Archive for August 2018

default

ADAKAH REALISTIK HARGA TAWARAN RM 10 BILLION KOS BINA ECRL ?

on Wednesday, August 29, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




DI MANA DATANGNYA KOS SEBENAR ECRL IALAH RM30 BILION?
Melalui banyak kenyataan sejak dua tahun dahulu sehingga hari ini, PH tetap bertegas bahawa kos sebenar projek ECRL adalah RM30 bilion dan berdasarkan nomber RM30 bilion ini, mereka menuduh kos RM55 bilion adalah terlalu mahal dan sengaja dinaikkan.

Saya perlu tanya soalan ini kepada Menteri Kewangan, dari mana beliau mendapat angka itu, berapa kilometer bagi nilai RM30 bilion itu dan unjuran kos itu diperolehi dari tahun bila?
Kerajaan hari ini tidak sepatutnya menggunakan angka kos untuk membuat dakwaan yang mereka sendiri tak berupaya membuktikannya atau dengan sokongan fakta.
Apa yang saya ingat, sememangnya terdapat kajian bahawa kos adalah RM30 bilion namun kajian itu dilakukan pada 2009 dan bagi jajaran berbeza dan adalah bagi jarak 545km; dan ia tidak mencakupi jajaran Gombak ke Pelabuhan Klang, di mana tujuh tahun kemudian apabila ECRL dianugerahkan pada 2016, tukaran matawang kita lemah dan ia melibatkan jajaran dengan jarak 688km termasuk segmen bagi Pelabuhan Klang.
Adakah kos RM30 bilion yang sering disebut PH ialah berdasarkan laporan tahun 2009 ini yang banyak berbeza dengan projek kos RM55 billion 7 tahun kemudian?
Kita juga perlu sedar, berdasarkan kepada masa, peningkatan kos selain perubahan kepada spesifikasi, projek PTMP Pulau Pinang juga melonjak dari RM27 bilion kepada RM50 bilion bagi tempoh yang sama termasuk lebuhraya PIL yang kosnya RM9 bilion untuk 19.5km iaitu RM462 juta/km. Jika kos meningkat bernakna rasuah dan salahlaku, biarpun ia adalah kerana masa berbeza dan spesifikasi, adakah ini bermakna projek PTMP juga ada unsur rasuah?
Pada kos RM55 bilion untuk 688km, kos itu adalah RM79.9 juta bagi setiap kilometer. Manakala pada harga RM30 bilion, ia adalah RM43.6 juta setiap kilometer.
Kenyataan media bagi beberapa projek keretapi di rantau ini akan dapat memberikan gambaran yang baik di mana kedudukan kos ECRL berbanding di negara lain.
1. Keretapi laju menghubungkan lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang and U-Tapao di Thailand diluluskan pada 2018. US$7.2 bilion (RM29.5 bilion) bagi 260km = RM113 juta bagi setiap kilometer.
2. Keretapi laju menghubungkan Bangkok dengan daerah Nakhon Ratchasima diluluskan pada 2017. Kos US$5.5 bilion (RM22.6 bilion) bagi 250 km = RM90.2 juta setiap kilometer.
3. Keretapi laju Indonesia dari Jakarta ke Bandung diluluskan pada 2017. Kos US$5.9 bilion (RM24.2 bilion) bagi 250km = RM96.8 juta bagi setiap kilometer.
Hari ini, Perdana Menteri berkata terdapat syarikat tempatan yang boleh membina ECRL pada kos RM10 bilion sahaja. Bagi jarak 688km, ia bermasuk kos hanya RM14.5 juta bagi setiap kilometer. Adakah harga ini realistik jika dibanding dengan projek-projek lain?
Selain itu, Menteri Kewangan kata, angka RM81 bilion yang didedahkan mereka untuk ECRL itu termasuk kos faedah dan operasi.
Ia diibaratkan seperti membeli kereta pada harga RM55,000, kemudian memasukkan kos minyak, kos sewa beli, kos penyelenggaraan, kos insurans sepanjang hayat kereta itu dan cakap kos kereta itu ialah RM81,000.
Apabila negara lain mengumumkan tentang projek rel masing-masing, mereka tidak memasukkan kos faedah dan operasi seumpama itu. Untuk itu, Malaysia seharusnya melakukan perkara yang sama.
Kita perlu tahu, kos projek berbeza ketara berdasarkan kepada spesifikasi terowong, jambatan dan stesen.
ECRL bakal memiliki lebih banyak stesen berbanding projek rel di negara lain yang saya utarakan. Ia juga perlu merentasi banjaran Titiwangsa dan perlu dilindungi dari musim banjir yang kerap di Pantai Timur. Untuk itu, kos bagi setiap kilometer bagi membina ECRL ini sudah tentu perlu mengambil kira cabaran-cabaran itu.

