Archive for May 2008

default

Surat Lee Kuan Yew untuk kuasai Malaysia?

on Friday, May 30, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Mei 30th, 2008 oleh HangTuah · 1 Ulasan
Hi saya LEE KUAN YEW

Saya ingin mendapatkan Malaysia bagi memajukan lagi negara Singapura sebab negara saya sudah habis sumber asli. Saya dapati inilah masa terbaik pada Zaman Abdullah ini kerana pada zaman Tun Dr. Mahathir dulu dia selalu sahaja dapat menghidu taktik saya. Pak Lah saya dapati dia mudah dipengaruhi. Anak didik saya LIM KIT SIANG daripada DAP yang akan melaksanakan perancangan saya

Cara dia saya guna strategi 3 Fasa:

FASA PERTAMA

1) Menguasai secara tidak langsung melayu-islam UMNO
Khairy Jamaluddin= Oleh kerana saya nampak dia begitu bercita-cita tinggi didalam UMNO saya tolong dari sudut kewangan dengan TEMASIK HOLDING dan ECM LIBRA. Saya berhabis berjuta-juta dollar pun saya tak kisah kerana habuan akan datang lebih besar dan saya pesan pada bangsa-bangsa saya di Malaysia supaya sokong dia dari sudut kewangan. Saya perhatikan dalam UMNO siapa yang ada hubungan dengan PM boleh naik dengan begitu pantas. Cth Najib dengan Tun Razak, Hishamuddin dengan Tun Hussien Onn

2) Menguasai secara tidak langsung melayu-islam di luar UMNO
Anwar Ibrahim : Saya dapati anwar ini disokong oleh 50% melayu kerana karisma dia. Saya dapati dia sangat marah ngan pada BN dan UMNO kerana pernah dipenjarakan dan hanya dia seorang tahu korupsi dalam UMNO. Ini adalah peluang saya dan saya tolong dia dengan media. Saya tahu di media Malaysia dia disekat. Saya pesan pada bangsa saya didalam PKR supaya sokong habis-habisan Anwar. Bila dia dah takde jawatan PRESIDEN KEADILAN tu kita punya. Slogan Anwar : JGN PANGKAH BARISAN NASIONAL amat menguntungkan kita . Secara tak langsung jika ada pertandingan dalam pilihanraya 1 vs 1 rakyat akan pangkah DAP
PAS : Saya dapati parti PAS payah dikuasai dan biarkan Khairy mengapi-apikan permusuhan antara PAS ngan UMNO dan yg paling penting PAS menguasai dinegeri melayu miskin dan itu bukan sasaran utama saya.

3) Ekonomi
Naik Harga Barang : Harga barang kita naikkan habis-habisan supaya rakyat marah dengan kerajaan. Kita gunakan alasan minyak Ini mudah saja sebab ekonomi di Malaysia bangsa saya yang pegang.

4) Sosial
Kita timbulkan suasana tidak selamat di Malaysia . Kita gunakan dadah, pelacur, kongsi gelap. Bukan susah hampir 80% mereka ni bangsa saya. Memang saya tidak suka mereka ni tapi pada saat2 ni kita mesti menggunakan mereka. Lepas kita berkuasa nanti kita hapuskanlah mereka-mereka ni


5) Menjatuhkan Cina & India & Kaum lain yang menyokong BN
Kita keluarkan semua DVD lucah dan isu-isu pemimpin-peminpin mereka supaya mereka tidak percaya pada MCA & GERAKAN. Kita api-apikan India miskin supaya mereka marah ngan MIC. India-india hindu begitu fanatik kalau kita sentuh bab kuil. Takpe2 saya gunakan sentimen tu.


FASA KEDUA

Saya akan lihat keputusan pilihanraya nanti

Jika Barisan Nasional Menang
1) Kita naikkan khairy dan kita mintak Jawatan TPM 2.

Jika Barisan Pembangkang Menang
2) Kita naikkan Anwar dan bila dia dah takde nanti.. Kita bertanding jawatan Presiden Keadilan. Kita biarkan dulu dia bentuk kerajaan


FASA KETIGA

Bila kita dapat Malaysia ini apa tindakan kita:
1) Kita jadikan Singapura role model kita dan kita tiru mereka.


Saya ada jumpa sahabat saya ARIEL SHARON di Israel ari tu. Dia sokong saya dan dia ramal bangsa cina akan menguasai dunia satu hari nanti. Dia kata satu hari nanti semua bangsa Cina akan bergabung diketuai oleh Negara China . Dia kata kebangkitan kita diramalkan didalam TAURAUT, INJIL & ALQURAN. Dalam Al-Quran kita digelar Yakjuj(Cina) Makjuj(Majusi). Ingat saudara sebangsa saya, Cina di Malaysia dan seluruh dunia USA dan EUROPE amat gerun dengan kita sekarang. Org Islam ingat musuh diorang USA dan diorang masih belum sedar kita akan tikam dari belakang. Dia menawarkan bantuan pada kita?..


INGAT SEMUA

PERJUANGAN MENDAULATKAN BANGSA CINA BELUM SELESAI.
KITA BUAT NI BUKAN UNTUK KITA TAPI ANAK CUCU KITA.


pembelamelayu.com

default

MUFTI PERAK SOKONG ISLAM HADHARI.MENGAPA PAS MENENTANG?

on Thursday, May 29, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kenyataan Mufti Perak tentang Islam Hadhari :


""Saya rasa kita kena faham betul-betul dahulu tentang konsep Islam Hadhari itu sebelum mengambil tindakan. "Apa yang saya faham setelah berbincang dengan Perdana Menteri dahulu, Islam Hadhari menepati tujuan Islam yang ingin mengangkat 65 perkara. "



KESIMPULAN : BAGI PAS MANA-MANA ULAMAK YANG MENYOKONG KERAJAAN ADALAH ULAMAK YANG TIDAK BETUL DAN ULAMAK UPAHAN.LIHAT SAHAJA KES MUFTI PERLIS.DAHULU MEREKA TENTANG KERANA KENYATAANNYA YANG BANYAK SOKONG KERAJAAN. TAPI SEKARANG ORANG PAS DOK SOKONG MUFTI KERANA SEHALUAN DENGAN MEREKA.APAKAH MUFTI PERLIS PENYOKONG PAS?

default

Selepas Ezam ,kini setiausaha sulit pulak sertai UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Dalam keriuhan akan berlakunya ‘pesta’ lompat parti kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang, suasana tersebut nampaknya terbalik apabila langkah permulaan yang dilakukan oleh Ezam Mohd Nor kembali semula menyertai UMNO disusuli dengan seorang lagi orang kuat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon untuk sertai semula UMNO.

