Archive for July 2018

default

OPCOM DAPAT KONTRAK RM11.16 JUTA , INI LAH SELAMATKAN MALAYSIA SEBENAR !

on Tuesday, July 31, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Berita yang sudah dijangka bila Khazanah Nasional dikuasai  Perdana Menteri Tun Mahathir , syarikat keluarganya sudah tentu akan mendapat REZEKI yang bertambah .

Alhamdulillah tak sampai 3 bulan sudah mendapat ghanimah  dan inilah SELAMATKAN MALAYSIA & SAYANGI MALAYSIA  yang sebenar !!

haa...TEPUKKK !!! 



default

ALASAN MENTERI KONON HUTANG TANGGUH MY BRAIN ADALAH PEMBOHONGAN - PEMUDA UMNO

on Saturday, July 28, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, alasan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malek kononnya pembiayaan untuk program ijazah lanjutan merangkumi MyPHD dan MyMaster iaitu MyBrain terpaksa dibekukan kerana Kerajaan terdahulu meninggalkan beban hutang yang tinggi adalah satu pembohongan.
Jelas beliau, alasan tersebut tidak masuk akal kerana Bajet 2018, sebanyak RM90 juta telah diperuntukan kepada Kementerian Pendidikan untuk program tersebut.

“Adakah Dr. Maszlee fikir rakyat mudah untuk ditipu dengan manipulasi hutang negara dan keputusan untuk membekukan biasiswa MyBrain perlu diterima oleh rakyat?
“Membekukan sementara MyBrain atas alasan untuk dikaji tanpa dimaklumkan satu tempoh masa bagi saya ia satu penindasan kepada rakyat,” jelas beliau dalam satu kenyataan media.
Jelas Shahrul, tindakan membekukan MyBrain tanpa diberitahu tempoh waktu hanya menyekat peluang rakyat untuk sambung pengajian dan Dr. Maszlee harus menyedari hakikat bahawa bukan semua orang mempunyai kemampuan kewangan untuk menampung yuran pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana.
Justeru, semua pihak perlu mendesak Kementerian Pendidikan menyelesaikan isu MyBrain kerana keputusan membekukan MyBrain satu penindasan ke atas rakyat.
“MyBrain dapat membantu menaikkan taraf hidup rakyat, ekonomi dan peluang naik pangkat dan akhir kata saya mengingatkan Dr. Maszlee supaya berhenti dari membuat keputusan yang bersifat menindas rakyat kerana saya khuatir apabila rakyat benar-benar rasa diri ditindas pelbagai perkara boleh berlaku,” tegas beliau.
Untuk rekod, tujuan MyBrain diwujudkan adalah bagi meningkatkan jumlah pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) dan Ijazah Sarjana (Master) bagi mencapai sasaran 60 ribu pemegang PhD dan Master di Malaysia menjelang tahun 2023. – MediaUMNO

default

KERAJAAN PH TAMBAH HUTANG DIAM DIAM TAPI RAKYAT DIMINTA TANGGUNG DERMA TABUNG

on Friday, July 27, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KUALA LUMPUR, 27 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyelar tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang secara diam-diam menambah hutang negara tetapi dalam masa yang sama memomokkan rakyat dengan cerita hutang pentadbiran kerajaan yang lalu.
Menurut ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ironinya beliau melihat kepada rasional tindakan kerajaan PH yang meminta rakyat untuk menanggung bersama melunaskan hutang tetapi pada masa yang sama mereka sendiri menambah hutang kerajaan dengan nilai lebih 100 kali ganda dari jumlah kutipan derma.
“Di sebalik gambaran kesungguhan Kerajaan PH untuk menurunkan hutang negara yang dimomok-momokkan mencecah lebih RM1 trillion melalui pembatalan dan penangguhan projek-projek dan inisiatif mesra rakyat, rakyat juga diminta untuk menderma secara sukarela tanpa had pada Tabung Harapan Malaysia yang kini berjumlah lebih RM160 juta.
“Saya percaya keputusan penerbitan bon-bon ini berkait rapat kedudukan tunai negara yang kian menguncup akibat kekurangan sumber hasil dari polisi populis ‘Tax Holiday’ melalui pensifaran kadar GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) sebelum SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) dikuatkuasakan pada bulan September tahun ini dan subsidi petrol RON95 bagi mengekalkan harga kekal di tahap RM2.20/liter,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.
Asyraf berkata demikian ketika mengulas tindakan PH yang secara diam-diam telah menerbitkan bon-bon baru berjumlah RM22.5 billion sejak membentuk kerajaan pada 9 Mei 2018 lalu.
Justeru, Asyraf menyeru Kerajaan PH khususnya Menteri Kewangan untuk berkata benar dan ‘come clean’ di Dewan Rakyat dan media mengenai kedudukan kewangan kerajaan pada waktu dan ketika ini agar rakyat tidak terus ditipu.
“Saya juga menyeru Kerajaan PH mengambil serius pengakuan Menteri Kewangan bahawa GST adalah cukai yang lebih efisyen dan telus dari SST, sekaligus mengkaji semula keputusan pemansuhan GST demi memastikan ianya adil pada rakyat dan bukan sekelompok kecil pemodal serta memastikan kedudukan kewangan negara sentiasa berada di tahap mapan.
“Pemuda UMNO Malaysia akan sentiasa memantau perkembangan ini secara dekat dan berusaha untuk memastikan rakyat diberikan maklumat yang tepat bagi menjamin kesejahteraan mereka dan kemakmuran negara,” ujarnya. – Media UMNO

