Archive for August 2013

default

BIADAP ! BENDERA SANG SAKA DIKIBARKAN LAGI PEMBANGKANG DI AMBANG MERDEKA KE 56 !

on Saturday, August 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Macai pembangkang buat hal lagi . Mereka mengibarkan lagi   bendera lain selain daripada Jalur Gemilang ketika orang ramai meraikan sambutan ambang  Hari Merdeka sebentar tadi .

Walaupun pelbagai pandangan & pendapat telah dibincangkan sejak dikibarkan tahu lalu oleh pembangkang yang didalangi Hishamudin Rais , ternyata ia masih lagi berulang . Hasutan mereka kepada generasi muda agar membenci Jalur Gemilang tak pernah luntur malah lebih bangga mengusung ke sana sini bendera lain .

 Bagi mereka , Jalur Gemilang adalah bendera milik UMNO / BN   dan perlu ditukarkan dengan bendera baru ini .

Ini yang bahaya modus operandi pembangkang yang begitu halus menghasut anak muda terutama  bangsa Melayu .   . Kita boleh berbeza pendapat di dalam politik. Kita boleh berbeza pendapat di dalam Agama dan Kepercayaan tetapi kita kena satu hati tentang negara dan lambang negara (Jalur Gemilang) yang kita cintai.

 Kalau bencikan sangat Barisan Nasional dan UMNO, jangan sampai kita menghina Negara dan Jalur Gemilang. Malah kalau   bencikan Negara Malaysia, tidak ada siapa yang menghalang anda semua dari berhijrah ke mana-mana Negara yang anda sukai.

Ramai lagi rakyat negara yang sanggup berkorban untuk NEGARA BERDAULAT TANAH TUMPAH DARAHKU INI ...

default

TANDA PUTERA : GUAN ENG HENTAM MEDIA SALAH TAFSIR , TAPI SURAT ARAHAN TUNJUK SEBALIKNYA !!

on Friday, August 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat berdolak-dalik tentang tayangan filem Tanda Putera di negeri ini seperti diarahkan beliau semalam dengan menyalahkan media kononnya tersalah tafsir kenyataannya itu.

Menurut Guan Eng, beliau tidak pernah menghalang pemilik pawagam di Pulau Pinang menayangkan filem berkenaan sebaliknya sekadar menasihati mereka supaya tidak berbuat demikian.

"Sekiranya mereka tetap mahu menayangkan filem itu, tiada tindakan akan diambil. Saya rasa berlaku salah tafsir oleh sesetengah media berhubung kenyataan semalam dan saya memberi amaran supaya jangan salah tafsir lagi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam, Guan Eng menyatakan kerajaan negeri tidak membenarkan filem itu ditayangkan di negeri ini kerana babak pemuda Cina kencing di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor adalah sensitif dan berbahaya kepada masyarakat.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menguruskan perkara tersebut berikutan lesen perniagaan kepada pemilik pawagam dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Walau bagaimanapun, hasil penelitian Utusan Malaysia terhadap surat yang dikeluarkan PBT kepada pemilik pawagam mengenai perkara itu terdapat percanggahan.
Dalam surat semalam, PBT mengarahkan pemilik pawagam tidak menayangkan filem Tanda Putera kerana mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif kepada masyarakat setempat.

Surat bertarikh hari ini pula memaklumkan, kerajaan negeri bukannya mengarahkan sedemikian sebaliknya hanya menasihati pemilik pawagam untuk tidak menayangkan filem terbabit.

PBT juga menyerahkan kepada pemilik pawagam sama ada mahu menayangkan filem itu atau sebaliknya.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng mengakui beliau tidak menonton filem berkenaan dan arahan dikeluarkan adalah berdasarkan komen awal yang diberikan terhadap filem itu.

Ditanya tindakan pawagam di negeri ini yang akur kepada nasihat kerajaan negeri dengan tidak menayangkan filem itu pada hari pertama tayangannya hari ini, Guan Eng menjelaskan, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut esok secara bertulis kerana bimbang disalah tafsir media.




default

TERKINI ! KARAOKE PENANG PROMO AIR SYAITAN DALAM BANNER RAYA !!

on Wednesday, August 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Apa kejadahnya ni   banner  ucapan Hari Raya   dipamerkan dengan promosi air syaitan a.k.a arak   di  sebuah pusat karoke terkenal di Jalan Penang , Georgetown  ??

MPPP selaku PBT yang dok ronda setiap hari tak perasan ke banner yang menghina UMAT ISLAM ini ?