default

BR1M HAPUS , JANGAN HUKUM ORANG MISKIN - NAJIB

on Sunday, August 26, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Saya kesal bahawa Tun Dr Mahathir semalam mengumumkan bahawa BR1M akan dikurangkan dan dihapuskan.
Tun Mahathir masih mendakwa bahawa BR1M dibayar dengan wang yang dicuri dan tujuan BR1M ialah untuk "membeli" rakyat.
Dia juga mendakwa, wang BR1M terlalu kecil dan rakyat tidak merasa.
Agaknya pelik tuduhan bahawa kerajaan BN "curi" wang untuk bagi balik kepada rakyat.
Wang untuk membayar BR1M bukan dari sumber yang dicuri. Ia ialah dari langkah rasionalasasi subsidi dan GST.
BR1M bukan untuk tujuan politik dan kriteria menerimanya hanya berdasarkan kepada pendapatan bulanan isi keluarga - tidak kira mereka menyokong parti politik mana.
Orang yang kaya lebih banyak mendapat faedah dari subsidi pukal manakala kutipan GST lebih banyak dari SST kerana orang kaya yang bayar lebih banyak GST kerana perbelanjaan mereka lebih dan lebih penting, GST mengurangkan pengelakkan cukai, mengurangkan aliran dana haram dan mengutip cukai daripada ekonomi "gelap".
Wang ini kita kembalikan kepada golongan B40 sebagai BR1M yang terus naik kerana kutipan GST terus naik akibat dari pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dulunya semakin naik. Bila orang susah dapat duit, duit tu dibelanjakan semula dalam kitaran ekonomi terutama di kawasan luar bandar.
Dengan ini, jurang kekayaan dan pendapatan antara golongan yang kaya dan miskin boleh dirapatkan.
Ini jelas dari nisbah GINI yang semakin menurun sehingga terendah di bawah 0.40 untuk pertama sekali dalam sejarah pada tahun 2016.
Minggu lepas, kerajaan PH telah mengumumkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK (GDP) untuk suku kedua selepas mereka mengambil alih telah menurun dengan mengejutkan kepada 4.5 peratus berbanding 5.4 peratus untuk suku sebelum itu manakala kadar pengangguran sudah naik. Ada beberapa penganalisa ekonomi juga meramalkan Malaysia bakal akan jatuh kepada kemelesetan ekonomi atau krisis dalam tempoh yang terdekat. Harga getah dan minyak sawit juga telah turun dengan turuk semenjak PRU14.
Ketika inilah orang miskin yang patut ditolong bukan dihukum.
Di mana salahnya kalau kita mengambil wang dari yang kaya dan yang lari cukai untuk membayar kepada yang miskin?
Adakah PH sudah lupa bahawa mereka berjanj untuk meneruskan BR1M dalam manifesto? Mengapa sekarang mahu mungkir janji dan menghukum rakyat miskin?
Nampaknya kerajaan PH hanya mementingkan golongan yang kaya, ekonomi gelap dan peniaga yang suka mengelak cukai daripada mahu menaikkan gaji dan membantu golongan yang miskin.
Saya bimbang bahawa jurang pendapatan yang semakin turun masa saya menjadi Perdana Menteri akan naik kembali kepada tahap yang tinggi pada penggal pertama Tun Mahathir berkuasa.

Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak 

default

NAJIB JAWAB ISU LHDN DITUDUH GUAN ENG PECAH AMANAH

on Friday, August 24, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Saya dimaklumkan bahawa Lim Guan Eng telah diminta untuk memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin.

Guan Eng tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya BN telah "merompak" wang GST sebanya RM18 bilion semasa sesi parlimen yang memberikannya imuniti.
Ini adalah langkah bijak oleh Guan Eng kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang.

Untuk ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada saya oleh Guan Eng mengenai isu GST baru-baru ini, jawapan saya ialah "tiada", "tiada" dan "tiada".

Dengan tiba-tiba pula, Guan Eng membuat satu lagi tuduhan bahawa LHDN di bawah kerajaan BN telah melakukan pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018.

Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion setiap tahun. Jika 10 tahun, ia berjumlah RM1.3 trillion. Jika benar RM16 bilion belum dibayar balik ia hanya 1% dari kutipan bagi tempoh 10 tahun.

Ada banyak sebab mengapa LHDN tidak dapat membayar balik termasuk faktor pekerja ataupun syarikat asing yang tidak lagi berada atau beroperasi di negara ini, syarikat yang sudah tutup ataupun orang yang tidak dapat dikesan. Malah, kegunaan 'set-off' (tolak-selesai) untuk kredit cukai (tax credits) bukan sesuatu yang luar biasa dan sering digunakan dalam negara ini dan diluar negara.

Saya hairan mengapa ahli parlimen PH tidak pernah sekalipun membangkitkan isu ini walaupun sekali sebelum mereka menjadi kerajaan. Kalau sebanyak 1,653,786 kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan terbabit, ini tentu sudah menjadi isu yang besar sebelum ini.

Saya lebih pelik kerana sama seperti kes wang GST sebanyak RM18 bilion, Guan Eng hanya sedar tentang isu RM16.046 bilion tuntutan cukai pendapatan lebih bayar selepas 3 bulan.

Saya juga hairan kerana selama BN menjadi kerajaan, ini tidak pernah menjadi isu dan hanya apabila PH menjadi kerajaan timbul banyak isu seumpama ini tetapi apabila diminta untuk membuat laporan polis, beliau enggan.

Jika Guan Eng mahu berterusan menuduh kerajaan BN tiada wang untuk membayar ataupun wang semua sudah dicuri adalah tidak benar kerana mengikut penyata akhir tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, kerajaan Malaysia mempunyai wang tunai RM18 bilion pada akhir tahun 2017 termasuk RM8,914 juta dalam tangan dan RM7,749 juta dalam Akaun Simpanan Tetap (FD) bagi tempoh tiga (3) bulan dan ke bawah.
http://www.anm.gov.my/images/ArkibMedia/Penyata-Kewangan-Kerajaan-Persekutuan/PENYATA%20KEWANGAN%20KERAJAAN%20PERSEKUTUAN%202017.pdf

Saya mahu menyatakan dengan jelas berikutan pengecualian cukai selama tiga bulan (tax holiday) dan kekurangan pendapatan setiap bulan selepas pemansuhan GST dan digantikan dengan SST telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil  sebanyak RM31 bilion.

Besar kemungkinan bahawa selepas tiga setengah bulan, Guan Eng baru menyedari bahawa langkah "tax holiday" dan menukar dari GST ke SST adalah langkah yang tidak betul.  Berikutan cara pengurusan ekonomi yang tersasar kerajaan baharu ini, mereka kini menuding jari ke arah kerajaan BN sebagai selimut kepada kesilapan mereka sendiri.

Sebenarnya, tidak perlu untuk layan dakwaan bermotif politik ataupun bedebat dengan orang yang mungkin tidak tahu polisi atau cara wang tunai kerajaan diuruskan. Namun, saya percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta.

Lebih baik kerajaan PH menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kedua-dua isu GST dan cukai lebih bayar dengan serta-merta kerana melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion bagi mencari kebenaran dalam memastikan adakah kerajaan BN, Kastam dan LHDN telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka.

default

TAHNIAH MACAI PH , SST KENAKAN CUKAI RM25 KEPADA SEMUA JENIS KAD KREDIT !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments






Dulu kalau guna kad kredit kena bayar 6% GST kecuali ke atas barang yang disifarkan.


