Archive for February 2014

default

NELAYAN MELAYU BANTU CINA DARIPADA BUNUH DIRI DI JAMBATAN P.PINANG @dzainalabidin @NajibRazak

on Friday, February 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kalau tidak kerana seorang Nelayan Melayu berada di lokasi terjunan bunuh diri di Jambatan P.Pinang sebentar tadi  , sudah lama  seorang nyonya Cina ini   mati lemas.

Kejadian ini  berlaku pada pukul 4 petang  dan sejurus mendapat laporan orang awam ,   Polis Marin segera datang ke bot nelayan terbabit membawa wanita Cina berkenaan . Kereta mangsa jenis Proton Iswara putih ditinggalkan di tepi jambatan sebelum terjun ke dalam laut .







default

FAKTA SEJARAH BUKTIKAN MALAYSIA ADALAH HAK & WARISAN BANGSA MELAYU

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Cadangan ISMA ini  pastinya menutup mulut-mulut puak chauvinis & kiasu yang sememangnya sering mempersoal hak orang Melayu di dalam negara ini . 



Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kini mahu pengiktirafan dunia bahawa Malaysia warisan dan hak orang-orang Melayu sejarah pendudukannya di negara ini.

NGO itu mahu pengiktirafan seperti benua China diiktiraf warisan Cina, India untuk orang India dan England untuk orang Inggeris.

“Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu,” kata Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mt Dali.

“Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil Tanah Melayu sebagai warisan Melayu dan hak Melayu.”

Dalam kenyataannya hari ini, Rahman berkata, tuntutan itu wajar berdasarkan kajian beberapa bulan lalu yang mendapati genetik Melayu berusia antara 60,000 hingga 70,000 tahun lalu berbanding Cina (40,000-45,000).

Katanya, Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu disebut “the Cradle of Human Civilazation” yang membiakkan kaum etnik lain.

“Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu,” katanya.

Beliau juga membangkitkan tamadun awal Melayu Kedah Tua yang berusia seawal abad kedua sebelum masihi, berdasarkan penemuan pasukan arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurt Rahman lagi, Melayu merupakan identiti negara ini dan agama anutan terakhir orang Melayu di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya adalah Islam.

default

RAHSIA MENGENAI KEKAYAAN MOKHZANI YANG MELAYU PEMBANGKANG DENGKI !!

on Wednesday, February 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Mokhzani kerana telah berjaya menyertai senarai 10 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business. Seperti biasa, beberapa orang Melayu dari parti pembangkang menyerang kejayaan beliau sebab Datuk merupakan anak kepada Tun Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia. 




Jika orang bukan Melayu menyerang Datuk saya tidak berapa marah, tetapi kes sekarang ini Melayu sendiri menyerang saudara seagama dan sebangsa kerana beliau telah berjaya, dan yang lebih menyedihkan adalah beberapa fakta yang dilontarkan oleh Melayu pembangkang ini SALAH. 