default

VIDEO : KHAIRY BIDAS KERAJAAN PH GUNA ISU HUTANG NEGARA MENYALAHKAN KERAJAAN DAHULU

on Thursday, July 26, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





1. Isu hutang negara perlu diperjelaskan untuk mengelakkan kerajaan harini berada dalam premis palsu dengan sikap menyalahkan kerajaan terdahulu.
2. Persoalan pengiraan menteri kewangan yang tidak menggunakan piawaian antarabangsa seperti Moodys dengan melonggokkan pengiraan hutang kerajaan bersama hutang jaminan kerajaan/Government guaranteed debt iaitu contigent liability dan leased payment untuk projek projek pembangunan kerajaan tanpa penerangan yang jelas.
3. Persoalan penjelasan yang mengelirukan oleh YB PM mengenai angka hutang RM300 Billion yang mana tidak dinafikan namun mengingatkan bahawa hutang mestilah didatangkan dengan KDNK, dan mengingatkan bahawa kenyataan YB PM bahawa rekod beliau hanyalah 27% adalah tidak benar kerana berdasarkan rekod kewangan negara, pada tahun 1986, rekod nisbah tertinggi hutang dan KDNK adalah pada nisbah 103% dan ini perlu dibetulkan.
4. Mengenai istilah hutang dalam Trillion yang tak pernah didengari oleh YB PM ketika zaman beliau menjadi PM dulu, YB KJ juga mengingatkan bahwa di zaman YB PM dulu KDNK kita juga tak pernah mencecah Trilion, hanyalah RM400 Billion, berbanding KDNK sekarang iaitu lebih 1 Trillion.
5. Atas semangat "janji boleh dimungkiri", janji manifesto yang diharap untuk tidak dilaksanakan, yang pertamanya adalah GST. Kerajaan harini sudah sedar bahawa penghapusan GST tidak menurunkan harga barang apabila GST kadar sifar diperkenalkan,harga barang tidak jatuh dan menyedari bahawa GST memberi impak yang sangat minima kepada harga barang dan diakui sendiri oleh menteri KPDNKKHEP.
6. Menteri kewangan juga telah mengaku didalam parlimen bahawa GST adalah lebih baik transparent dan cekap berbanding SST memenuhi aspirasi Competency, Accountability and Transparency,CAT, oleh Pakatan Harapan. Jadi mengapakah GST harus dihapuskan?
7. Maka atas sebab sistem GST adalah lebih effisen dan telus, YB KJ juga telah mencadangkan GST dikekalkan dengan mengurangkan kadar peratusan GST kepada satu peratusan yang akan memberi kutipan yang sama dengan kutipan RM23 Billion yang dijangkakan, dan juga menambahkan bilangan barangan ke dalam negatif list untuk menyamai jumlah barangan CPI di dalam sistem SST.
8.Atas semangat "janji boleh dimungkiri" juga, janji diharap tidak dilaksanakan, yang kedua adalah penangguhan pembayaran PTPTN. Mekanisma ini dilihat memberi kesan negatif kepada PTPTN untuk menampung pembiayaan pinjaman pelajaran pelajar baru.
9. Statistik menunjukkan apabila diperkenalkan mekanisma senarai hitam, kutipan PTPTN telah meningkat dari 3 tahun sebelumnya. Maka adalah diharap kerajaan tidak meneruskan mekanisma penangguhan pembayaran kerana apabila PTPTN tidak cukup duit, PTPTN terpaksa meminjam dari institusi kewangan yang akan mengenakan faedah 5-6% kepada PTPTN, manakala PTPTN hanya mengenakan kadar ujrah 1% dan beza faedah tersebut ianya akan ditanggung oleh PTPTN yang mana sebenarnya adalah sebahagian daripada contigent liabilties dalam bentuk hutang jaminan kerajaan/Guaranteed Government.
10. Kesimpulannya, diatas semangat "manifesto bukan janji atau kitab suci", YB KJ merayu agar kerajaan tidak menjalankan janji-janji populis manifesto kerana terpaksa dan akhiry melaksanakan sesuatu yang memudaratkan kita seperti menjadi negara pertama kembali menghapuskan GST dan juga menggadai masa depan anak-anak muda yang akan menjadi peminjam baru pada masa hadapan.
Sebaliknya kerajaan seharusnya mendatangkan strategi menaikkan gaji, menjana ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan bukannya menjadi a Goverment of excuses, Government of cancelation.
Get your priorities right!


