Showing posts with label bola sepak. Show all posts

default

NETIZEN KUTUK JERSI TERBARU PENANG 2017 MACAM BAJU SEKOLAH

on Saturday, January 14, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


13/01/2017 Pulau Pinang – Walaupun Faiz Subri telah mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia ke persada dunia, namun lain ceritanya dengan apa yang terjadi didalam skuad bolasepak negeri itu hari ini.
Pelancaran jersey baru untuk skuad bolasepak berkenaan bagi musim 2017 ternyata mendapat respon yang sangat negatif dari kebanyakan peminat bolasepak negeri ini.
Malah peminat dari negeri-negeri berhampiran juga tak kurang mengambil kesempatan untuk mengkritik jersey baru yang dianggap paling buruk dalam sejarah sukan bolasepak negeri tersebut.
Jersey baru skuad Harimau Kumbang itu dilancarkan oleh Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama-sama Timbalannya Rashid Kasnon.
Dengan menggunakan tagline ‘Simple tapi Rare’.., jersey berkenaan mendapat kritikan kerana dianggap ketinggalan zaman serta setaraf dengan jersey kanak-kanak sekolah rendah.
Ada juga netizen yang menyifatkan penglibatan orang politik DAP didalam pasukan bolasepak negeri telah mencacatkan sukan tersebut terutamanya dari segi pemilihan jersey.
Mungkin mereka merujuk kepada Adun DAP Bukit Bendera iaitu Zairil Khir Johari yang dilantik sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Pulau Pinang ketika ini.
Apapun persepsi yang dilemparkan oleh penyokong serta peminat skuad Harimau Kumbang kepada pihak pengurusan Penang FA, yang pastinya jersey baru skuad bolasepak Pulau Mutiara itu bagi musim 2017 sangat memalukan.
Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan, walaupun dijual dengan harga RM19.90 sehelai sekalipun, penyokong dan peminat Pulau Pinang akan ragu-ragu untuk membelinya. – Utaranews.com


default

LUAHAN PEMINAT PERAK INSIDEN KEKECOHAN PERLAWANAN PERAK VS JDT DI STADIUM IPOH

on Sunday, August 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments















Ipoh: "Saya ke bahagian penyokong selepas mendengar letupan mercun untuk merakam gambar, tiba-tiba saya ditarik oleh sekumpulan penyokong yang menutup muka menyebabkan saya terjatuh.
"Saya kemudiannya dipijak di bahagian leher, ditumbuk di bahagian muka dan disepak di bahagian pinggang sebelum kamera saya dilarikan," kata jurugambar NSTP, Supian Ahmad.
Menurutnya, pada waktu itu keadaan kelam kabut dan dia sedaya upaya cuba menyelamatkan kameranya namun gagal selepas kumpulan penyokong itu membelasahnya.
Katanya, mereka cuba merampas semua barang dimilikinya termasuk lensa kamera sebelum seorang lagi jurugambar menyelamatkannya dan membawanya keluar dari kawasan itu.
Supian berkata, dia mengalami kecederaan di bahagian mata, leher dan belakang manakala kameranya masih gagal ditemui.
Kekecohan itu berlaku selepas tamat perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor DT di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Dalam perlawanan itu, Perak tewas 0-1 kepada Johor DT hasil jaringan Pereyra Diaz pada minit ke-16.

default

KJ AKAN JUMPA TMJ ISU PEMAIN BERSARA DARI SKUAD KEBANGSAAN

on Thursday, July 14, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berhubung persaraan empat pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada skuad negara.

Khairy berkata, beliau memandang serius perkara tersebut dan perjumpaan dengan pemilik JDT itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, perjumpaan dengan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu adalah penting bagi mengetahui punca sebenar empat pemain berkenaan mengambil keputusan sedemikian dalam tempoh kira-kira 48 jam.

"Jangan kita terlalu cepat menghukum mana-mana pihak dalam kes ini sebab saya tengok dalam media sosial banyak komen negatif terhadap keputusan pemain berkenaan serta FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia).