Sekarang guna atau tak guna mesti bayar RM25 setiap kad setiap tahun.



Sebab tu dalam Al Quran dah berpesa  agar sentiasa bsrsyukur kerana takut Allah tarik nikmat . Nak hapus GST tapi cukai lain pulak lagi menimpa . 

Kalau ada macai PH uneducated  cakap ini hanya  ni untuk orang  kaya adalah fakta paling bodoh . 


Sebab  ramai je kat orang muda , middle class uneducated  di Lembah Klang , Kuala Lumpur yang   mengundi PH  tak  kaya juga  guna kad credit untuk memudahkan urusan harian mereka . 

So , tepuk la kepada pengundi PH kerana anda bakal dikenakan cukai oleh kerajaan dipilih anda !!  


hahaha....








Cukai Perkhidmatan RM25 Dikenakan Ke Atas Semua Jenis Kad Kredit
Cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas kad kredit semasa perlaksanaan system Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini akan diperkenalkan semula.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Subromaniam Tholasy, kadar cukai yang dikenakan adalah sama rata iaitu pada kadar RM25 untuk kad kredit utama dan kad tambahan




default

NAJIB JAWAB TUDUHAN TUN MAHATHIR TENTANG PROJEK ECRL

on Thursday, August 23, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Saya berada di Pekan semasa sambutan Hari Raya Haji semalam. Ramai rakyat di sana kecewa apabila mengetahui projek ECRL dibatalkan kerana mereka sudah dapat melihat manfaat ekonomi untuk mereka daripada projek ini.
Bagaimanapun, saya juga lihat ada rakyat Malaysia yang tidak menyedari fakta sebenar projek ini dan dikelirukan oleh propaganda mengenai projek ini. Saya akan huraikan salah faham ini:
Salahfaham 1: Kosnya terlalu mahal dan BN mendapat imbuhan dari projek ini.
Ramai merasakan projek ini dengan kos RM55 bilion adalah melangkaui harga dan mahal, di mana kos sebenar dikatakan hanyalah RM30 bilion sebagaimana disebar Pakatan Harapan tanpa menjelaskan apakah perinciannya.
Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km. Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat dan rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa. Ia adalah fasa pertama projek ini dan telah menelan belanja RM46 bilion pada 2016 dan ia juga berikutan kesan daripada inflasi dan Ringgit yang lemah. Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan belanja lebih tinggi. Contohnya, kos bagi projek PTMP Pulau Pinang melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion.
Satu keputusan juga dibuat untuk menyambung jajaran daripada Gombak ke Pelabuhan Klang yang menjadikan keseluruhan landasan adalah 688km.
Jajaran landasan merentasi kawasan bandar yang padat adalah lebih tinggi namun sambungan ke Pelabuhan Klang itu akan membuka jambatan darat bagi pelabuhan dari Pantai Timur ke Pantai Barat semenanjung, yang akan turut menjadi saingan dan pilihan lebih baik daripada pelabuhan Singapura kerana tanpa rentasan ini, kapal memerlukan tambahan satu setengah hari untuk berlayar melalui Singapura. Ia adalah fasa kedua dan melibatkan kos RM9 bilion, menjadikan keseluruhan projek ini RM55 bilion pada 2016.

Salahfaham 2: Kadar faedah dan pinjaman terlalu mahal.
Ini adalah tidak benar. Pinjaman 20 tahun daripada China adalah pada kadar 3.25 peratus dan dilindungi daripada risiko perubahan kadar tukaran matawang, tidak seperti yang berlaku kepada pinjaman dari Jepun yang dibuat Mahathir di mana Malaysia membayar berganda apabila nilai Yen naik. Terdapat juga tempoh tujuh tahun bagi permulaan pembayaran. Pada kadar 3.25 peratus, ia adalah lebih rendah daripada kos bon jika Malaysia melakukan pinjaman.

Salahfaham 3: Kita tidak mampu dengan tiga projek ini.

Jika kita menggunakan angka RM81 bilion yang diberikan oleh Guan Eng termasuk kos faedah serta tambahan RM9 bilion bagi dua projek paip gas, keseluruhan kos adalah RM90 bilion.
Pinjaman bagi ketiga-tiga projek ini adalah bagi tempoh 20 tahun dan tidak ada keperluan untuk membayar sekaligus. Maka, kita akan hanya membayar RM4.5 bilion bagi tempoh 20 tahun termasuk tiada keperluan membayar untuk 7 tahun pertama.
Bagaimanapun, Guan Eng pada masa sama turut menyatakan Malaysia akan kehilangan hasil RM23 bilion berikutan perubahan sistem cukai dari GST kepada SST. Kehilangan hasil ini pasti akan bertambah berikutan peningkatan KDNK Malaysia dan kutipan SST yang turut sama meningkat dengannya.
Jika kita kekal dengan hasil RM23 bilion sahaja setahun sekalipun, Malaysia masih berupaya membayar pinjaman RM4.5 bilion setahun bagi tempoh 20 tahun.

Salahfaham 4: Pembayaran bertingkat adalah tidak adil serta berat sebelah.
Jika anda lihat kepada video bagi bahagian ECRL yang sudah siap dibina, anda akan dapat melihat sebahagian besar yang sudah dilaksanakan setakat ini bagi mewujudkan kawasan fabrikasi dan pusat operasi. Ini adalah di mana kebanyakan kos dibelanjakan termasuk keperluan untuk membeli mesin pengorek terowong.
Sama seperti dua projek paip gas, kos permulaan dan rekabentuk bagi projek mega adalah tinggi manakala perletakan landasan dan paip adalah lebih mudah.
Kesemua tiga projek itu dianugerahkan kepada tiga syarikat milik kerajaan China di mana syarikat terbabit juga adalah antara syarikat terbesar di dunia. Pembayaran juga dibuat terus daripada Bank EXIM China. Risikonya lebih rendah terhadap syarikat terbabit untuk tidak menyempurnakan projek ini atau sebarang pembayaran disalurkan ke tempat lain melainkan anda menuduh kerajaan China terlibat dengan pengubahan wang haram.