Anuar Shaari, bekas Ketua PKR Bahagian Permatang Pauh yang juga bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri hari Khamis menyerahkan borang permohonan untuk menyertai UMNO kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selain Anuar, beberapa bekas pimpinan khususnya dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut mengumumkan keputusan mereka untuk memohon menyertai UMNO. Mereka ialah bekas Ketua Angkatan Muda Pemuda PKR Selangor SD Johari Md Yassin. Bekas Ketua AMK Kedah, Khairul AnuarRamli, bekas Ketua AMK Perlis, Daud Che GHani dan bekas Setiausaha PKR Selangor, Nazmi Rosli. Selain itu turut sama mengumumkan permohonan menyertai UMNO ialah bekas Exco AMK Pusat, Azwan Din dan Abdul Ghani Harun.

Ezam yang mengadakan sidang media khasnya pagi Khamis menjelaskan, penyertaannya semula ke dalam UMNO kerana beliau tidak dapat menerima mainan politik asal berkuasa yang diamalkan oleh pemimpin PKR.

Selain itu, beliau turut menjelaskan, penyertaanya ke dalam UMNO kerana yakin dengan usaha terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengembalikan integriti badan kehakiman negara dan memerangi gejala rasuah.

"Saya masuk politik berasaskan kepada cita-cita (membuat) perubahan... dan saya yakin lebih banyak perubahan akan dibuat (oleh Perdana Menteri) pada masa akan datang," katanya.

Menjawab soalan sama ada beliau boleh memainkan peranan aktif di dalam UMNO tanpa sebarang jawatan, Ezam berkata, sejarah membuktikan ramai yang memulakan perjuangan mereka tanpa sebarang jawatan dan beliau menyertai UMNO bukan kerana ingin merebut sebarang jawatan.

Sebaliknya kata beliau, matlamat perjuangannya mengatasi kepentingan politik.

Ditanya adakah beliau sedia jika ada pencalonan untuk beliau bertanding sebarang jawatan dalam UMNO, Ezam berkata, jika pencalonan itu untuk kepentingan Melayu dan negara, beliau sedia mempertimbangkannya.

Ezam turut menjelaskan kepada satu soalan, formula kerjasama Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik buat negara pada masa ini.

Kepada satu soalan, beliau berkata, beliau meninggalkan PKR kerana Anwar telah merubah asas penubuhan parti Keadilan iaitu parti pelbagai kaum yang berteraskan Melayu.

Sementara itu Anuar Shaari pula dalam sidang medianya berkata, beliau membuat keputusan menyertai semula UMNO kerana ingin kembali kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Ditanya sebab beliau meninggalkan PKR dan Anwar Ibrahim, beliau berkata, beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Anwar. 29/5/2008

default

Ezam kembali ke UMNO - UMNO yang terbaik

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor sah memohon untuk menyertai semula UMNO apabila menyerahkan borang permohonan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang Rabu dengan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup parti itu.

Abdullah dalam sidang media selepas pertemuan kita-kira setengah jam dengan Ezam berkata, kemasukan Ezam boleh memperkukuhkan perjuangan UMNO.

“Ya dia mohon untuk masuk UMNO… pada saya kalau masuk UMNO tentu akan membantu untuk kebaikan dan kekuatan UMNO kalau tidak buat apa masuk UMNO tentu ada niat untuk sama-sama berjuang dalam UMNO… UMNO parti politik bukan syarikat kalau syarikat tentu nak cari untung,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan-soalan wartawan berhubung hasil pertemuan beliau dengan Ezam yang berlangsung di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Menjelaskan kepada beberapa soalan, Abdullah berkata, Ezam ingin kembali kepada UMNO dan akan terus berjuang dalam parti sesuai dengan matlamat serta perjuangan parti itu.

Ditanya adakah Ezam akan menjadi ‘musuh dalam selimut’ kepada UMNO kerana beliau terlalu rapat dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah menjelaskan “ Tak de lah, saya ingat dia ikhlas…bila dia nak masuk saya terimalah dan borang yang diserahkan akan dihantar kepada cawangan berkenaan”.

Ditanya adakah Ezam akan diberikan tanggungjawab khusus untuk menawan semula Selangor, Abdullah menjelaskan, tiada tugas khusus diberikan kepada Ezam buat masa ini.

Kepada satu soalan apakah keistimewan Ezam hingga membawa kepada penerimaanya kembali semula ke UMNO, Presiden UMNO itu berkata “Keistimewaannya dia dah berada di kedua-dua parti dan akhirnya melihat UMNO lebih baik”.

Ditanya adakah akan ada bantahan khususnya dari Pemuda UMNO terhadap penerimaan kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO, beliau berpendapat perkara itu tidak timbul.

default

Kenapa Mukriz tidak mengikutlangkah bapa nya ?

on Tuesday, May 27, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



SATU perkara yang perlu diketahui; 'suasana kalah' seperti yang berlaku sekarang pernah berlaku sekali dalam tahun 1969, di mana Perak dan Selangor 'tumbang' ke tangan pembangkang, walaupun akhirnya terselamat akibat 'lompat' dan antara yang tewas, termasuklah Dr.Mahathir Mohamad yang digelar duri dalam daging oleh Tun Musa Hitam.

Sebaik sahaja tewas di tangan Ustaz Yusof Rawa, Dr. Mahathir menulis surat kepada Perdana Menteri ketika itu, (Almarhom) Tunku Abdul Rahman Putra, mengkritik dan mendesak Tunku berundur.

Langkah Dr. Mahathir itu, dengan beberapa surat pembaca yang ditulisnya tanpa menggunakan nama sebenar, kini dikuti oleh anaknya, Mukhriz yang terus menerus membuat onar mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Tahun 1969 juga, Menteri Penerangan adalah orang Kedah, Senu Abdul Rahman tewas. Tahun 2008, Menteri Penerangan juga dari Kedah, Zainuddin Maidin namanya. Pun tewas. Persamaan ini, hanya dibezakandengan kehadiran 'internet, blog dan laman web' sedangkan tahun 1969, semua 'media baru' ini belum wujud lagi.

