Pengundi muda Melayu masih lagi sokong BN bukan PR - Merdeka Centre

on Friday, August 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Tanggapan umum bahawa Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan besar pengundi kali pertama dan pengundi muda pada Pilihan Raya Umum ke-13 ternyata meleset.
 
Sebaliknya, menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, majoriti pengundi kali pertama dan pengundi muda Melayu menyokong BN dalam PRU-13.
 
Katanya, ini memberi tanggapan bahawa pembangkang tidak melakukan banyak untuk meyakinkan golongan muda Melayu, masa depan mereka cerah bersama PAS, PKR dan DAP.
 
Ini di sebalik mereka mempunyai ahli politik muda seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Liew Chin Tong yang mendapat sokongan daripada golongan muda.
 
Menurut Ibrahim, segmen pengundi muda ini akan menjadi lebih besar dalam pilihan raya akan datang kerana kadar kelahiran yang tinggi di kalangan orang Melayu.
 
Melihat perubahan terhadap populasi, pengundi Melayu akan menjadi terbesar dalam kategori pengundi baru dalam pilihan raya akan datang, menghampiri dua pertiga atau 64.17 peratus daripada pengundi baru yang mendaftar dalam tahun ini.
 
Jadi, katanya, Pakatan perlu terus memperbaiki kedudukannya dalam isu hak Melayu dan gandingkan bersama penekanan kepada penciptaan peluang pekerjaan dan kekayaan jika ingin sokongan kumpulan berkenaan.
 
"Pakatan Rakyat tidak mempunyai jalan lain tetapi mendekati Melayu, tangani ketakutan mereka mengenai kedudukan Melayu dan pada masa sama membentangkan pelan ekonomi yang komprehensif," kata Ibrahim.
 
Corak pengundian pengundi muda dan pengundi kali pertama dikumpulkan oleh Merdeka Center sebagai sebahagian daripada kajian pilihan raya umum baru-baru ini.
 
Terdapat lima saluran mengundi dan setiap daripadanya mewakili kumpulan umur pengundi.
 
Menurut badan tinjauan bebas itu, berdasarkan daftar pemilih digunakan semasa hari mengundi, terdapat lebih kurang 2.7 juta dan kebanyakan pengundi baru berada di kerusi campuran dan bandar.
 
Daripada lima saluran mengundi, kumpulan termuda adalah di bawah 30an dan 64.17% daripadanya terdiri daripada Melayu.
 
Peratusan keluar mengundi bagi semua kaum dalam kategori ini adalah 83.22 peratus. Daripada keseluruhannya, hanya 52.96 peratus mengundi Pakatan.
 
Tetapi pengundi lebih tua daripada kumpulan ini condong menyokong pembangkang. Dalam kumpulan umur 31-40 tahun, 54.25 peratus menyokong Pakatan.
 
Komposisi etnik dalam kumpulan ini adalah 53.12 peratus Melayu, 29.28 peratus Cina, 7.61 peratus India dan 10 peratus bangsa lain. Peratusan keluar mengundi hampir sama dengan kumpulan pengundi muda iaitu 83.47 peratus.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.