"Tugas saya adalah mencari penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan TMJ untuk kita atasi dan sekiranya dapat diatasi, kita boleh memilih pemain terbaik bagi menghadapi Piala AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN) nanti," katanya.

Khairy berkata, demikian ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Hari Raya Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, di sini, hari ini.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, isterinya yang juga penaung MPM Tun Jeanne Abdullah, isteri, Khairy Nori Abdullah dan barisan kepimpinan MPM.

Pemain sayap, S Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal hari ini mengumumkan keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasmi JDT; The Southern Tigers.

Tindakan itu hadir dua hari selepas Safiq Rahim yang juga kapten skuad kebangsaan dan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak turut mengambil keputusan bersara daripada skuad kebangsaan kerana dikatakan mahu memberi peluang kepada pemain muda.

Khairy berharap pertemuan dengan TMJ membolehkannya melihat secara mendalam mengenai dakwaan Tunku Ismail bahawa pemain JDT mengalami kecederaan sekembalinya daripada mewakili skuad kebangsaan selain mendakwa tempoh latihan yang singkat mendorong kepada kecederaan tersebut.

"Kalau itu adalah pandangan TMJ, maka perlu kita buat perubahan kepada sesi latihan untuk skuad kebangsaan tapi beri masa kepada saya untuk buat kajian dengan lebih mendalam bagi mencari apa sebenarnya yang menjadi masalah," katanya.-


*** Satu tindakan yang bijak dibuat YB KJ dalam menyelesaikan  kemelut pemain JDT bersara dari skuad kebangsaan .  

default

TMJ UCAP TERIMA KASIH PM & KERAJAAN PUSAT BERI DANA RM1JUTA UNTUK JDT #RespectMyPM

on Monday, March 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi dana penghargaan sebanyak RM1 Juta kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Baginda yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam pada itu bertitah, baginda berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat masuk campur dalam isu wang hak penyiaran bagi menyelesaikan pembayaran tertunggak kepada pasukan dalam Liga Malaysia.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat di atas dana tersebut.
“Saya lebih gembira jika Perdana Menteri boleh sampaikan sedikit pesanan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kevin Ramalingam berkenaan wang hak penyiaran yang masih tertunggak kepada pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga Super dan Liga Premier.
“Manakah wang RM1 atau RM2 juta yang sepatutnya diagihkan ke setiap pasukan? Sut-sut pegawai FAM dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) semakin mahal, tetapi tunggakan kepada pasukan tidak dilunaskan” titah baginda dalam satu soal jawab seperti dilaporkan laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.
Media semalam melaporkan pasukan JDT mendapat suntikan RM1 juta daripada kerajaan pusat atas kejayaannya meraih kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015.
JDT muncul kelab pertama Malaysia dan juga pertama di Asia Tenggara meraih piala itu setelah mengalahkan kelab Tajikistan, FC Istiklol, 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan, Oktober lepas.
Dengan sumbangan itu, ia diharap dapat membantu program pembangunan bola sepak negeri Johor.
Sumbangan berbentuk cek daripada kerajaan pusat itu disampaikan oleh Perdana Menteri kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim di majlis perasmian projek hartanah Forest City di Johor.
Tunku Ismail dalam pada bertitah, beza diantara baginda dengan pesaingnya dalam sukan bola sepak ibarat memandu kereta yang laju.
“Saya seorang yang gemar memandu kereta yang laju dan saya tahu destinasi saya. Mereka pula mahu memandu apa yang saya pandu, tetapi mereka tidak tahu hala tuju mereka,” titah Tunku Ismail. – mynewshub.cc

default

PM PUJI GOL FREEKICK FAIZ SUBRI @NajibRazak

on Thursday, February 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri yang melakukan sepakan percuma yang sungguh cantik dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya semalam.