Saya akan huraikan satu demi satu.Sebelum itu sedikit sejarah berkenaan SapuraKencana. Datuk Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan, sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. Beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Subsidiarinya syarikat Kencana Petroleum bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar negara.
Pertama sekali beberapa Melayu pembangkang melontar hujahan bahawa Datuk Mokhzani menjadi kaya kerana ayahnya bekas Perdana Menteri. Tetapi beliau bermula kerja sebagai ‘wellsite operations engineer’ di Sarawak Shell Berhad. Saya tidak pasti jika Tun mempunyai pengaruh yang kuat sehingga boleh manipulasi sebuah syarikat petroleum mlik Britain dan Belanda untuk melantik anaknya, kalau benar hujahan tersebut maka memang hebat Tun. Sehubung dengan itu ‘wellsite operation engineer’ adalah kerja yang sukar kerana beliau terpaksa bekerja di tengah-tengah lautan, saya pasti kalau benar hujahan pihak pembangkang, Tun akan terus lantik anaknya ke dalam kerja pejabat yang lebih selesa.
Kedua, Melayu pembangkang menyatakan bahawa perniagaan Datuk Mokhzani mencuri minyak negara. Ini tidak benar, kerana syarikat SapuraKencana bukan sebuah syarikat minyak, tetapi ia adalah sebuah syarikat kejuruteraan petroleum yang membantu syarikat minyak dalam segala urusan daripada menggali minyak hingga ke pemasangan paip minyak :
” providing end-to-end solutions and services to the upstream petroleum industry, and covers activities such as installation of offshore pipelines and structures, fabrication of offshore structures, accommodation and support vessels, drilling vessels, hook-up and commissioning, topside maintenance services, underwater services, offshore geotechnical and geophysical services, project management, diving services, offshore support services, infrastructure and specialised steel fabrication works.” (official website)
Tiada penjelasan berkenaan penjualan minyak,jadi setitik petroleum negara pun Datuk Mokhzani tidak ambil.
Ketiga, pihak pembangkang menyatakan bahawa Datuk Mokhzani tidak boleh berjaya tanpa pertolongan Tun dan kerajaan Malaysia. Ini juga tidak benar kerana di website syarikat SapuraKencana, ia berkata bahawa syarikat itu bergerak aktif di negara China,Australia,Timur Tengah,America dan Brazil. Mustahil kerajaan dapat manipulasi keputusan syarikat-syarikat petroleum di negara luar untuk memberi kontrak kepada SapuraKencana,melainkan semua negara ini dikawal oleh DS Najib dan Tun.
Dengan penjelasan ini, saya berharap pihak pembangkang tidak mempertikaikan kekayaan Datuk Mokhzani. Lebih-lebih lagi kejayaan syarikat beliau akan mengharumkan nama negara dan juga menambah pendapatan negara, syarikat beliau membayar cukai RM165juta kepada kerajaan Malaysia pada 2013 yang disalurkan kepada pembinaan infrastruktur awam demi rakyat. Berapa cukai yang Anwar bayar kepada kerajaan setiap tahun? Jadi apabila syarikat beliau menambah keuntungan, ia akan memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia melalui cukai dan juga kepada umat Islam melalui zakat. Saya berbangga seorang bumiputera boleh menubuhkan sebuah syarikat yang berjaya bukan sahaja di Malaysia,malah di negara asing. Semoga Datuk terus mendapat kejayaan dalam masa akan datang.-pelaq.com

default

PEMUDA UMNO LANCAR KLINIK PEMUDA BANTU SELESAIKAN MASALAH RAKYAT @AzwanBro @KhairyKJ @NajibRazak

on Tuesday, February 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Pemuda Umno pada Selasa melancarkan portal aduan ForTheRakyat  sebagai platform kepada orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan untuk diketengahkan kepada pihak berwajib.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, menerusi portal berkenaan rakyat akan mendapat saluran yang mudah dan pantas dalam mengemukakan permasalahan mereka.
"Antara peranan portal ini adalah sebagai pusat pengumpulan aduan dan permasalahan rakyat dari segenap pelusuk negara.
"Ia akan memudahkan pihak kerajaan melalui agensi-agensinya, pertubuhan bukan kerajaan yang berkenaan atau mana-mana pihak yang prihatin untuk memberi perhatian dan membantu menangani permasalahan rakyat," katanya pada sidang media di pejabat Pemuda Umno di Menara Dato' Onn pada Selasa.
Tambah Khairul Azwan, portal dibawah kelolaan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno merupakan inisiatif pergerakan itu dalam mengambil peduli hal ehwal berkaitan rakyat.
Selain itu katanya selaras dengan inisiatif berkenaan, Biro Aduan Komuniti juga turut mewujudkan 'Klinik Pemuda Umno' yang membolehkan rakyat di semua peringkat tampil mengemukakan aduan secara bersemuka kepada mereka.
"Rakyat boleh datang ke klinik ini untuk mengemukakan aduan dan permasalahan mereka kepada pegawai yang bertugas dan aduan akan diambil tindakan," katanya.
Klinik tersebut akan beroperasi dua minggu sekali dari pukul 10 pagi hingga 12 tenggahhari di Lobi Ibu Pejabat Umno di sini.