Atau kerana banner ini dihalalkan sebab ini negeri ditadbir kerajaan DAP ?





default

JALAN ALOR DINAIKTARAF BAKAL LUMPUHKAN PENIAGA MELAYU !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Nasib golongan Melayu serta bumiputera tidak seharusnya dipinggirkan ketika kerajaan membawa projek pembangunan di bandar raya ini terutama dalam usaha menaik taraf Jalan Alor di Bukit Bintang sebagai hab makanan Cina bertaraf antarabangsa.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, pembangunan kawasan itu dilihat berat sebelah serta mampu melumpuhkan pendapatan penduduk Melayu di kawasan itu.

"DBKL tidak sepatutnya memberi muka kepada pihak yang secara terang-terangan mahu memberi keuntungan lebih kepada kaum tertentu sahaja terutama yang jelas menyokong pembangkang di kawasan itu.

"Ini bukan soal perkauman, sebaliknya DBKL perlu bersikap adil dan memperluaskan sumber pendapatan sama rata untuk semua penduduk supaya tidak ada yang berasa ditindas dalam hal ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Biro Publisiti MCA, Datuk Heng Seai Kie dalam portal propembangkang, Malaysiakini, berasa kesal terhadap rancangan mengubah wajah Jalan Alor di Bukit Bintang bagi menarik pelancong ke Malaysia telah ditukar menjadi isu perkauman oleh akhbar Utusan Malaysia.

default

GLC Kedah seleweng duit RM 2 juta untuk dana parti di PRU13 !

on Tuesday, August 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kalau GLC di negeri Kedah seleweng duit RM 2 juta untuk dana parti politik untuk PRU13 , maka ia pastinya membabitkan kerajaan dahulu iaitu Pas .

Patut la KUIN rugi sampai tak boleh bayar gaji staf disebabkan urustadbir  syarikat tidak betul semasa diperintah kerajaan Pas

default

HABISLA .. KDN DAH BUAT GILA , NAK DEDAH NAMA KUMPULAN GANGSTER !!

on Monday, August 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.
“Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.
“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.
Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.
“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya.


Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.
“Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).
“Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita,” katanya.
Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.
EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan. – Bernama

default

BOM & PELURU DITEMUI , TAK BAHAYA LAGI BAGI YB PAKATAN !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kalau dah pelbagai senjata merbahaya seperti ini ditemui Polis dalam OPS Cantas , apakah Surendran dan Rayer yakin   PENJENAYAH   ini akan serah diri jika diserbu ?? Biar je mereka tembak Polis sebelum habis peluru dah serah diri , begitu ??

BODOH PUNYA YB PAKATAN ...



 Op Cantas yang dilakukan polis negeri ini membawa penemuan mengejutkan apabila sebutir bom, 20 kelongsong peluru dan sebilah pedang samurai dirampas hasil serbuan di sebuah rumah flat di Machang Bubuk, Bukit Mertajam, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, polis turut menahan enam individu termasuk dua wanita yang semuanya berusia 21 hingga 48 tahun. 

Menurut sumber, semua yang ditahan berasal dari negeri ini dan Kedah dengan pemeriksaan awal mendapati mereka mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

“Semua suspek dibawa ke balai polis dan hasil ujian saringan awal mendapati mereka positif dadah jenis syabu. Mereka kini direman untuk siasatan,” katanya.

default

JATUHKAN MORSHI JUGA DEMOKRASI BAGI RAKYAT MESIR !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Kegagalan bekas Presiden, Mohammed Mursi membawa perubahan kepada ekonomi Mesir dalam tempoh setahun pemerintahan beliau terus menjadi alasan utama kepada kelompok rakyat yang menyokong pembentukan kerajaan sementara.

Beberapa penyokong kumpulan anti-Mursi atau Tamarod yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi tumpuan mereka di Dataran Tahrir di sini berkata, disebabkan itu, tindakan rakyat mendesak Mursi berundur menerusi bantahan besar-besaran di seluruh negara bulan lalu tidak boleh disalah anggap.
Menurut salah seorang daripada mereka, Hisham Ghazi, rakyat Mesir tidak boleh menunggu sehingga tempoh penggal perkhidmatan Mursi berakhir kerana percaya pada waktu itu keadaan sudah terlambat bagi menyelamatkan ekonomi negara ini.

Katanya, kelemahan pentadbiran Mursi cukup ketara bukan sahaja dari segi ekonomi, malah penyelesaian masalah rakyat sehingga membangkitkan kemarahan ramai.

