Archive for March 2009

default

Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali

on Tuesday, March 31, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali

SUNGAI PETANI: Kenderaan milik petugas dan penyokong Barisan Nasional (BN) kini menjadi sasaran penyokong parti pembangkang yang bertindak mengetuk dan mencalarkan badan kenderaan terbabit.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, ketika mendedahkan perkara itu, berkata kenderaan beliau sendiri menjadi mangsa serangan penyokong pembangkang yang bertindak liar selepas diapi-apikan melalui ceramah dan kenyataan provokasi pemimpin mereka.

"Berlaku adillah kepada Pemuda Umno dan Pemuda BN. Dulu kita selalu nampak kenderaan dengan lambang dan bendera BN, hari ini kita akan nampak pembangkang lebih banyak guna kaedah itu kerana kereta BN diserang dan kereta mereka tak diserang.

"Beritahu saya kereta mana yang membawa lambang pembangkang diserang? Kereta dengan bendera BN sering kali diserang dan dicalarkan, cuma kita tak buat laporan saja, kalau nak buat laporan memang banyak.

"Kita nak beri tahu kepada parti pembangkang terutama pemimpin mereka, bertanggungjawablah dalam membuat kenyataan dan memberi ceramah kerana jiwa muda ini mudah dibakar," katanya pada sidang media di Pusat Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di sini, petang tadi.


Turut menjadi mangsa ialah Proton Perdana milik Penolong Setiausaha Pemuda Umno/BN Kedah, Haris Che Mat, yang dicalarkan dan ditoreh perkataan kesat.

Komen PB

Ini lah kaki kacau dan kepala tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim .Perkara ini lumrah setiap pilihanraya kecil dan Pemuda BN tidak harus lemah semangat .Kita harus terus berjuang sehingga hari pembuangan undi . Sedia Gempur Pemuda BN !!!

default

Berilah saya peluang - KJ

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments







Biarpun kejayaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda dilakukan melalui proses demokrasi yang menyaksikan beliau memperolehi 304 undi menewaskan dua calon lain iaitu Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo tetapi kemenangan beliau seolah-olah tidak dialu-alukan oleh ahli-ahli UMNO.

Akibatnya, ketika sesi perbahasan ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, beliau diejek setiap kali namanya disebut. Namun bagi Khairy, beliau tidak berasa kecewa dengan apa yang berlaku sebaliknya dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar dan Hafizahril Hamid, beliau berkali-kali merayu agak semua pihak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan kemampuan. Pandangan yang sama juga turut diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Khairy menjadi sasaran kerana beliau dilihat tidak bersih apabila Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah kerana melanggar tata etika parti ketika berkempen dan diberi amaran. Keputusan itu mencetuskan kontroversi kerana calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding biarpun melakukan kesalahan yang sama.

Justeru dalam pertemuan berkenaan, Khairy menjelaskan secara terperinci apa sebenarnya kesalahan yang beliau lakukan dan harapan beliau kepada semua pihak agar memberikan kesempatan untuk membuktikan kemampuannya memimpin Pergerakan Pemuda UMNO.

UTUSAN: Apabila YB memenangi jawatan Ketua Pemuda, ia telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan hasilnya, setiap kali nama YB disebut dalam Dewan Merdeka, YB diejek, apa perasaan YB?

KHAIRY: Bagi saya, sebenarnya saya bukannya merasa kecewa tetapi memahami perasaan segelintir daripada penyokong-penyokong calon-calon yang lain, sebab kempen yang dijalankan bukannya satu kempen biasa, ia berjalan selama enam bulan dan merupakan satu kempen yang paling panjang dalam sejarah pemilihan UMNO. Saya berpendapat, ia merupakan saingan yang paling sengit dalam sejarah pemilihan Ketua Pemuda UMNO dan melibatkan personaliti terkenal seperti Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan saya sendiri.

Oleh itu bila sudah kempen berjalan lama dan saingan sengit sudah tentu apabila keputusan itu keluar, ada yang tidak puas hati dan dalam keadaan pada hari itu juga kita terpaksa tunggu sehingga pukul 11 malam, perasaan sudah tentulah menjadi tegang dan dalam keadaan itu, kita harus memahami bahawa pasti ada yang tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan secara emosi.

Walaupun saya kesal apa yang berlaku namun saya memahaminya. Saya tidak berasa marah kepada mana-mana pihak cuma saya berharap selepas ini setelah kita sudah meluahkan perasaan, semua tidak kira yang menyokong saya, Khir atau pun Mukhriz dapat merapatkan barisan. Itulah sebenarnya agenda yang utama bagi saya, adalah untuk merapatkan barisan.

Soal tanggapan negatif dan terhadap apa yang berlaku dalam Dewan Merdeka itu soal kedua, sekarang ini bagaimana kita hendak merapatkan barisan Pemuda dahulu dan seterusnya barulah kita melihat kepada persepsi-persepsi lain sama ada umum atau pemimpin dewasa. Sebab suka tidak suka, semua melalui proses pemilihan yang sama. Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berkata hendak memperluaskan demokrasi dalam UMNO. Saya setuju tetapi untuk kali ini hanya 793 perwakilan Pemuda sahaja yang membuat penentuan dan daripada jumlah itu saya pun tidak mendapat majoriti tetapi mendapat jumlah undi paling banyak.

Saya berharap semua pihak boleh menerima keputusan dan bekerjasama.

Tetapi ramai membuat tafsiran hanya disebabkan oleh nama ‘KJ’, ia mencalarkan sedikit imej barisan Majlis Tertinggi UMNO yang dipilih pada Khamis, apa komen YB?

Saya tidak tahu bagaimana kerana masalah persepsi ia mengambil masa untuk menghilangkannya tetapi saya rasa kita masih lagi dalam saat-saat perasaan puas hati itu masih lagi ada, jadi kita nampak ia diterjemahkan dalam blog, protes dan macam-macam.

Saya tidak boleh buat apa-apa kerana saya sudah diberikan mandat dan amanah, justeru saya harus memikul amanah ini dengan terbaik dan saya berharap soal persepsi ini lama kelamaan akan hilang, persepsi itu masih lagi wujud kerana isu lama seperti menantu Perdana Menteri dan segala perkara yang berkait dengan itu terbawa-bawa tetapi akhirnya ia akan hilang.

Saya berharap ahli-ahli UMNO akan menerima inilah keputusan yang dibuat oleh perwakilan.

Mungkin mereka melihat bagaimana YB boleh menang sedangkan YB sudah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana mengamalkan politik wang?

Bagi saya itu adalah peraturan parti. Kalau dalam Perlembagaan parti ia ada sebut satu persatu hukuman seperti diberi amaran, tidak bertanding, gantung atau disingkirkan daripada parti. Daripada empat itu, saya diberikan salah satu hukuman yang ada dalam Perlembagaan bukannya hukuman yang tidak ada dalam perlembagaan seperti mereka hukuman baru hanya untuk saya bagi membolehkan saya bertanding.

Dalam hal ini walaupun saya didapati bersalah tetapi hukuman itu sendiri yang datang daripada Lembaga Disiplin membenarkan saya bertanding. Maksudnya Lembaga Disiplin berkata, walaupun kita rasa dia ni bersalah tetapi kesalahannya tidaklah seberat untuk menidakkan dia bertanding.

Kalau Lembaga Disiplin yang buat keputusan ini merasakan moral saya sudah tercalar sehingga sampai ke satu tahap saya tidak boleh mewakili parti atau menjadi seorang calon sudah tentu dia akan melarang saya untuk bertanding.

Saya tidak tahu apa pertimbangan Lembaga Disiplin tetapi mungkin mereka rasa bahawa kesalahan itu susah hendak ditunjukkan kesahihannya tetapi mereka berasa saya bersalah, mungkin itulah yang berlaku. Semasa saya jumpa tribunal, mereka kata ini bukan mahkamah, kalau mahkamah mesti buktikan tanpa ragu-ragu anda melakukan kesalahan yang dinyatakan tetapi ini bukan mahkamah, justeru ia berasaskan kepada kemungkinan saya melakukan kesalahan, kalau mereka berasa saya kemungkinan membuat kesalahan itu, maka mereka akan mendapati saya bersalah dalam dakwaan tersebut.

Jadi dalam hal itu, ia tidak kukuh seperti mana keputusan mahkamah ataupun keputusan hakim. Dia lebih kepada kencenderungan lembaga merasakan saya mungkin buat kesalahan itu dan saya sampai hari inipun saya tegaskan saya tidak bersalah. Saya mempertahankan pendirian itu, tetapi saya sebagai orang parti saya terima keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin.

Untuk mengelakkan kekeliruan, apa sebenarnya kesalahan YB, apa benar ia berkaitan dengan amalan politik wang?

Kesalahan saya adalah dibawah Seksyen 10.1 tata etika parti iaitu kesalahan yang berkaitan dengan orang ketiga, maksudnya saya tidak buat kesalahan tersebut tetapi orang lain membuat kesalahan berkenaan tetapi kerana orang itu dikaitkan dengan saya sama ada beliau adalah ejen atau wakil yang mewakili saya maka saya dikaitkan dengan kesalahan tersebut.

Dalam hal ini saya sudah menegaskan bahawa, pertama saya tidak pernah amanahkan orang itu sebagai ejen saya. Saya pun tak tahu apa dia buat. Yang kedua, perkara yang dituduh dilakukan itu dibuat sebelum saya mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan ketua pemuda iaitu pada bulan Jun 2008, saya hanya mengumumkan bertanding pada September 2008.

Oleh itu pertama, saya tidak tahu, kedua tidak pernah mewakilkan atau mengamanahkan dia dengan kuasa dan ketiga perkara itu berlaku sebelum saya mengumumkan bertanding, itu hujah yang saya guna kepada Lembaga Disiplin.

Kalau itu hujah YB, adakah ini bermaksud tindakan yang diambil sekadar untuk mencalar imej YB sahaja?

Saya tidak mahu membuat spekulasi kerana adalah tidak adil saya berbuat demikian. Saya harap dan yakin Lembaga Disiplin membuat keputusan berdasarkan penilaian mereka secara professional walaupun saya tegaskan saya tidak buat benda itu ataupun saya, tidak salah falam hal itu tetapi bagi saya, Lembaga Disiplin ada penilaiannya sendiri jadi saya tidak mahu menimbulkan buruk sangka kepada mana-mana pihak.

Dari segi perolehan undi adalah jelas YB tidak mendapat undi majoriti bagaimana YB hendak menyatukan semula Pemuda?

Perkara ini pernah berlaku dalam Pemuda ketika zaman Datuk Zahid Hamidi bertanding menentang tiga calon lain. Kalau tiga empat penjuru bukan senang hendak mendapat majoriti apatah lagi kalau calon-calon itu hebat-hebat seperti Khir dan Mukhriz.

Pada awalnya saya tidak yakin bahawa saya boleh menang cuma pada hari pemilihan sahaja saya fikir ada peluang menang tetapi tidak dapat majoriti, Alhamdulillah saya dapat 50 undi majoriti. Ada sedikit keselesaan tetapi masih lagi belum majoriti. Tugas utama saya ialah untuk mencantumkan semua kumpulan-kumpulan dalam Pemuda yang dahulu sokong Khir, Mukhriz dan saya, sebagai barisan yang mantap.

Berdasarkan penilaian, terdapat dua kategori perwakilan. Pertama perwakilan yang cenderung menyokong Mukhriz atau Khir tetapi tidak ada masalah dengan saya, ramai diantara mereka yang saya jumpa mereka kata KJ dulu saya sokong Mukhriz tetapi kini KJ adalah ketua saya, oleh itu kita bekerjasama, kategori kedua penyokong tegar yang mana mungkin undi cenderung kepada calon lain tetapi menolak saya, kelompok ini akan saya dekati dengan berjumpa dan bercakap dengan mereka, bercakap hati ke hati dan merayu untuk memberikan kerjasama.