“Hebat gol freekick Faiz Subri, khabar mengenainya sampai ke Amerika. Saya ada lihat klip freekick itu, memang cantik,” tulis Perdana Menteri dalam catatan terbaru di akaun Twitternya hari ini.


Najib turut memuat naik klip video aksi Faiz yang melakukan sepakan percuma pada minit ke-62 dengan bola terus melencong dari kiri ke kanan sebelum masuk ke gawang Pahang.

Gol cantik hasil sepakan percuma itu telah mencuri tumpuan dunia termasuk beberapa portal antarabangsa.

Menurut portal berita British Independent (www.independent.co.uk), kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 sebagai ‘Goal of the Year’.

Pada perlawanan semalam Pulau Pinang menundukkan Pahang 4-1.

default

FREEKICK LENCONG FAIZ SUBRI ALA ROBERTO CARLOS VIRAL SELURUH DUNIA

on Wednesday, February 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PETALING JAYA: Gol cantik hasil sepakan percuma yang diambil oleh pemain skuad Pulau Pinang, Faiz Subri menjadi perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia. Ini disebabkan keunikan lencongan bola itu sebelum menerjah ke dalam pintu gol Pahang dalam perlawanan Liga Super malam tadi.

 Tidak lama kemudian, beberapa media luar negara seperti thesportbible dan eurosport.co.uk menyifatkan gol cantik itu sebagai luar biasa. Menurut Thesportbible juga kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 nanti sebagai ‘Goal of the Year’. eurosport.co.uk pula menyifatkan gol lencongan seperti itu pastinya menjadi kebanggaan kerana mirip dengan gol cantik yang dilakukan oleh bekas pemain kebangsaan Brazil Roberto Carlos.

Bagi peminat bola sepak tempatan, gol cantik yang dihasilkan Faiz itu dikongsi di laman sosial Facebook dan telah menjadi viral dan antaranya dikongsi Facebook Harimau Malaya.

“Amazing goals…..faiz subri..biar coach (jurulatih) Malaysia buka mata sikit,” komen Mohd Farid. “Kalau konsisten player (pemain) ini sampai habis musim,

 Team (pasukan) luar mesti nak beli punya. Gol mcm ini, terbeliak biji mata kot,” kata Kamal Hayat.

“Gol paling mahal. Messi pun tidak boleh buat apa,” kata Mohd Shahfiqry.

Dalam perlawanan semalam itu pasukan Pulau Pinang telah menewaskan Pahang dengan jaringan 4-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.



default

KHAIRY KECEWA , SALAHKAN FAM & PENYOKONG INSIDEN BALING SUAR #ULTRASMALAYA #FAM

on Tuesday, September 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kesal dengan perbuatan penyokong yang membaling suar ketika aksi Malaysia-Arab Saudi di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. 

Beliau yang berada di stadium, menyifatkan ia sebagai perbuatan yang memalukan negara dan mengkritik pihak stadium kerana gagal mengawal keadaan. Perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi sebelum itu dihentikan pada minit ke-88. 










Menerusi Twitternya, Khairy berkata: "Saya ada di Stadium SA malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan stadium gagal,".

default

KJ MAHU GANTUNG FAM BUKAN LANGKAH BIJAK

on Sunday, September 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Apakah ini jalan terbaik diambil oleh KJ selaku Menteri Belia & Sukan ??   Gantung FAM tidak menyelesaikan masalah sebaliknya kepimpinan  persatuan itu perlu dirombak kembali dan strukturkan semula  .

Cadangan TMJ yang mahu menampung kos melantik jurulatih asing menjadi Jurulatih Harimau Malaysia adalah langkah yang baik dan short term planning untuk memulihkan kembali pasukan bola sepak negara

Gantung sukan No 1 negara ibarat  satu tindakan kurang bijak  !

default

RUSUHAN STADIUM TERENGGANU, KHAIRY DESAK PENJELASAN SEGERA FAM

on Monday, May 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memberi penjelasan berhubung kualiti pengadilan dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII kelmarin sehingga mencetuskan rusuhan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun dalam masa yang sama Khairy menegaskan, rusuhan yang dicetuskan penyokong skuad Penyu sama sekali tidak boleh diterima, biarpun tindakan tersebut didorong rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil.''

