa Little Napoleons di sebelah sini menyoal kedudukan saya dalam mesyurat rasmi kenapakah saya dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai ahli untuk lawatan kerja di Amerika baru-baru ini dan kenapa mereka tidak dipilih. Saya tahu Little Napoleons dan Ahli-Ahli YB dari PAS dan DAP pun pernah dipilih sebagai ahli lawatan kerja dengan Menteri-Menteri atau Sepaker ke Parlimen atau kerajaan negara lain. Saya tidak pernah mempertikaikan perlantikan mereka kerana saya tidak ada perasan cemburu walaupun Little Napoleons tersebut sideline saya dan has classified me as a junior MP. Walaupun saya tidak bersetuju dan saya tidak pernah mempertikaikan YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Macang apabila mereka telah dilantik untuk “to chase after Ahli Parlimen BN di Taiwan to cross-over” walaupun tiada hasil. Saya telah menerima hakikat bahawa saya adalah amat junior dan Little Napoleons inilah amat senior yang amat hebat dalam peranan mereka di Parlimen dan politik di negara.

Ada Little Napoleons yang pintar sedikit, mereka yang melemparkan batu sembunyikan tangan.

September 16

Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons. Isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan September 16 atau isu-isu yang lain di Dewan yang Mulia ini atau di luar tidak dijawab langsung. Jawapan mereka adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”. You can fool some of the people some of the time but not all the people all the time, my Little Napoleons. Little Napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said In and ot of Parliament just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’.

Saya juga berharap bahawa the Little Napoleons disebelah sini jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin dan politik cakap tak serupa bikin.

Dengan ini saya berharap these Little Napoleons berhentikan kegiatan politik kotor mereka untuk satu tujuan semata-mata iaitu “POLITICS OF EXPEDIENCY” and “PUTRAJAYA AT ALL COSTS”, dengan izin.

Terima kasih

YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju)

default

Tahniah Wali Selipar !! Kontrak disambung 5 tahun lagi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Pok Nik jangan lupa buat kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam
kepada rakyat Kelate


KUALA LUMPUR 29 Mac – Majlis Syura Ulama Pas hari ini mengekalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti untuk tempoh lima tahun lagi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Syura juga bersetuju mengekalkan pelantikan Datuk Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am. – Utusan


Tahniah PB ucapkan kepada Wali Selipar kerana disambung lagi kontrak sebagai Mursyidul Am hamPAS untuk lima tahun lagi . Kalau diberikan jawatan itu seumur hidup pun PB sokong . Ini menunjukkan pengaruh dan ketinggian ilmu Wali Selipar tiada tandingan walaupun beliau sendiri mengakui banyak kali tidak hadir mesyuarat.

Kalau tiada wali selipar bersuara di TV dan akhbar , ia seperti kehilangan besar kepada kami blogger jalanan di alam maya ini . Pb setuju dengan pandangan oleh brader GAP

" kalau tiada ayat wali yang berkata tuhan itu pun mencarut,maka tiada serilah hidup kami berbloging.


default

Al Gore best friend Anwar Ibrahim

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Gambar seribu makna!

Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Gambar ini dirakam semasa mesyuarat Generation Investment Management Group di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore. Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan.

Al-Akhbar, sebuah akhbar Mesir menggambarkan Al Gore seorang tokoh yang amat menyayangi bangsa Yahudi. Organisasinya, Generation Investment Management telah melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel.

sumber : fb ore oyabun

default

Dulu penyokong PAS cakap TV3 suku , Sure Heboh haram kini puji sakan TV3

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


PAS hari ini buat pertama kali memuji sakan Tv3 yang dikatakan media propaganda kerajaan kerana telah berjaya menganjurkan Karnival Jom Heboh dan menarik ribuan rakyat Kelantan datang . Malah blog2 pencacai PAS dari semalam mula hebah memuji Jom Heboh Kelantan lain dari yang lain seiring dengan media Haprak daily .

Kita lihat dalam penganjuran konsert hiburan pentas yang diadakan malam ini, penonton telah diasingkan dalam tiga peringkat iaitu kaum lelaki, perempuan dan juga berkeluarga dan menampilkan hanya penyanyi lelaki sahaja,” Takiyuddin Hassan


Juak2 PAS yang memuji ini sebenarnya mereka juga lah yang kuat dulu hantam TV3 di atas penganjuran Jom Heboh ini . Malah blogger itu gelarkan TV 3 Suku dan Jom heboh ini adalah haram dan gila .. klik di sini

Cuma PB nak tanya kepada juak2 PAS dan bloggger nya ini , dulu mengapa PAS tak buat karnival Sure Heboh ini lebih awal ??

