FREEKICK LENCONG FAIZ SUBRI ALA ROBERTO CARLOS VIRAL SELURUH DUNIA

on Wednesday, February 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PETALING JAYA: Gol cantik hasil sepakan percuma yang diambil oleh pemain skuad Pulau Pinang, Faiz Subri menjadi perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia. Ini disebabkan keunikan lencongan bola itu sebelum menerjah ke dalam pintu gol Pahang dalam perlawanan Liga Super malam tadi.

 Tidak lama kemudian, beberapa media luar negara seperti thesportbible dan eurosport.co.uk menyifatkan gol cantik itu sebagai luar biasa. Menurut Thesportbible juga kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 nanti sebagai ‘Goal of the Year’. eurosport.co.uk pula menyifatkan gol lencongan seperti itu pastinya menjadi kebanggaan kerana mirip dengan gol cantik yang dilakukan oleh bekas pemain kebangsaan Brazil Roberto Carlos.

Bagi peminat bola sepak tempatan, gol cantik yang dihasilkan Faiz itu dikongsi di laman sosial Facebook dan telah menjadi viral dan antaranya dikongsi Facebook Harimau Malaya.

“Amazing goals…..faiz subri..biar coach (jurulatih) Malaysia buka mata sikit,” komen Mohd Farid. “Kalau konsisten player (pemain) ini sampai habis musim,

 Team (pasukan) luar mesti nak beli punya. Gol mcm ini, terbeliak biji mata kot,” kata Kamal Hayat.

“Gol paling mahal. Messi pun tidak boleh buat apa,” kata Mohd Shahfiqry.

Dalam perlawanan semalam itu pasukan Pulau Pinang telah menewaskan Pahang dengan jaringan 4-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.