“Saya tegaskan di sini merusuh adalah tindakan yang tidak dapat diterima sama sekali dan keputusan pengadil yang tidak memuaskan tidak harus dijadikan sebagai alasan.

“Ini bukan rusuhan kali pertama dan kita menggesa FAM memberi penjelasan segera.

“Malah, dalam hal ini FAM harus mengambil tindakan melalui Jawatankuasa Disiplin (Tatatertib) kerana jika berlaku sesuatu kesalahan, mereka harus menghukum pihak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau ketika ditemui dalam Program Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia dan pelancaran buku Suara Anak Muda bersama Irmohizam, semalam.


Dalam kejadian di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu kelmarin, sekumpulan penyokong Terengganu bertindak ganas membakar sebuah ambulans, merosakan kerusi stadium, pintu kaca serta beberapa kenderaan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.
Insiden tersebut menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedihan mata untuk meleraikan kekecohan.

Khairy berkata, FAM perlu memberi penjelasan mengenai perkara itu kerana insiden yang terjadi bukan kali pertama tercetus akibat penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan pe­ngadil.

“FAM perlu memberitahu pe­minat bola sepak tempatan apakah prosedur penilaian terhadap pengadil serta apakah tindakan dikenakan jika terbukti keputusan yang dibuat adalah salah sebagai menangkis persepsi negatif ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Khairy berkata, FAM dan juga persatuan ne­geri perlu mengangani perkara ini kerana ke­selamatan perlawanan dan pasukan yang adalah tanggungjawab mereka.

“Saya lihat pasukan polis cukup ramai semalam (kelmarin), tetapi di akhir perlawanan keputusan pengadil telah menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong dan mencetus huru-hara.

“Tindakan segera harus diambil bagi memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya.
Lions XII layak ke final menerusi peraturan gol tempat lawan.