Saya akan beritahu kepada mereka bahawa ini bukan soal berpolitik lagi kerana kita sudah cukup berpolitik selama satu tahun. Inilah masa untuk kita bekerja untuk rakyat dan Pemuda. Jadi saya merayu kepada mereka selepas ini, untuk bagi kerjasama. Kalau tidak suka saya pun tidak apa tetapi sekurang-kurangnya menghormati institusi Pemuda dan Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sama-sama kita jaga. Saya beritahu dalam ucapan penggulungan saya kata, jawatan ini bukan untuk saya tetapi untuk kita semua, kita pegang satu amanah yang cukup berat daripada ahli kita.

Selama ini Pemuda UMNO sudah cukup dilihat bersikat elit dan kini YB pula mengetuai, tidakkah ini akan menambah lagi pandangan sedemikian?

Saya rasa perwakilan pada awalnya pun mempunyai pandangan yang sama, sebab itulah isu ada seorang calon datang daripada kampung dan anak petani manakala calon lain datang daripada keluarga yang berlatarbelakangkan agak selesa termasuk saya tetapi bagi saya, soal akses atau jurang antara pemimpin dengan akar umbi tidak bolehlah kita terjemahkan mengikut latar belakang seseorang itu.

Seseorang itu mungkin datang daripada kampung tetapi mungkin dalam keghairahan memperolehi kejayaan, dia sudah menjauhi diri daripada rakyat, pada masa yang sama seseorang itu mungkin datang daripada latar belakang berada ataupun selesa tetapi oleh kerana ada kejujuran untuk berkhidmat dia mendekati diri dengan akar umbi dan dalam hal ini saya nampak 304 perwakilan yang mengundi saya dan sebahagian besar tidak undi saya tetapi tidak ada masalah dengan saya.

Mungkin mereka nampak benda yang orang lain tidak nampak bahawa saya tidak ada protokol, boleh turun bersama mereka dan ada pemikiran cara orang muda. Kalau pun tidak cara orang kampung tetapi sekurang-kurangnya mempunyai pemikirian orang muda yang memahami trend dan kesukaan orang muda dan mungkin disitu saya rasa pendekatan itu telah memecah dan telah menembus satu persepsi yang saya ini daripada golongan atasan, elit dan jauh dari bawah.

Apabila mereka nampak saya turun dari rumah ke rumah, saya pergi hampir 50 peratus rumah perwakilan, main bola dengan mereka, mengenali latar belakang keluarga mereka, jadi mereka nampak dia ni tidaklah seperti mana yang dianggap dahulu. Sebab itu bila umum bertanding saya fikir panjang, apa slogan saya hendak pakai.

Saya mencari slogan yang boleh melekat di hati perwakilan jadi saya pilih setiakawan. Saya hendak tunjukkan bahawa saya ini bukanlah seperti mana yang digembar-gemburkan bahawa saya seorang yang sombong dan elit yang tidak pijak bumi nyata, tak tahu mendampingi orang biasa dan akhirnya mereka mendapat gambaran yang berbeza, jadi saya kena guna pendekatan yang sama untuk masyarakat yang lebih umum lagi supaya mereka kenali bahawa si KJ sebenarnya macam ini bukan macam itu.

Adakah perancangan dan idea yang dimiliki oleh Mukhriz dan Khir turut akan diserap dalam YB mengendalikan Pemuda?

Sudah tentu kerana dalam ucapan penangguhan, saya sudah kata produk Pemuda yang hendak saya hasilkan dalam kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah Pemuda yang berani seperti mana kata Khir kita mesti desak, Pemuda yang boleh bawa perubahan itu yang Mukhriz ketengahkan, ia bermaksud Mukhriz tidak berpuas hati dengan keadaan hari ini. Jadi saya pun hendak membawa perubahan tersebut. Kalau Pemuda tidah boleh berbuat demikian seperti yang digariskan oleh Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib, kita tidak akan berjaya. Saya juga mencantumkan semangat berpasukan jadi dengan mencantumkan ketiga-tiga ideologi ini dengan beberapa cadangan yang konkrit daripada semua pihak, saya fikir kita boleh menghasilkan satu produk yang terbaik. Dalam pemilihan ini, saya kata jangan kita pilih mengikut keburukan KJ, kelemahan Mukhriz dan keburukan Khir, Sebaliknya kita memilih berdasarkan kebaikan dan kekuatan seseorang calon. Jadi, kalau kita dapat membawa benda yang sama kepada ideologi Pemuda, kita cantumkan semua yang baik daripada ketiga-tiga calon ini, produk Pemuda pasti cukup luar biasa.

Apabila Mukhriz tewas, orang semakin memandang negatif kepada YB dan masalahnya YB juga dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengkritik YB, apa yang YB hendak katakan?

Saya berharap dan merayu kepada Tun Dr. Mahathir untuk memberikan saya peluang sebagai Ketua Pemuda untuk berkhidmat demi parti. Saya harap beliau akan dapat memberikan nasihat dan juga dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya dan seluruh barisan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia bagi mengukuhkan parti.

Ini masa yang perlu setiap daripada pemimpin-pemimpin terdahulu bantu kita termasuklah Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah, Mereka perlu menjadi tempat rujukan bagi kita sebagai orang muda dan keadaan Pemuda yang begitu mencabar pada hari ini untuk mendapat aspirasi dan nasihat.

Mengenai keanggotaan dalam Kabinet, bagaimana?

Saya sudah tegaskan bahawa soal pelantikan Kabinet adalah hak multak Perdana Menteri yang baru. Saya rasa tidak ada sesiapa yang perlu, patut dan boleh mendesak kepada beliau tentang pelantikan Kabinet. Biarlah Datuk Seri Najib pilih barisan yang beliau sendiri rasa terbaik, tanpa beliau rasa tertekan hendak lantik orang itu atau ini. Bagi saya, kalau kita hendak berani berubah kita berubah dengan memberi satu kebebasan penuh untuk Najib memilih anggota pentadbirannya.

Bukankah sebalum ini YB kata, Pemuda perly diberi tempat kerana ia mewakili suara generasi muda dalam Kabinet?

Suara generasi muda saya rasa perlu dibawa ke dalam Kabinet tetapu kalau tidak saya pun tidak apa kerana kita ada Menteri Belia dan Sukan. Kita ada menteri-menteri yang muda termasuklah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sudah menyatakan bahawa dia hendak menjadi jambatan antara Pemuda dan parti induk. Saya nampak tidak ada ketandusan daripada segi suara orang muda ataupun individu yang boleh bawa suara Pemuda. Jadi kalau ditakdirkan saya tidak dapat, saya rasa bukanlah satu kerugian kerana yang lain pun boleh bawa juga suara orang muda.

Apa pandangan YB berhubung pemilihan UMNO induk?

Saya nampak ia adalah satu gabungan yang baik bagi Datuk Seri Najib, saya istilah ia sebagai satu barisan muka baru sebab kebanyakan anggota-anggota MT ini muka baru.Saya nampak bahawa perwakilan betul-betul menuntut dan membawa satu perubahan berisan naib-naib persiden, ada satu gelombang pembaharuan yang diterjemahkan.

Saya rasa ia memenuhi impian Datuk Seri Najib untuk memiliki sebuah saf yang padu dan nampaknya beliau mempunyai satu saf yang mantap.

Apa harapan dan rayuan YB sama ada kepada pemimpin dan ahli UMNO serta rakyat keseluruhannya?

Rayuan saya berilah saya peluang untuk memimpin Pemuda dan untuk membawa pembaharuan seperti mana yang dituntut bukan hanya oleh golongan generasi muda Melayu tetapi juga seluruh generasi muda Malaysia yang berbilang kaum.

Berilah saya ruang dan peluang untuk membuktikan bahawa saya jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan saya merayu janganlah memalukan penilaian saya dengan sikap perjudis. Saya merayu mereka yang mengkritik saya sebelum ini berpandangan terbuka terhadap saya dalam masa cukup kritikan ini.

Apa yang penting kita hendak kukuhkan UMNO. Kembalikan keyakinan sokongang orang muda terhadap UMNO dan BN serta kita hendak membawa satu budaya politik baru yang berdasarkan kepada nilai, makna, keintelektual idea dan kejujuran.

(Sumber: Utusan Online)

LINK

Bersatu dalam Barisan Perjuangan

default

Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik pengundi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Pemuda BN akan menggunakan pendekatan berdialog dan ceramah untuk mendekati golongan muda agar menyokong parti itu dalam tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak pada 7 April ini.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim berkata, pendekatan itu berbeza dengan yang dijalankan sebelum ini di mana pihaknya memilih menggunakan ceramah-ceramah besar untuk mendekatkan diri dengan pengundi muda. Penggunaan ceramah-ceramah besar tanpa dialog tidak memuaskan hati golongan muda kerana mereka tidak berkesempatan meluahkan perasaan.

''Pengalaman lalu menunjukkan kaedah berdialog melalui ceramah sangat memberangsangkan maklum balasnya di mana mereka dapat meluahkan hati dan perasaan terhadap isu-isu yang terbelenggu. Pemuda BN juga diamanahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menjalankan kajian mengenai sikap pengundi muda yang ditemui dan membuat profil mengenai mereka," ujarnya kepada wakil media ketika ditemui selepas melawat Bilik Gerakan Induk Pemuda BN Parlimen Bukit Gantang semalam.

Beliau berkata, kajian sikap dan profil ini bukan hanya dibuat dalam tempoh pilihan raya tetapi berterusan selepas itu bagi memudahkan Pemuda BN mendekati golongan terbabit, mengenal pasti masalah mereka dan membantu menyelesaikan masalah tersebut.

''Saya rasa pendekatan baru yang diperkenalkan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Presiden menunjukkan kesungguhan bahawa kita tidak boleh lagi leka dan memandang ringan soal modal insan sebagai satu elemen penting dalam membentuk kerajaan. Ini kerana kita menyedari bahawa 90 peratus daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang dilahirkan selepas merdeka," katanya.

Mengenai Parlimen Bukit Gantang, Razali berkata, pihaknya mengenal pasti terdapat beberapa keperluan perlu disediakan kepada golongan ini iaitu kemudahan sukan dan peluang ekonomi terutama masalah pengangguran akibat krisis ekonomi dunia dialami ketika ini.

''Jadi, kita akan pastikan seluruh jentera kita dapat mengenal pasti kumpulan-kumpulan ini dan bertanya bagaimana kita dapat membantu dan menyediakan apa keperluan mereka. Kita mahu mendekati mereka secara tersusun bukan seperti pembangkang atau parti-parti lain yang gunakan pilihan raya untuk berpolitik kerana BN memikirkan tentang mutu kerja semasa pilihan raya dan selepasnya," katanya.

default

Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ

on Friday, March 27, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 22 Comments


Dalam 2 hari selepas kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO , saya round blog2 dari pembangkang dan juga blog2 penyokong Tun yang menjadikan KJ sebagai musuh No 1 mereka.

http://parpukari.blogspot.com blog ini memang penyokong kuat Tun dan dia mengulas mengenai KJ di BOO dan sebilangan perwakilan Pemuda dan UMNO bagi menggambarkan kemenangan KJ tidak diterima oleh UMNO . Saya masih tidak faham mengapa semua perwakilan tidak dapat menerima kemenangan calon yang menang sedangkan perwakilan sendiri yang memilih calon itu .

Keputusan pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri sebenarnya memeranjatkan orang-orang Mahathir didalam Umno. Khairy Jamaluddin menang Ketua Pemuda manakala Shahrizat Jalil (Penasihat Pak Lah ) merupakan Ketua Wanita Umno yang baru. Rosnah Abdul Rashid pula menewaskan lima lagi pencabarnya untuk diangkat menjadi Ketua Puteri yang baru.

Blog terkenal tetapi bila muncul di TV tidak sehebat mana pun Bigdogdot.com menyalahkan 304 undi perwakilan Pemuda Umno yang memilih KJ jika Umno dikuburkan pada PRU 13 dan tidak faham mengapa Wanita Umno memilih seorang ketua yang kalah dalam pilihanraya. Begitu marah betul blogger ini dan ini menunjukkan beliau cukup emosi menulis dan hantam terus perwakilan Pemuda yang mengundi KJ. Perwakilan yang menang antara 20 Exco Pemuda itu pun bukan semua penyokong KJ tetapi ada juga orang muhkriz dan khir juga .Memetik kata-kata Khairy

‘‘Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Saya dapat 304 undi daripada 793 perwakilan yang ini bukan satu majoriti. Ini hanya majoriti calon tiga penjuru.