default

MALAYSIA NAK BAWA BALIK HARTA KARUN MELAYU TERMAHAL DUNIA RM6.4 BILLION " FLOR DE LA MAR "

on Sunday, February 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Usaha mengapungkan kapal Portugis, Flor De La mar yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh, Indonesia ketika membawa rampasan khazanah empayar Melaka bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dijangka dapat direalisasi dengan kerjasama tiga negara.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan usaha tersebut, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, negara terbabit ialah Malaysia, Indonesia serta Portugal dan untuk mencapai hasrat itu, beliau telah mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk melaksanakan projek itu.
“Sejak dahulu beberapa percubaan telah dibuat oleh pemburu harta karun dari Eropah dan Asia untuk kenal pasti lokasi kapal Portugis itu, tetapi cubaan itu gagal atas beberapa perkara teknikal.
“Ini kerana terdapat 30 kapal di lokasi tersebut. Jadi, jika hendak mengenal pasti yang mana satu kapal Flor De Lamar, kita memerlukan teknologi canggih serta melibatkan kos kira-kira AS$30 juta (RM96 juta),” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Usahawan Bumiputera Perlu Bijak Rancang Strategi di Dewan Bandar Putera, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) percaya dengan kerjasama kerajaan ketiga-tiga negara terbabit, kapal tersebut boleh diapungkan dan secara langsung mengembalikan warisan dan kehebatan empayar Melaka ketika itu yang telah pun diambil oleh Portugis,” katanya.
Rahim berkata, harta karun di dalam kapal Portugis itu yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh diyakini masih tidak terusik kerana sudah dilitupi lumpur dan ditumbuhi batu karang.
“Kami difahamkan dalam kapal itu ada lebih 40 jenis barangan berharga yang hendak dibawa ke Portugal dari Melaka pada 1511, setelah dirampas oleh Panglima Afonso de Albuquerque.
“Senarai khazanah Melaka itu kemudian telah disenaraikan oleh anak Alfonso sebelum dibawa ke London dan badan lelongan harta purba di sana menganggar nilainya lebih AS$2 bilion.
“Antara harta karun itu ialah 22 peti wang emas dan perak serta dua patung monyet emas bertatahkan batu permata yang diberikan kerajaan Thai kepada Melaka,” katanya sambil memberitahu harta berkenaan bukan sahaja mempunyai nilai kewangan, malah warisan sejarah.
Beliau berkata, sekiranya usaha mengapungkan harta tersebut berjaya, projek raksaksa itu mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.
“Menurut undang-undang laut antarabangsa, biasanya di mana kapal itu tenggelam, khazanah itu akan menjadi hak milik negara berkenaan. Tetapi Indonesia hingga kini tidak dapat mengenal pasti lokasi kedudukan kapal tersebut.
“Menurut pihak Indonesia, jika kita dapat buktikan khazanah itu dari Empayar Kesultanan Melaka, harta itu boleh menjadi khazanah Malaysia,” katanya.
Katanya, kerjasama berkenaan pernah cuba dijalankan antara Malaysia dan Indonesia ketika beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dari 1982 hingga 1994, tetapi tidak berhasil.


Komen GPB
Usaha yang wajar dipuji kerajaan Malaysia yang mahu membawa balik harta karun termahal dunia milik tamadun Melayu . 





default

TUDIA !! GAMBAR PENGETUA PUSAT TAHFIZ AMAL BERJOLI SAKAN DUIT DERMA , MEMANG PATUT DITUTUP !!

on Thursday, February 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Elok la Pusat Tahfiz Amal ini ditutup oleh Majlis Agama Islam Kedah .KLIK DISINI ..

Ramai yang merungut & banyak penyelewengan dilakukan pengurusan yang mempergunakan kanak2 berkenaan untuk mengutip derma .

Malah kalau anda melihat gelagat sebenar Pengetua mereka berhibur pada ( gambar di atas ) diketika anak muridnya mengutip derma sehingga tengah malam .. tentu rasa geram kan & menyakitkan hati

Cuma jangan ada puak2 PAS di Kedah dok putar belit menuduh    bahawa kerajaan BN tutup pusat tahfiz di ceramah2  & tidak menceritakan hal sebenar.