Salahfaham 5: Projek ini tidak berdaya maju kerana pulangan daripada kargo dan penumpang tidak mencukupi.

Bagi soalan ini, YB Wee Ka Siong sudahpun memberi penjelasan dua hari lalu yang amat tepat dan saya petik semula apa yang dinyatakan beliau:
"Hasil kepada kerajaan dan negara daripada projek infrastruktur pengangkutan awam seperti ECRL bukan sahaja dikira dari pulangan terus daripada penumpang atau jumlah trafik barangan sahaja tetapi daripada faktor luaran dan limpahan ekonomi daripada projek berkenaan."
"Jika hanya dihitung daripada pulangan terus, maka tiada faedahnya untuk membina lebuhraya bebas tol seperti projek Lebuhraya Pan Borneo atau Lebuhraya Central Spine Road (CSR) memandangkan tiada pulangan terus darinya."
"Hakikatnya, peluang pekerjaan, peluang ekonomi diwujudkan; pelbagai industry akan berkembang dan nilai harga tanah akan turut meningkat di sekitar stesen keretapi. Kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri akan menerima manfaat daripada kutipan cukai yang meningkat daripada syarikat yang tumbuh hasil limpahan ekonomi selain daripada pelbagai pembangunan dan harga hartanah yang lebih tinggi

"Kajian kebolehlaksanaan yang dibuat menunjukkan projek ECRL menyumbang 4.6 peratus kepada pertumbuhan domestik dan 80,000 peluang pekerjaan secara terus dan tidak langsung, terutama di negeri pantai timur dan akan meningkatkan taraf pendapatan di sana serta mengurangkan jurang pendapatan dengan penduduk pantai barat."
"Selain manfaat ekonomi, terdapat faedah lain seperti mengurangkan penghijrahan ke bandar seperti ke Kuala Lumpur yang turut mengakibatkan kesesakan; ia satu pengangkutan lebih selamat, selesa dan meningkatkan produktiviti mereka yang melakukan perjalanan ke kampung; dan mengurangkan pencemaran asap kereta. Berapa banyak nyawa telah terkorban daripada kemalangan jalanraya? Ini semua tidak boleh diukur oleh ekonomi dan kos."
"Manfaat ini adalah berkekalan dan bukan hanya untuk satu kali sahaja."
"ECRL sudahpun siap 20 peratus dan dengan pembatalan ini, ia bermakna tiada lagi pertumbuhan ekonomi, tiada peluang pekerjaan dapat diwujudkan, tiada limpahan ekonomi dan kesan gandaan yang bermanfaat hasil daripada projek ini. Negeri di pantai timur tidak akan dapat melihat kemajuan dan akan terus ketinggalan berbanding negeri di pantai barat."

Bagi mendapatkan lebih maklumat bagi pulangan positif hasil daripada projek ECRL ini, anda boleh membaca laporan analisa berikut:
http://www.midf.com.my/…/Speci…/ECRL-Report_MIDFR_180418.pdf

Saya tidak memberi komen terhadap kenyataan ‘Najib adalah bodoh’ atau tidak sebagaimana dikeluarkan Tun Mahathir di China. Perjanjian projek-projek itu memang ada klausa penamatan (exit clauses). Ini bukan macam perjanjian-perjanjian konsesi IPP ataupun tol jalanraya dari zaman Mahathir dulu di mana sehingga sekarang, kerajaan PH tidak dapat memenuhi janji untuk mansuhkan tol.

Lebih baik untuk kerajaan PH mendedahkan kesemua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan dan kajian impak ekonomi serta analisa manfaat kos, bagi melihat adakah baik atau sebaliknya untuk Malaysia meneruskan ketiga-tiga projek ini atau membatalkannya. Ini membolehkan rakyat untuk menilai sendiri.
Saya juga menggesa kerajaan untuk menjalankan RCI terhadap ketiga-tiga projek ini bagi menentukan sama ada terdapat salahlaku.

Rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu dibuat atas alasan yang munasabah serta kukuh dan tidak dibuat bersandarkan kepada kemarahan terhadap kerajaan BN atau terhadap kerajaan China yang tidak mahu tunduk dengan kemahuan PH.


Sehingga kesemua dokumen itu didedahkan, saya kecewa dan sedih bagi penduduk pantai timur semenanjung kerana akan kehilangan pembangunan pemangkin kemajuan negeri mereka dan peluang untuk mereka meningkatkan taraf ekonomi sama seperti yang diperolehi penduduk di pantai barat.

default

KENAPA NAJIB KINI TENANG BERSAMA RAKYAT ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bila lihat gambar Mantan PM ke 6 Datuk Sri Najib Tun Razak yang nampak ceria dan tenang serta mendapat sambutan baik rakyat berbanding  dengan Perdana Menteri ke 7 yang nampak stress dan penat hari ini di Masjid Negara . 


Kenapa orang yang dianiayai dan dizalimi nampak lebih tenang berbanding yang melakukan kezaliman terhadapnya  ?

Ternyata doa mereka yang dizalimi mustajab di sisi Allah SWT.





Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)




Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)












default

11 % MELAYU UNDI KALIH UNDI BN PRU15 , TUMBANG PAKATAN HARAPAN

on Wednesday, August 22, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






PAKATAN Harapan (PH) akan menjadi kerajaan satu penggal jika 11% daripada jumlah undi Melayu yang diterima pada pilihan raya umum lalu berpaling kepada Umno, dedah satu kajian.

Peralihan 11% undi pengundi Melayu menurut Ilham Centre, yang memberikan kuasa kepada pakatan empat parti itu untuk menggulingkan Umno dan gabungan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya.



Dan ketika kerajaan PH yang baru melepasi tempoh 100 hari bersejarah dalam pentadbirannya, Ilham Centre memberi amaran undi lebihan 11% yang diterima itu bukanlah sokongan “tulen”.

“Jumlah 11% itu mudah terjejas. Ia adalah undi protes terhadap Umno dan BN daripada orang Melayu kerana faktor Najib Razak,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif Ilham Center, Mohd Azlan Zainal.

“Ia bukan sokongan benar-benar tulen kerana mereka bukan mengundi PH kerana suka atau percaya terhadap agenda PH. Ia kerana bantahan mereka terhadap Umno.”