Kita tahu kemenangan KJ kebanyakannya tidak dapat diterima oleh para penyokong Mukhriz. Mereka mempertikaikan tentang Khairy yang dikenakan amaran setelah bersalah terlibat dengan politik wang. Penyokong Mukhriz mencerca dan melaung KJ rasuah di luar dewan seperti orang gila dan tidak boleh menerima kekalahan .

KJ hanya mendapat 304 undi ini bermakna 486 tidak menyokong beliau. Menurut maklumat dari blog mso

"Ada sedikit analisa mengenai pertandingan pemuda semalam. Mulanya Khir Toyo berada dalam keadaan selesa. Khir telah meraih sokongan lebih 350 undi. Mukhriz hanya kira-kira 135 perwakilan sahaja, manakala Khairy sekitar 300 undi. Undi Khairy ini adalah undi semula jadi. Sejak awal itulah jumlah undi Khairy... ia tidak bertambah dan tidak berkurang.

Perpindahan undi (undi pecah) yang disifat Khairy sebagai pemuda berani itu berlaku setelah pemuda arif menghayati ucapan dan mesej yang disampaikan oleh Najib Razak dan juga Hishamuddin Hussein. Faktor lain juga mungkin disebabkan Pemuda terikut dengan rentak cakap-cakap mengatakan regim Mahathir akan kembali menguasai Umno"



Apa yang penting ,kita rapatkan semula barisan Pemuda demi menguatkan semula parti UMNO .Jangan hanya pentingkan seorang pemimpin shj akibat beliau kalah dalam pemilihan .Sepatutnya kita mencontohi Ali Rustam yang tidak menentang parti tetapi lebih pentingkan parti daripada segala-galanya .

Video Penyokong KJ meraikan Kemenangan KJ

default

TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO

on Thursday, March 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments





Ucapan tanpa teks oleh KJ yang memukau semua yang mendengar

Khairy Jamaluddin (304undi)diumumkan sebagai Ketua Pemuda yang baru tewaskan Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi.

manakala Naib Ketua Pemuda pula dimenangi oleh Datuk Razali Ibrahim (417undi).

Terima kasih kepada semua Perwakilan Pemuda akhirnya membuat keputusan yang bijak, matang dan berani . Cabaran yang besar untuk Khairy Jamaluddin memikul jawatan Ketua Pemuda UMNO itu , tetapi saya yang juga ahli Pemuda UMNO yakin dengan kepimpinan beliau yang semakin matang dalam pelbagai isu ,persepsi dan fitnah yang cuba dilemparkan oleh pemimpin pembangkang.

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan Agung Pemuda, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan.
Beliau menekankan aspek itu dengan mengambilkira slogan kempen ketiga-tiga calon berkenaan.

Keputusan itu sekaligus Khairy meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno.



Arahan pertama Khairy pastikan bekas bos memang

Ketua Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar minta perwakilan pemuda beri undi kepada bekas boss merek, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

“Saya ada hutang yang belum selesai. Arahan pertama saya pada semua (perwakilan pemuda), esok pagi masuk Dewan Merdeka, kita kena pastikan dia menang. Saya tak boleh terima kalau dia kalah atau kurang undi,” katanya.

Katanya, amanah atau tugas yang diserahkan bekas Ketua Pemuda itu cukup berat.

“Besar tanggungjawab ini. Kalau silap, wajib tegur saya dan yang lain. Kita bukan pemimpin atau manusia terbaik. Pada bila-bila masa, kita perlu sedia ditegur,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun mengakui kemenangannya bukan majoriti dan itu jelas tanda barisan dalam Pemuda perlu dirapatkan antara setiakawan, pemuda berani dan berani berubah.

“Dalam barisan baru ini perlu ada pemuda yang berani untuk sama-sama masuk ke kubu lawan, perlu ada yang berani berubah untuk membawa perubahan kepada UMNO atau parti akan rebah,” ujarnya.

Dalam persaingan tiga penjuru itu, Khairy memperolehi 304 undi manakala Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebanyak 254 undi dan Datuk Mukhriz Mahathir, 232 undi.

Katanya, kemenangan ini catat sejarah kerana pertandingan tersebut menunjukkan semangat demokrasi yang cukup tinggi dan matang oleh semua perwakilan.- 25/3/2009



Pemuda Berazam Kikis Dakwaan Negatif UMNO Lupa Rakyat

Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berazam mahu mengikis dakwaan negatif bahawa UMNO sudah lupa pada rakyat biasa terutama generasi.

Justeru tegasnya Pemuda UMNO akan melaksanakan pendekatan pro aktif untuk mendekati rakyat sama ada di desa mahupun di kota.

"Kita kena kembalikan program mesra rakyat seperti pemuda masuk kampung, gubal program-program baru seperti pemuda masuk kampus bagi mendampingi pelajar dan juga masuk ke kawasan miskin di bandar.

"Pemuda akan pastikan kita sentiasa berada bersama rakyat. Ini untuk mengikis pandangan negatif mereka kepada kita khususnya UMNO", katanya.

Pada masa yang sama beliau turut mengulangi janjinya untuk menyatukan dua penyokong calon yang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

"Ini penting kerana kita perlu bersatu dalam berdepan cabaran. Saya mahu pastikan di bawah kepimpinan saya tiada mana-mana pihak yang dipinggirkan", ujarnya.

Barisan Pemuda UMNO

Pengerusi Tetap: Datuk Abdul Fattah Abdullah 460 undi

Timbalan Pengerusi Tetap : Muhammad Yadzan Mohammad 202 undi

Ketua : Khairy Jamaluddin Abu Bakar 304 undi

Naib Ketua : Datuk Razali Ibrahim 417 undi

Exco Pemuda UMNO :

1. Mohamed Suffian Awang 653 undi
2. Shafiqurrahman Shamsuddin 569 undi
3. Sohaimi Shahadan 541 undi
4. Gasing Saling 534 undi
5. Mohd Afandi Yusoff 503 undi
6. Jamawi Jaafar 471 undi
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak 471 undi
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin 455 undi
9. Ahmad Darus 446 undi
10. Ahmad Zaki Zahid 446 undi
11. Ali Mazat Salleh 437 undi
12. Megat Zulkarnain 436 undi
13. Zubir Zabidi 419 undi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin 419 undi
15. Lokman Noor Adam 406 undi
16. Syahrin Md Jamaluddin 404 undi
17. Tun Faisal Ismail Aziz 402 undi
18. Muhammad Khairun Aseh 389 undi
19. Mohd Hisamudin Yahaya 388 undi
20. Mohamad Iruan Zulkefli 387 undi

Komen PB

Syabas dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin kerana berjaya mendapatkan kepercayaan dari majoriti perwakilan Pemuda yang hadir dan akhirnya dinobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi tahun 2008/2011. Dengan kemenangan ini maka Khairy sekaligus berjaya menutup mulut segelintir pihak yang sebelum ini mendakwa Khairy tidak layak menjadi pemimpin UMNO, karier Khairy akan berakhir seiring dengan pengunduran pak Lah dan ada juga yang mengatakan kononnya Khairy hanyalah liabiliti kepada Pemuda dan UMNO.

Khairy juga berjaya membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa dia merupakan aset penting dalam UMNO dalam menentukan hala tuju Pemuda dan beliau juga membuktikan bahawa beliau masih relevan dan masih diperlukan oleh UMNO dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan golongan muda agar kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenar.

Pemuda hanya untuk Pemuda !! itu la kata-kata keramat untuk pemuda UMNO yang diketuai oleh anak muda seperti Khairy kerana Dr. Khir dan Mukhriz sudah melebihi umur 40 tahun. Khairy ialah orang muda yang tahu aspirasi orang muda.

Semoga beliau dapat menegur UMNO demik kebaikan untuk perubahan dan membawa jugA pemuda UMNO ke tahap yang lebih cemerlang seperti di zaman Datuk Harun Idris dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,dan Datuk Seri Najib .Saya melihat kejayaan beliau memang tepat pada masanya di saat UMNO perlukan perubahan . Di saat ini juga UMNO dan Pemuda memerlukan dan amat dahagakan seorang pemimpin yang berani, kuat dan berkeyakinan untuk membawa semula generasi muda yang mana sekarang ini dilihat semakin menjauhi dari UMNO.

Oleh itu ,perwakilan telah membuat keputusan matang ,tepat dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak dengan memilih Khairy yang datang dari kalangan orang muda juga, yang berdarah perjuangan dan bersemangat waja, menjadi simbol dan idola golongan muda,intelektual , berkarisma , mempunyai cambahan idea yang bernas dan berwawasan dan mampu membawa dan menggerak generasi muda menjadi satu kumpulan di bawah nama semangat setiakawan..



link
Rapat semula barisan Pemuda UMNO
Lagi Ulasan Kemenangan Khairy
Khairy Wajar Terajui Pemuda UMNO?
Khairy
What’ s next - KJ
Kembali rapatkan barisan Pemuda – Khairy
Rapatkan Barisan, Kembalikan Sokongan Rakyat – Azimi

Perjuangan belum selesai -Muhkriz

default

Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO !!

on Monday, March 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



AURA KJ BERGEMA DI PWTC !!!



1) BIAR ORANG MUDA JADI PEMIMPIN MUDA

2) BERTANDING DIATAS FAKTOR KEKUATAN DIRINYA SENDIRI TANPA DIPENGARUHI OLEH SEBAB
LAIN

3) DIGERUNI OLEH PIHAK LAWAN PEMBANGKANG

4) MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU

5) DIIKTIRAF SEBAGAI PEMIDATO TERBAIK

6) MEMPUNYAI INTELEK TAJAM DAN KUAT

7) NAIB KETUA PEMUDA SEMEMANGNYA LAYAK MENJADI KETUA PEMUDA

8) YANG PERIHATIN DENGAN KEBAJIKAN

9) PEMBAHARUAN DALAM PEMUDA

10)TIADA PROTOKOL

11) SETIAKAWAN

12) PEMUDA UMNO HANYA UNTUK PEMUDA ( SAY NO TO OLD MAN )



VIDEO KJ CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA !! VOTE FOR KJ !!

ANAK MUDA BERNAMA KHAIRY JAMALUDDIN SEORANG PEMIMPIN MASA DEPAN NEGARA SUDAH TERUJI DENGAN MACAM-MACAM DUGAAN,PELBAGAI TOHMAHAN FITNAH DALAM POLITIK TETAPI BELIAU MAMPU BERTAHAN HINGGA HARI INI . HANYA PEMIMPIN YANG BERANI , PENUH ILTIZAM DAN SEMANGAT KENTAL SAHAJA MAMPU BERTAHAN DALAM POLITIK INI . SEMOGA BERJAYA PEMIMPIN IDOLA KU
YB KHAIRY JAMALUDDIN ...SELAMAT BERSIDANG


Link
ESOK HARI PENENTUAN
Semangat Harun Idris dalam diri KJ...

default

KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah

on Sunday, March 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis terhadap penulis buku Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin yang dikatakan mengugut dan memfitnah beliau.

Khairy hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada pukul 10.15 pagi bersama empat rakannya termasuk anggota perwakilan Umno Kota Melaka, Saiful Ridhuan.

Beliau yang ditemui pemberita di pekarangan ibu pejabat polis itu selepas membuat laporan berkata, beliau meminta polis menjalankan siasatan terhadap buku tulisan seorang penulis politik tanah air.

"Tujuan utama saya buat report (polis) ini adalah disebabkan kandungan buku... yang ternyata memfitnah saya.

"Buku ini adalah sebenarnya satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya," katanya selepas hampir dua jam membuat laporan itu.

Khairy berkata, beliau juga tidak pernah berjumpa penulis buku itu sebelum ini dan pertama kali mereka bertemu adalah di pejabatnya 17 Februari lalu.

"Beliau (penulis) datang ke pejabat saya di sini (Kuala Lumpur) 17 Februari lepas, berjumpa dengan saya dan mengugut saya agar membayar RM100,000 atau buku itu diterbitkan.