Ketika Dr. Mahathir mengumumkan dia keluar dari Umno, tentunya orang-orang lama akan berkata 'betul tindakan Tunku Abdul Rahmandahulu yang memecat Dr. Mahathir dari Umno'.

Marilah kita sedekah al-Fatihah buat Almarhom Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang berpandangan begitu jauh, ketika menilai siapa Dr. Mahathir ini. Al-Fatihah!

Jangan lupa, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, Umno diharamkan. Apakah 'luka' ini boleh dilupakan begitu sahaja? Apa yang Dr. Mahathir tidak buat ke atas Tengku Razaleigh Hamzah, selain memindahkannya dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan seterusnya menggugurkannya… boleh dianggap sebagai 'haknya' yang tidak perlu dipersoalkan.

Apa yang tidak dilakukan Dr. Mahathir terhadap Musa Hitam hingga menyebabkan Musa mengambil keputusan mengundurkan diri dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan melepaskan semua jawatannya termasukMenteri Dalam Negeri.

Begitu juga dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba 'disingkirkan' dengan penuh penghinaan walaupun gambaran di luar seolah-olah Ghafar dikalahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam filem P. Ramlee bertajuk Laksamana Do Re Mi… ada satu adegan di mana seorang Raja dan seorang Permaisuri 'bertakhta' di bawah sebatang pokok, masih lagi mahu memerintah dengan memanggil Memanda Menteri, sedangkan ketika itu sudah tidak mempunyai negeri, jauh sekali mempunyai kuasa gara-gara Menteri Pasola.

Hari ini, Dr. Mahathir yang sudah 'melepaskan semua jawatannya' masih lagi mahu menyeru ahli-ahli Umno mengikut langkahnya, meninggalkan Umno buat sementara waktu untuk mendesak Perdana Menteri, berundur.

Seperti ada persamaan Raja dalam filem Laksamana Do Re Mi dengan Dr.Mahathir dalam hal ini. Sudah hilang kuasa, terasa masih berkuasa lagi. Menyeru lagi!

Alahai, Dr. Mahathir. Dr. Mahathir terlalu banyak berbuat tidak adil kepada 'orang lain'ketika dia berkuasa dahulu. Hari ini, semua tindakannya itu, tertimpa ke atas dirinya sendiri – memecat dirinya sendiri selepas 'kusut fikirannya' mengenangkan pendedahan klip video Linggam!

Dr. Mahathir masih tidak malu bertempik di merata tempat bercakap soal Jambatan Bengkok dan isu Proton. Suatu ketika dahulu, di bawanya bekas CEO Proton berjalan bersama-samanya untuk mengecam kepimpinan Pak Lah.

Kini, panglima yang dibawanya berjalan, kelihatan Sanusi Junid, bekasMenteri Besar Kedah yang pernah melepaskan jawatan akibat 'cakapbesar' dengan menghancurkan politik Umno di Kedah.

Sanusi pernah sekali, bersama-sama Anwar dan Pak Lah menjadi Naib Presiden Umno dalam tahun 1990. Di mana-mana dia pernah dipetik sebagai berkata; "Pak Lah ni hanya tukang baca doa" yang tidak patut dapat jadi Perdana Menteri.

Sanusi bercakap dengan ramai orang, merendah-rendahkan Pak Lah kononnya mahu dibandingkan dengan dirinya sendiri, lebih layak menjadi PM Malaysia, jika dibandingkan dengan Pak Lah.

Bila ada wartawan bertanya selepas Dr. Mahathir mengumumkan keluar dari Umno, Sanusi menjawab; "saya sudah keluar Umno lebih dulu dari Dr. Mahathir."Jawapannya itu, bolehlah ditafsirkan sebagai "dia lebih berani dari Dr. Mahathir dan dia lebih dulu dari Dr. Mahathir."

Lupakan hal Sanusi ni. Menteri 'Mat Jenin' ini hanya catatan sejarah kecil sahaja di Malaysia. Tidak perlu untuk dipanjang-panjangkan ceritanya kerana tidak ada apa yang hebatnya dia. Dr. Mahathir, sebenarnya tidak dapat memisahkan hidupnya dari 'lampukamera'.

Jika dia tidak keluar, tidak berucap, tidak dapat buat sidang akhbar, dia merasakan masyarakat sudah melupakan dia. Ini dia tidak boleh terima. Selama 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, bukan sekali desakan berundur dihalakan kepadanya. Dia pekakkan telinganya. Dia butakan matanya.

Dia buat-buat tidak tahu ada desakan di bawah, yang menuntut dia berundur. Ketika dia menjadi Presiden Umno, ada dua bekas Presiden Umno meninggalkan Umno. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.

Di zamanPak Lah, hanya seorang sahaja bekas Presiden Umno bertindak meninggalkan Umno, iaitu Dr. Mahathir. Di zaman Dr. Mahathir, bukan dia sahaja berkrisis dengan timbalannya tetapi boleh dikatakan semua parti komponen BN, menyaksikanpertelingkahan Presiden dengan Timbalan Presiden.

Bolehkah kita lupa macam Lee Kim Sai berbalah dengan Dr. Ling Liong Sik? Bolehkah kita lupa bagaimana Datuk Seri S. Samy Vellu bertelingkah dengan Datuk S.Subramaniam?Tan Sri Taib Mahmud bertelingkah dengan Datuk Abang Abu Bakar Abang Mustapa, Dr. Lim Kheng Yeik berbalah dengan Kerk Choo Ting dan semuaini 'mungkin kerana semua parti-parti komponen menyaksikan' kepimpinan melalui teladan.

Mereka tengok Dr. Mahathir boleh ada empat timbalan, mengapa mereka tidak boleh?Orang Melayu, khususnya orang Umno, usah melatah. Orang Melayu, khasnya orang Umno, usah terpedaya dengan permainan 'Maha Zalim'.

Orang Melayu tidak ada parti lain, selain dari Umno yang telah membuktikan perjuangan dan pembelaannya terhadap bangsa, agama dan negara.Hari ini, Dr. Mahathir 'menghasut' orang-orang Kedah kononnya tidak ada seorang pun menteri dari Kedah dan menyindir, ada negeri yang dapat banyak kerusi menteri.