SUMBER : FB  KHAIRUL AZRI 


default

PADU ! YB KJ TIBAI HINGGA MENTERI TERKEDU JAWAB ISU MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN (CEP)

on Tuesday, July 24, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Dewan Rakyat hari ini panas dengan isu yang cukup penting dalam negara  yang iaitu kewujudan Council Of Eminent Person (CEP) oleh kerajaan Pakatan Harapan 


Ia dilihat bukan sahaja memberi nasihat malah  lebih berkuasa daripada Menteri - Menteri kerajaan hinggakan rundingan dengan negara asing di China pun dihantar Pengerusi CEP .

Ke mana pergi Menteri Luar , Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri lain ?? 

Seolah-olah  Menteri sedia ada sekarang   tidak langsung  berwibawa !

Kerajaan yang ada sekarang tidak menghormati separation of power dan rule of law !! 


Meminjam kata-kata Ahli Parlimen Ketereh  ,

" ini menandakan sudah ada unsur-unsur autokratik dan diktator sudah mula tersemai dalam kerajaan Pakatan Harapan  di mana One Man Show sudah mula pun berlaku  " 



 





default

JADIKAN PRK SG KANDIS REFERENDUM RAKYAT TOLAK PH GAGALKAN TUNAIKAN JANJI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis untuk menjadikan PRK ini sebagai referendum rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, rakyat sudah kecewa dengan kerajaan PH yang sebelum ini menjanjikan macam-macam perkara melalui manifesto mereka.
“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dah gambarkan tak akan tunaikan janji sebab janji bukan kitab suci. Ramai yang kecewa tapi dengan adanya PRK ini, rakyat tertumpu di sini dan pengundi akan dianggap mewakili rakyat dengan memprotes apa yang dijanjikan kerana rakyat dah jelak dengan janji-janji dari kerajaan.
“Jika mereka masih menang maka mereka akan terus tak menunaikan jani, terus memperkotak-katikkan agama kita, bahasa kita. Kalau nak kerajaan tunaikan janji berilah kemenangan kepada calon BN,” katanya.
Sebelum itu beliau meminta maaf kepada rakyat lantaran sewaktu menjadi Menteri Pertanian dalam kerajaan dahulu tidak terfikir pun untuk ‘mengira’ ikan di laut.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika memberikan penerangan berkaitan perubahan gerak kerja dan pendekatan jentera Barisan Nasional (BN) dalam kempen PRK DUN Sungai Kandis.
“Keputusan mesyuarat dalam Pengurusan UMNO Kota Raja dan UMNO Negeri yang perlu dilaksanakan di setiap PDM dengan gerak kerja PRK kali ini berbeza, dulu tumpuan berbentuk kenduri, ceramah besar-besaran tapi kali ini lebih kepada media sosial, perang lebih kepada media sosial.
“Pihak BPUN akan selaraskan dimana setiap hari akan ada info grafik yang akan dikeluarkan dan menggunakan media sosial kepada lebih 30 ribu pengundi misalnya tentang tiga bilion ikan dalam laut yang dah dikira sedangkan selama saya jadi menteri tak terfikir nak kira ikan dalam laut pun,” katanya.
Beliau turut mengambil contoh pelaksanaan kasut hitam untuk pelajar sekolah yang merupakan polisi pertama dibuat oleh Kementerian Pendidikan.
“Bukan nak tingkatkan mutu kementerian tapi tentang kasut hitam…,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam majlis memperkenalkan calon dan penyerahan anak angkat bahagian-bahagian Negeri Selangor yang diadakan di Command Center PRK N49 Sungai Kandis.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tan Sri Annuar Musa selaku Setiausaha Agung UMNO Malaysia bersama dengan Datuk Seri Mohamad Hassan iaitu Pengarah Pilihan Raya PRK DUN Sungai Kandis merangkap Timbalan Presiden UMNO Malaysia dan juga calon BN Datuk Lokman Noor Adam.
PRK Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR pada 2 Julai lalu. SPR menetapkan pilihan raya diadakan pada 4 Ogos depan. – MediaUMNO