default

HARIMAU MALAYA MASIH LAGI PERLUKAN SENTUHAN MAGIS DOLLAH SALLEH

on Monday, December 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kejayaan Malaysia mara ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang melabuhkan tirai di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi, membuktikan Dollah Salleh mempunyai 'sentuhan ajaib' dalam membawa skuad negara melangkah lebih jauh.
Dollah yang mula mengambil alih 'kerusi panas' itu daripada Datuk K Rajagobal pada Julai lalu, melakar kejayaan dengan membawa skuad Harimau Malaya layak ke final walaupun banyak pihak meragui kemampuan beliau membentuk pasukan mantap dalam tempoh singkat.
Skuad itu yang hanya sempat berkumpul bagi sesi latihan pusat selama dua bulan, membuktikan kemampuan dengan mara ke final sebelum kalah dengan agregat 3-4 kepada juara tiga kali, Thailand.
Malaysia menang 3-2 ke atas Thailand pada aksi timbal balik malam tadi, namun gagal meraih kejuaraan kedua selepas 2010, berikutan kekalahan 0-2 pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lalu.
Untuk rekod, Malaysia meraih kejuaraan sulung Piala AFF pada 2010 di bawah Rajagobal menerusi agregat 4-2 ke atas Indonesia.
Kehadiran lebih 90,000 penyokong pada aksi timbal balik malam tadi wajar diberi pujian kerana mereka masih percaya dengan corak taktikal Dollah walaupun sebelum ini, beliau dikritik kerana sering membariskan beberapa pemain berusia dalam perlawanan peringkat kumpulan B yang berlangsung di Singapura dari 23 hingga 29 November lalu.
Mengimbau perjalanan skuad Harimau Malaya dalam kejohanan edisi ke-10 itu, mereka bermula dengan langkah sumbang selepas seri tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan kumpulan B di Stadium Jalan Besar, Singapura, 23 November lalu sebelum kalah 2-3 kepada Thailand di venue sama tiga hari kemudian.
Dollah bijak mencatur strategi dengan mempertaruhkan pemain veteran seperti Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Badhri Mohd Radzi pada aksi terakhir menentang Singapura di Stadium Nasional Kallang, 29 November lalu yang menyaksikan Malaysia mara ke separuh akhir menerusi kemenangan bergaya 3-1.
Pengendali kelahiran Melaka itu sekali lagi membuktikan sentuhan beliau menjadi apabila Malaysia menundukkan Vietnam dengan agregat 5-4 pada saingan separuh akhir untuk mara ke final.
Skuad Harimau Malaya yang kalah 1-2 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu, bangkit melakar kemenangan bergaya 4-2 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Kapten pasukan, Muhammad Shukor Adan yang ditemui pemberita selepas final kedua malam tadi, menyifatkan Dollah mempunyai sentuhan berbisa dan yakin jurulatih itu mampu membimbing pasukan negara meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
"Sebelum kejohanan bermula, ramai pihak memandang rendah kemampuan Dollah serta pemain senior yang ada dalam skuad ini tapi akhirnya, kami buktikan kepada mereka kami berjaya ke final.
"Beri peluang kepada Dollah untuk merealisasikan harapan rakyat Malaysia bagi menaikkan mutu bola sepak negara. Apa yang Dollah buat pada perlawanan ini serta perlawanan terdahulu, kita harus hargai," kata pemain berusia 35 tahun itu yang membuat penampilan terakhir bersama skuad kebangsaan malam tadi.
Bekas pemain kebangsaan era 70-an, Bakri Ibni turut bangga dengan kejayaan Dollah yang berjaya meningkatkan mutu persembahan skuad Harimau Malaya walaupun diberi tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan itu.
Beliau bagaimanapun menggesa pemain skuad Harimau Malaya supaya mengubah mentaliti dengan memberi fokus lebih jauh, iaitu beraksi di kejohanan benua Asia.
"Saya cukup bangga dengan kejayaan Dollah yang berjaya meningkatkan prestasi pemain ke tahap yang boleh dipuji namun kejayaan sebenar adalah apabila kita dijemput beraksi menentang jaguh bola sepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan tidak kira dalam perlawanan persahabatan atau kejohanan Asia.
"Kita sepatutnya berada sebaris dengan mereka sebagaimana yang pernah dilakukan bekas pemain pada era kegemilangan bola sepak negara sekitar 60-an dan 70-an," jelas bekas pengendali pasukan Perlis itu.
Piala AFF Suzuki 2016 yang dianjurkan bersama Filipina dan Myanmar, bakal menjadi medan terbaik kepada Dollah, andai dikekalkan sebagai jurulatih, bagi menebus kekecewaan skuad Harimau Malaya dan jutaan rakyat Malaysia, malam tadi.
- BERNAMA

default

GAMBAR MENARIK FINAL PIALA AFF SUZUKI 2014 MALAYSIA VS THAILAND

on Sunday, December 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Walaupun keputusan menang 3-2 digelanggang sendiri semalam, namun belum cukup untuk Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki Cup 2014 apabila secara agregatnya tewas 4-3 kepada Thailand.
Tahniah Thailand dan Malaysia dengan aksi menghiburkan semalam dan pasti semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain dan penyokong Harimau Malaya akan dibawa kembali ke Liga Malaysia musim 2015.

GPB  suka gambar di atas ini kerana sebelum turun ke padang , semua pemain beragama Islam telah  menunaikan solat maghribi di bilik persalinan  dan juga lawatan mengejut oleh PM Malaysia DS Mohd Najib Tun Razak dan Menteri YB KJ yang hadir memberi kata-kata semangat  . Ada yang masih memakai kain pelikat... haha.. 

Kalah dan menang itu adat permainan ..tapi GPB bangga dengan semua pemain Harimau Malaya dan Coach Dollah Salleh yang tidak mudah putus asa dan bukan tugas mudah menyamakan kedudukan agregate 2 -2 dan seterusnya menjaringkan lagi gol ke 3 yang cukup menakjubkan .