Jumlah sokongan 11% itu boleh kembali kepada Umno dan BN sekiranya PH gagal memperbaiki ekonomi dan menangani kos sara hidup. Tidak kurang penting juga, sama ada PH boleh berjaya menguruskan isu perkauman dan agama.

Dalam satu tinjauan yang ditugaskan oleh The Malaysian Insight, 11% daripada lebih 1,600 pengundi Melayu yang terlibat dalam tinjauan Ilham Centre pada Jun dan Julai berkata mereka akan menukar undi pada pilihan raya akan datang.

“11% ini adalah undi protes terhadap BN dan Umno kerana Najib,” kata Azlan merujuk kepada bekas perdana menteri dan presiden Umno yang dicemari skandal.

PRU14 menyaksikan BN memenangi hanya 79 kerusi Parlimen daripada 133 yang dipegang pada 2013.

PH memenangi 116 kerusi persekutuan dalam PRU14, menjadikannya memperoleh majorit 112 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Kira-kira 59% berkata mereka akan mengekalkan pilihan mereka pada PRU15 sementara 24% lagi tidak pasti.

Umno masih kuasai orang Melayu

Daripada 79 kerusi dimenangi BN, 54 adalah daripada Umno, parti Melayu yang berkuasa dalam gabungan itu.

Walaupun kini menjadi pembangkang, Umno masih menjadi parti dengan kerusi Parlimen paling banyak dengan saingan terdekatnya PKR iaitu 50 kerusi.

Fakta ini mencerminkan bagaimana Umno masih mempunyai sokongan majoriti orang Melayu yang membentuk kira-kira 60% atau 7.68 juta daripada 14.9 juta pengundi di negara ini.

Ini juga didedahkan dalam kajian Ilham Centre di mana 46% daripada responden mengatakan mereka memilih BN, diikuti parti Islam konservatif PAS 35%. PH menerima undi paling sedikit Melayu iaitu 17%.

Di antara ketiga-tiga parti ini, BN adalah gabungan pilihan kaum Melayu di tujuh negeri - Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PAS menerima undi Melayu paling banyak di Kelantan dan Terengganu, manakala PH di Selangor dan kawasan Kuala Lumpur.

Parti Islam itu mampu menyerlahkan kehadirannya di Kelantan dan menawan semula Terengganu kerana gelombang anti-BN yang melanda negara ini, kata Azlan.

Memandangkan orang Melayu di kedua negeri ini tidak yakin PH adalah pilihan terbaik, mereka memilih PAS yang sudah sekian lama berakar umbi di pantai timur.

“Sokongan untuk PH di kalangan orang Melayu hanya kuat di kawasan bandar dan di bawah usia 50-an yang mempunyai tanggungan. Sokongan untuk BN lebih tinggi di kalangan warga emas di kawasan luar bandar.”

PH perlu jadi pelindung

Walaupun terdapat usaha PH untuk mengakhiri politik perkauman dan agama, tinjauan itu mendedahkan ia masih menjadi tabiat mengundi sebahagian besar orang Melayu.

Dalam senarai keutamaan kerajaan Malaysia yang baru, kira-kira 16% responden Melayu memilih “melindungi orang Melayu dan Islam” sebagai perkara paling utama.

Agenda ini mengalahkan menghapuskan rasuah dan membersihkan kerajaan sebanyak 10%.

Isu agama adalah keempat selepas kos sara hidup (32%), memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya (20%) dan meningkatkan ekonomi (18%).

“Walaupun PH berjaya meningkatkan ekonomi dan mengurangkan tekanan hidup, ia hanya akan meningkatkan sokongannya di kalangan sebahagian orang Melayu, bukan semua,” kata Azlan sambil menambah orang Melayu mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar.

“Bagi warga tua di kawasan luar bandar, yang mempunyai tanah sendiri dan pendapatan kecil daripada anak-anak yang telah dewasa, mereka ingin diyakini PH boleh melindungi orang Melayu dan Islam.

“Meyakinkan orang Melayu tentang kebimbangan kaum dan agama akan sangat penting bagi kerajaan PH dalam tempoh lima tahun akan datang.”

Kajian ini melibatkan 1,622 responden berusia di atas 21 tahun. Sekitar 16% adalah antara 21 dan 29 tahun, 30-39 tahun (19%), 40-49 tahun (28%), 50-59 tahun (21%), manakala hanya 14% yang berusia di atas 60 tahun.

Lelaki terdiri 51% daripada jumlah kesemua responden.

Lebih separuh responden berada di negeri utara, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Majoriti tinggal di bandar (66%) dan selebihnya di pinggir bandar (19%) dan kawasan luar bandar (15%).

Kebanyakan daripada 1,622 responden adalah petani, nelayan atau bekerja di kampung (21%), ahli perniagaan (21%) dan pekerja kerajaan (16%).

Lebih separuh responden berada dalam kumpulan B40 (52%) manakala 31% berada dalam M40 dan 17%, T20.

Kajian ini dilakukan melalui soal selidik dan wawancara mendalam dari 1 Jun hingga 30 Julai lapor The Malaysian Insight

default

NAJIB UCAP TERIMA KASIH VIDEO LIRIK LAGU ALASANMU KUMPULAN EXIST SESUAI SITUASINYA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggambarkan perasaannya yang terkesan dengan pelbagai ujian dilaluinya ketika ini menerusi lagu ‘Alasanmu’ nyanyian kumpulan Exist.
Melaluinya tulisan di Facebook miliknya, beliau berkongsi video yang menunjukkan dirinya menghadiri beberapa program rasmi kerajaan sebelum ini, yang disunting dengan berlatar belakangkan lagu kumpulan Exist terbabit.
"Ada rakan yang hantar link video ini melalui WhatsApp kepada saya.



"Saya tidak tahu siapa yang ‘edit’ video ini tetapi lirik lagu hit yang lama ini macam kena tepat sekali dengan situasi saya! Terima kasih kepada individu yang ‘edit’ video ini," tulisnya di FB beliau.