"Bagaimanapun saya enggan kerana saya tidak perlu bayar untuk buku tersebut dan saya tidak mampu untuk bayar," dakwa Khairy dipetik Bernama.

Menurut Khairy lagi, penulis terbabit turut mendakwa bahawa penerbitan buku itu ditaja musuh-musuh politik beliau dalam Umno.

"Selain itu, saya juga mendapat tahu buku ini juga telah diedarkan kepada beberapa anggota perwakilan Umno sejak minggu lepas," katanya.

Komen PB

Apabila mendapat sms dari rakan baik saya di KL mengenai laporan polis oleh KJ mengenai terhadap penulis buku tersbeut Pak Ya yang mengugut dan fitnah terhadap KJ mengingatkan kepada saya dahulu iaitu buku Dalil Kenapa Anwar tidak boleh jadi PM yang disebarkan kepada perwakilan UMNO . Politik UMNO memang penuh dugaan dan rintangan apabila anda terjun ke politik UMNO terutama orang muda. JIka anda tidak tahan kepada tekanan ,fitnah ,konspirasi jangan bermimpin untuk mencapai jawatan2 tertinggi dalam UMNO .

Penulis buku ini iaitu Yahya Ismail memang seorang penulis dari pembangkang dan selalunya buku-buku dia ni cukup puji sakan Anwar Ibrahim . Tetapi yang untungnya orang tua ni ,dia mendapat bayaran dan habuan untuk menulis buku yang memburukkan KJ dan punya gila duit sangat sanggup lagi ugut KJ bagi duit 100K supaya dia tidak edarkan buku ini kepada perwakilan UMNO.Memang sah penulis UPAHAN dan tiada prinsip sebagai seorang penulis politik yang lain sepert yang saya kagumi sepeti Pak Habib dan MSO .


LINK
Yahya ugut KJ
'Bukan ugut Khairy, tapi berunding'
hinanya rentetan hidup penulis yahya
KHAIRY DI FITNAH LAGI!
Buku: Khairy dakwa diugut RM100,000

Khairy accuses writer of extorting RM100,000

default

Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan Eng berbohong

on Saturday, March 21, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan Eng berbohong

PULAU PINANG: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, keputusan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan adalah wajar kerana beliau tidak menjalankan tugasnya dengan baik terutama dalam membantu orang Melayu.

Beliau yang dihubungi Bernama berkata, sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang mewakili orang Malayu, beliau sepatutnya membantu masyarakat Melayu di negeri ini.

"Memang wajar beliau letak jawatan kerana selama pegang jawatan pun beliau tidak buat apaapa terutama untuk masyarakat Melayu dan pembangunan di kawasannya.

"Apa yang kita nampak orang Melayu di negeri ini terus terpinggir, sedangkan semasa berkempen mereka (PKR) bersungguh-sungguh berjanji akan meningkatkan kehidupan orang Melayu," katanya yang juga ADUN Penaga.

Azhar yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Pulau Pinang turut menyelar sikap Ketua Menteri yang cuba menipu rakyat dengan sebelum ini menafikan peletakan jawatan timbalannya itu.

Katanya sikap Lim itu menunjukkan beliau tidak jujur dan cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai kenyataan bagi menafikan perkara sebenar.

Semalam Lim dilaporkan berkata beliau meluluskan permohonan cuti timbalannya itu atas permintaan Anwar dan bagaimanapun Ketua Menteri itu enggan menjelaskan sebab Fairus mengambil cuti secara tibatiba.

Rabu lepas, timbul desas desus menyatakan Fairus telah meletak jawatan dan Lim menafikan perkara itu dan menganggap penyebaran mengenai perkara tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah khabar angin.

Sementara itu, Pembantu Khas kepada Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Fitri Ibrahim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai peletakan jawatan bosnya itu dan memaklumkan bahawa beliau sendiri tidak tahu di mana Fairus kini berada.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Fairus untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung peletakan jawatan beliau gagal dan tinjauan di rumahnya di Taman Guar Perahu, Permatang Pauh dekat sini juga mendapati tiada sesiapa di rumah yang berkunci sejak beberapa hari lepas.

komen PB

Walaupun fairuz adalah YB Adun Penanti yang juga kawasan tempat saya ,saya menyambut baik perletakkan jawatan beliau ini . Selama beliau menjadi TKM 1,iaitu mewakili bangsa Melayu PP tetapi saya belum nampak apa tindakan dan perancangan beliau membantu orang Melayu PP,menghapuskan miskin tegar dan sebagainya.

LGE memang menipu rakyat PP sebenarnya dan menafikan perletakkan jawatan oleh Fairuz sebelum ini . Kita tidak tak tahu apa alasanya tetapi bukan alasan seorang budak sekolah iaitu sambung study .Alasan ini bukan alasan seorang pemimpin politik yang menjadi pemimpin kepada rakyat dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan setelah memegang jawatan itu .Kalau benar Fairuz mahu sambung study ,beliau tidak seharusnya terjun ke politik dan baik kerja balik pekerjaan beliau yang asal.


Link
Cerita Sebenar kisah Fairuz Khairuddin
Fairus turut kosongkan DUN Penanti?
Guan Eng tolak khabar angin pilihan raya kecil DUN Penanti
Fairus: "Saya kecewa pelbagai tuduhan tidak berasas"

default

Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 12 Comments


Hanya tinggal 4 hari saja lagi pemilihan Pemuda UMNO, semua kem telah bersedia dengan mempertarungkan jaguh masing- masing. Berbagai strategi yang telah diatur bagi memancing undi perwakilan dan segala tugas telah dijalankan oleh jentera masing-masing dan masing-masing mengakui akan memenangi pemilihan Pemuda kali ini. Bila ditanya kem Mukhriz , mereka yakin Mukhriz akan menang dan bila ditanya kepada Kem Khir Toyo mereka yakin Khir Toyo akan menang dan bila di tanya kepada Kem KJ mereka juga yakin KJ akan menang. Apa juga jika kita dengar cakap-cakap dibawah kita akan mendapat raeksi yang berbeza-beza, ada yang mengatakan bahawa Mukhriz telah menggunakan senjata akhir beliau dengan menggunakan pengaruh ayahnya , seperti biasa lah untuk sabotaj dua calon yang lain. Itu kata mereka. Ranking sebenarnya menunjukkan Mukhriz sekarang sukar untuk menang dan itulah sebab beliau terpaksa menggunakan senjata akhir. sejauh mana kebenarannya tidak pula kita ketahui.

Ada juga yang mengatakan bahawa Pemuda tidak akan memberikan kepada Khir Toyo kerana Pemuda mahukan pemimpin se generasi dan Pemuda mahukan pemimpin yang tidak berkaliber untuk memimpin Pemuda UMNO. Rekod Khir Toyo di Selangor juga menjadi ukuran dan ramai yang mengatakan bahawa faktor ini adalah kelemahan Khir Toyo. Peluang KJ amat cerah kerana belia memenuhi ciri-ciri kepimpinan pemuda UMNO. Beliau menepati ceteria sebagai pimpin Pemuda dan beliau juga adalah di kalangan Ketua Pemuda dan beliau juga adalah penyandang Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dari segi susunan jentera juga menyebelahi kepada KJ kerana KJ mendapat pengiktirafan dari Ketua Pemuda UMNO dan beliau yang telah membuktikan bahawa segala gerak kerja dan idea-idea bernas untuk Pemuda datang dari beliau sendiri dan tiada pengaruh dari Pa Lah . Isu lembaga displin UMNO juga , beliau telah mendapat simpati dari perwakilan dan di sini KJ mendapat ‘ advantage ‘ dan kemungkinan besar KJ akan menterjemahkan segala kerja kuat beliau sebelum ini akan berbaloi dan akan mengisi kekosongan Ketua Pemuda UMNO.

Analisis dan cakap-cakap perwakilan yang akan berkampung minggu depan di PWTC bahawa Khairy Jamaluddin dikatakan menjadi pilihan utama Ketua Pemuda UMNO , dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mengekori rapat di belakang.

Beberapa pemimpin Umno berpendapat walaupun Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak tetapi majoriti perwakilan yang akan mengundi bagi memilih ketua Pemuda Umno minggu depan, lebih cenderung kepada Khairy.

Menurut mereka, selain kelebihan Khairy sebagai naib ketua Pemuda Umno, perkembangan politik semasa juga memihak kepadanya.

"Ini ekoran timbulnya tanggapan berlakunya pertembungan antara penyokong bapa mertuanya, Abdullah dengan penyokong Najib.

"Walaupun perkara ini telah dinafikan oleh pucuk pimpinan tetapi ia tidak dapat menghakis 100 peratus tanggapan tersebut di kalangan para perwakilan," kata seorang pemimpin Umno

default

Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan

on Friday, March 20, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Oleh : Pak Habib

Pada hari Jumaat 27 Februari, saya sedang duduk di beranda rumah saya di Janda Baik. Sambil itu saya perhatikan pohon-pohon yang telah saya tanam.

Bagi saya ia adalah sesuatu yang sangat mengembirakan, kerana pohon-pohon yang saya tanam, ada yang sudah berbuah, ada yang berbunga lebat mengharumkan taman bagi pelawat Taman Hana Wadi Hussien. Tidak cukup dengan itu, ada juga pohon yang saya tanam yang telah kuat, tinggi, dan memberikan keredupan disamping hembusan angin yang nyaman.

Namun begitu yang paling menarik hati saya adalah pohon-pohon yang menarik perhatian burung-burung dan rama-rama. Sambil melihat burung yang berbagai warna dan rupa, saya dengar juga mereka berkicauan, dan aluan bunyi-bunyian yang mereka nyanyikan begitu indah sekali bila dipadukan dengan bunyi air sungai yang mengalir.

Sambil memegang secawan kopi jahe dari Surabaya yang aromanya memenuhi ruang minda saya seakan akan terasa hanyut dalam fikiran. Hebat benar Allah yang menciptakan dunia ini, begitu indah buat manusia, namun tangan-tangan manusia yang tidak bertanggung-jawab boleh mengakibatkan kucar-kacir. Bila mana saya memikirkan keindahan alam dan peranan manusia untuk bercucuk tanam dan memakmurkan alam ini, saya hampir-hampir terlupa akan penyakit Chikunkunya yang saya deritai. Sudah lebih sebulan ia datang dan pergi, namun belum ada tanda-tanda yang ia mahu pergi buat selamanya. Saya harus mengatakan, virus Chikunkunya yang saya deritai ini sangatlah menyiksakan, lebih-lebih lagi pada umur begini, namun begitu pengajaran yang saya mampu pelajari darinya, mungkin tidak ternilai.

Saya dapati bahawa virus adalah seperti kejahatan yang mesti kita perangi tanpa toleransi, jika kita tidak berjaya menewaskanya secara total, maka ada kemungkinan yang ia juga berehat, menguatkan diri lalu bersiap untuk mengunyah kita kembali. Saya pelajari erti kesabaran, seperti kata Nabi Ya’kub dalam Surah Yusuf, sabrun Jamil, kesabaran itu indah? Saya tertanya-tanya, bagaimanakah Nabi ini, seorang manusia biasa mampu mengatakan sabar itu indah bila baginda telah kehilangan anaknya Yusuf yang paling dikasihi?

Bila memikirkan kisah Yusuf yang ditulis indah seperti sebuah novel dalam Al-Quranul karim, saya mula ternampak, sedikit demi sedikit erti kata sabar itu indah. Baginda Nabi Yusuf yang dikurniakan kehebatan menafsir mimpi, kepandaian aqal dan juga wajah yang handsome ini ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang hebat dalam hidupnya.

Dan sesungguhnya Tuhan memang ada jadualnya yang tersendiri. Kisah Nabi Yusuf ini menarik minat saya kerana Baginda mempunyai abang-abang yang sangat irihati terhadapnya. Baginda terpaksa melalui berbagai rintangan dan halangan, dibuang ke perigi, lalu dijual sebagai hamba. Diuji lagi dengan kasih Zulaikha, lalu sanggup ke penjara, namun bila sudah jadual Allah tiada yang mampu menghalang kejayaan Baginda. Kehebatan menafsir mimpi menunjukkan bahawa Nabi Yusuf mempunyai A beautiful Mind, disamping rancangan beliau apabila akhirnya saudara- saudaranya yang iri hati terpaksa mengakui kehebatan beliau. Mungkin ini yang dikatakan jadual Allah.