Dollah bangga prestasi Harimau Malaya
Meskipun tewas dengan agregat 3-4 kepada Thailand, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh berpuashati aksi anak buahnya yang tampil dengan aksi cemerlang. Bagaimanapun Thailand lebih bijak mengenalpasti kelemahan skuad Malaysia yang berdepan masalah kecergasan selepas 70 minit perlawanan sekaligus memanfaatkan peluang tersebut meraih dua gol untuk mencatat kejuaraan kali ini.

Hanya dalam masa sebulan bersama pemain, Dollah berbangga dengan prestasi pasukannya yang mara ke final. Bagi kejohanan akan datang, Dollah akan lebih memberi penumpuan kepada pemain muda. Namun khidmat beberapa pemain senior masih diperlukan untuk memberi panduan kepada pemain muda.



Bagi Ketua Jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang perlawanan semalam amat sengit ditambah dengan kehadiran hampir 100 ribu penyokong tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagaimanapun bagi pengendali Thailand yang pernah menyarung jersi Perlis sebagai pemain import suatu masa dahulu, harapannya agar medan kejohanan AFF ini dimanfaatkan setiap pasukan untuk melahirkan lebih ramai pemain Asia Tenggara yang bermutu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.





''
























default

TERKINI !! PENYOKONG HARIMAU MALAYA BERANG PKR NAK BERPOLITIK ESOK DI BUKIT JALIL ! #AFFSuzukiCup2014

on Saturday, December 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Kuala Lumpur – Para pengguna media sosial mengkritik dan membidas tindakan tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahamd yang dilihat cuba bermain politik ketika berlangsungnya perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Nik Nazmi melalui akaun Instagramnya memuatkan status meminta peminat bola sepak bersama-sama untuk mengedarkan risalah ‘Tuntut Harga Minyak Turun’.
Namun rata-rata menyifatkan tindakan Ketua AMK Malaysia itu sebagai tidak wajar dan keterlaluan.
“Sukan menyatukan rakyat la lahanat gampang, bukan nak berpolitik… Jangan esok kene rembat dengan penyokong pulak dekat stadium sebab vende bodoh ni…” kata @24_fighters
Manakala @hvfiz_x berkata “Bro, jangan buat org menyampah dgn pakatan..Org nak tgk bola,ada masa nak berpolitik..” ujarnya pula.
Sementara para penguna twitter turun membidas tindakan Nik Nazmi itu yang disifatkan satu tindakan yang memalukan.
Menurut pengguna twitter @Fred9Fareed beliau berhasrat untuk mengoyakkan risalah tersebut dan turut mencabar Nik Nazmi untuk turun mengedarkan risalah sendiri dan bukan mengarahkan pengikut untuk melakukannya.
“Kalau jmpa risalah ni dekat stadium Bukit Jalil esok,koyak dan buang.Dan nasihat pada yg bagi tu,nk politik hari lain.
“Kalau jmpa risalah ni dekat stadium Bukit Jalil esok,koyak dan buang.Dan nasihat pada yg bagi tu, nak politik hari lain” katanya.
Pada perlawanan akhir pertama Rabu lepas, Malaysia tewas 0-2.
Skuad Harimau Malaya muncul juara edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal manakala Thailand pernah menjuarai kejohanan berkenaan pada 1996, 2000 dan 2002. – Suara.TV

default

HARIMAU MALAYA MENGAUM DI HANOI , TAKTIKAL DOLLAH LETAK OTAI MENJADI #AFFSuzukiCup

on Thursday, December 11, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN HARIMAU MALAYA & DOLLAH SALLEH  ...

ANDA SUDAH BUKTIKAN MAMPU BANGKIT DI HANOI DENGAN MEMBELASAH  4 - 2 


PEMAIN HARIMAU MALAYA   DAN DOLLAH TELAH BUAT  APA DIMAHUKAN PEMINAT MALAYSIA ..