Status berserta klip video berdurasi dua minit 54 saat itu mendapat 1,700 komen dan dikongsi 2,200 pengguna FB.
Tulisannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang memberi kata-kata semangat untuk terus tabah menghadapi ujian.
Kasmaini Usman menulis; "Susah nak memuaskan hati orang DSN (Datuk Seri Najib), berjuta kebaikan yang kita buat, jika buat satu kesilapan, kesilapan itulah yang akan memancar dan memadamkan semua kebaikan, berserah diri kepada Allah itu lebih baik"
Asmidha Tajudin Dressmaker pula berkata; "Semoga ada hikmah yang hebat Allah nak beri. Mungkin Allah nak tunjuk kepada mereka yang tidak pernah puas dengan nikmat yang telah diberi," katanya.


default

BN KALAH DALAM PERANG PERSEPSI & FITNAH

on Monday, August 20, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Memang BN kalah pada PRU-14 sebab isu 1MDB. Dan isu GST. Dan Perdana Menteri dan Pengerusi BN pada ketika itu adalah Dato' Seri Najib.
Namun BN kalah bukanlah sebab 1MDB, GST dan Dato' Seri Najib itu sahih kesalahannya, tetapi BN kalah sebab persepsi yang dimainkan oleh Pakatan Harapan yang menggambarkan yang isu-isu ini amat teruk dan salah di mata rakyat, walaupun hakikatnya jauh dari itu. Kita kalah sebab kita tewas dalam perang persepsi. Kita telah tewas dalam politik. Kita telah tewas dalam permainan ini.
Hampir semua isu politik adalah polemik, iaitu tidak ada yang betul-betul benar atau betul-betul salah secara total, dan tiada hitam dan putih, namun banyak yang kelabu dengan pelbagai pendapat. Siapa yang menang adalah siapa yang membawa hujah yang nampak lebih meyakinkan.
Kebenaran tidak dimonopoli oleh mana-mana pihak, setiap pihak berpendapat mereka adalah di pihak yang benar. Permainan persepsi mengubah lanskap politik, bukannya kebenaran. Semua pemain politik berpengalaman tahu perkara ini.
Hakikatnya, selepas 5 tahun penyiasatan ke atas 1MDB oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negeri, tiada satu pihak pun yang mengemukakan bukti yang kredibel bahawa Dato' Seri Najib telah mencuri wang 1MDB seperti yang ditohmah.
Apabila pernah ditanya kepada Tun Dr Mahathir berkenaan bukti dakwaan beliau ke atas Dato' Seri Najib, Tun Mahathir pernah berkata beliau tidak ada bukti. Dan sehingga kini walaupun 7 pertuduhan telah dikenakan ke atas Dato' Seri Najib, dokumen maklumat bukti masih tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Mereka berkata mereka belum bersedia dengan bukti-bukti walaupun tangkapan dan tuduhan telah dibuat terlebih dahulu.
Kebarangkaliannya bukti yang ada di tangan pihak pendawaan adalah "bukti" yang lemah, sebab itu mereka pun nampak teragak-agak untuk memulakan perbicaraan dan mengemukakan senarai bukti kepada mahkamah dengan dokumen 51A mengikut Kod Prosidur Jenayah.  "Bukti" yang banyak dikitarkan oleh para penyokong Pakatan adalah infografik-infografik dan penulisan-penulisan andaian dalam media sosial dari sumber yang diragui, namun cukup untuk memainkan sentimen kebencian.
Salah kita ialah kita tewas dalam permainan persepsi ini. Kita mungkin boleh membuktikan di mahkamah bahawa Lim Guan Eng bersalah menerima sogokan dengan pembelian banglonya dengan segala bukti kukuh, namun kita masih tidak berjaya meyakinkan rakyat bahawa beliau korup dan perasuah.
Jika dibandingkan di antara kes 1MDB dan kes rasuah terowong Pulau Pinang, jumlah wang Kerajaan dan rakyat yang hangus disalahguna dalam kes rasuah projek terowong tersebut adalah lebih dari RM300 juta bersamaan dengan satu tahun kutipan cukai negeri Pulau Pinang, walhal jumlah pelaburan modal sebenar wang Kerajaan dalam 1MDB adalah hanya RM1 juta sahaja, selebihnya diraih dari pasaran modal.
Sebab itu saya pernah berkata dahulu bahawa kes rasuah terowong itu adalah lebih besar dari kes 1MDB walaupun persepsi yang sampai kepada rakyat adalah sebaliknya. Dan saya juga pernah berkata yang jika Dato' Seri Najib dibicarakan di mahkamah kerana kes 1MDB, YB Lim Guan Eng juga perlu dibawa ke mahkamah kerana kes rasuah terowong tersebut.
Namun mengapa sesetengah pemimpin UMNO kini terlalu mudah untuk menyalahkan Dato' Seri Najib tetapi membiarkan YB Lim Guan Eng pula terlepas? Adakah mereka juga telah termakan hasutan Pakatan?
Apabila kita tewas di Sungai Kandis, belum beberapa hari sahaja Dato' Seri Johari Ghani terus cepat menyalahkan Dato' Seri Najib atas kekalahan tersebut. Saya telah turut sama berkempen di Sungai Kandis dan tahu kawasan ini. Ia adalah kubu kuat PKR. Kita telah tewas di kawasan ini sejak tahun 2008.
Jika dicampurkan undi kita dan PAS semasa PRU-14 dahulupun kita masih kekurangan lebih 4 ribu undi. Tiada siapa yang anggap kita akan menang di sini, namun kita tetap berjuang. Dengan peratusan keluar mengundi yang amat rendah iaitu pada 50%, adalah satu kejayaan sebenarnya apabila Lokman Adam dapat mengekalkan lebih 80% daripada undi yang kita dapat dalam PRU-14 yang lepas. Walaupun dengan fakta-fakta ini, Dato' Seri Najib tetap juga dipersalahkan.
Walaupun GST itu satu sistem cukai yang baik dan telus untuk negara dan ekonomi seperti yang diakui kini oleh banyak pihak termasuk pemimpin Pakatan sendiri, namun sebelum PRU-14, Pakatan telah berjaya meyakinkan rakyat bahawa GST itu tidak baik untuk mereka.
Walaupun kita bijak berpolitik dalaman dalam UMNO, namun kita telah gagal membawa dan melawan hujah lawan di pentas politik rakyat. Pada kali ini, jika kita tidak mengakui kelemahan ini, menyalahkan orang lain dan masih tidak berubah, kita mungkin akan gagal lagi meyakinkan rakyat bahawa SST itu tidak baik berbanding GST, padahal ianya sebaliknya.
Sesiapapun yang menjadi Perdana Menteri dan Kerajaan akan diuji dan diasak dengan pelbagai isu dan tohmahan. Jika Perdana Menteri keenam bukan Dato' Seri Najib dan tiada isu 1MDB sekalipun, saya pasti sesiapapun yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu akan diasak dengan isu-isu lain untuk dijatuhkan.
Jika tiada isu, mereka akan reka dan jadikan isu. Sesuci-suci pemimpin seperti Rasulullah SAW pun pernah difitnah, dihalau, direjam dengan batu dan dicuba bunuh.
Pada tahun 1970, Dr Mahathir menuduh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman sebagai cenderung kepada kaum Cina, ini untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu kepada Tunku. Dalam memoirnya Tunku menceritakan bagaimana tohmahan ini tidak betul dan berniat jahat untuk menjatuhkan beliau.
Selepas itu, Dr Mahathir menggunakan taktik kotor yang sama dengan isu yang berbeza untuk menjatuhkan Perdana Menteri-Perdana Menteri ketiga, kelima dan keenam.