default

PM KANTOI SALAH FAKTA TENTANG HUTANG KERAJAAN 1980 AN & 1990 AN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




HUTANG 1980-AN DAN 90-AN: YAB PERDANA MENTERI SALAH FAKTA ASAS.
1] Saya mengikuti sesi Dewan Rakyat sebelah pagi tadi dan berasa tertarik dengan jawapan Perdana Menteri bagi soalan jawab lisan berkenaan pinjaman yang hendak dibuat oleh kerajaan dari Jepun.
2] Dalam jawapan yang diberikan, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa hutang kerajaan pada tahun 1980an dan 1990an adalah kurang dari RM300 bilion atau bersamaan sekitar 27% KDNK negara pada masa itu.
3] Saya telah membuat semakan dari data yang diperolehi dari laman web Kementerian Kewangan. Hasil semakan yang telah dibuat mendapati jawapan dari Perdana Menteri adalah jauh tersasar dari kebenaran sebenar.
4] Walaupun benar hutang kerajaan sepanjang tempoh yang disebutkan Perdana Menteri tidak pernah melebihi RM300 bilion, namun apabila dibandingkan dengan KDNK, Perdana Menteri ternyata telah memberi jawapan yang tidak benar dan mengelirukan Dewan.
5] Sebagai rekod, sepanjang tempoh kali pertama pentadbiran Perdana Menteri selama 22 tahun bermula tahun 1981 sehingga 2003, kadar hutang kerajaan berbanding KDNK yang paling rendah dicatatkan adalah pada tahun 1997 iaitu sebanyak 31.9%.
6] Manakala rekod tertinggi yang dicatatkan adalah pada tahun 1986 iaitu sebanyak 103.4% berbanding KDNK. Rekod 103.4% ini juga adalah yang paling tinggi dalam sejarah semenjak tertubuhnya Malaysia.
7] Berkenaan hutang luar persisir pula, tahun 1986 juga telah menjadi rekod tertinggi dalam sejarah apabila peratusan hutang luar persisir berbanding KDNK yang direkodkan sebanyak 39.5%.
8] Dewan Rakyat sepatutnya dijadikan tempat untuk kerajaan menyatakan kebenaran. Namun apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri pada pagi tadi adalah sangat mengecewakan. Jumlah 27% yang disebut bukan sahaja tidak tepat malah boleh disifatkan salah secara mutlak dan terang.
9] Perdana Menteri dengan jelas telah mengelirukan Dewan. Suka saya memetik Perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifat menghina Majlis Mesyuarat.
10] Rakyat telah membuat keputusan untuk memberi mandat kepada kerajaan baharu. Sementara Barisan Nasional sedang dalam proses menjadi pembangkang yang berkaliber, saya juga mengharapkan kerajaan hari ini juga dapat mengangkat slogan ketelusan yang selama ini dilaungkan.