Sabrun jamil, itulah tema Surah Yusuf. Konsep sabar ini penting kerana ia lebih dari menahan tohmahan, serangan mulut dan sebagainya, bahkan kesabaran inilah yang diperlukan satu-satu individu demi berjaya, iaitu sabar sehinggalah cita-cita mampu tercapai.

Saya amat tertarik dengan tema pemuda dalam Al-Quran ini. Saya suka baca kisah Ashabul kahfi tentang belia yang melarikan diri daripada Raja yang zalim lalu Tuhan menyelamatkan mereka didalam gua, ditidurkan selama 309 tahun. Begitu juga Talut yang mengetuai kumpulanya melawan askar-askar Jalut. Keberanian dan idealisme dalam pemuda mampu menggegarkan negara, jika tidak dunia. Di Malaysia saya telah mengikuti kisah Pemuda sejak dulu lagi. Saya tuliskan buku Pemuda di zaman Mahathir pada 1982, meletakkan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelah Datuk Seri Najib.

‘Berikan aku seribu orang tua, dan aku mungkin bisa bercucuk tanam di atas gunung, tapi berikan aku sepuluh pemuda, akan aku gegarkan dunia” - Sukarno.

Hari ini kedua-dua Pemuda di zaman Mahathir ini mewarnai corak politik negara. Pada 2004, di zaman Pak Lah pula saya menggandingkan Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir, maka kita harus memikirkan, ke manakah Pemuda akan membawa negara Malaysia? Mungkin ramai yang tidak nampak, tetapi perang antara Khairy dan Mukhriz ini, lebih dari sekadar petandingan memilih Ketua Pemuda, ia adalah pertandingan memilih antara dua sistem. Ia lebih dari perang antara Mahathir dan Pak Lah, kalau saya boleh menyebutnya, ia adalah perbezaan diantara ideologi Pak Lah dan Mahathir.

Pemilihan ini akan menguji sama ada UMNO sedia untuk menghadapi cabaran di era langit terbuka, di mana rakyat sedang melalui proses kematangan dalam politik. Pemuda harus membuat pilihan, sama ada mengekalkan sistem command and control seperti zaman Mahathir, yakni menyekat kebebasan media, mengetatkan auku, dan juga menjadikan urusan UMNO seperti urusan keluarga, atau adakah UMNO sedia untuk meneruskan dengan keterbukaan era Pak Lah? Keterbukaan Pak Lah ini mungkin telah makan diri sekiranya kita memandang bagaimana projek Islam Hadhari tidak menjadi akibat kedangkalan pemikiran sesetengah pihak.

Juga kalau kita perhatikan bagaimana permainan busuk hati bloggers yang bermain dengan cerita rekayasa, seperti hikayat Khairy, cerita dogeng yang disiarkan di Malaysia today, namun niat dibelakangnya begitu kejam sekali. Juga jangan lupa pada peranan Mahathir yang terus-menerus menyerang Pak Lah sedangkan dia sendiri sudah bukan lagi menduduki kerusi Perdana Menteri. Tidak cukup dengan serangannya melalui blog dan ceramahnya, Tun sanggup mengunakan Mukhriz sebagai mouthpiece demi menjatuhkan Khairy Jamaluddin yang dijadikan kambing hitam (scapegoat).

Pada hari ini, mungkin ada yang menyangka saya tidak bertimbang rasa, menjadikan Tun Mahathir yang sudah tua sebagai sasaran. Mungkin mereka tak tahu, Melayu mudah lupa, Mahathir mudah lupa. Bagaimana Tun diserang habis-habisan oleh kaki kacau zamannya yang bergabung dengan pembangkang. Cuba baca balik dua bab yang saya siarkan dalam buku ini, Post skrip dan juga Ulama melihat tikus lebih besar dari gajah. Terbukti, sejarah berulang lagi, Anwar melakukan benda yang sama, yang berbeza hanyalah pakaian. Kalau dulu wujud Semangat 46, hari ini PKR. Saya sebagai penulis sekadar mendokumentasikan disamping mengingatkan supaya apa yang berlaku di zaman Mahathir, di zaman Pak Lah tidak akan berulang di zaman Najib.

Seperti kata Datuk Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, yang merosakkan UMNO adalah ahlinya sendiri. Kita berada di zaman era langit terbuka, bilakah Melayu nak buang perangai hasad dengki dan menjadikan semua pemuda bijak pandai sebagai Hang Nadim, sedangkan yang perlu dibuang ke laut adalah penderhaka seperti si tanggang?

Perhatikan bagaimana di era Pak Lah, kabinetnya sendiri menghantar memorandum kepada beliau, dan orang-orang Mahathir yang kekal menimbulkan masalah dengan isu AP dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, wujud pihak seperti Mukhriz yang mahukan Pak Lah meletak jawatan, di samping Anwar yang melakukan political stuntnya dengan janji kosong 16 September.

Sukar mahu menyangkal di sini bahawa Pak Lah merupakan mangsa permainan kaki kacau. Akan tetapi hebatnya Pak Lah di sini apabila beliau tetap consistent, atau istiqamah dengan dasar keterbukaan.

Lihatlah Pemuda yang telah dihasilkan di zaman Pak Lah dan kita akan kagum, bagaimana Khairy Jamaluddin sanggup masuk ke kubu kuat PAS demi bermuzakarah dengan Datuk Husam. Dasar keterbukaan ini mungkin membawa padah kepada cita-cita politik Pak Lah, tetapi dari awal lagi, Pak Lah telah mengatakan dia tidak ambitious, tidak pernah meminta untuk menjadi Perdana Menteri.

Dasar keterbukaan ini mungkin bahaya pada peringkat pertama, diketika pemikiran rakyat masih lagi geram dengan minda Utusan Malaysia atau mana- mana lagi media kerajaan dan akan terima apa sahaja kata bloggers dan media alternatif. Tapi lama kelamaan, rakyat Malaysia akan mula matang dengan pemikiranya dan akan lebih bertangungjawab dalam pemilihan.


Di Mukadimah saya menulis tentang sistem dwi parti yang akan gagal kerana ia mampu memecah-belahkan negara bila semangat musyawarah tidak ditanam. Namun Islamisation terhadap sistem dwi parti ini mungkin mampu menghasilkan sebuah yang baik sekali untuk negara, seperti muzakarah Khairy dan Datuk Husam itu tadi. Dan yang terbaru apabila beliau menyahut cabaran Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk mendebatkan PPSMI.

Rakyat yang pemikiran politiknya lebih matang akan mampu memastikan keberkesanan dalam pentadbiran. Akan wujud kembali raja adil raja disembah dan raja zalim raja disanggah. Akan tetapi lain pula pendekatan UMNO Mahathirism yang mengutamakan command and control. Mereka mahukan pemilihan UMNO jadi urusan parti, terlupa bahawa ahli Pemuda UMNO hanyalah 700 000, sedangkan Pemuda di seluruh Malaysia melebihi 7 juta. Inilah yang dikatakan a state within a state.

Kata Khairy dalam interviewnya bersama Nutgraph, UMNO perlukan lebih inclusivity. Andaikata lebih ramai lagi belia yang menjadi ahli UMNO, UMNO akan jadi parti yang lebih relevan kepada Melayu dan Malaysia.

Bila Barisan Nasional menghadapi kekalahan terburuk dalam sejarah pada March 2008, mereka harus sedar tentang keangkuhan kuasa bahawa pada hakikatnya manusia tidak berkuasa, dan bila-bila sahaja Tuhan mampu mengambilnya. Musa Hitam mengatakan UMNO adalah parti tua dan sakit tenat, tetapi terlupa yang tenat, yang tua dan yang membawa masalah adalah ahli-ahli yang bertindak sebagai virus.

Musa Hitam dulu Timbalan Perdana Menteri, merajuk dan letak jawatan. Nak tahu siapa Musa, baca Musa derhaka dan juga Challenger siapa lawan siapa. Dulu waktu Pak Lah berkuasa, berlagak jadi penasihat Pak Lah, sekarang bila Pak Lah nak turun bagaimana sikapnya? Berhentilah jadi kaki kacau di zaman Najib.

Kalau ada 3 musketeers di zaman Mahathir, di zaman Najib juga akan ada 3 musketeers yang melindungi institusi UMNO. KJ selaku d’artagnon, apakah Datuk Norza Zakaria, ahli EXCO yang paling lantang akan berdiam diri, begitu juga Syed Ali Al-Habshee the president man?

Pada kejadian ini, tidak kira sama ada rakyat mengundi Pakatan Rakyat sebagai undi protes terhadap Barisan, mahupun mereka sudah bertukar haluan, akan tetapi yang penting adalah agar UMNO/Barisan terus relevan, mereka harus selangkah dengan kemahuan rakyat pada era ini.

Rakyat tidak mahukan lagi sebuah parti politik yang beri wang salah tak beri wang kalah, tidak mahu lagi parti yang mengutamakan ahli politiknya keatas rakyat. UMNO dulu tidak selalu begitu, satu ketika dulu, ia merupakan sebuah parti yang mengutamakan kemasalahan rakyat, pertandingan merupakan pertandingan untuk menyenangkan rakyat. Akan tetapi bila UMNO sudah dijangkiti virus struggle for power ini, ia seakan-akan terkena virus Chikukunya yang susah benar mahu betul-betul pulih darinya. Ia hanya mampu dipulih dari dalam, kerana antibiotik dari luar hanya akan menguatkannya. UMNO hari ini beruntung, kerana lawannya iaitu Pakatan Rakyat pun mempunyai masalah dan keretakan ideologi, akan tetapi mereka harus sedar rakyat yang sudah fed-up akan mencari parti yang mampu memberi keperluan mereka.

Ingatlah, Barisan sekarang berada dalam keadaan tertekan, selepas Mac 2008, Kuala Terengganu, Barisan semakin tertekan, dan sekarang wujud pula kata-kata yang Bukit Gantang dan Bukit Silambau akan menjadi medan perhakiman.

Bila Najib Tun Razak nanti mengambil teraju pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional, UMNO akan diberikan peluang baru untuk memperbaharui kepimpinan rakyat. Ia diharapkan ajaran dan semangat Tun Razak akan hidup di dalam Datuk Seri Najib Tun Razak. Akan tetapi Najib harus fikirkan juga, apakah nasib UMNO/Barisan akan datang, adakah ia akan tetap mempunyai daya saing?

Sudah 27 tahun sejak saya menulis Pemuda di zaman Mahathir. Kalau ada suatu pengajaran yang mampu saya sampaikan, ia adalah politics is the game of the possible, macam-macam boleh berlaku dalam sekelip mata. Sudah hampir 6 Perdana Menteri Malaysia, 3 darinya merupakan Ketua Pemuda, dan 3 darinya bukan. Ramai Ketua Pemuda yang hebat-hebat seperti Datuk Haron dan Datuk Jaffar Albar tidak pun menjadi Perdana Menteri. Begitu juga Tun Saadon dan Datuk Senu. Sementara itu, Rahim Tamby Chik pula terpaksa berhenti sebagai Ketua Pemuda, Syed Hamid Albar pula pernah bertanding tapi menarik diri di saat-saat akhir. Mungkin dia tidak sehebat ayahnya, Singa UMNO.

Mudah-mudahan mereka yang seperti kereta chasis bengkok pergilah cermin diri. Belajar sedar diri. Sudah tak relevan untuk zaman Najib, berilah peluang bagi darah muda. Jangan sampai orang katakan ‘awak sudah tertinggal bas,antara sebab awak susah sangat hendak menang, selain tidak mesra rakyat,sama sekali tidak mesra penulis yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Kalau penulis-penulis semua tidak senang dengan awak tu, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah’

Khairy Jamaluddin berkata seandainya dia kalah pemilihan kali ini, dia mahu Pemuda bersatu. Dia akan menyokong siapa saja yang menang dan merapatkan Barisan. Inilah sifat-sifat Sabrun jamil, kesabaran itu indah. Beliau sudah pun melalui berbagai-bagai ujian, jalan memang tidak mudah bagi sang pejuang. Bak kata Pak Lah, ia hanya sebuah permainan. Yang penting, kukuhkan Pemuda.