Dr. Mahathir tidak boleh nyenyak tidur malam kerana dia merasakan Anwar Ibrahim mungkin berjaya menjadi Perdana Menteri yang bererti membuka pintu penjara buat dirinya. Datuk Shahrir Abdul Samad tentunya boleh menceritakan bagaimana'bencinya' orang-orang di Johor Bahru terhadap Dr. Mahathir yang menyebabkan Shahrir meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dan kemudian bertanding semula – bagi membuktikan benar Dr.Mahathir dianggap sebagai diktator oleh pengundi-pengundi di Parlimen Johor Bahru.

Hilangnya Dr. Mahathir dari Umno bukanlah sesuatu yang perlu ditangisi. Biarlah dia pergi dengan jiwanya yang berkecamuk dan dia mungkin terhibur berdamping dengan Sanusi Junid yang merupakan penglipur lara kepada Dr. Mahathir.Persoalan sekarang… kenapa Mukhriz tidak ikut jejak Dr. Mahathir?Adakah dia benar-benar sayangkan Umno atau dia tidak menghormati pendirian ayahnya sendiri.

default

DBKL - antara undang-undang dan kuasa

on Monday, May 26, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


DBKL - antara undang-undang dan kuasa
Saturday, 24 May 2008
HANYA kerana mahu mempertahankan lebih kurang lapan buah premis yang melanggar undang-undang dan dirobohkan oleh pihak penguatkuasa DBKL, sekumpulan pembangkang yang diketuai oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bertindak mengumpul sebahagian penyokong dengan menyediakan dua buah bas untuk menyerang ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta memaki hamun Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk V. Saravanan dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusup.

Serangan tersebut disifatkan sebagai melambangkan betapa tidak bertamadun, jumud, biadap, kurang ajar dan buta undang-undang PBT di kalangan ahli-ahli parlimen pembangkang malah sikap mereka juga seperti mahu menjadikan DBKL sebagai sebuah organisasi yang tidak bermaruah serta mahu ditadbir mengkuit kemahuan peribadi mereka dan pengikut-pengikut yang mereka peralatkan.


Namun yang paling mengecewakan adalah atas alasan apa Gobalakrisnan ( MP Padang Serai), Zuraidah ( MP Ampang), Tan Kok Wai ( MP Cheras), Tan Seng Giaw ( MP Kepong). MP Segambut, MP Kelana Jaya dan MP Bukit Bintang turut serta dalam isu yang membabitkan pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh segelintir peniaga Wangsa Maju sedangkan kesemua Ahli-ahli Parlimen ini datang daripada luar kawasan Parlimen Wangsa Maju serta tiada kaitan langsung dengan masalah berbangkit.

Dan kalaulah mereka ini telah ketandusan publisiti, DBKL bukan tempat mereka untuk mencari publisiti murahan dan sikap mereka tidak ubah seperti mahu menangguk di ar keruh ataupun mereka diajak bersama untuk menghuru harakan keadaan. Jelasnya mahu mengambil kesempatan bagi kepentingan politik peribadi. Seolah-olah mahu menjadikan Kuala Lumpur ini milik kumpulan pembangkang sahaja tanpa mempdulikan kesejahteran penduduk terbanyak.


Adakah sekadar mahu menunjukkan mereka sudah kuat, hebat kerana menguasai kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan sehinggakan mereka boleh menyerbu dan memaki hamun pegawai-pegawai kerajaan yang diberikan tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang. Dan wajah sebenar kumpulan pembangkang terserlah dengan jelas ekoran kejadian di ibu pejabt DBKL itu.


Ataupun mereka ini mahu menyalakan api permusuhan antara pegawai-pegawai kerajaan dengan pemimpin pembangkang dan adakah mereka ini menganggap Wilayah Persekutuan ini adalah harta mereka yang mereka boleh perlakukan sewenang-wenangnya sehingga sanggup melanggar undang-undang.


Lebih malang lagi, wakil rakyat yang sepatutnya membantu menguatkuasa undang-undang turut bersubahat dengan seklompok manusia yang tanpa segan silu melanggar undang-undang dan dalam masa yang sama mencipta undang-undang sendiri dan apakah jenis wakil rakyat seandainya mereka menggunakan tanggungjawab dan amanah yang ada untuk melanggar undang-undang yang telah dipersetujui serta termaktub sekian lama.

Melihat kepada apa yang berlaku di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, jelas ahli-ahli parlimen pembangkang seolah-olah berniat jahat dan mengendong agenda tersendiri. Mereka mahu menjuarai masalah rakyat yang sedikit dengan mengenepikan kehendak ramai. Malang sungguh negera kerana mempunyai kelompok pemimpin yang bersifat seperti haiwan ini.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar, Ketua Pengarah serta semua pegawai yang terbabit diminta tidak tunduk kepada sebarang tekanan, desakan dan kepentingan politik sempit pembangkang sekiranya DBKL ataupun Kementerian Wilayah Persekutuan benar-benar mahu menjadikan Kuala Lumpur, bandaraya bertaraf dunia.

Penguatkuasaan undang-undang harus dilakukan sepanjang masa tanpa mengenal batas sempadan seandainya pegawai-pegawai DBKL mahu dilihat berani dan tidak bacul dalam berhadapan dengan tindakan provokasi daripada pembangkang yang semakain liarserta tidak bertamadun hari ini.

Pembangkang yang selama ini membesar dari sistem politik jalanan yang kusut masai dan bukan sesuatu yang baru apabila mereka menggunakan pendekatan hukum rimba bagi menangani masalah yang timbul ataupun mereka sekadar mahu mengambil hati rakyat yang buta mengundi mereka selama ini. Walaupun mereka tahu ada kesalahan yang dilakukan oleh pemilik lapan premis perniagaan itu tetapi mereka sangup menjadi alat kepada pihak yang enggan tunduk kepada peraturan dan undang-unang.


Bayangkan seandainya mereka ini dberi peluang menjadi kerajaan? Bayangkan sekiranya mereka ini diangkat menjadi Menteri atau sebagainya? Adakah mereka ini mampu menguruskan sebuah kerajaan yang baik sedangkan untuk mengurus satu kawasan parlimen pun, mereka sudah jadi haru biru dan menghalalkan segala tindakan yang songsang.