Shahril Sufian Hamdan 
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia 


default

MALAYSIA BAHARU BAKAL JADI NEGARA KOBOI JIKA HAPUS SOSMA

on Monday, July 23, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 UMNO memandang serius keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu membatalkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, atau SOSMA.
Menurut Presiden UMNO merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penggubalan undang-undang itu adalah semata-mata bertujuan menjaga ketenteraman awam daripada anasir yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, di mana ia tidak langsung menyentuh soal politik individu.
“Antara elemen pentingnya ialah kesalahan yang menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong, memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan perbuatan yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.
“Jika mahu dibandingkan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh beliau sebagai Perdana Menteri ke-4 yang mana membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara), pesalah SOSMA tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.
“Malah, ada peruntukan bahawa perbicaraan perlu diadakan di Mahkamah Tinggi. ISA tiada perbicaraan selama 2 tahun manakala penahanan di bawah SOSMA hanya 28 hari sahaja kemudian perlu dibicarakan,” jelas beliau dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Justeru katanya, UMNO ingin mempersoalkan logik langkah pembatalan ini dalam menjamin ketenteraman awam, sedangkan sudah wujud tindakan pihak tertentu yang cuba mencabar institusi Raja-Raja Melayu dan melaga-lagakan kaum sejak Pakatan Harapan memerintah.
Ujar Zahid lagi, pembatalan SOSMA akan membuka lebih banyak ruang kepada sesetengah pihak untuk meningkatkan provokasi kaum dan agama melalui pelbagai saluran media sosial dan internet.
“Dengan cadangan untuk menarik balik undang-undang ‘draconian’ yang beliau sendiri pertahankan di antara tahun 1981 dan 2003, dikhuatiri negara akan lebih terancam dengan meledaknya era ‘free for all’ internet dan media massa, serta perbuatan yang menjurus ke arah menggugat ketenteraman awam.
“Ditambah pula dengan hasrat melupuskan Akta Hasutan 1948 dan Akta Anti-Berita Palsu 2018, kerajaan nampaknya mahu menggalakkan provokasi dan sentimen agama, kaum dan politik di dalam negara.
“UMNO khuatir ada pihak yang menunggu peluang ini bagi menyebarkan hasutan serta dakyah di kalangan rakyat. Kesannya amat menakutkan, dan rakyat tidak lagi akan berasa selamat dalam suasana sedemikian,” tegasnya.
Seterusnya Zahid mengingatkan, zaman Perdana Menteri ke-4 ialah era monolog, era di bawah Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula ialah zaman digital dan Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tugas di zaman siber.
“Negara kini berdepan ancaman keselamatan  yang dikawal jauh atau “remote control”  secara terancang. Dalam ketika berlaku banyak perubahan lanskap politik dalam negara dan antarabangsa, perundangan seperti SOSMA dan Akta Hasutan sangat kena pada masanya, tetapi pada masa sama aspek keadilan  turut melindungi hak hak individu yang disyaki terlibat.
“Dr Mahathir tidak pernah menghadapi kecaman dan kritikan alam siber pada zamannya. Adakah beliau sudah bersedia kali ini untuk menghadapi segala fitnah dan pembohongan siber yang dilakukan PH ketika sebelum PRU14?
“Ancaman kali ini lebih besar. Dengan terdedahnya Malaysia dan rakyatnya kepada anasir asing, terutama golongan muda, mereka lebih teruja untuk mencuba pendekatan yang digunakan di Barat dan banyak negara lain, di sini untuk mengkucar-kacirkan keadaan,” katanya.
Jelas beliau UMNO percaya kerajaan juga akan membatalkan POTA, iaitu Prevention of Terrorism Act 2015, yang memagari negara daripada sebarang kegiatan berunsurkan keganasan ala DAESH dan militan lain.
Ketua Pembangkang itu juga mempersoalkan, apakah Dr Mahathir berbuat demikian semata-mata untuk memelihara kepentingan politiknya, atau demi mengambil hati pengundi PH?
Jika inilah hasratnya, maka kata Zahid, UMNO menasihatkan rakyat supaya bersedia dari sekarang untuk melihat wujudnya ketidakstabilan di dalam negara dengan berkembangnya semula kegiatan subversif seperti yang pernah dialami selepas merdeka, di mana ISA terpaksa digubal.
Ini memandangkan jelas Zahid,kerajaan terdahulu tidak pernah memikirkan keuntungan politik dalam menggubal setiap undang-undang yang difikirkan perlu untuk menjaga kepentingan setiap warganegara, malah sedia menggunakan pendekatan tidak populis ini demi ketenteraman awam.
“Jika kerajaan memikirkan pemansuhan akta berkenaan akan lebih menstabil dan menenteramkan negara, maka dihapuskan akta yang bukan saja masih digunapakai oleh negara jiran, malah kebanyakan kuasa besar dan negara yang menjadi kiblat PH.
” Apa yang pasti, UMNO dan BN tidak mahu dipersalahkan jika pemansuhannya akan menjadikan Malaysia sebagai ‘negara koboi’.
” Atau mungkin Dr Mahathir merasakan SOSMA dan pelbagai akta anti-keganasan yang digubal pada zaman kerajaan terdahulu “tidak cukup kuat” dan beliau berasakan perlu ada akta yang lebih “keras” bagi mengekang teguran-teguran yang dilemparkan kepadanya, walapun di lidahnya menyebut, beliau terbuka menerima teguran.
“Apakah ini bermakna ISA akan dikembalikan? Sama sama kita perhatikan,” soal beliau.-MediaUMNO

default

MACAI PH SILA HADAM ,KELUAR DEWAN BUKAN KALI PERTAMA

on Tuesday, July 17, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Pada 20 Disember 1999, DS Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mencadangkan perlantikan Tun Mohamed Zahir Ismail sebagai Speaker Dewan Rakyat. Pencalonan ini disokong oleh Presiden MCA, DS Lim Liong Sik.

Perlantikan ini telah dibantah oleh ahli ahli parlimen Barisan Alternatif ketika itu kerana dikatakan telah dicalonkan tidak mengikut peraturan Dewan (termasuk isu notis 14 hari). Antara yang mengambil tempat dalam perbahasan tersebut adalah Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, Teresa Kok, Chong Eng, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Tan Seng Giaw,  Kerk Kim Hock, Fong Po Kuan dan Tan Kok Wai.

Selepas bantahan tersebut tidak diterima, Dr Tan Seng Giaw telah mengisytiharkan keluar dewan dengan berkata, "Ada bantahan... Satu walk-out". Semua ahli parlimen Barisan Alternatif telah keluar dewan pada ketika itu sambil disorak oleh beberapa ahli parlimen BN, "Oi balik balik berambus get lost" dan "tidak angkat sumpah tidak boleh masuk ooo"

Ahli-ahli Parlimen BA kemudiannya telah masuk semula ke dalam Dewan bagi upacara angkat sumpah. Termasuk Allahyarham Us Fadzil Noor, Dr Wan Azizah, Dr Tan Seng Giaw dan Husam Musa.

Jadi apa yang berlaku hari ini bukannya pertama kali berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

MOHON HADAM BALACI2 PH🍅

default

SST BAKAL MENAIKKAN HARGA BARANG , JANJI PH KURANGKAN KOS SARA HIDUP GAGAL !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Syukur akhirnya GST 6 % yang zalim menjadi fobia kepada kerajaan Pakatan Harapa akhirnya dihapuskan dan digantikan cukai SST  sebanyak 16 %  ( 10 % sales & 6 % services ) 

Pengumuman berita gembira kepada mahacai dan pengundi PH pastinya mampu menurunkan kos sara hidup rakyat yang terbeban zaman GST . 