“Jangan ambil hati terhadap apapun, kerana semua itu adalah permainan. Dan ia bukannya pun mengenai kehidupan mu. Itu bukan hidupmu. Hidupmu adalah keluargamu, hidupmu adalah kesejahteraan dirimu sendiri. Itu semua adalah satu permainan, permainan di mana anda turut terlibat di dalamnya kerana anda mahu melakukan sesuatu untuk negara. Dan malangnya, untuk membantu negara, anda terpaksa menjadi sebahagian daripada permainan ini. Anda boleh berhenti bermain bila-bila masa pun sekiranya anda mahu dan meninggalkan sahaja permainan ini. Bukan ada orang pun yang menyuruh anda turut sama menyertai permainan ini. Anda turut sama berada dalam permainan ini kerana kemahuan dan pilihan anda sendiri”

- Pak Lah


Sehabisnya episod pemikiran saya ketika dibawa aroma kopi jahe Surubaya, dari balkoni tingkat atas kamar tidur saya, saya pun turun ke bawah, ke tepi sungai. Saya perhatikan air yang mengalir jernih dari hulu Sungai Pahang yang sedang menuju ke Kuala Sungai Pahang, terus ke Laut Cina Selatan.

Perjalanan hidup yang seperti anak sungai yang berliku-liku mengambil waktu yang sangat panjang untuk ke destinasi yang di tuju. Begitulah perjalanan Datuk Najib yang saya kenal 27 tahun dahulu ketika beliau memegang jawatan Naib Ketua Pemuda dan Anwar Al-Gujerati menjadi Ketua Pemuda.

Dengan pantas sekali waktu berlalu akhirnya Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri, lalu tersungkur ke Penjara Sungai Buloh. Tuhan tidak pernah zalim. Allah Maha Mengetahui namun Anwar tidak mahu belajar, tidak ada sifat Sabrun jamil. Kini Najib sudah menjadi Presiden UMNO dan insya-Allah menjadi Perdana Menteri.

Di saat ini, saya pasti Datuk Najib sudah letih, sudah penat, saya juga penat, tetapi hidup mesti diteruskan. Dunia adalah sebuah pentas sandiwara, siapa kalau bukan Tuhan yang menjadi pengarahnya. Tiba-tiba saya teringat kata-kata Rocky Balboa lakonan Sylvester Stallone, filem yang saya tonton bersama anak saya Habeeb Oumar Al-attas di TV. Barangkali kata-kata semangat ini boleh diguna pakai oleh Najib, Pemuda, dan siapa sahaja yang ingin berjaya di dalam hidup termasuk saya sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri. - Al-Quran.

Dunia ini bukanlah hanya berkenaan sinaran suria dan pelangi. Ia adalah sebuah tempat yang kejam dan ada kalanya zalim, dan ia tak peduli anda segagah mana sekalipun, ia akan memukul anda sehingga ke lutut dan membuatkan anda berlutut selamanya, jika anda membenarkan ianya berlaku sedemikian. Anda, saya atau sesiapa sahaja, akan memukul anda sekuat kehidupan. Ia bukannya mengenai betapa kuat anda boleh memukul tetapi betapa kuat anda akan dipukul, tetapi masih boleh maju tanpa menyerah kalah. Itulah cara bagaimana kemenangan diperolehi. Oleh itu, sekiranya anda rasa anda kuat, keluarlah dan buktikan kekuatan anda. Tetapi anda harus sanggup menerima segala pukulan. Dan bukannya menuding jari dan mengatakan: Anda gagal menjadi orang yang anda mahu jadi akibat angkara orang lain. Hanya sipengecut saja yang melakukan sedemikian!

The world aint all sunshine and rainbows. Its a very mean and nasty place, and i dont care how tough you are, it will beat you to your knees and keep you there permanently, if you let it. You,me or nobody, is gonna hit you as hard as life. Buy ain’t about how hard you hit, its about how hard you can get hit, and keep moving forward.

How much you can take, and keep moving forward. Thats how winning is done. Now, if you know what you’re worth, go out there and get what you’re worth. But you gotta be willing to take the hits. And not pointing fingers saying: You ain’t what you wanna be because of him or her or anybody. Cowards do that and that ain’t you! You’re better than that!”.

- Rocky Balboa



Saya akhiri buku ini dengan kata-kata:

Mengkritik tidak bererti menentang
Memuji tidak semestinya menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
Dan berbeza pendapat adalah
kawan berfikir yang baik.

Komen PB

Saya cukup meminati penulisan Pak Habib ,dan banyak koleksi buku-buku beliau yang saya baca dan kumpul sebagai koleksi peribadi . Beliau cukuk arif dan pengalaman mengenai sepak terajang politik UMNO ini dan pemilihan kali ini sudah tentu ada buah tangan terbarunya buku beliau akan dijual .

default

Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin

on Thursday, March 19, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


Saya memanjatkan syukur terhadap Allah SWT kerana saya masih boleh meneruskan perjuangan saya dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, walaupun telah diputuskan bersalah dan diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO, iaitu peruntukkan mengenai Anggapan Kebersalahan Pihak Ketiga.

Di bawah Perlembagaan UMNO, mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan pelbagai jenis hukuman, antara lainnya, diberi amaran; digantung hak-hak dalam parti; dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi atau dipecat daripada parti.

Seperti yang telah saya nyatakan kepada Lembaga Disiplin, saya tiada kena-mengena dan tiada pengetahuan langsung mengenai perbuatan yang didakwa dilakukan oleh mereka yang dikatakan menjadi ejen saya. Pihak Lembaga Disiplin juga, dalam sidang akhbar semalam, mengakui tiada perkaitan jelas antara kesalahan yang dilakukan oleh mereka dengan saya. Lembaga Disiplin juga mendapati sukar untuk mengaitkan ejen tersebut dengan saya. Kaitan kesalahan mereka yang didakwa menjadi ejen saya dengan saya juga adalah amat lemah.

Atas sebab-sebab seperti yang telah dinyatakan oleh Lembaga Disiplin inilah, saya masih lagi dibenarkan untuk bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini. Namun begitu, saya tetap dengan kenyataan saya kepada Lembaga Disiplin – bahawa saya sememangnya tidak bersalah. Saya juga berharap agar apa yang berlaku ini bukanlah didorong oleh apa-apa agenda politik mana-mana pihak berkepentingan untuk memburukkan nama saya atau menggagalkan perjalanan karier politik saya, terutamanya setelah saya mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Komen PB

Ada hikmah disebalik keputusan oleh lembaga disiplin UMNO buat Khairy Jamaluddin, Beliau banyak mendapat simpati dari Perwakilan seperti di dalam mana-mana pertandingan . Orang yang dianiayai oleh pihak yang melakukan taktik kotor /konspirasi ini akan menjadi popular walaupun bekas pemimpin besar UMNO terus berkempen di dalam akhbar sehingga menyeru semua perwakilan menolak pemimpin yang didapati bersalah di dalam politik wang .Ini lah taktik dan strategi mereka untuk menjadikan KJ dan Ali Rustam sebagai kambing hitam dan seterusnya ditolak oleh pewakilan dan di halang dari bertanding. Perwakilan bukan bodoh dan mereka tahu apa yang sedang berlaku dalam UMNO .

Menurut bancian , Khairy kini berada di tangga atas dan peluang untuk menang adalah cerah. Simpati kepada beliau banyak diluahkan oleh ketua pemuda UMNO Negeri dan bahagian.




Selain itu , pandangan daripada Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman mengatakan Calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dilihat mempunyai peluang untuk memenangi jawatan itu pada pemilihan parti minggu depan kan kerana mendapat 'undi terpijak' daripada penyokong Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin melucutkan kelayakannya untuk bertanding.

"Cara mereka tunjukkan perasaan marah saya yakin tidaklah sampai hendak keluar parti, sebalinya mereka pasti akan berikan kemenangan kepada calon bukan pilihan," katanya.

"Saya fikir mereka tidak akan pilih Muhyiddin bukan sebab mereka tidak suka beliau, tapi kerana sebelum ini Mohd Ali dan Muhyiddin dilihat calon pilihan bagi jawatan berkenaan.

LINK
KJ DIANAIYA
Beruk-beruk tempat lain goyang pokok
Umno Melaka sedih, terkejut nasib Ali
Jika ada Double Standard ? Khairy tidak akan dituduh langsung..
Suratan @ kebetulan

default

Bungkusan Jampi di meja Pak Lah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.

Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.

Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.

Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk.

Menurut laporan itu lagi, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.

Untuk kepastian lanjut, pasukan polis menghantar objek-objek kepada Jabatan Kimia. Hasil siasatan dilaporkan belum diketuai.

Mengulas laporan akhbar itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Komen PB

Kenapa di saat pemilihan UMNO ini ,semua pemimpin UMNO begitu rakus dan gila kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja ( realpolitik ) . Bilik mensyuarat UMNO kita tentu tahu hanya orang tertentu sahaja boleh akses masuk ke bilik itu dan bungkusan itu sudah tentu diletakkan oleh orang dalam bangunan UMNO sendiri . Macam-macam perkara yang terjadi kepada UMNO dalam minggu ini yang sedang dilakukan oleh ahli partinya sendiri untuk merebut kuasa sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak pernah kita fikirkan .

default

Konspirasi terbaru di dalam UMNO

on Tuesday, March 17, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 26 Comments



SAYA TIDAK BERSALAH - KJ

Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun "saya tidak bersalah"
Dalam reaksinya, ahli Parlimen Rembau itu berkata, apa yang penting, walaupun didapati bersalah, beliau hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding.

"Saya masih boleh bertanding (jawatan ketua Pemuda Umno)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Agenda

"Saya tahu terdapat agenda tersebut, tetapi saya tidak siapa yang bertanggunjawab dan mengapa mereka berbuat demikian.

"Saya tetap tidak bersalah," tambahnya.


Menurutnya, beliau telah memberi penjelasan kepada lembaga disiplin.


Ali , Khairy bersalah, Khir Toyo bebas

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti.

Beliau bagaimanapun hanya diberi amaran dan masih layak untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan minggu depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.

Katanya, Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda didapati bersalah di bawah Perkara 10.1, Tataetika Ahli Umno.

Dalam sidang media itu, beliau turut mengumumkan 14 lagi ahli Umno yang didapati bersalah termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Mohd Ali yang akan sepatutnya bertanding jawatan Timbalan Presiden bagaimanapun telah hilang kelayakan bertanding kerana didapati bersalah di bawah Perkara yang sama.



Ditanya sebab Khairy hanya dikenakan amaran manakala Mohd Ali hilang kelayakan bertanding sedangkan kesalahan mereka jatuh di bawah Perkara yang sama, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, jenis perlakuan kesalahan yang dilakukan mereka adalah berbeza.

"Mereka tidak ada kes yang sama. Apa yang dilakukan oleh ejen mereka juga berbeza.

"Contohnya antara rasuah makan-makan atau rasuah wang, sudah pasti kesalahan dan hukuman itu juga berbeza walaupun kes itu dalam Perkara Tataetika yang sama," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seorang lagi calon Ketua Pemuda iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Penyokong ALI Rustam jumpa PAK LAH



Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertemu Perdana Menteri malam tadi meminta beliau mempertimbangkan keputusan Lembaga Disiplin Umno yang melarang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.

Kumpulan penyokong dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang itu, berkumpul di TUDM Subang kira-kira pukul 9 malam bagi menunggu ketibaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Indonesia yang tiba kira-kira pukul 10.45 malam.

"Kami meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk melarang Mohd Ali (bertanding) dan beliau memberikan respons yang positif," katanya.
Menurut Mohd Yusoff, pada pertemuan hampir 20 minit itu, Abdullah berjanji akan memikirkan perkara itu dan akan menemui Mohd Ali esok.
Ketua UMNO Batu Gajah Datuk Mohd Yusoff Kassim


Komen PB

Adakah terdapat gerakan menghapuskan orang Pak Lah di dalam UMNO ???? jawapannya YA .Gerakan ini sudah bermula dan politik wang dijadikan alasan untuk menguburkan karier politik seorang pemimpin yang dikatakan orang Pak Lah . Bermula dengan Norza,diikuti oleh Azalina yang membabitkan pegawai kanannya yang ditahan oleh SPRM dan terbaru Datuk Seri Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin .

Cakap-cakap dari dalaman UMNO mengatakan keputusan ini dibuat kerana campurtangan `tangan-tangan ghaib' yang masih `berkuasa' di dalam parti bagi memastikan calon-calon pilihannya sahaja yang akan memenangi pertandingan kali ini.

Keputusan Lembaga Disiplin yang berat sebelah ini pastinya memburukkan lagi keadaan di dalam UMNO !! Najib cakap mudah sahaja terima hati terbuka :-

"Saya percaya beliau seorang yang setia kepada Umno dan akan menerima keputusan dengan hati terbuka dan akan terus menyumbang kepada parti," katanya kepada media di Kuala Lumpur.

Kita sedar ada risiko datang bersamanya (keputusan tersebut), tetapi risiko terbesar adalah Umno ditolak oleh orang ramai," katanya.

"Kita tidak boleh menanggung keadaan itu. Setiap orang harus berkorban demi (kebaikan) parti."

Kita jangan hanya memikirkan risiko UMNO ditolak orang ramai ,tetapi bagaimana jika UMNO sendiri ditolak oleh ahli-ahlinya kerana kecewa dengan tindakan lembaga disiplin UMNO ini .Kekuatan UMNO adalah bergantung kepada ahli-ahli nya bukan hanya seorang pemimpin. UMNO bakal hancur jika pepecahan berlaku dikalangan ahli disebabkan oleh keputusan yang berat sebelah Lembaga Disiplin ini yang hanya menguntungkan calon yang ditentukan oleh tangan -tangan ghaib itu yang menjadi master mind untuk pemilihan ini .

Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada Datuk Seri Ali Rustam yang dilarang terus bertanding di dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO. Reaksi dari Pemuda dan ahli-ahli UMNO Melaka bagi saya rasa tentu cukup sedih terhadap apa yang berlaku kepada pemimpin No 1 Melaka itu kerana banayak jasa dan sumbangannya kepada UMNO ini tetapi ini hakikat yang terpaksa diterima oleh beliau . Kepada DS Najib

" KALAU HENDAK UMNO BERSIH , BERSIHKAN SEMUA SEKALI "



pautan

BENARKAH WUJUD KONSPIRASI DI DALAM UMNO
Gurindam Kuasa ANAK MUDA

Khir toyo sebersih salju

MUHYIDDIN DAPAT WALK OVER, KJ yellow card, KT terlepas!!!

default

Pemuda untuk golongan muda

on Monday, March 16, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Well itulah peranan Pemuda UMNO, bahawa ia mewakili sayap golongan muda parti,
memimpini Pemuda BN, serta representatif kepada seluruh golongan Malaysia.

Maka amat pentinglah bagi pemimpin Pemuda UMNO itu sezaman dan segenerasi dengan golongan atau segmen yang diwakili dan dipimpininya agar dapat ia, bukan sahaja, mendengar dan memahami, tetapi juga menjiwai, cita rasa, aspirasi, masalah, keperluan, perspektif, isu-isu serta idealisme orang muda.

Ada yang kata muda itu dari segi minda dan jiwanya di mana kalau minda dan jiwanya muda – maka mudalah ia. Ya, kita akui ada yang begitu, hatta ada yang sudah beruban penuh tapi masih berseluar jeans ketat. Namun hakikatnya, dan tidak dapat tidak, muda itu masih diukur relevansinya dari segi umur kerana umur itu menjadi masih proksi dan ukuran kepada mudanya seseorang itu.

Dalam konteks ini dan dalam persaingan Pemuda UMNO kali ini, hanya Khairy seorang sahaja yang layak bergelar sebagai pemimpin muda kerana umurnya 32 tahun dan masih relevan dalam konteks umur Pemuda UMNO yang diwartakan dalam lingkup 18 hingga 40 tahun, berbanding calon-calon lain yang berumur 44 tahun [Mukhriz] dan 43 tahun [Khir].

Memang diakui bahawa pengecualian umur diberi kepada Pemimpin Pemuda UMNO tetapi kita kena ambil maklum kepentingan umur yang seangkatan dengan golongan yang dipimpin agar tiada generational gap dan adultism dalam kepimpinan Pemuda yang menjurangkan lagi Pemimpin dan golongan yang dipimpinnya. Bak kata orang, orang muda ni pilihan warna dan cutting baju pun berbeza dengan orang tua.

Sebagai contoh kecil, dalam budaya Pemuda UMNO, perbualan lebih kepada rujukan “bro-bro” dan “ kau-aku”, kalau ada generational gap yang tinggi, pemuda di cawangan dan bahagian pun payah nak berbual dan bersama pemimpin mereka – nanti diselar kurang adap pula.

Juga, kita pun kena ambil maklum hasrat, falsafah dan maksud mengapa Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 menghadkan umur keahlian dan kepimpinan persatuan belia kepada umur 40 tahun.

Dalam hal ini, mari kita lihat kepada purata umur barisan kepimpinan Pemuda UMNO bahagian [Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda] serta perwakilan G2 yang bakal mengundi pada bulan Mac 2009 nanti.

[Sampel ini sangat representatif kerana mengambil jumlah sampel [or n of the population] seramai 578 daripada 797 perwakilan Pemuda atau 73 peratus daripada jumlah populasi. Begitu juga bagi KP yang meakili 79 peratus daripada jumlah KP seluruh Malaysia, sampel NKP setinggi 76 peratus dan sampel perwakilan G2 pula merangkumi 75 peratus.]

Daripada analisa purata umur itu tadi, kita dapati purata umur seluruh perwakilan, (merangkumi KP, NKP dan G2), adalah 36 tahun, purata bagi KP adalah 37 tahun, purata NKP pula 36 tahun dan bagi G2 pada 35 tahun.

Ini semua menunjukkan jurang umur atau generational gap yang ada sekiranya mereka yang terpilih sebagai Ketua Pemuda kelak adalah bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

Sehubungan dengan itu, kita harap para Perwakilan dapat menilai dan menilik pemimpin mana yang molek dan representatif bagi mereka, DAN JANGAN DILUPA – kepimpinan yang relevan kepada golongan muda Malaysia. Ini kerana, Pemuda UMNO ada lebih kirang seramai 700 ribu tetapi dalam PRU13 nanti dijangka terdapat seramai 7.3 juta pengundi muda. Bagi BN yang mengalami kejatuhan undi popular dari setinggi 90.4 peratus pada 2004 ke 50.6 peratus pada 2008, pastinya sokongan pengundi muda bagi saluran peti undi 3, 4 dan ke atas menjadi kunci kemenangan mana-mana parti politik yang bertanding.

Jadinya, kepada seluruh perwakilan – pilihlah calon pemimpin yang relevan dan pilihlag pemimpin untuk MASA DEPAN kita bersama.

Oleh: Hangtegar

default

Pemuda UMNO akan bangkit !!

on Sunday, March 15, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



"Agenda besar itu jelas menerusi gerakan melemahkan perpaduan masyarakat Melayu, meruntuhkan Parti kita, dan agenda besar itu kini terpampang di depan kita hari ini. Tidak pernah sebelum ini ada anak Melayu yang tergamak baring dan terlentang di tengah jalan raya menghalang kenderaan raja, anak Melayu tidak sanggup membaling batu kepada rajanya sendiri, tidak mungkin ada anak Kuala Kangsar dan tidak mungkin rakyat Perak berbuat biadap kepada raja" Hisyamuddin Tun Hussein


Pemuda Umno akan sekat kemenangan hatrik pembangkang - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan memastikan pembangkang tidak akan mencapai kemenangan hatrik di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan diadakan serentak 7 April ini.

"Dengan kebangkitan Pemuda Umno, segenap lapisan jentera akan digerakkan untuk menghadapi segala cabaran dengan penuh disiplin dan seterusnya memenangi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai," kata ketua pergerakannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas majlis penutup latihan persiapan jentera pilihan raya Pemuda Umno di sini hari ini.

Pembangkang sebelum ini menang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Beliau juga berkata Pemuda Umno akan menghalang usaha pembangkang yang ingin mengambil kesempatan untuk memecahbelah anggota parti, melagalagakan pemimpin dan melemahkan Umno terutama menjelang pemilihan agung parti 24 Mac ini.

"Pemuda Umno akan menyedarkan generasi dan pengundi muda mengenai taktik kotor pembangkang yang mencampur aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan serta memikat hati masyarakat," kata Hishammuddin.

Pautan
PEMUDA DEDAH AGENDA BESAR MUSUH NEGARA

Komen PB

Pemuda UMNO akan kembali kukuh dan kuat selepas pemilihan UMNO ini .Kebangkitan Pemuda UMNO akan menyekat impian penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim konon hendak mencatat hatrik menang tiga pilihan raya kecil berturut-turut selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Pemuda UMNO akan menyedarkan generasi dan pengundi muda taktik kotor pembangkang mencampur-aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan dan memikat hati.masyarakat.
Bagi Pemuda UMNO, mereka yang biadap sedemikian kepada orang ramai dengan menuduh dan memfitnah sambil berselindung di sebalik imuniti Dewan Parlimen adalah pengecut dan pemimpin Melayu yang sanggup diperalatkan untuk melembar tohmahan terhadap pemimpin adalah pengkhianat besar.

Dengan kebangkitan Pemuda UMNO itu, segenap lapisan jentera akan digerakkan untuk menghadapi segala cabaran dengan penuh disiplin dan seterusnya memenangi pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bikut Selambau dan Batang Air pada 7 April ini.
Pemuda BN Sedia Gempur !!

default

Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Mukadimah

‘‘Jangan burukkan kawan-kawan’’ Itulah pesanan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kepada jentera yang membantu beliau berkempen merebut jawatan Ketua Pemuda.

Beliau membuat peringatan itu kerana tidak mahu pemilihan yang bakal menyaksikan persaingan antara beliau dengan dua lagi calon iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membawa perpecahan kepada Pemuda.

Bagi Khairy dalam keghairahan untuk memenangkan calon masing-masing semangat setiakawan dalam Pemuda harus dikekalkan. Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, beliau yang kini menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda secara terbuka menjawab pelbagai persoalan berkaitan dirinya dan perebutan jawatan dalam Pemuda.

Apapun beliau amat berharap perwakilan akan membuat keputusan berasaskan kepada realiti dan bukannya persepsi terhadap seseorang calon. Khairy juga turut memaparkan apa yang ingin beliau lakukan dalam usaha merapatkan hubungan Pemuda dengan rakyat.


MINGGUAN: Bagaimana penerimaan perwakilan, ketika YB berkempen?

KHAIRY: Alhamdulillah, maklum balas dan sokongan yang diterima terhadap gagasan setiakawan daripada perwakilan sangat positif dan saya harap akan diterjemahkan kepada undi pada 25 Mac nanti.

Kempen dalam Pemuda kali ini turut menyaksikan peribadi YB diserang sekali lagi, apa pandangan YB?

KHAIRY: Saya berpendapat, faktor paling besar yang menyemarakkan perbincangan dan tuduhan terhadap saya selama ini ialah “isu menantu”. Tuduhan utama ialah karier saya dipercepatkan kerana saya menantu Perdana Menteri. Bahaslah apa pun. Persepsi bahawa laluan saya dipermudahkan cepat merebak. Apakah salah dan dosa saya, sebenarnya kerana menjadi menantu? Jodoh, ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. Tetapi yang pasti isu menantu ini akan hilang dengan sendirinya apabila Pak Lah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas itu berlaku, saya tidak akan dilihat sebagai seorang yang dibayangi oleh isu ini dan tidak boleh dipersalahkan lagi atas segala yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.

Tetapi apakah semua persepsi itu betul?

KHAIRY: Tidak. Saya menjadi sasaran mudah umpama kambing hitam. Kita mesti akui setiap pemimpin apatah lagi Perdana Menteri mempunyai ramai pengkritik. Mereka ini akan cari sasaran mudah untuk menyerang, memandangkan saya menantu Perdana Menteri dan kebetulan pula terlibat dalam politik, segala permasalahan pentadbiran negara dikatakan berpunca daripada KJ.