Adakah selepas menggunakan PAS For All baru dianggap lesen untuk Jom Heboh ini dan konsert hiburan selepas ini ??? Memang rugi la PAS tak buat awal-awal , kalau tak untung la kerajaan Pok Nik ni sikit dan boleh puak2 PAS kopiah putih ni berhibur ..hehe

Tengok betapa syoknya anak muda Kelate berhibur dengan Abe Tomok

default

Bukan " Selamatkan Malaysia " tapi Selamatkan Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Riak wajahnya jelas penuh dendam kepada Najib dan kerajaan . Ibarat melepaskan geram , Anwar menyerang bertubi-tubi Najib dan kerajaan dalam siri ceramahnya . SELAMATKAN MALAYSIA HANYA LAH RETORIK DAN PEMBOHONGAN !! SEBENARNYA ANWAR MAHU SELAMATKAN DIRINYA SENDIRI ....

default

700 ahli PKR Ipoh Barat keluar parti sebab keceluparan mulut pemimpin PKR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

Anwar hanya bijak menabur janji saja kepada kaum India tetapi
lihat apa jadi kepada Kg Buah Pala ?


Lebih 700 anggota Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh.

Wakil kumpulan itu yang merupakan ketua Pemuda cabang itu sebelum ini, V Subramaniam berkata mereka mengambil keputusan berkenaan berikutan kecewa dengan kepimpinan peringkat cabang, negeri dan pusat yang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Keputusan ini diambil setelah memikirkan semasak-masaknya kedudukan kami di dalam parti yang mengamalkan corak kepimpinan yang sering menabur fitnah bagi menguntungkan parti...sebanyak 12 cawangan akan ditutup," katanya dalam sidang akhbar di Ipoh


utusan malaysia


Krisis PKR kini semakin meruncing dan sebelum ini kita hanya lihat pemimpin mereka sahaja meninggalkan parti tetapi kini ahli-ahli mereka juga sudah mula angkat kaki . Hari ini Ketua AMK Cabang Ipoh Barat , V Subramaniam bersama rakan-rakannya dalam cabang Ipoh Barat mengumumkan secara rasmi keluar parti .

Selain kecewa dengan dengan kepimpinan pusat dan bahagian, beliau juga kesal dengan sikap kebiadapan mulut Ketua Cabang Fauzi Muda yang didakwa pernah melabel agama Hindu sebagai Paria . klik di sini

Fauzi Muda ini memang cukup dikenali tahun lepas kerana akuan bersumpah bodohnya di Mahkamah Sesyen iaitu beliau mendakwa pernah dijanjikan RM 50 juta oleh pemimpin BN .

PB lihat dengan keluarnya ahli PKR yang terdiri daripada kaum India di Ipoh Barat ini menandakan mereka kini sudah semakin sedar akan pembohongan oleh Hindraf ,DAP dan PKR.
1 Malaysia iaitu gagasan kerajaan Datuk Seri Najib kini mula mendapat sokongan dan perhatian daripada kaum India di negara.

Parti yang tidak tahu buat kerja dan hanya menaburkan kebencian kepada kerajaan sebenarnya sebuah parti yang tidak akan kekal lama dan akhirnya rakyat akan tahu juga bahawa mereka sebenarnya gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Oleh itu , pada Pilihanraya kecil Hulu Selangor ini, 19 % kaum India harus berfikir dan menilai semula kerja dan janji-janji Pakatan ketika dulu berkempen pada PRU 12. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mahu kaum India ini benci terhadap kerajaan .

Video keceluparan pemimpin PKR









default

Peguam Anwar Cap Ayam buat lawak bodoh

on Saturday, March 27, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Haprakdaily – KUALA LUMPUR, 26 Mac: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivarasa Rasiah hari ini dipanggil memberi keterangan mengenai laporan polis yang dibuatpada 24 Mac lalu terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa membuat kenyataan palsu dalam prosiding Mahkamah.

Beliau hadir jam 3.00 petang tadi memberi keterangan hampir satu jam di ibu pejabat polis IPD Dang Wangi.

“Mereka minta bukti saya ada untuk menunjukkan bahawa Tan Sri Musa Hassan telah membuat kenyataan palsu dalam mahkamah.

“Saya sebut saya lampirkan dalam laporan polis saya, saya kepilkan nota prosiding mahkamah.“Ini bukan cerita dengar cakap, saya dapat bukti kukuh berdasar nota prosiding yang ditaip di mahkamah”, katanya ketika ditemui pemberita selepas itu.

Rabu lalu, Siva membuat satu laporan polis terhadap Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut Sivarasa, semasa kes perbicaraan Anwar pada tahun 1998 di mana Musa Hassan sebagai Pegawai Siasatan, beliau menyatakan di depan Hakim Augustine Paul dengan mengatakan beliau mempunyai ijazah apabila disoal oleh peguam Christopher Fernando.