‘‘Bantahan besar-besaran 30 Jun hingga Mursi digantikan 3 Julai lalu bukan tidak demokratik kerana saya percaya majoriti rakyat bersama kami. Maka, itu juga suara ramai.

‘‘Lagipun untuk menunggu tiga, empat tahun lagi untuk pilihan raya baharu diadakan, saya percaya waktu itu sudah terlambat untuk menyelamatkan Mesir daripada kegawatan ekonomi. Justeru, Mursi perlu digantikan untuk menyelamatkan Mesir ," katanya.

Seorang lagi penyokong kumpulan penentang Mursi, Malik Ahmed berkata, beliau percaya jumlah sokongan kepada Mursi tidak seperti mana yang digembar-gemburkan penyokong beliau.

‘‘Rakyat Mesir bersama kami. Kami menyokong kepimpinan kerajaan sementara dan pihak tentera. Mereka lakukan tindakan betul menyingkirkan Mursi demi negara ini.

‘‘Bantahan yang kami gerakkan bulan lalu adalah mewakili majoriti rakyat. Justeru, jika kumpulan pro-Mursi mahu turun ke jalanan, kami mahu tengok jumlahnya. Saya pasti mereka tidak mampu mewakili majoriti seperti kami," jelasnya.

Rakannya, Hussein Tabrawi berkata, selain itu, faktor Mursi yang dilihat cenderung mempunyai hubungan dengan beberapa kumpulan yang dikaitkan dengan pengganas juga bukan suatu yang baik untuk negara ini.

‘‘Kami tidak mahu Mesir menjadi sarang pengganas. Sebab itu Mursi perlu digantikan," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Dataran Tahrir hari ini menyaksikan hanya beberapa khemah masih didirikan penyokong pergerakan Tamarod di bulatan di kawasan tersebut.

Selain itu, mereka turut mewujudkan galeri sementara mengenai perjuangan dalam mendesak penyingkiran Mursi yang berlaku bulan lalu.

Tamarod merupakan pergerakan yang ditunjangi golongan sekular Mesir dan kumpulan ini sering bertentangan pendapat dengan Mursi yang berorientasi Islam. - UTUSAN

default

8 SEBAB MAHKAMAH RAYUAN BEBASKAN SIRUL & AZILAH !!

on Sunday, August 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hakim mahkamah Tinggi tersilap arah
Kuala Lumpur: Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar semalam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan memberi lapan alasan utama bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada 29 April 2009. 


Hakim gagal beri pendapat 

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Mohd Zaki dalam keputusannya gagal memberi pendapat terhadap beberapa faktor penting sebelum mensabitkan kedua-dua perayu.

Penghakiman penuh pembebasan
Ini adalah keputusan sebulat suara kami. Bagi maksud keputusan kami hari ini supaya dapat menjimatkan masa mahkamah, kami hanya akan mengemukakan alasan ringkas terhadap perkara utama yang dibangkitkan dalam rayuan seperti berikut:

Berhubung pembelaan membabitkan alibi perayu pertama (Azilah Hadri), kami tidak mendapati apa-apa dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan bijaksana bahawa beliau menimbangkan sama ada diari balai menunjukkan atau cenderung untuk menunjukkan atas alasan kehadiran perayu pertama di Bukit Aman pada masa material, dia tidak boleh atau tidak mungkin boleh berada di tempat kejadian. 

Hakim perbicaraan bijaksana tersalah arah dengan cara tanpa arahan apabila gagal menimbangkan bahawa diari balai selain gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa perayu pertama berada di tempat kejadian.

Berhubung log panggilan dan ramalan liputan, kami mendapati bahawa keterangan saksi pendakwaan ke-61, 62 dan 63 menimbulkan isu kredibiliti dan ketepatan log panggilan serta ramalan liputan. Dalam penghakiman kami adalah penting bagi hakim perbicaraan bijaksana menyatakan pemikirannya kepada cabaran yang dibangkitkan pembelaan terhadap eksibit dan membuat penemuan sama ada secara nyatanya terdapat pengubahan dan gangguan kepada data dan sama ada ketulenan data dipersoalkan atau sebaliknya. Dengan kecewanya, hakim gagal membuat, yang mana dalam penghakiman kami ia membawa kepada tersalah arah serius menyebabkan eksibit berkenaan tidak selamat untuk dipertimbangkan.