FAKTOR KEMENANGAN  : -


-   5 PERTUKARAN PEMAIN MENJADI SEKALIGUS PASUKAN BERMAIN DENGAN 
     PENUH BERDISIPLIN   ( SHUKOR - FARIZAL  - AMRI  - INDRA - PIYA  ) 

-   OTAI MASIH BERBISA MEMANG HEBAT   ( AMRI - SHUKOR - INDRA - PIYA ) 

-   VIETNAM TERTEKAN  FIRST HALF DAN KENA 4 -1   ...

-   KEHEBATAN PEMAIN TENGAH TERBAIK  2014  ,   PIYA  YANG BIJAK  HANTAR THROW BALL & LONG PASS KEPADA STRIKER KITA GERUNKAN PERTAHANAN VIETNAM ....( KEKALKAN DALAM FIRST TEAM DI FINAL ) 


- BILA ADA KAPTEN OTAI   SHUKOR ADAN  DI PADANG .. PENGALAMANNYA DAN SEMANGAT MAHU MENANG TAMBAHA KEKUATAN KEPADA RAKAN-RAKAN . ( JERITANNYA ARAH PEMAIN TURUN BANTU ) 






Skuad Harimau Malaya membalas dendam kekecewaan di Shah Alam tempoh hari dengan menumpaskan Vietnam 4-2 dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.
Kemenangan dengan agregat 5-4 itu melayakkan Malaysia menempah slot perlawanan akhir untuk 
berdepan Thailand.
Vietnam turun berkeyakinan tinggi apabila beraksi di tempat sendiri ditambah pula berbekalkan kedudukan 2-1, namun ia tidak mematahkan skuad bimbingan Dollah Salleh untuk beraksi baik, sekaligus mengecewakan pasukan tuan rumah di depan penyokong sendiri.

Malaysia meraih jaringan pembukaan seawal minit ke-3 hasil sepakan penalti Safiq Rafim selepas salah seorang pemain Vietnam dipersalahkan kerana menjatuhkan Indra Putra Mahayuddin di dalam kotak penalti.



Jelas moral Harimau Malaya semakin meningkat. Di minit ke-16, Amri Yahyah membuat lambungan jauh untuk disambut Norshahrul Idlan Talaha, sebelum pemain Johor Darul Takzim itu bijak mengambil peluang hasil kesilapan benteng lawan dengan membuat sedikit sentuhan, sekaligus menyumbang gol kedua negara.
Di minit ke-22, Vietnam dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dan ia disempurnakan oleh Lee Chon Vinh.
Kemasukan Badhri Radzi atau Piya tidak menghampakan Dollah apabila kepekaan dan hantaran tepatnya kearah Indra mencetuskan gol. Indra yang menyambut baik bola tersebut, melakukan sepakan kearah gol sebelum tertampan pemain Vietnam, Dinh Tien Thanh sekaligus menerjah gawang tuan rumah.
Ketika Badri mengambil sepakan penjuru dua minit sebelum waktu rehat, pemain pertahanan yang juga kapten negara, Shukor Adan naik ke atas untuk membantu bahagian serangan. Dalam keadaan pintu gol Vietnam cemas, Shukur membuat tandukan mudah untuk menyempurnakan jaringan keempat negara.



Bersambung babak kedua, Vietnam melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu Harimau Malaya, memaksa pertahanan negara bekera keras.
Bagaimanapun, gawang negara bolos di minit ke-78 apabila kesilapan kecil Shukur digunakan sepenuhnya oleh Chon Vinh, dengan melakukan rembatan deras untuk mengecewakan Farizal Marlias.
15 minit terakhir adalah tempoh paling kritikal di bahagian pertahanan negara apabila terpaksa menahanan asakan Vietnam, namun ia berbaloi selepas Malaysia berjaya mempertahankan kedudukan 4-2, sekaligus memenangi perlawanan separuh akhir dengan agregat 5-4.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.