Oleh itu, kita peringatkan sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menguruskan Kuala Lumpur, jangan jadi bacul serta barua kepada pemimpin pembangkang yang sedang mabuk kuasa ketika ini. Peringatkan kepada mereka, kemenangan mereka dalam pilihanraya lalu bukan tiket untuk mereka melanggar undang-undang. Kemenangan mereka dalam plihanraya lalu bukan jambatan untuk memusnahkan sitem yang telah sekian lama terbina. Lagak dan keras perwatakan bukan budya yang kita perlu suburkan kalau kita sendiri tdak mahu negara ini menjadi sebuah negara republik yang menghalalkan segala tindakan.


Peringatkan kepada mereka, DBKL bukan pasar malam yang mereka boleh serbu bila-bila masa dan beritahu kepada mereka, pegaweai DBKL ada maruah dan tanggungjawab lain kepada seluruh penduduk Kuala Lumpur dan bukannya kepada sebilangan kecil peniaga di Wangsa Maju sahaja ataupun melayani karnah pembangkang semata-mata. Ingat Kuala Lumpur milik semua rakyat dan untuk menjadi rakyat yang baik, kita kena menghormati dan mengharagi apa yang telah kita persetujui sekian lama.



aku nak tanya pada geng 6 jahanam PKR yang membuat tindakan tidak bertamadun tu ..kalau bapak hang kerja sebagai kakitangan DBKL dan orang maki dan caci bapak hang ..hang marah tak ?? kurang ajar betul MP PKR ,macam ni pemimpin rakyat .. hina dan tindas rakyat adalah . kakitangan DBKL pun adalah rakyat juga .

default

Semuanya nak tipu rakyat

on Sunday, May 25, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


oleh: Wan Nasir


Semuanya oportunist yang mencari kesempatan untuk menlonjakan kepopulariti sebagai orang yang baik dan mengambil kesempatan atas kekalutan yang berlaku dalam UMNO hari ini, Wan Azizah cuba menangguk ikan yang lepas dari tasik UMNO dan mencuba nasib untuk menangkap bapak ikan supaya anak-anak ikan akan mengikuti langkah bapak ikan masuk dalam jaring yang dibentang oleh Wan azizah dan PKR.
Walaupun hampir mustahil untuk Tun menyertai PKR dan Wan azizah sendiri mengetahui akanperkara ini tetapi beliau tetap bercakap sekadar ingin menyedapkan hati ahli PKR dan UMNO.Inilah Wan Azizah.
Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sedia membuka pintu parti itu kepada Dr. Mahathir sekiranya bekas pemimpin utama negara itu berminat.

"Kami amat mengalu-alukan mereka (anggota UMNO)," kata Dr. Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang.



Setiausaha agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau menghormati keputusan Dr. Mahathir dan berharap masyarakat Melayu sentiasa bersatu.



"Saya pernah bekerja di bawah beliau (Dr. Mahathir), beliau orang yang saya anggap berkebolehan... saya hormati keupayaan dan kebolehan Dr. Mahathir," katanya kepada pemberita di Shah Alam.




Benarlah apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Azalina bahawa ini membuka ruang kepada pembangkang dan akan menguntungkan pihak pembangkang.




Sementara itu, Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip kontrak sosial sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang.



Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pendirian itu berasaskan kepada kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.



Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi

''Kesediaan Pas untuk menerajui negara ini kerana parti ini mempunyai banyak pengalaman sejak merdeka di mana pernah menjadi pembangkang secara bersendirian, bergabung dengan parti pembangkang lain dan memerintah beberapa kerajaan negeri," katanya

Jika Pas yang membentuk kerajaan , Hj Hadi akan menjadi Perdana Menteri , bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim yang selama ini dikatakan akan menjadi Perdana Menteri jika PR dapat menubuhkan kerajaan dan apakah Pas hanya boleh menubuhkan kerajaan dibawah pakatan PR.


Ini juga cakap sekadar mahu bercakap sahaja dan cuba menipu rakyat lagi,

default

Ezam kembali ke UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hasrat Ezam untuk menyertai UMNO telah kita dengar sebelum pilihanraya lagi dan hari ini kita mendapat berita bahawa Ezam hampir dekat menyertai UMNO . Apakah Ezam akan kembali kepada UMNO kerana tidak yakin lagi kepada perjuangan UMNO atau Ezam tidak mempunyai pilihan lain selain dari UMNO dan merasakan diri tengelam jika hanya duduk bumbung NGO.




Mungkin berbagai reaksi akan timbul dikalangan ahli UMNO , ada yang berpendapat bahawa Ezam boleh menyertai UMNO tetapi hanya sekadar ahli biasa dan Ezam tidak patut diberikan keistimewaan kerana sejarah telah mencatatkan Ezam adalah salah seorang yang pernah mengecam UMNO. Mengapa UMNO perlu memberikan Ezam hak keistimewaan?




Kiat boleh menerima Ezam kembali kerana kita juga tahu akan alasan mereka seperti semua kawan-kawan rapat Anwar yang kini tidak sehaluan dengan perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim. Mereka seperti Chandra Muzafar , Nalakarupan , semuanya kini telah meninggalkan Anwar Ibrahim.




Hanya yang dapat kita katakan kepada Ezam ialah , Selamat Kembali dan kepada Azmin Ali , bila mahu pulang ke pangkal jalan.

default

Nawaitu Tun Razak dan Tun Mahathir berbeza

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Sdr Pengarang saya amat tertarik dan terpanggil untuk mengulas: Keyataan Tun
1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

Perbezaan Tun dan Allahyarham Tun Razak . Tun Abdul Razak mengkritik Dato' Onn tidak keterlaluan sehingga melibatkan perpecahan dalam UMNO tanpa melibatkan kesetabilan UMNO. Tun juga tidak membabitkan keseluruhan keluarga Dato' Onn dan tidak pula meminta Dato' onn melepaskan jawatan. Nawaitu Tun Razak dan Tun adalah berbeza kerana nawaitu Tun adalah demi parti dan nawaitu Tun jelas kerana bencikan Pak Lah.

Bermulanya kritikan Tun adalah ketika Pak Lah membatalkan dua projek besar , 1> Jambatan bengkok 2) Rail berkembar yang mana kedua-dua ini melibatkan kroni Tu Syed Mokhtar yang merupakan antara orang terkaya di Malaysia.