Maklumat penemuan
Berhubung maklumat yang membawa kepada penemuan, hakim yang perbicaraan bijaksana tidak mengarahkan pemikirannya dan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan keterangan tidak konsisten saksi pendakwaan adalah material; tidak memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak mengarahkan pemikirannya sama ada perayu menimbulkan keraguan berhubung ketepatan 27 keterangan dan sama ada penemuan dibuat secara eksklusifnya hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh perayu dan bukan daripada sumber lain. Kami mendapati terdapat tiada arahan daripada hakim perbicaraan bijaksana dalam menilai keterangan sebelum menerima pakai keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.

Pemilikan bahan letupan
Berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, selepas membuat penemuan berhubung kaitan di antara bahan letupan dan kematian mangsa, hakim perbicaraan bijaksana sepatutnya, pada penghakiman kami, membuat penemuan lanjut untuk mengaitkan bahan letupan terbabit dengan perayu. Dengan tidak membuat sebarang penemuan berhubung pemilikan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan oleh perayu, hakim perbicaraan bijaksana gagal mengarahkan pemikirannya terhadap rangkaian yang hilang, menyebabkan terdapat satu salah arah berlaku. 

Sejauh mana kegagalan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri, penghakiman kami berhubung fakta kes, keterangan Musa adalah penting untuk merungkai cerita pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil atau menawarkan beliau untuk disoal balas, dalam keadaan keadaan keterangan secara keseluruhannya, akan menimbulkan inferens yang sebaliknya mengikut Seksyen 114(g) Akta Keterangan, terhadap kes pendakwaan.

Seterusnya pada isu sepasang selipar, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan dua antara selipar terbabit dengan perayu kedua. Pihak pendakwaan tidak menutup sebarang lompang dalam kesnya.

Begitu juga dengan katrij terpakai yang dijumpai dalam kereta perayu kedua, kami mendapati terdapat jurang dalam kes pendakwaan dan dalam aspek ini hakim gagal mengarahkan pemikirannya terhadap isu itu.

Akhirnya, berhubung niat bersama. Kami mendapati hakim tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan bahawa terdapat perancangan awal oleh kedua perayu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan berikutan daripada perancangan awal berkenaan. Dalam penghakiman kami, ketiadaan penemuan sedemikian oleh hakim perbicaraan bijaksana berhubung ramuan niat bersama menyebabkan berlaku tersalah arah disebabkan tanpa arahan.

Dengan melihat kepada keseluruhan keadaan kes, penghakiman kami adalah kesan pengumpulan tanpa arahan oleh hakim perbicaraan bijaksana menyebabkan sabitan ke atas perayu adalah tidak selamat.

Kami, dengan sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Kedua-dua perayu dengan ini dilepas dan dibebaskan.

INFO

Hakim Mahkamah Rayuan

- Datuk Seri Mohamed Apandi Ali
- Datuk Linton Albert 
- Datuk Tengku Maimun Tuan Mat 

Hakim Mahkamah Tinggi
- Datuk Mohd Zaki Md Yasin

Pendakwa Raya
- Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah

Peguam Bela Azilah
- Hazman Ahmad
- J Kuldeep Kumar

Peguam Bela Sirul
- Kamarul Hisham Kamaruddin
- Hasnal Rezua Merican
- Mohd Ruzaini Zulkifli

Peguam pemerhati
(Keluarga Altantuya)


- Karpal Singh


PERTUDUHAN: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar
Didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di lokasi antara lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.


sumber : Berita harian 



default

PENGUATKUASA AGAMA PUN DISUAP RASUAH UNTUK BEBASKAN KAKI KHALWAT !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tiga penguat kuasa syariah dipercayai mengaut puluhan ribu ringgit sebulan hasil suapan pasangan yang melakukan kesalahan khalwat. Mereka yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai sudah lama melakukan kegiatan itu bersama berdasarkan buku simpanan bank masing-masing.

Ketiga-tiga mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad minggu lalu dan difahamkan akan didakwa minggu depan. 


Menurut sumber, mereka menyasarkan pasangan khalwat yang akan didakwa sebelum meminta suapan kononnya bagi membebaskan mereka daripada dakwaan. - Bharian -


*** patut la  kes khalwat meningkat sebab yang kaki sangap ni boleh rasuah kepada pengkhianat dalam  penguatkuasa agama..syabas SPRM kerana berjaya mengesan kaki duit haram ini !!

default

RAKYAT SARAWAK LANCAR BOIKOT ERA FM SEBAB PASUKAN BOLA SEPAK NEGERI DIGELAR CAP AYAM !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




 Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

"Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio.

"Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan," katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan lain, Jake berkata peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini.

"Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari.

Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. - Bernama

default

PAS hanya lantang bersuara isu konflik Mesir tapi Kalimah Allah diam membisu !!

on Saturday, August 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pucuk pimpinan Pas diminta menyatakan pendirian berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu melibatkan pengunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, rakyat mahu melihat pendirian Pas dalam memperjuangkan isu kritikal seperti kalimah Allah atau pemimpin parti itu hanya sekadar bersuara demi kepentingan politik masing-masing.

Menurut beliau, desakan itu bagi memastikan parti tersebut masih lagi relevan dalam perjuangan Islam serta tidak tersasar daripada landasan sebenar.

Tambahnya, sebagai sebuah parti berteraskan Islam, pucuk pimpinan Pas sepatutnya hadir menyatakan sokongan semasa perbicaraan berhubung kes penggunaan kalimah Allah di Putrajaya semalam.

"Ketiadaan seorang pun ahli Pas semalam menimbulkan persoalan. Ahli-ahli Pas perlu bertanya kembali sama ada mereka perlu mempertahankan sebuah parti yang secara terang-terangan enggan memperjuangkan penggunaan kalimah Allah.

"Mereka perlukan kepastian sama ada parti itu akan bersama-sama menolak penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian atau sebaliknya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Beliau mengulas kegagalan pucuk pimpinan Pas hadir ketika Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran penggunaan Kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, umat Islam di negara ini perlu bersatu mempertahankan kalimah Allah seperti mana sokongan yang ditunjukkan masyarakat Islam yang hadir ke mahkamah semalam.

"Saya harapkan 10 September ini akan lebih ramai umat Islam hadir menyatakan sokongan terhadap usaha mempertahan kalimah Allah yang turut mempunyai kaitan dengan isu akidah serta agama Islam sebagai agama Persekutuan.

"Perkara ini perlu dipertahan semua pihak sama ada kerajaan mahupun rakyat. Saya harap momentum hadir di mahkamah ini tetap dikekalkan sehingga keputusan diterima," katanya.


default

TERKINI ! BANG NON BIKIN DRAMA BARU , DAKWA ALTANTUYA LETUP DIRINYA SENDIRI !

on Friday, August 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Memang meroyan giler  puak-puak pembangkang bila mengetahui hari ini  suspek kes bunuh Altantuya iaitu Azilah & Sirul Azhar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan . 

Seperti biasa keputusan mahkamah akan dipertikaikan dan yang paling menarik ialah di  twitter Anwar Ibrahim sendiri yang menyokong kenyataan bahawa Altantuya telah meletup diri sendiri!

Hebat James Bond 007 pujaan  Pakatan ini pasal dah berjaya mengesan  bagaimana Altantuya dibunuh .



Anwar tak usahlah meroyan lebih-lebih sangat pasal keputusan mahkamah ini . 

Pasal hang pun terlepas dari hukuman mahkamah tinggi  tentang  kes liwat dengan Saiful pun atas sebab-sebab teknikal .


Kesimpulannya , jika suspek  kes Altantuya ini dilepaskan mahkamah , maknanya jika rujuk kembali  kes liwat Saiful - Anwar , siapa agaknya suspek  yang  meliwat Saiful ??? 

Anwar tak nak tuduh Saiful liwat diri sendiri ke ??







Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

 Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

 Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

 Penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan mereka. Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

 Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu. Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

 Timbalan Peguamcara Negara 11, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin. Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

 Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Tengku Maimun berkata mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.

 "Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.

 Kedua-duanya disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

 Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

 Sebagai langkah segera, pihak pendakwa diketuai Peguam Cara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu pemberita Pejabat Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan dua anggota polis itu.

 Dalam penghakiman, mahkamah mengemukakan lapan alasan bagi pembebasan Azilah dan Sirul Azhar. Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu.

 "Dalam penghakiman kami, ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan," katanya. Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan log panggilan dan ramalan liputan.

 Hakim Tengku Maimun berkata amat penting untuk hakim perbicaraan menumpukan pada cabaran dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai eksibit dan untuk membuat dapatan sama ada terdapat pindaan atau gangguan terhadap data dan sama ada ketulenan data boleh dipersoalkan atau tidak.

 "Apa yang dikesalkan, hakim mahkamah tinggi gagal berbuat demikian, yang dalam penghakiman kami adalah penyalaharahan yang serius sehingga tidak boleh bergantung kepada eksibit itu yang dikatakan tidak kukuh," kata hakim.

 Bagi alasan lain, mahkamah memutuskan hakim perbicaraan juga tidak memberi perhatian dan tidak memeriksa sama ada wujud percanggahan dan ketidakkonsistenan keterangan saksi-saksi pendakwa. 