Tapi sayang kumpulan Akauntan Percukaian pulak berkata  kadar cukai jualan itu dilihat sama sahaja seperti GST dan bukan kadar yang baharu .  
Malah mereka menjangka berlaku kenaikan harga terhadap barang tertentu sekaligus menjadikan manifesto kerajaan PH iaitu mengurangkan kos sara hidup dengan hapus GST adalah pembohong !! 

default

ANWAR SAH TANDING PRESIDEN PKR

on Sunday, July 15, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Mutakhir ini terdapat beberapa pandangan mengenai keperluan untuk saya turun ke gelanggang mengemudi KEADILAN selaku Presiden menggantikan Azizah.

Saya mengamati setiap pandangan yang dilontar dengan penuh teliti.

Seyogia diingatkan, sejak Pemilihan KEADILAN tahun 2007 saya telah diminta untuk memimpin KEADILAN selaku Presiden. Namun, sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar Pertubuhan pada ketika itu ternyata menjadi kendala, malah lebih parah lagi membawa implikasi pembubaran parti. Demi maslahah lebih besar, saya memilih untuk berundur sementara Azizah kekal selaku Presiden KEADILAN.

Maka wajar kita melihat ke belakang sebagai pedoman ke hadapan, Azizah mengemudi KEADILAN selaku Presiden usai tahun 1999 dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi.

Namun iktikad Presiden, Timbalan Presiden, pimpinan dan akar umbi, ditambah keazaman rakyat menyaksikan kita mendobrak sejarah memimpin Pakatan Rakyat (ketika itu) bersama Azizah menafi dua pertiga Umno-BN pada PRU Ke-12, meraih undi popular mencecah 51% pada PRU Ke-13, dan melangkah gagah ke Putrajaya dengan menjadi parti komponen terbesar di Parlimen melalui muafakat Pakatan Harapan tanggal 9 Mei yang lepas.

Justeru setelah berbincang dengan Azizah, Timbalan Presiden, dan kempimpinan, serta mengambilkira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan KEADILAN, dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN.

InshaaAllah sekiranya mandat diperoleh dari akar umbi parti seluruh negara, saya akan mengemudi parti selaku Presiden selepas selesai Kongres Nasional KEADILAN pada November 2018.

ANWAR IBRAHIM
15 Julai 2018

default

SJKC DAN UEC DUA ISU BERBEZA

on Friday, July 13, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan peribadi bila ada yang mempersoalkan kenapa saya menghantar anak saya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sedangkan saya mempunyai pendirian berbeza terhadap Unified Examination Certificate (UEC) atau Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Sekolah Menengah Persendirian Cina. Dua perkara ini jelasnya mempunyai latar belakang ISU yang berbeza :-
1. SKJC dinaungi oleh Sistem Pendidikan Kebangsaan dan seiring dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang tertakluk kepada Akta Pendidikan Kebangsaan 1996. Pelajar SJKC masih menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama iaitu UPSR dengan tambahan 2 kertas iaitu Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.
2. Sebaliknya UEC merupakan peperiksaan yang diambil oleh pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang berada di luar Sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sijil UEC ini dibahagikan kepada tiga tahap yang mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin dan sukatan pembelajarannya dicedok daripada Taiwan dan diselia oleh badan pendidikan tersendiri yang jelasnya tidak selaras dengan Kurikulum Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
3. Apa salahnya untuk menggunapakai sijil peperiksaan yang sedia ada terutamanya SPM di peringkat Menengah dan sebagaimana yang diamalkan di peringkat SJKC yang menggunakan sijil UPSR. Mengiktiraf UEC bermakna negara akan mempunyai dua sistem peperiksaan dan penilaian yang akhirnya menggagalkan usaha integrasi nasional dalam membangunkan generasi Bangsa Malaysia yang menyatu di atas nilai, falsafah pendidikan dan bahasa yang sama.
4. Memilih SJKC untuk anak sendiri membuktikan saya bukan seorang yang rasis perkauman. Hasrat saya untuk mendedahkan anak saya agar mampu bergaul mesra dengan pelajar berbangsa Cina di SJKC yang masih berpaksikan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Saya merindui zaman persekolahan saya dulu dengan rakan-rakan Cina dan India yang berjaya menyuburkan rasa hormat dan kasih sayang antara kami sehingga kini. Saya juga mengharapkan anak saya dapat melalui hari-hari persekolahan yang menggembirakan bersama rakan-rakannya dari pelbagai kaum dengan menerapkan perasaan saling memahami, menghormati, menyayangi dan bantu membantu antara satu sama lain dalam dirinya.
5. Saya percaya aspirasi saya turut dikongsi oleh rakyat Malaysia yang amat mendambakan kehidupan penuh harmoni dan semangat perpaduan di kalangan pelbagai bangsa dalam satu negara. Ini hanya dapat direalisasikan dengan membentuk jati diri, peribadi dan perilaku anak-anak di bawah hanya SATU Sistem Pendidikan Kebangsaan yang sama.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
12 JULAI 2018