Dato' Jaafar keluar parti tanpa menyeru semua ahli keluar dari parti dan tidak menyeru agar semua Ahli Parlimen untuk lompat parti, Ini bukan kerana sayangkan UMNO. Ini mahu menghancurkan terus UMNO yang sudah punah sejak era Mahathirisma. UMNO berpecah dua ketika tertubuhnya semangat 46 , UMNO berpecah lagi ketika tertubuhnya semangat 46 dan UMNO berpecah lagi setelah Tun bersara. Apa yang tinggal mahu dikeluarkan semua. Inikah dikatakan sayangkan UMNO.

Nasib baik ahli UMNO tidak sebodoh dan tidak lagi mahu mengikut telunjuk Tun , jika tidak apa yang tinggal dalam UMNO. Habis diratah oleh Tun, Hancur UMNO dicincang oleh Tun. Juak - juak Tun kini sudah kemaluan dan menuduh ahli UMNO , ketua cawangan dan ahli parlimen sudah dibeli , sedangkan Mukhriz dan mereka ini sendiri tidak mahu keluar dari UMNO.Siapa pula yang beli mereka ini.

kpunews.blogspot.com

default

Tun Dr Mahathir keluar UMNO !!!

on Tuesday, May 20, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Seluruh negara dikejutkan dengan berita mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir hari ini mengumumkan beliau Keluar Parti UMNO!
Mahathir yg telah memimpin UMNO dan kerajaan Malaysia selama 22 tahun menyatakan bahawa beliau hanya akan kembali menyertai UMNO sekiranya Abdullah Badawi tidak lagi memegang pucuk pimpinan UMNO. Beliau turut menyeru agar pimpinan UMNO disemua peringkat mengikuti jejak langkahnya TETAPI menegah mereka daripada menyertai parti lain.
"kita tunggu sehingga Pak Lah letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, lepas itu barulah kita sertai semula UMNO" kata Mahathir yg membuat pengumuman ini sebentar tadi semasa majlis dailog anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star dihadiri hampir 1,000 orang.
Tun Mahathir melangkah ke arena politik sebagai Ahli Parlimen Kota Setar Selatan tahun 1964. Bagaimanapun beliau tewas pada pilihanraya 1969 dan telah dipecat dari parti UMNO setelah mengkritik Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman. Mahathir akhirnya diterima kembali menyertai UMNO oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak dan berjaya memenangi kerusi parlimen Kubang Pasu pada tahun 1974. Selepas itu Mahathir diberi portfolio sebagai Menteri Pendidikan. Beberapa tahun selepas itu beliau diangkat menjadai Timbalan Perdana Menteri dibawah Tun Hussein Onn dan akhirnya dinobatkan sebagai sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981.
Tindakan Tun Mahathir ini dilihat sebagai mahu memberikan tekanan kepada Pak Lah dan kita nantikan sambutannya sekira ada dikalangan pemimpin UMNO.



jangan kelam kabut sangat tentang keluarnya tun daripada parti umno. paklah keep cool bro. takda apa yang nak dirisaukan kerana sesuatu ' YANG PALING MENAKJUBKAN' akan berlaku kepada umno dalam masa yang terdekat ini..sumber2 dari blog yang boleh dipercayai ...
yang hanya pasti ' MORAL UMNO AKAN BANGKIT SEPERTI KISAH SAHABAT YANG TEWAS DI PERANG UHUD BANGKIT PADA PERANG KHANDAK' !!!!

default

Mungkin Penyokong Pas yang bom pejabat DAP

on Sunday, May 18, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Mungkin Penyokong Pas yang bom pejabat DAP
Written by / Posted by Administrator
Friday, 16 May 2008 02:42
Tindakan mengebom ibu pejabat DAP di Ipoh tidak akan menyelesaikan sebarang masalah, kata Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan perbuatan itu didalangi oleh mereka yang kecewa.

"Pengeboman dan pembunuhan tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Cara ini hanya dilakukan oleh mereka yang kecewa," Bernama memetik beliau berkata. Dalam kejadian pukul 2.20 pagi semalam, ibu pejabat DAP Perak nyaris terbakar apabila dilontar dengan bom petrol oleh dua lelaki yang tidak dikenali. Kejadian itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran yang kemudian menghubungi pihak polis. - laporan harakah

Komen : Nik Aziz terus menganggap bahawa kejadian mengebom pejabat DAP ini dilakukan oleh penyokong Kerajaan BN dalam komen beliau di harakah. Namun maklumat yang kami dapat adalah kerja-kerja ini sebenarnya dilakukan oleh Ahli Pas yang mungkin tidak berpuas hati dengan DAP kerana merasakan bahawa parti mereka kini telah diperkudakan oleh DAP. Mereka mungkin kecewa dengan tindakan DAP yang tidak menghormati pemimpin mereka dan menopoli kepimpinan walaupun Menteri Besar Perak adalah wakil PAS.

Kerja-kerja sebegini jarang sekali dilakukan oleh penyokong BN kerana kerja ganas ini bukanlah budaya BN kerana mereka ini tidak terlatih seperti penyokong pembangkang yang telah mempunyai sejarah melakukan keganasan dijalanan dan melakukan perkara yang ganas sebegini. Ada yang berpendapat perbuatan ini juga adalah untuk menutup cerita dan membakar kemarahan orang Melayu dalam isu Karpal Singh yang telah menghina Raja.

kulispisang.com


kadang2 ada betul jg dari penyokong PAS sendiri . ada yang golongan pas yang tidak setuju dengan kepimpinan PAS sndiri bersekongkol dgn DAP dan ini kesan nya bila DAP anggap PAS spt anjing mereka . kes budak johor anak ahli pas yg komen di forum mereka menyatakan darah karpal halal dibunuh pun dari PAS juga. tak mustahil kejadian letupan bom petrol ini dari PAS kerana kita mmg tahun PAS parti yang ganas spt di Bt Buruk , Bersih dan Marang . pasti selepas kejadian ni DAP perak kena hati2 dengan tindakan mereka kerana mereka berada di majoriti melayu dan orang melayu masih dengan UMNO!!! ..