Katanya hakim perbicaraan juga tidak memeriksa kredibiliti saksi-saksi pendakwa dan tidak memberi perhatian sama ada Azilah dan Sirul Azhar telah menimbulkan keraguan mengenai ketepatan kenyataan mereka mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Hakim Tengku Maimun juga berkata hakim perbicaraan tidak memikirkan sama ada penemuan tempat jenayah dan barangan kemas si mati adalah hasil daripada maklumat diberikan oleh dua anggota polis itu dan bukannya daripada sumber lain.

 Beliau berkata mahkamah mendapati berlaku keadaan tanpa arah oleh hakim perbicaraan apabila gagal menilai keterangan sebelum menerima kenyataan itu mengikut Seksyen 27.

 Bagi alasan lain, Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan untuk menunjukkan sebarang kaitan antara selipar dengan kesan darah Altantuya yang ditemui dalam jip Sirul Azhar, dengan beliau (Sirul Azhar). Beliau berkata pihak pendakwa tidak menutup jurang dalam kesnya dalam isu itu.

 Serupa juga, kata hakim, dengan katrij yang ditemui dalam kereta Sirul Azhar yang merupakan tertuduh kedua, mahkamah mendapati wujud jurang dalam kes pendakwa di mana hakim perbicaraan gagal memberikan perhatian.

 Akhir sekali, mahkamah memutuskan kegagalan pihak pendakwa memanggil atau menawarkan pemeriksaan balas ke atas DSP Musa Safri yang ketika itu pengawal Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin mencetuskan inferens berbeza di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, terhadap pihak pendakwa.

 Ingin dinyatakan, dengan tidak memanggil DSP Musa, mengenai fakta kes ini, sedangkan keterangan DSP Musa amat penting untuk mendedahkan naratif bahawa kes pendakwa berdasarkan apa," kata hakim.

default

TERKINI ! MAHKAMAH BEBASKAN AZILAH & SIRUL TUDUHAN BUNUH ALTANTUYA !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Add caption


Hari ini Mahkamah Rayuan telah  membebaskan Azilah Hadri & Sirul Azhar Omar daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaaribu .

Pastinya keputusan  mahkamah ini kasi bikin panas  puak-puak pembangkang kerana sebelum ini mereka telah memfitnah Najib terbabit  dalam kes pembunuhan ini .




default

MENGAPA HARAKAH TAK SIAR BERITA ISU KALIMAH ALLAH ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Pas yang sering berkata merekalah pejuang Islam di negara ini rupanya tak ambil kisah pun tentang isu Kalimah Allah kelmarin yang mana pemohonan pihak Gereja membuat rayuan di mahkmah telah ditolak . Apakah sebab PAS sokong kalimah Allah boleh digunakan puak Kristian menyebabkan mereka tak siarkan langsung berita ini ?

default

Menteri KDN mengamuk Ketua Hindraf campur tangan kerja Polis !

on Thursday, August 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.
Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis.
Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.
Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan. 

"Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.
Mengenai status filem 'New Village' yang masih belum menerima sebarang keputusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF), Ahmad Zahid berkata buat masa ini beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada LPF.
Filem itu mengundang kontroversi umum apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan

default

Terkini ! Kalimah Allah kekal mutlak milik agama Islam , mahkamah tolak rayuan Gereja !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



- Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.


Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE


default

Pemuda UMNO hadir ke mahkamah sokong kalimah Allah , di mana Pemuda PAS ? @tunfaisal @razaliibrahim

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Makhamah Rayuan di Putrajaya Khamis jadi tumpuan bila ia mendengar permohonan  pihak Gereja Roman Katholik untuk ketepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu.
Lebih 200 ahli NGO Islam dan Perkasa serta beberapa pemimpin UMNO berkumpul di luar mahkamah untuk menanti keputusan yang bakal dibuat.

Antara yang turut kelihatan di situ ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Ada kalangan mereka yang berdoa,bersalawat dan membaca Yasin.
Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin. Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.




default

KPN tibai berapi Ketua Hindraf kritik tembak mati penjenayah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments


"Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama.

 "Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.

Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.

 "Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?"

Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim tatkala ditanya mengetai kritikan yang dilemparkan oleh Ketua Hindraf yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.

 Memetik laporan Malaysiakini, Khalid ternyata kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri berkenaan yang dilihat cuba memperkecilkan usaha PDRM mengekang aktiviti jenayah.