Pada tahun 1980, Dr Mahathir dikatakan merancang untuk menjatuhkan Tun Hussein Onn Perdana Menteri ketiga dengan menggunakan isu Datuk Harun Idris. Dua tahun selepas itu Tun Hussein Onn terpaksa melepaskan jawatan akibat tekanan Dr Mahathir.
Pada tahun 2008, Dr Mahathir menjatuhkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri dengan menggunakan isu "Budak Tingkat 4" dan Perdana Menteri "Half-past six". Sepuluh tahun kemudian beliau menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib dengan tohmahan persepsi dan tuduhan tanpa bukti.
Kegagalan kita di PRU-14 tidak sepatutnya diletak di bahu Dato' Seri Najib sahaja. Kita pun bersalah kerana gagal dalam permainan persepsi dan hujah untuk meyakinkan rakyat dalam isu-isu mereka. Dan kita masih tidak boleh mengalahkan Dr Mahathir.
Kita kalah dengan permainan politik Dr Mahathir. Jika kita mahu salahkan seorang yang merosakkan Melayu dan UMNO selama ini, namanya ialah Dr Mahathir, bukan Abdul Rahman, bukan Hussein Onn, bukan Pak Lah dan bukan Najib.
Jika kita kini mengambil langkah menyalahkan Dato' Seri Najib sahaja dalam kekalahan kita ini, dan mencari target atau kambing hitam untuk dikorbankan, maka kita tidak akan bermuhasabah. Selagi kita tidak mengakui kesilapan dan kelemahan kita dan hanya menyalahkan orang lain ke atas kegagalan kita, selagi itu kita tidak akan berubah ke arah yang lebih baik.
Betul Dato' Seri Najib perlu bertanggungjawab ke atas kekalahan kita kerana beliau Presiden parti pada ketika itu; dan beliau telahpun meletakkan jawatan. Namun kita pun perlu bertanggungjawab juga.
Dato' Seri Johari, kita kalah di Titiwangsa bukan sebab kelemahan hujah kita di kampung, namun sebab kelemahan hujah kita di bandar. Kita bijak berhujah di kampung, dengan bahasa yang mudah difahami oleh orang kampung, sebab itu kita banyak menang di kawasan kampung.
Namun kita tidak bijak berhujah di bandar dengan tahap hujah yang meyakinkan pengundi di bandar, dan kadangkala kita cenderung menggunakan tahap hujah dan bahasa di kampung untuk cuba meyakinkan pengundi di bandar. Mungkin sebab itu kita banyak tewas di kawasan-kawasan bandar. Hujah di kampung dan di bandar memerlukan pendekatan yang berbeza kerana demografi mereka adalah berbeza.
Jika kita bercerita ayam itik di kampung kepada golongan pengundi yang sofistikated, profesional atau belia di bandar, mereka tidak akan menerima hujah kita jauh sekali menyokong kita, malah mereka akan memandang rendah kepada kita. Lebih teruk lagi ialah apabila mereka ini balik kampung untuk mengundi dan mempengaruhi orang kampung. Kebanyakan pengundi dan rakyat kini adalah lebih sofistikated dan bijak dari dahulu walaupun di kampung.
Kita jangan memandang rendah tahap akal dan pemahaman mereka. Hujah kita perlu lebih bernas. Jika kita sudah pakar meyakinkan orang di kampung, kita perlu meningkatkan usaha untuk meyakinkan orang di bandar pula. Kini 75% pengundi tinggal di kawasan bandar. Jangan salahkan ahli politik kampung atas kegagalan kita berpolitik di bandar.
Dan Dato' Seri Johari juga menyalahkan isu 1MDB dan Dato' Seri Najib tentang kekalahan di Titiwangsa walaupun beliau (Johari) berlawan dengan ahli politik muda yang tidak dikenali iaitu Rina Harun. Seingat saya di Titiwangsa sebelum PRU-14 dan sebelum penamaan calon, banyak tanda-tanda penolakan pengundi Titiwangsa ke atas Dato' Seri Johari sebagai Ahli Parlimen sehingga ada flash mob dan poster-poster bertebaran yang berbunyi "Asal Bukan Johari."
Ini tidak ada kena mengena dengan 1MDB atau Dato' Seri Najib. Rakyat menolak Dato' Seri Johari sebagai wakil rakyat mereka. Mungkin jika tiada isu 1MDB pun, Dato' Seri Johari akan tetap kalah di Titiwangsa.
Mungkin sesetengah daripada pemimpin UMNO kita kini takut untuk bersuara menentang Kerajaan sebab mereka ada kes dan fail yang dipegang oleh SPRM dan takut jika mereka bersuara pekung mereka akan dibuka dan mereka akan didakwa. Semua orang yang pernah alami zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat semasa tahun 80an dan 90an tahu yang Dr Mahathir selalu menggunakan taktik kotor Macchiavellian dengan mengugut ahli politik kotor dengan "buku hitam" beliau yang mengandungi kes-kes kesalahan  dan rasuah ahli-ahli politik sama ada kawan atau lawannya.
Mungkin sebab itu ada bekas menteri yang kerap menghentam parti sendiri dan bekas pemimpin yang dijulangnya sebelum ini tetapi tidak berani pula membangkang Kerajaan kini. Bila dibahas isu SST di Parlimen yang sepatutnya memberi peluang untuk kita membangkang Kerajaan Pakatan, beliau sebaliknya membuat laporan polis untuk menyiasat bekas pemimpin BN sendiri pula berkenaan GST. Dalam Kerajaan Pakatan ramai pemimpin yang ada fail SPRM termasuklah menteri dan timbalan menteri seperti YB Lim Guan Eng, Azmin Ali, Sivarasa, Zuraidah dan ramai lagi.
Mereka bukanlah parti yang bersih seperti yang digembar-gemburkan. Namun banyak kes mereka tiba-tiba kini digugurkan selepas mereka berkuasa. Ketidakadilan ini yang perlu kita semak-imbangkan. Dan kita pula bukanlah parti yang semuanya rasuah seperti yang digembar-gemburkan oleh Pakatan. Masih ramai orang UMNO yang berjuang kerana prinsip dan bukan kerana wang, dan mereka ini bersih dalam perjuangan. Kepada sesiapa dalam UMNO yang tiada fail SPRM, usahlah takut untuk bersuara.
Kita selalu kata Pakatan tidak tahu menjadi Kerajaan. Namun sebenarnya kebanyakan dari pemimpin kita pun masih tidak tahu untuk menjadi pembangkang. Apa yang sesetengah pemimpin kita buat kini termasuklah Dato' Seri Johari Ghani ialah mengambil jalan mudah, dengan tidak perlu mengambil risiko menyerang Kerajaan, namun menyerang rakan kita sendiri yang telah jatuh; dan tidak perlu bermuhasabah dan berubah, tetapi menyalahkan orang lain ke atas kegagalan bersama atau diri sendiri. Selagi perkara ini berlaku dalam UMNO, kita tidak boleh menang menewaskan Kerajaan Pakatan.
Saya bukan lagi pegawai kepada Dato' Seri Najib, dan saya tiada jawatan dalam parti. Saya menulis ikhlas dari hati dan tidak terikat dengan sesiapapun. Ini adalah pandangan jujur saya untuk parti dari akar umbi. Sebelum ini saya memang tidak suka tembak ke dalam parti seperti yang kerap dilakukan oleh sesetengah pemimpin, kerana lawan sebenar kita adalah di luar sana.
Namun pada ketika ini saya rasa saya patut bersuara walaupun sekerdil mana sekalipun suara ini untuk mengelakkan ketidakadilan dan penganiayaan yang tidak sepatutnya kepada sesiapa. Jika pandangan kecil saya ini mengguris hati sesiapa, saya mohon maaf.-10/8/2018
Penulis merupakan bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak

agendaily 

default

SEPATUT TUN M MALU BILA DULU KUTUK KERJASAMA PROTON GEELY , KINI JILAT BALIK !!

on Sunday, August 19, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Bila Tun Mahathir dahulu sanggup menangis kerana PROTON kerjasama dengan Geely semasa zaman Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak , hari ini memuji kerjasama dengan syarikat automatif dari China ini .

Jadi , siapa sebenarnya yang patut MALU  ?? 

 Ternyata Tun M masih tiada rasa malu bukannya BN. 






default

KERAJAAN PH CAKAP TAK SERUPA BIKIN , LANTIK DUTA KHAS KE CHINA DARI PARTI DAP

on Wednesday, August 15, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Pada penggal lalu, MP PKR & DAP mengkritik kerajaan  BN  atas pelantikan Tan Sri Ong Ka Ting, Tun Samy Vellu & DS Tiong King Sing sebagai Duta Khas PM.
Asas bantahan pembaziran wang rakyat, pertindihan tugas Duta yang sediada & ahli politik tak wajar dilantik Duta Khas ....

Kini, PH sudah berkuasa Tun Dr M melantik YB Tan Kok Wai pula menjadi Duta Khas Ke China.

Kerajaan KAKISTOCRACY ini jelas CAKAP TAK SERUPA BIKIN ....







default

BELUM 100 HARI , SUDAH ADA PEGAWAI MENTERI MAT SABU DISIASAT SPRM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Habuan RM 800 RIBU  dan tidak sampai 100 hari kerajaan Pakatan Harapan memerintah sudah ada siasatan oleh SPRM terhadap pegawai kanan Menteri Pertahanan !!

Bayangkan kalau 5 tahun mereka memerintah ??  

Pemimpin mereka punya kencing rakyat  bahawa pentadbiran mereka lebih bersih dan tidak rasuah tapi sudah kini  ada disiasat .


Mahacai undi PH dapat apa ???    

Tengok pegawai Menteri pun  dah senang untuk selesaikan masalah hutang dan status muflis...

Korang dapat kencing je la ...




KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Malaysiakini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan mengesahkan kepada portal tersebut berhubung siasatan terhadap pegawai kanan menteri pertahanan itu.

Pegawai itu didakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya namanya dapat dikeluarkan daripada status muflis.

Portal itu turut melaporkan seorang sumber yang tidak didedahkan identitinya memberitahu, beberapa pihak memasukkan wang ke akaun Jabatan Insolvensi untuk menyelesaikan masalah hutang pegawai tersebut yang diisytihar muflis kira-kira empat tahun lalu.

“Didakwa bayaran itu dibuat bagi pihaknya hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan,” kata sumber.

Sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu untuk membantu siasatan.

Selain dia, sepuluh lagi individu telah dirakamkan kenyataan, termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik sebagai menteri pertahanan dan mengangkat sumpah pada 23 Mei bersama 13 lagi pemimpin Pakatan Harapan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-mat-sabu-disiasat-sprm-182974

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.