Persepsi ini menjadi mengarut sampai harga minyak naik pun saya disalahkan. Pemilihan calon-calon pilihan raya pun salah saya juga. Semua tuduhan ini bersifat sensasi, umpama menjelmakan insan kerdil seperti Khairy Jamaluddin menjadi punca segalanya. Sampai hari ini apabila saya mencabar mereka yang menuduh saya untuk kemukakan bukti, mereka gagal. Jadi saya percaya, semua itu adalah agenda politik untuk melemahkan Perdana Menteri dan menguburkan kerjaya politik saya.

Bagaimanapun saya pasrah dan reda dengan dugaan ini dan berharap perwakilan yang berjumpa saya mengenali KJ sebenarnya dan boleh memisahkan antara realiti dan persepsi.

Difahamkan YB sekali lagi akan menjadi sasaran penulis-penulis buku politik?

KHAIRY: Secara peribadi dan prinsipnya, saya menghormati hak setiap orang mengkritik, menegur, menyokong atau menyatakan beliau tidak gemar pemimpin tertentu. Cuma kalau boleh elakkan perbuatan mencerca dan menghindari perkataan yang terlalu kesat. Ini kerana, apapun perbezaan pandangan, jangan kita meletakkan tahap kita serendah mereka yang dijelaskan oleh Rasulullah umpama memakan daging saudaranya sendiri.

Saya harap perwakilan tidak dipengaruhi oleh buku-buku politik yang jelas berat sebelah dan menyerang calon-calon secara peribadi. Mereka sudah ada masa yang agak lama untuk menilai setiap calon. Penilaian yang dibuat secara langsung in person adalah lebih sahih daripada cerita dalam sesetengah buku-buku politik yang berniat menjatuhkan pemimpin.

Apa masalah utama yang harus diselesaikan oleh seorang Ketua Pemuda?

KHAIRY: Masalah utama berhubung kemerosotan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah cabaran utama Pemuda UMNO.

Dalam hal ini, saya akan mantapkan lagi gerak kerja Pemuda dalam dua aspek. Pertama, dari segi latihan dan pendidikan politik. Ia bertujuan memperkuatkan jati diri ahli dan merakyatkan Pemuda. Maksudnya, dalam setiap tindakan Pemuda selepas ini akan membawa kesan positif kepada rakyat kerana Pemuda harus dilihat sebagai pembela nasib rakyat.

Perkara kedua, mengembalikan peranan aktivis dalam Pemuda. Saya akan menubuhkan kor penceramah dan imam muda iaitu lima penceramah dan lima imam muda dari setiap bahagian. Mereka akan menjadi aktivis kita di peringkat akar umbi dan memastikan dalam dua aspek yang mungkin kita nampak ada sedikit kelemahan iaitu penyampaian maklumat dan aktiviti keagamaan.

Saya juga akan menubuhkan unit penyampai maklumat yang akan menggunakan teknologi terkini bagi memastikan setiap ahli dan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat dan keputusan terkini yang dibuat oleh pemimpin. Ini termasuk unit perang siber yang lebih agresif melalui kaedah seperti blog dan juga portal rangkaian sosial seperti Facebook dan MySpace yang begitu popular di kalangan generasi muda. Maklumat yang kita sampaikan mesti terkini, tepat dan padat. Barulah ahli kita memahami bagaimana nak berdepan dengan sesuatu isu di kawasan masing-masing.

Tetapi dikalangan Pergerakan Pemuda sendiri dikatakan berlaku jurang antara ahli dengan pemimpin?

KHAIRY : Sebab itulah saya ingin membawa pendekatan mengakar umbikan kepimpinan Pemuda. Yang pertama, saya akan pastikan mesyuarat exco Pemuda dibuat di setiap negeri. Ini akan memperlihatkan pemimpin Pemuda turun ke bawah dan sentiasa bersama ahli-ahli. Saya juga berharap mesyuarat Pemuda negeri juga akan dibuat di setiap bahagian dan bukan di ibu negeri sahaja.

Saya juga akan hidupkan kembali program Pemuda masuk kampong supaya Pemuda dilihat bersama dengan masyarakat setempat. Kita perlu kikis imej Pemuda UMNO sebagai satu institusi yang dilihat elit melalui langkah turun kebawah bersama rakyat.Saya bercadang untuk sentiasa bergerak kebahagian-bahagian untuk memahami masaalah rakyat secara langsung tempat bergantung kepada laporan ibu pejabat.Kita perlu kepada kepimpinan yang hands on dalam keadaan politik hari ini.Bagi menaikan martabat Pemuda diakar umbi, saya mencadangkan satu pindaan kepada Perlembagaan parti bagi membolehkan ketua-ketua Pemuda cawangan menjadi perwakilan secara automatic kepada mesyuarat perwakilan bahagian. Ini akan mengurangkan jurang antara Pemuda cawangan dan bahagian induk dan member suara kepada Pemuda diperingkat akar umbi. Ia juga merupakan harapan ahli akar umbi yang rasa diri mereka tidak dibela kerana tiada kuasa politik.

Ramai generasi muda terjejas akibat kegawatan ekonomi, apa visi YB dalam hal ini?

KHAIRY : Bagi saya, yang penting adalah kita dapat menjanakan ekonomi di peringkat akar umbi. Saya akan bekerja kuat dalam memantau agensi-agensi kerajaan agar pakej rangsangan ekonomi RM60 bilion yang baru diumumkan sampai ke golongan muda supaya mereka ini mendapat pekerjaan, memperolehi modal pinjaman serta peluang bagi menjana ekonomi. Banyak masaalah yang dihadapi dalam ekonomi hari ini adalah disebabkan oleh birokrasi dan kerenah institusi kewangan dan jabatankerajaan. Perkara ini perlu perhatian dan antara tugas Pemuda adalah memudahkan generasi muda mendapat akses kepada kemudahan dan peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.

Jika dilantik sebagai Ketua Pemuda salah satu tanggung jawab saya adalah menjaga kebajikan orang muda. Dan saya akan pastikan Pemuda bukan hanya memainkan peranan sebagai pendesak tetapi juga pemudah cara untuk memastikan pemerkasaan ekonomi orang muda di peringkat akar umbi berjalan dengan baik. Isu utama bagi saya adalah pengangguran dan peluang untuk memulakan perniagaan bagi generasi muda.

Antara tiga kelompok yang saya telah kenal pasti dan memerlukan perhatian iaitu generasi ke dua bagi Felda dan Felcra, generasi kedua dari kampong-kampung tradisi dan golongan muda yang berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah di Bandar. Jika Pemuda dilihat mengambil berat masaalah ekonomi mereka dengan inisiatif menarik, saya percaya kita dapat mengembalikan keyakinan mereka terhadap gagasan politik yang dibawa oleh UMNO.

Institusi Melayu nampaknya semakin diprkotak-katikah, apakah komen YB?

KHAIRY : Saya cukup sensitive terhadap satu konspirasi yang seolah-olah mahu memperkotak-katikan institusi asas negara iaitu institusi raja-raja Melayu dan juga kontrak sosial yang telah dimeterai oleh semua kaum.

Saya percaya pemuda harus berada di barisan hadapan mempertahankan institusi ini, malah saya sendiri secara lantang bersuara bagi memastikan bangsa dan institusi raja-raja tidak diperlekehkan. Bila Pemuda disifatkan sebagai ‘celaka’, rasanya sayalah antara yang paling awal tampil mencabar orang itu mengeluarkan bukti yang Pemuda UMNO ada mengirimkan peluru hidup pada beliau. Apabila kemuliaan institusi Raja Raja Melayu dipersendakan saya tampil mempertahankannya. Saya meramalkan serangan terhadap bangsa dan institusi Melayu nukan dengancara intelek, kewarasan dan hikmah.

Pemuda UMNO perlu tewaskan mereka yang memperlekehkan kita dengan akal dan ketajaman pemikiran. Saya bersedia berdepan dengaan mana-mana pihak termasuk pembangkang demi mempertahankan maruah bangsa dan negara.Sekarang sudah tiba masa kita berdepan secara terbuka dengan musuh-musuh kita dan Pemuda perlu kepimpinan yang bukan hanya berani tetapi juga mampu mengatasi serangan tersebut dalam medan politik.

Jika dilihat dari segi umur, YB adalah yang termuda, apakah ia akan memainkan peranan dalam pemilihan?

KHAIRY : Saya rasa factor umur penting kerana hanya orang muda dapat memahami jiwa orang muda. Sebagai seorang calon yang masih dalam umur Pemuda, sudah p[asti visi saya adalah untuk Pemuda dan bersifat jangka panjang. Saya tidak melihat jawatan Ketua Pemuda sebagai batu loncatan. Kalau nak singgah untuk sepenggal, kita takkan dapat membawa pembaharuan berkekalan. Saya menawarkan diri sebagai calon yang mempunyai wawasan jangka masa panjang untuk Pemuda.

Itulah sebabnya, mengapa saya memilih slogan setiakawan supaya saya dapat menubuhkan satu rangkaian yang seangkatan dengan saya dan akan terus maju bersama dalam politik.

Begitu juga apabila saya lebih senang bergerak dipanggil KJ. Pangilan KJ memudahkan saya bergerak tanpa protocol tertentu dan bagi mendekatkan diri dengan pemuda. Bagi saya, ahli Pemuda dan semua golongan muda perlu diyakini bahawa mereka mempunyai akses kepada pemimpin mereka. Inilah pegangan saya.

Dua lagi calon tidak mahu menerima jawatan dalam Kabinet, jika mereka dipilih sebagai Ketua Pemuda?

KHAIRY : Saya menghormati keputusan kedua-dua sahabat saya itu. Bagaimanapun soal pelantikan sebagai angota pentabiran adalah hak mutlak Perdana Menteri. Tetapi jika Ketua Pemuda dilantik, saya melihat ini sebagai satu penghormatan kepada orang muda dan member ruang kepada Ketua Pemuda menterjemahkan inspirasi dan wawasan Pemuda UMNO dan juga kepentingan golongan muda di dalam Kerajaan.

Apa harapan YB berkaitan peralihan kuasa yang akan berlangsung tidak lama lagi?

KHAIRY : Saya yakin proses peralihan kuasa akan berjalan lancer kerana ia melibatkan dua pemimpin berjiwa besar. Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bakal Perdana Menteri dan Presiden UMNO UMNO walaupun beliau mengambil alih dari seorang pemimpin yang juga bapa mertua saya. Saya berikrar untuk member sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada najib.

Satu nasihat penting yang Pak Lah berikan kepada saya, kita perlu menjadi orang parti yang kuat. Contohnya, pada team B kalah… Pak Lah tidak keluar dari UMNO walaupun dipecat dari jawatan cabinet. Di situ beliau membuktikan kesetiaannya kepada parti. Jadi, bagi saya yang diajar untuk menjadi orang kuat parti UMNO, saya akan terus member komitmen kepada kepimpinan parti. Saya juga percaya bahawa Najib is the right man at bthe right time. Beliau adalah seorang pemimpin yang diangkat tepat pada masanya.

Akhir kata jika ditakdirkan YB kalah. Apakah YB akan terus menyumbang pada parti?

KHAIRY : Saya dipilih menjadi Ahli Parlimen Rembau atas tiket UMNO-BN. UMNO adalah wadah perjuangan bagi saya. Saya tidak sekali-kali akan kecewa dengan UMNO. Kalau saya menang pula, pertama sekali saya harus rapatkan barisan dan beri keyakinan kepada penyokong-penyokong Mukhriz dan Mohamad Khir bahawa saya bersama mereka sejajar dengan tema dan falsafah kempen ‘setiakawan’.Saya tidak sama sekali akan mengenepikan Mukhriz dan Mohamad Khir, sebagai contoh; kalau berlaku satu pilihanraya kecil di Selangor, kita sangat memerlukan peranan dan sumbangan Mohamad Khir manakala Mukhriz pula mempunyai idea-idea yang boleh disumbangkan untuk Pemuda.

Adalah menjadi tanggung jawab saya menyatukan kesemua elemen dan ahli dalam pemuda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.