default

PEMUDA UMNO GESA KERAJAAN PH BERSIKAP TERBUKA , TIDAK MENYEKAT AKAUN MANA-MANA PARTI POLITIK

on Tuesday, July 10, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Pakatan Harapan (PH) membuktikan kerajaan yang mereka kuasai hari ini lebih terbuka dan mengamalkan demokrasi bebas seiring dengan Malaysia baharu yang diwar-warkan sebelum ini.
Menurut beliau citra Malaysia baharu yang dicanang-canangkan haruslah dizahirkan dan bukannya mengambil sikap sebaliknya dengan menyekat atau pun mengekang mana-mana pihak hanya kerana berbeza fahaman politik.
“Kalau kita nak mewajahkan Malaysia baharu dengan suasana demokrasi yang terbuka saya harap kita harus mengotakan apa yang dihasratkan dalam Malaysia baharu ini dengan membenarkan bergerak secara adil serta secara bebas tanpa mengekang dan menyekat hanya kerana mereka ini berbeza pandangan daripada kita.
“Saya rasa jika kita hanya bercakap tetapi tidak mengamalkan apa yang kita cakap. Kita hanya bersikap hipokrit. Saya rasa pada waktu zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap dan ditohmah zalim kita tidak pernah menyekat akaun mana-mana parti politik,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Jelas beliau kerajaan hari ini perlulah bersikap terbuka dan mengotakan apa yang diwar-warkan seiring dengan nilai-nilai demokrasi.
“Saya harap kerajaan yang ada haruslah mengotakan apa yang diwar-warkan kepada rakyat sebagai budaya politik baru, Malaysia baharu yang seharusnya subur nilai-nilai demokrasinya,” ujarnya.
Mengenai akaun parti yang dibekukan, beliau mengatakan tindakan itu sedikitpun tidak melumpuhkan perjuangan mereka.



“Pemimpin di peringkat akar umbi Pemuda sedia berkorban demi perjuangan. Saya bagi contoh jelajah di Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan setakat ini,  yang menyediakan urusan jamuan dan segala-galanya adalah kutipan daripada ahli-ahli kita.  Malah saya turun ke sana hanya membayar tiket kapal terbang sendiri sahaja dan tidur di rumah yang disediakan oleh Ketua Pemuda dan bukannya bermalam di hotel dan sebagainya.
“Budaya yang ada hari ini adalah budaya pengorbanan demi sebuah perjuangan yang hari ini sudah mula mengakar di dalam parti. Sebab itulah jangan ingat apabila mereka membekukan akaun,  mereka menyekat kami menyebabkan kami akan lumpuh tetapi apa yang kita dapat lihat apabila kita ditekan semangat ahli-ahli di peringkat akar umbi semakin membara dan mereka lebih tahu bahawa dengan keadaan akaun tidak ada…duit tidak ada  mereka masih bersemangat untuk berjuang. Itu yang saya dapat lihat setakat jelajah hari ini,” katanya.-MediaUMNO

default

PEMUDA UMNO BIDAS KENYATAAN TIDAK SENSITIF MUJAHID ISU LGBT

on Saturday, July 7, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





MENTERI AGAMA TIDAK SENSITIF.
1. Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof yang dilaporkan Malaysiakini bertarikh 6 Julai 2018. Bagi saya kenyataan itu dilihat mesra kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
2. Menurut Mujahid, tindakan hanya boleh diambil jika golongan LGBT melakukan kesalahan jenayah atau secara terang-terangan memberitahu mereka seronok dengan aktiviti LGBT.
3. Sekiranya perbuatan itu dilakukan secara sembunyi, bagi Mujahid itu adalah urusan mereka dengan Allah ﷻ . Malah pihaknya tidak akan mengambil tindakan kerana setiap individu ada ruang peribadi dan setiap warganegara mempunyai hak masing-masing.
4. Bagi saya, Mujahid tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Malaysia terutama yang beragama Islam. Sebagai Menteri Agama, Mujahid tidak sepatutnya bersikap 'lunak' dan 'mesra' terhadap golongan LGBT.
5. Kenyataan Mujahid seolah-olah memberi 'lampu hijau' untuk golongan LGBT bergerak dengan lebih bebas dan tanpa rasa takut walaupun perbuatan itu jelas melanggar hukum syarak Islam.
6. Melihat keterbukaaan Menteri Agama, saya khuatir suatu hari nanti generasi muda terutama mereka yang beragama Islam berbangga dengan gaya hidup LGBT dan hubungan sejenis akan dianggap sebagai perkara biasa dalam masyarakat kita.
7. Bagaimana sekiranya muncul golongan yang mahu menjalinkan hubungan dengan binatang. Adakah kita akan membiarkan perbuatan itu jika dilakukan secara bersembunyi kerana ruang peribadi dan hak seorang warganegara harus dihormati?
8. Sebagai Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof sepatutnya bertindak dengan meningkatkan program berbentuk kesedaran kepada golongan LGBT supaya mereka meninggalkan perbuatan yang bertentangan dengan agama.
Firman Alllah ﷻ di dalam Al Quran :
"Ketika seksaan daripada Kami (ALLAH) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Lut itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang yang zalim." (Surah Hud: 82-83)
Saya juga memetik sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al Tabarani; Daripada Abu Musa al-Ash‘ari r.a. berkata, Nabi ﷺ bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan seorang wanita melainkan mereka adalah berzina, dan tidaklah seorang lelaki bersedap-sedapan dengan seorang lelaki melainkan mereka juga (sedang) berzina.”
Saya berdoa semoga Allah ﷻ sentiasa memelihara tanahair tercinta dari segala macam bala bencana dan terhindar daripada kemurkaan Allah ﷻ.
SHAHRUL NASRUN BIN KAMARUDIN
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