This is why I don't donate to the so called "Pusat Tahfiz Amal" anymore. Dah lama dah tak bagi. Nampak gaya macam kita bagi amal dekat orang tua kutuk ni je. Orang dia dimana-mana. Stesen minyak, kedai makan, buat muka kesian mintak sumbangan "ikhlas" katanya. 

Bila bagi seringgit tarik muka... Ambik duit dengan biadap tak pandang kita pun pastu terus blah. Mana akhlakmu?

 Kata ikhlas? Kalau tak bagi lagi teruk... Membebel sorang-sorang. Siap ada kawan cerita budak-budak tu siap menjerit "arrgggh!!! Kenapa dengan hari ini ni!!!". 

Macam stress tak dapat collection bagus. Mesti budak tu dapat tekanan dari orang atas. Kesian budak-budak tu. Mereka sewenang-wenangnya menggunakan kanak-kanak. Ada kalanya sampai lewat malam masih berpeleseran tanpa pengawasan orang dewasa dekat restoran, stesen minyak, tepi-tepi jalan cari derma. Apalah agaknya nasib budak tu. Tak sekolah ke? Bila masa dia mengaji dan menghafaz? 

Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim pun tak hafal. 

Kata tahfiz. Agaknya dalam ribuan kanak-kanak yang dipergunakan sampai lewat malam tanpa pengawasan tu ada tak sorang yang diculik ke? Diperlakukan tak senonoh ke..? Orang jahat kan ramai kat luar sana. Nauzubillahiminzalik.

 Kalau kita kesian dengan mereka (budak-budak tu) jangan bagi duit. Duit belanja pun jangan (sebab ketua diorang mesti akan check satu-satu). Jangan bagi apa-apa. Semoga dengan itu dengan sendirinya sindiket ini STOP. Nak bagi derma sebab kesian pada mereka, bagilah makanan atau apa-apa selain duit. Macam mana nak kenal mereka? 

Selalunya mereka bersongkok (yang lelaki) dan bawak beg sandang. Yang lelaki ni target restoran, yang budak perempuan pulak duduk dekat pam-pam minyak berbaju kurung. Yang pastinya mereka akan gunakan resit "Pusat Tahfiz Amal".

 Please jangan bagi apa-apa. Post ini bukan nak menghasut supaya jangan sedekah.. tapi supaya sindiket ni tak berkembang biak. Kena jadi kejam sikit untuk stop orang tua ni. Merosakkan nama institusi tahfiz je. Memalukan dan membusukkan nama Islam. 

Orang bukan Islam akan nampak Islam ni macam lekeh sangat. This needs to stop. Please.. Share this and help educate people. - Sumber Tengku Nuruddin

default

PASANGAN RAKYAT MALAYSIA DI SWEDEN PUKUL ANAK LEBIH 1000 KALI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Anak kedua pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden atas tuduhan mendera anak-anak mereka, berkata dia telah dipukul lebih dari seribu kali oleh ibunya dan beberatus kali oleh bapanya pada tahun 2013.

Memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, Ammar,12, berkata beliau juga telah disuruh berdiri di satu sudut rumah sepanjang hari sehingga bapanya pulang ke rumah sebagai hukuman.

Kenyataan itu disampaikan dalam video oleh pendakwa Anna Arnell di dalam mahkamah di hadapan Hakim Mattias Moller pada hari kedua perbicaraan.

Memakai seluar jeans dan jaket hijau, Ammar juga memberitahu tentang dua insiden di mana beliau didakwa dipukul oleh ibu bapanya.

Insiden pertama adalah apabila dia mendengar muzik yang kuat ketika melakukan kerja rumah dan ibunya memukulnya dengan penyangkut baju sebagai hukuman.

Insiden kedua adalah ketika dia dan kakaknya bergaduh di dalam kereta semasa bapa mereka memandu mereka ke sekolah. Beliau berkata beliau telah dipukul di bahu oleh bapanya Azizul Raheem Awaluddin setelah memukul kakaknya.