 "Kita tidak peduli orang cakap, kita ada tugas untuk laksanakan. Kita akan jalankan tugas kita dalam memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat," ujarnya Ops Cantas dilancarkan oleh PDRM

default

DAP NAK POLIS JANGAN BALAS TEMBAKAN BILA TANGKAP PENJENAYAH ??

on Wednesday, August 21, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


DAP , parti yang sering  menjadi pembela penjenayah kelmarin   telah berjaya menghasut keluarga penjenayah  mendesak kerajaan agar  menubuh inkues tentang insiden   Polis P.Pinang berjaya menembak mati 5 anggota kongsi gelap 04 .

Alasan utama DAP yang menjadi master mind ini ialah Polis menembak 5 orang penjenayah ini tak mengikut SOP dan menembak ala2  filem Hollywood iaitu sebanyak 30  das tembakan  .

DAP parti perkauman ini memang tidak pernah menghargai tugas Polis yang menggadai nyawa mereka demi keselamatan awam bagi menumpaskan penjenayah . Kalau zaman dulu komunis yang membenci Polis kini alaf baru adalah DAP .

Apakah DAP nak Polis BUAT BODOH  biar je pembunuh upahan ni je dok tembak bertubi2 ? Atau menjerit kepada mereka yang bersenjata supaya menyerah diri ??

Sepatutnya usaha polis membanteras jenayah harus disokong tetapi tidak kepada parti Dap yang lebih membela penjenayah terutaman bukan Melayu .



Polis menerima empat laporan daripada keluarga lima suspek yang mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah pangsapuri dekat Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong, di sini semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, empat laporan itu dibuat oleh keluarga mangsa untuk mengadakan inkues atas kematian ahli keluarga mereka yang didakwa ditembak tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Polis telah menjalankan tanggungjawab sebagai pasukan keselamatan serta mengikut SOP yang betul malah kita juga memperkenalkan diri sebelum membuat serbuan.

"Suspek yang melepaskan tembakan dahulu kemudian baru anggota kita membalas demi keselamatan mereka. Dakwaan yang mengatakan sebanyak 30 das tembakan dilepaskan polis adalah tidak benar. Kita lepaskan beberapa das tembakan sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan anggota-anggota Op Selamat 3 di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahim menafikan khabar angin mengenai saki-baki anggota kongsi gelap itu merancang untuk menyerang polis berikutan ingin membalas dendam atas kematian lima suspek terbabit.

"Setakat ini kita tidak terima apa-apa maklumat berkaitan kejadian menyerang pihak polis dan saya percaya itu adalah khabar angin," ujarnya.

Mayat lima suspek yang mati ditembak polis semalam telah dituntut ahli keluarga masing-masing hari ini.

default

Kolej Insaniah : Mr Bean PAS hanya banyak cakap bukan selesai masalah !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments

Tidak perlu mengulas tohmahan pembangkang yang mengaitkan kerajaan negeri dengan isu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah).

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, tidak mahu memberi tindak balas kepada dakwaan kononnya kerajaan negeri lemah dalam mengurus Insaniah kerana mahu memberi tumpuan kepada gerak kerjanya.

“Saya rasa kita tidak perlu respon kepada kenyataan mereka. Saya cuba tidak terlalu banyak bercakap.

"Saya ingat, rakyat dapat menilai apa prestasi kerja kita dan bukan menilai apa yang dicakap oleh pembangkang.

“Mereka boleh bercakap dan bercakap, tetapi tidak boleh menyelesaikan masalah,” katanya pada sidang media, semalam.



Ketika mengulas dakwaan pembangkang untuk mendedahkan minit mesyuarat yang didakwa ada kaitan kerajaan negeri dan Insaniah Holdings, beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan terhadap perkara itu.

“Mereka boleh mengeluarkan minit mesyuarat itu tetapi kalau ikut prosedur, ia adalah rahsia.

“Mereka juga lebih tahu sebenarnya mereka yang menjadi punca masalah ini (Insaniah). Kita cuma mewarisi masalah dan sekarang ini tanggungjawab menyelesaikan masalah terletak pada bahu kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah turut menasihati pembangkang tidak membangkitkan banyak perkara kerana tidak mahu mengaibkan mereka dengan pendedahan pada masa akan datang.

default

HOT ! PENDEDAHAN MACAI PAKATAN MENCARUT , MAKI HAMUN PEMIMPIN KERAJAAN !!

on Tuesday, August 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

1. MiM pasti kita akan terkejut dengan cacian dan penghinaan facebookers kaum Cina yang pro-DAP di dalam beberapa Facebook. Di antaranya ialah cacian jijik Facebooker di bawah. Sila baca printscreen :



2. Facebooker ini menulis :
my house dogs better than him
3. Cacian jijik ini adalah contoh daripada banyak lagi komentar kotor yang berleluasa di dalam Facebook yang selama ini digunakan oleh penyokong DAP dan pembangkang untuk menanam perasaan benci  pengguna Facebook terutamanya kaum Cina terhadap pemimpin UMNO dan kerajaan BN.