default

JASA TERBESAR TINGGALAN DATUK SRI NAJIB KEPADA UMAT ISLAM

on Friday, July 6, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

Assalamualaikum rakan2 yg dirahmati ALLAH sekalian.
Untuk pengetahuan semua bahawa Nasyrul Quran, PRECINT 14, PUTRAJAYA  (Kilang percetakan alquran kedua terbesar di dunia slps Madinah Munawarah) telah dibuka kpd org ramai. Masuk adalah percuma.

Pihak Nasyrul Alquran sgt mengalu-alukan kedatangan org ramai secara berkumpulan. Semoga kunjungan kita menjadi satu ibadah & tanda sokongan kita kpd pihak yg mertabatkan Alquran.

Alhamdulillah. Inilah jasa besar Datò Seri Najib kepada dunia Islam khususnya di Malaysia. Moga beliau beroleh ganjaran setimpal dari Allah SWT.





default

ZALIM ! AKAUN BANK CICIT TUN RAZAK PUN DIBEKU

on Thursday, July 5, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mendakwa bahawa akaun bank peribadinya telah dibekukan selepas beliau membayar wang ikat jamin bapanya, semalam.



"Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah sendiri," katanya dalam hantaran di Facebook dalam bahasa Inggeris, hari ini.

Nooryana mendakwa bahawa akaun bank anak lelakinya yang berusia 10 bulan juga dibekukan.


"(Ia adalah) duit 'raya’ pertamanya tahun ini," katanya.

Sementara itu, Nooryana mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan begitu berdendam dan berusaha untuk "menghapuskan" seluruh keluarganya.

"Apa kaitan duit raya saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baru yang kita doakan itu?" tambahnya.


default

PIHAK PENDAKWA MASIH ‘MERABA-RABA’ BUKTI- SHAFEE

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kesediaan pasukan pendakwaan dalam membawa prosiding kes melibatkan anak guamnya itu.
Beliau menyifatkan pasukan pendakwaan yang diwakili Peguam Negara Tommy Thomas mungkin masih mencari bukti berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Anggota Parlimen Pekan itu dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
“Kami minta Februari dan Mac untuk perbicaraan, kami mahu lagi awal kalau boleh tetapi yang peliknya orang yang tuduh tak sedia.
“Mungkin masih lagi meraba-raba cari bukti, kami tak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita setelah selesai prosiding kes berkenaan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang prosiding kes yang melibatkan bekas presiden Umno itu.
Beliau turut berpendapat keputusan mahkamah berhubung jumlah ikat jamin sebanyak RM 1 juta itu juga lebih memihak kepada anak guamnya.
Sementara itu, Muhammad Shafee turut mengulas permohonan pihaknya yang mahukan sekatan dibuat terhadap kenyataan media oleh mana-mana individu yang disifatkan akan menganggu proses perbicaraan.
“Kita minta sekatan terhadap kenyataan media yang dibuat oleh orang-orang yang tiada kena mengena langsung dengan kes, kerana fakta yang sebenar akan dilahirkan dalam perbicaraan.
“Kalau kita bincang macam kat kedai kopi masuk dalam media, hakim pun manusia biasa walaupun dia orang yang terpelajar, dia buat fakta dan undang-undang jadi tak mahu dia pun terpengaruh dan mana-mana individu mahupun Datuk Seri Najib tidak boleh membuat sebarang komen di mana-mana media,” jelasnya yang turut menyatakan hanya laporan klinikal sahaja dibenar untuk disiarkan.
Terdahulu, Najib menghadapi tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Hakim Mohd Sofian Abd Razak membenarkan Najib diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin dan memerintahkan Najib menyerahkan dua dokumen perjalanan beliau kepada mahkamah.
Beliau kemudiannya menetapkan tarikh perbicaraan selama 19 hari dari 18 Feb sehingga 28 Feb 2019, 4 Mac sehingga 8 Mac 2019, dan 11 Mac sehingga 15 Mac 2019.

Sumber Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.