Tetapi ujarnya, semasa perbicaraan rasuah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Sesyen Sabah, Musa dalam prosiding kehakiman memberitahu beliau mempunyai diploma undang-undang dan kajian pengurusan.

Pada masa yang sama, beliau juga turut mengesyorkan kepada kerajaan supaya menghentikan tempoh perkhidmatan ketua polis negara itu.Baginya, Musa sebagai pegawai tinggi kerajaan sudah hilang integriti dan kredibiliti apabila melakukan pembohongan di mahkamah.

“Sekarang ini bukan isu dia ada diploma atau ijazah, isunya dia berbohong di mahkamah.Kalau nak tahu dia ada diploma atau ijazah, baik tanya dia sendiri,” katanya.


Ini satu lagi Pak Lawak dalam PKR yang buat kenyataan bodoh sebagai seorang peguam . Beliau cuba SPIN isu kelayakan Tan Sri Musa Hassan samada memiliki Diploma ( BLS ) atau pun Ijazah Undang -undang ( LLB ) . Tetapi apabila PB membaca penjelasan mengenai isu ini daripada blog WBH , baru lah PB faham apa itu BLS dan LLB yang cuba Siva tipu kepada rakyat yang tidak faham tentang kelayakan dalam bidang undang-undang . Isu degree dan diploma yang basic ini pun mahu nak kelentong rakyat ke ?? Memang sah la peguam Anwar ini CAP AYAM ..


baca di sini penjelasan WBH

- Sivara Rasiah memang bodoh. Pengajian undang-undang terbahagi kepada dua – diploma dan ijazah. Cuma nama berbeza, diploma dalam undang-undang adalah bertaraf sama dengan ijazah dalam kursus pengajian lain. Diploma undang-undang dipanggil Bachelor of Legal Studies (BLS), manakala ijazah sering dikaitkan dengan terma LLB (Hons) yang membolehkan seseorang menjadi peguam. Hakikatnya kedua-dua adalah sama cuma berbeza dari segi kebenaran untuk practice in chamber atau chambering – dimana ini dikehendaki untuk mengambil LLB jika mahu menjadi seorang peguam.

- Terma ijazah dan diploma dalam undang-undang tidak sama dengan kursus pengajian lain. Sebagai contoh dalam kursus kejuruteraan, diploma dan ijazah memang berbeza, namun dalam undang-undang ia adalah sama. Diploma dan ijazah dalam undang-undang hanya berbeza dari segi practice. Nama lain yang orang selalu panggil BLS adalah ijazah jurisprudence. Sebagai contoh, jika seseorang dikatakan mempunyai diploma dalam undang-undang, beliau tidak boleh jadi peguam. Untuk membolehkan seseorang jadi peguam harus mengambil LLB (Hons). Biasanya terma ijazah merujuk kepada LLB (Hons) yang membolehkan menjadi peguam.

- Buat apa Musa mahu ambil LLB (Hons) jika beliau mahu menjadi polis. Untuk jadi polis LLB (Hons) tidak diperlukan, cukup dengan Bachelor of Legal Studies (BLS). Saya ulang, BLS juga merupakan segulung ijazah, bukan diploma. Kerana orang undang-undang panggil ia diploma adalah untuk membezakan antara BLS dan LLB supaya tidak terkeliru.

- Musa memperoleh ijazah jurisprudence daripada United Kingdom. Pada zaman dahulu di UK, mereka memang memanggil BLS sebagai diploma in law kerana mahu membezakan antara ijazah BLS dan LLB. Diploma in law merujuk kepada 3 tahun pengajian lengkap merangkumi beberapa core subject seperti constitutional law, law of contracts, law of tort dan criminal law.

- Tidak wujud satu lagi diploma dalam law yang lebih bawah daripada ini berbeza dengan kursus lain. Kerana itu lah terma diploma in law tidak sama dengan diploma dalam kursus pengajian lain. Hari ini kita sudah tidak panggil diploma in law lagi kerana itu panggilan lama. Oleh kerana dikhuatiri akan terkeliru dengan diploma kursus lain, kita panggil diploma in law hari ini sebagai ijazah jurisprudence.

- Pada tahun 1998 apabila hakim bertanya kepada Musa samada beliau ada ijazah atau tidak, beliau menjawab ya. Benar lah kerana BLS juga merupakan ijazah. Pada perbicaraan terbaru Musa mengaku mempunyai diploma in law pun betul juga kerana memang itu nama yang dipanggil pada zaman dahulu. Tak timbul isu bohong di sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.