4. Antara yang dicaci seperti komen di atas ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, negarawan Malaysia yang banyak berjasa kepada negara.

5. Komentar itu boleh dibaca di dalam Facebbokhttps://www.facebook.com/Jennythesexy di mana entrinya adalah foto Tun M yang diambil secara candid dan boleh disalah anggap oleh facebookers.

6. Yang peliknya ialah alamat facebook itu ialah Jennythesexy tetapi berkemungkinan ditukar fungsinya selepas mendapat ramai pengikut. Ianya ditukar ke 1,000,000 Chinese don't want MCA to represent the Chinese.


7. Di bawah pula adalah beberapa komentar yang berbau penghinaan, mencarut, mencaci dan sebahagian besar daripadanya adalah kaum Cina yang pro-DAP.  MiM pasti kita semua akan marah apabila Cina pro-DAP itu mencarut 'muka butuh', 'f__k face', 'ugly old bastard' dan macam-macam lagi penghinaan.

8. Inilah moral jijik sebahagian daripada penyokong pembangkang yang mulut celupar dan menggunakan media sosial untuk menyebarkan perasaan benci yang amat sangat terhadap pemimpin UMNO dan kerajaan BN.

9. Dan MiM yakin, modus operandi buruk ini telah lama digunakan terutamanya oleh Red Bean Army DAP untuk menipu rakyat supaya tidak berterima kasih dan tidak menyokong keajaan BN.

10. MiM sertakan sekali alamat Facebookers biaDAP itu untuk anda sekalian. Terpulanglah...

a.




b. 





c.





d.





e.





f.





11. Malangnya, tidak ada sesiapa pun dalam pihak BN yang monitor dan memantau sarang-sarang tempat menghasut dan mencarut ini. Akibatnya, ramai kaum Cina yang termakan dengan hasutan dan tidak diberikan alternatif lain yang menceritakan perkara positif tentang kerajaan BN.

12. Yang lebih memudaratkan ialah selain daripada individu-individu yang taksub kepada DAP dan pembangkang, pembangkang mempunyai jentera cybertroopers yang bekerja sepenuh masa dan kerja mereka fokus untuk menjatuhkan kredibiliti UMNO, BN disamping mencanangkan perasaan rasis, chauvinis dan benci di dalam rakyat Malaysia terutamanya kaum Cina.

13. Dan mereka tidak lokek wang untuk memperkasakan pengaruh pembangkang di dalam alam maya ini. Lebih-lebih lagi apabila para penganalisis politik sependapat mengatakan bahawa alam maya dan media sosial ini adalah platform terpenting untuk menentukan sokongan rakyat pada parti-parti politik pada PRU14 yang akan datang.

14. Kerana itu MiM berharap agar kepimpinan tertinggi UMNO dan BN supaya bersegera menyediakan jentera cybertroopers yang lebih mantap dan bekerja sepenuh masa di bawah potfolio Media Sosial yang diiktiraf sebagai satu entiti berasingan yang sama pentingnya seperti potfolio Penerangan, Ekonomi, Kebajikan dan Politik di dalam hieraki Majlis Tertinggi UMNO dan BN.  

15. Bloggers, Facebookers dan Cybertroopers pro-BN mesti disatukan di dalam potfolio ini untuk memastikan kelancaran strategi dan pemfokusan tugas yang lebih seragam dan berkesan. Hal ehwal, keperluan dan kebajikan pejuang-pejuang siber pro-BN ini juga dipelihara oleh potfolio ini.

16. Realitinya, jika modus operandi kotor seperti di dalam Facebook di atas dan dalam Facebooks, blogs, twitters, instagram dan pelbagai lagi yang pro-pembangkang dibiarkan terus berleluasa tanpa pemantauan,  MiM khuatir UMNO dan BN akan kalah lagi teruk pada PRU14 yang akan datang.

17. Dan 'peperangan dalam alam maya' ini sudah berjalan dengan hebatnya, 24 jam 7 hari sejak BN diumumkan menang pada PRU13 yang lepas !

sumber : DR MIM





*** GPB sokong & setuju cadangan Dr MIM supaya  segera disediakan jentera cybertrooper pro  kerajaan untuk melawan serangan kotor , jijik , maki hamun RBA di facebook . 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.