Terdahulu di dalam video berasingan, anak bongsu pasangan itu  Arif telah menunjukkan beberapa objek yang diambil dari rumah mereka dan diminta untuk mengenal pasti yang mana digunakan untuk memukul beliau.

Beliau yang berusia tujuh tahun kemudian mengenal pasti dua rotan dan pembersih karpet sebagai objek yang digunakan oleh ibunya, Shalwati Nor Shal untuk memukulnya.

Beliau menyifatkan ia sebagai "rotan yang mempunyai simpulan".

Mamakai baju kurung berwarna emas, tudung kelabu dan jaket, Shalwati kelihatan tenang sepanjang prosiding itu yang diadakan pada waktu pagi. Dia dan suaminya Azizul duduk bersama peguam mereka Johan Tamm dan Kristofer Stahre. 

Kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang emosi sepanjang prosiding.

Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia, Datuk Badruddin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammed Tayib dan beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan pasangan itu.

Azizul dan Shalwati telah ditahan sejak Disember 2013 kerana didakwa mendera keempat-empat anak mereka , yang kini di bawah jagaan ibu saudara mereka di Kelantan.

Mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, bulan lepas.

Anak sulung pasangan itu Aishah , 14, dan Ammar kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala manakala Adam , 11, dan Arif kini belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Kala, Kota Bharu.

Perbicaraan dijangka berjalan selama 10 hari di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm dan akan melihat Shalwati dan Azizul membuat pengakuan tidak bersalah mereka atas  melanggar integriti anak-anak mereka .




*** BILA DIDEDAHKAN LEBIH 1000 KALI ANAK INI DIPUKUL ... INGATLAH  ANAK ITU ANUGERAH TUHAN . JANGAN GUNAKAN AGAMA UNTUK HALALKAN ANAK UNTUK DIPUKUL ...

default

VIDEO BERANI PENDEDAHAN PEMAIN T TEAM SENDIRI ISU PERGADUHAN DI LARKIN

on Thursday, February 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Menjelang mesyuarat khas FAM esok mengenai insiden Larkin ini , pemain T Team Irfan Ghani pulak tampil membuat pendedahan berani menceritakan perkara  sebenar tentang pergaduhan didawak hidung berdarah  dan juga mengapa  T Team tidak meneruskan perlawanan separuh masa kedua .




Pemain T-Team Muhammad Irfan Abdul Ghani mengesahkan tiada rakan sepasukannya mengalami pendarahan hidung seperti yang didakwa selepas insiden di terowong Stadium Larkin pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada insiden terbabit benar-benar berlaku atau sebaliknya. 

Jelasnya, keadaan di bilik persalinan pasukannya sejurus tamat separuh masa pertama tidak kelihatan sebarang kecederaan kepada rakan dan juga jurulatih kecergasan pasukannya.

Menurutnya, hanya penolong jurulatih Azlan Johar yang mengarahkan pasukannya tidak meneruskan perlawanan di separuh masa kedua.

"Saya tampil untuk menyatakan kebenaran dan bersediakan untuk berhadapan dengan tindakan daripada T-Team," katanya.

Muhammad Ifran ditemui selepas tampil memberi keterangan mengenai insiden pergaduhan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, tengah hari tadi.







Tetapi ia pantas dijawab  oleh pengurusan T Team yang mempertikaikan kredibiliti Irfan yang hanya bermain simpanan dan kenyataannya memihak pasukan lawan . GPB rasa T Team tak perlu meroyan sangat sebab perkara ini masih lagi dalam siasatan Polis .


Sekarang ini sebagai peminat , kita tunggu laporan FAM &   POLIS yang sudah  menyiasat insiden ini .







PENGURUSAN T-Team kesal dengan kenyataan pemain pertahanannya, Ifran Abd Ghani yang jelas menyebelahi Johor Darul Takzim (JDT) berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lalu.

 Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain, berkata tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi seolah-olah dia memihak pasukan lawan.

 Katanya, kenyataan Ifran itu menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu.

 Irfan mendakwa tidak melihat sebarang kecederaan dialami pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasaan, Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT

. "Sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," katanya di Kuala Terengganu, hari ini.

 Syahrizan berkata, pemain yang berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team. Katanya, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan.

 Hari ini, Irfan membuat satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berhubung kejadian Sabtu lalu tanpa pengetahuan pihak pengurusan T-Team.

 Pada perlawanan itu, T-Team enggan meneruskan saingan babak kedua atas faktor keselamatan selepas mendakwa Rodrigues dan Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan. JDT mendahului 2-1 pada ketika itu.

 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarakat khas berhubung insiden berkenaan, esok. - Bernama

default

JDT DAKWA T TEAM PUTAR BELIT INSIDEN TUMBUK , TENDANG DI LARKIN

on Wednesday, February 5, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menafikan terdapat insiden tumbuk dan tendang di dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ketika perlawanan Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang T-Team pada Sabtu lalu.

Sebaliknya mereka mendakwa Jurulatih JDT, Cesar Jimenez yang menjadi mangsa serangan oleh Jurulatih Kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo serta pemain import, Evaldo Rodriguez.

Peguam JDT, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, insiden di stadium berkenaan telah diputarbelitkan oleh pihak T-Team.

Katanya dalam insiden tersebut, Stefano telah menarik kolar baju Jiminez selain terdapat kata-kata kesat yang dilempar kepada jurulatih terbabit.

“Fakta telah tidak diberikan dengan jelas dan oleh itu En Cesar telah membuat laporan polis menyatakan sebenarnya bahawa beliau yang telah diserang oleh jurulatih kecergasan T-Team dan juga dengan seorang pemain yang pakai jersi nombor 16 sebenarnya beliau yang telah diserang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menemani Jiminez membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, Johor Bahru.

Turut menemani Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya dan naib presiden 2 PBNJ, On Jabar.

Jelas Baljit, pihaknya menyerahkan kes terbabit kepada pihak polis dan bersedia untuk memberi kerjasama dalam membantu siasatan.

Pada perlawanan pusingan kedua Piala FA, sabtu lalu, pasukan T-Team menarik diri selepas separuh masa pertama dengan alasan bimbang dengan faktor keselamatan.


default

MESTI BACA ! TEORI KONSPIRASI ANWAR DI PRK KAJANG DIDEDAHKAN !!

on Sunday, February 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Isu PKNS , Khalid dihentam PKR , isu cerai fasakh Izzah , perletakkan jawatan Adun Kajang & pelan damai nasional kepada BN oleh Anwar...  ini semua sebahagian teori konspirasi luar tabiee Bang Non memperbodohkan rakyat..
jom kita buka minda dan pencerahan membaca pendedahan dibuat Zul Nordin 

Salam 2 all.
Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!
Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!
SEJARAH BERULANG – KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR
Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.
Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.
Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!
Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.
Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!
Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.
Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi ‘kesejahteraan PKR’. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.
Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!***
Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.
Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!
Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!
Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain – yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!
Matlamatnya – Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!
TAN SRI KHALID PENGHALANG
Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!
PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura’ PAS.
Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na’am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan ‘kami boleh berhubung dengan email’ – begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.
Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!
Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa – almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!
Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?
CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH
Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.
Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak ‘jambu’ turut disebarkan.
Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.
Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.
Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!
Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid – pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!
Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid!
STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS
Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.
Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.
Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid.
Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!
Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.
Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!
PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO
Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional ‘Pelan Damai Nasional’! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan ‘Pelan Damai Nasional’. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.
Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.
Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji’un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.
Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.
TAKTIK AKHIRUL KALAM – VIDEOKLIP
Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu…tunggu dan lihat!
RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID
Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!
Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.
Khalid sekarang ada beberapa opsyen:
1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!
2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau;
3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;
4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau
5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.
Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi’e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi’e pihak tertentu!
Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.
Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!
Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.
Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi’e ini.
Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!
Wallahua’alam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Rabi’ul Akhir 1435
01 Februari 2014
***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar negara.
Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya.
Samada penghakiman Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan kehakiman.
zul4kulim.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.