default

Kuasa politik telah terlepas dari tangan orang melayu-Tun Dr Mahathir

on Saturday, May 17, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




May 17th, 2008 oleh hangjebat · Tiada Ulasan
Jumaat 16 Mei, - Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dalam blognya menyatakan bahawa dalam 50 tahun merdeka, kuasa politik yang ada pada orang-orang Melayu membolehkan mereka menjadi ‘Tuan’ di Malaysia. Namun, menurut beliau, pada hari ini kuasa politik pun sudah terlepas dari tangan orang Melayu. Beliau juga menyatakan orang bukan Melayu tidak lagi menghormati orang Melayu dan institusi-institusi Melayu di mana segala-galanya yang dianggap sebagai hak istimewa orang Melayu telah disoal dan dicabar. Beliau kesal kerana orang Melayu tidak membuat apa-apa untuk menangkis semua ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Sebaliknya mereka meminta-minta orang tertentu mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Namun Bapa Kemodenan Malaysia itu berkata yang nasib orang-orang Melayu berada di tangan mereka sendiri. Orang Melayu menurut beliau tidak akan jadi “Tuan” dengan mengungkit sejarah semata-mata. Mereka boleh menjadi “Tuan” sekiranya berani bertindak dan juga sanggup menghadapi risiko. Selain itu, mereka juga haruslah berusaha untuk menguasai semua ilmu dan kecekapan sehingga tidak perlu bergantung kepada sesiapa.

Jelas terpampang dalam artikel tersebut mengenai kebimbangan bekas pemimpin no 1 negara itu mengenai nasib masa depan orang-orang Melayu di Malaysia. Adalah tidak dinafikan bahawa walaupun pembangkang kini gah dengan kemenangan PRU12 yang dikatakan kemenangan 5 + 1, namun hakikatnya, kemenangan tersebut telah melemahkan kuasa politik orang Melayu di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Ini kerana ADUN pembangkang dari kalangan orang-orang Melayu bukan lagi majoriti di negeri-negeri tersebut. Mengenai Pulau Pinang pula, mungkin ada yang mempertikaikan bahawa negeri tersebut juga dikuasai parti bukan melayu(Gerakan) sebelum PRU12 namun harus diingat bahawa parti Gerakan adalah salah satu parti komponen Barisan Nasional di mana parti-parti bukan melayu dalam Barisan Nasional bukanlah jenis ‘kurang ajar’ berbanding DAP.

UMNO juga haruslah memainkan fungsi yang efektif dalam memastikan orang-orang Melayu ini akan terus menjadi ‘Tuan’ di tanahair mereka sendiri. Sepertimana saranan Tun Mahathir, mereka haruslah berbuat sesuatu tindakan untuk memperkukuhkan kedudukan mereka. Namun, sekiranya tidak ada sebarang strategi dan perancangan serta tindakan yang sistematik dan efektif mulai sekarang, tidak mustahil, suatu hari nanti orang-orang Melayu benar-benar akan kehilangan kuasa bukan sahaja di negeri malah di Parlimen!

default

Mutfi Perak pun kecam Karpal Singh, PAS bila lagi?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

May 15th, 2008 oleh HangTuah · Tiada Ulasan
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria turut serta mengecam tindakan biadap Pengerusi DAP harbi, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury kerana ia dianggap menghina Islam.

Katanya, isu kuasa Sultan dalam hal ehwal agama tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah termaktub dan diberi kuasa penuh dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan Mufti Perak ini dilihat sebagai satu lagi pengikhtirafannya ke atas perlantikan Datuk Jamry sebagai Pengarah JAIP. Ini juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada Datuk Mohd. Nizar.

Kata-katanya yang berbunyi, ‘‘Kalau ini dipertikaikan sudah tentu ia menyentuh sensitiviti dan hak yang terdapat pada bangsa Melayu itu sendiri”, seolah melihat bahawa kaum bukan Melayu semakin kurang ajar terhadap bangsa kita.

Sememangnya Datuk Seri Harusani seorang yang bijak dan dapat membaca percaturan politik sebenar Karpal Singh harbi apabila menyatakan, ‘‘Sejak dari dahulu lagi saya lihat Karpal tidak pernah taat dan sentiasa mempertikaikan kuasa Sultan dan agama Islam walaupun semua ini semua sudah termaktub dalam perlembagaan”. ‘‘Saya tidak tahu apakah motif sebenar Karpal cuba berbuat begitu sejak dari dulu lagi,” katanya.

Harussani menegaskan, Sultan mempunyai kuasa terhadap hal ehwal agama Islam dan setiap apa yang berlaku tentang hal ehwal Islam mesti diberitahu kepada baginda.

‘‘Siapa jua akan tersinggung jika sesuatu perubahan dilakukan di bawah kuasanya tanpa pengetahuan seerti pertukaran atau perkara berkaitan dengannya termasuk Sultan sendiri,” katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu turut membelakangkan Sultan, beliau berkata, tindakan itu jelas membelakangkan Sultan kerana Baginda sepatutnya orang pertama diberitahu mengenai pertukaran ini.

‘‘Sepatutnya kalau hendak membuat pertukaran beritahu dahulu kepada Sultan kerana Jabatan Agama Islam Perak memang di bawah kuasa Sultan.‘‘Ini perkara biasa yang kita amalkan,” katanya.

Lihat sahajalah bagaimana setiap rakyat di negara ini tanpa mengira pegangan politik sudah mula menyuarakan pendapat masing-masing.

Yang tinggal hanyalah PAS yang terus rela diperkuda dan diperbodohkan oleh DAP harbi. Kegelojohan PAS mendapatkan kuasa menyebabkan mereka mengamalkan prinsip “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA”.

default

Siapa Karpal Singh sebenarnya ??siri 2

on Wednesday, May 14, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Karpal Singh telah berjaya menyebabkan PAS menyembah kepadanya dalam isu negara Islam seperti yang diulas oleh saya di tajuk HarakahDaily Menipu Pembaca, Karpal capai matlamat.

Sememangnya Karpal Singh ini adalah seorang politikus yang jahat dan licik serta pandai mengambil sebarang peluang untuk mencapai matlamat asalnya. Sebenarnya, Karpal telah lama menunggu negara Malaysia ini diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang lemah. Hakikatnya bukan Karpal sahaja, malah ramai lagi pemimpin DAP Kafir Harbi yang telah menunggu untuk sekian lamanya.

Karpal mengharapkan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-5 selepas gerakan reformasi kerana segala rahsia Anwar sudah berada di tangannya apabila dia menjadi peguambela bagi kes salah laku seks luar tabii. Namun, disebabkan kehebatan dan kehandalan Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar gagal menjatuhkan kerajaan pimpinan Tun tetapi terpaksa tersungkur di penjara kerana kesalahan salahlaku seks luar tabiinya dan gagal menjadi PM.

Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad sepanjang karier politiknya ialah mengangkat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya. Sememangnya, tidak dapat disangkalkan bahawa Pak Lah mempunyai imej yang amat baik sewaktu diangkat untuk menjadi PM. Tetapi, imej yang baik tidak mampu menjadikannya seorang pemimpin yang baik.

Karpal Singh sedar bahawa Dato’ Seri Abdullah adalah seorang yang pentingkan kepopulartiti dan ingin dilihat sebagai pemimpin yang disayangi oleh setiap lapisan masyarakat. Karpal sedar ini adalah satu kelemahan yang amat sesuai untuk diambil peluang.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya amat meminati buku-buku “self improvement”, ” leadership” dan motivasi. Dalam setiap buku yang pernah saya baca banyak menerangkan bahawa untuk menjadi seorang PEMIMPIN YANG HEBAT, ANDA TIDAK BOLEH MENJADI PEMIMPIN YANG POPULAR. Ini adalah hakikat sebenarnya, tidak kira sama ada anda seorang pemimpin parti politik, pemimpin sebuah syarikat gergasi ataupun pemimpin syarikat milik anda sendiri.

Seorang pemimpin sepatutnya mempunyai pemikiran dan wawasan yang jauh kehadapan dan tidak mampu dibaca dan ditaksirkan oleh orang kebanyakan. Mengikut kajian saya, hanya 5% sahaja populasi rakyat/pekerja yang dapat memahami dan menghayati setiap tindakan dan keputusan yang dibuat oleh seorang pemimpin yang hebat. Oleh sebab, itu tindakan pemimpin itu menjadi amat tidak popular di bawah pandangan majoriti orang bawahannya. Jika pemimpin itu ingin menjadi popular, maka dia akan membuat keputusan yang disenangi oleh orang kebanyakan. Biasanya tindakan popular adalah tindakan yang tidak berwawasan jauh.

Karpal sudah dapat membaca kecenderungan Pak Lah untuk menjadi seorang pemimpin yang popular. Oleh sebab itu, kita tidak pernah mendengar Karpal mencemuh Pak Lah, malah jarang sekali kita dengar ada pemimpin DAP kafir harbi yang lain berbuat demikian. Ini adalah supaya Pak Lah tidak merasa terancam dengan mereka dan memudahkan DAP kafir harbi melancarkan serangan secara senyap-senyap terhadap kepimpinan Pak Lah.

Pak Lah yang sememangnya suka melihat manusia pada “face value” tidak menyangka bahawa DAP kafir harbi yang sering memujinya sedang menjalankan gerakan untuk menjatuhkan keseluruhan ketuanan Melayu dan agama Islam di Malaysia. Malang sungguh nasib bangsa Melayu pada hari ini kerana mempunyai pemimpin yang lemah dan hanya ingin menjadi popular.

Jika kita lihat Karpal Singh adalah salah seorang pemimpin DAP kafir harbi yang cuba mempertahankan kritikan ke atas kepimpinan Pak Lah oleh Tun Dr Mahathir. Bukankah amat pelik bagi seorang pemimpin pembangkang harbi seperti Karpal membela Pak Lah. Karpal yang merupakan politikus yang licik dan kurang ajar tetapi kelihatan cuba membela Pak Lah. Sudah tentu ada “Udang di sebalik batu” dan hanya orang mempunyai pandangan yang jauh dapat membacanya.

Pada hari ini, kita melihat bagaimana Karpal Singh berjaya memperkudakan dan memperbodohkan pemimpin PAS dalam isu pembentukan Negara Islam. Karpal berjaya memanipulasi isu “Darahnya Halal untuk dibunuh yang diutarakan oleh PAS Johor” dengan baik serta dapat pula memberi amaran kepada pemimpin PAS yang lain supaya tidak menimbulkan lagi isu “Negara Islam”. Pemimpin PAS diam seribu bahasa mendengar amaran itu dan pada pendapat saya sebagai orang Melayu yang kaya dengan pepatah yang antaranya ialah “Diam tanda Setuju”. Jadi, tidak perlulah saya mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

oleh Sultan Perak.Setelah melihat kejayaannya membisukan pemimpin PAS dalam isu “Negara Islam”, Karpal sekali lagi melihat peluang besar apabila isu Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury yang diarah bertukar 24 jam oleh Menteri Besar Perak tetapi dihalang Karpal tahu bahawa tujuan utama MB Nizar cuba memberhentikan Pengarah JAIP adalah kerana PAS ingin mengukuhkan kedudukan mereka di Perak. Ini kerana majoriti orang Melayu Perak masih menolak PAS dalam PRU-12 lalu. Jadi, PAS ingin menggunakan kuasa yang ada untuk memperkuatkan jentera politik PAS di masjid-masjid dan surau yang terdapat di Perak.

Bagi Karpal pula, dia ingin menduga sejauh mana kesetiaan pemimpin PAS dan pengikut PAS kepada Sultan-Sultan Melayu. Ini kerana tindakan Sultan Perak sememangnya tidak selari dengan apa yang ingin dicapai oleh PAS di Perak. Karpal mula mengherdik instusi beraja dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang mencabar Sultan Perak khususnya dan seluruhan sistem beraja di Malaysia amnya.

Seperti yang diduga oleh Karpal, hinaan demi hinaan ke atas institusi beraja hanya dipandang sepi oleh pemimpin PAS. Ini kerana dalam isu pengarah JAIP, Karpal dilihat cuba mempertahankan tindakan MB Nizar. Hakikat yang sebenarnya, Karpal Singh ingin melihat sejauh mana dia dapat memperkotak-katikkan institusi beraja tanpa sebarang bangkangan daripada pemimpin PAS.

Sekali lagi, Karpal berjaya mencapai objektifnya dalam usaha memperkudakan pemimpin PAS dan pemimpin Melayu PKR dalam usaha untuk menjatuhkan maruah Insitusi Raja Perlembagaaan yang diamalkan di Malaysia.

Sultan-sultan dan Agong adalah salah satu lambang ketuanan Melayu di Malaysia selain Hak Keistimewaan Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam. Jadi, Karpal Singh cuba menghakis sedikit-sedikit Ketuanan Melayu ini. Hanya mereka yang peka dan berwawasan boleh membaca percaturan politik Karpal Singh kafir harbi ini.

default

Siapa Karpal Singh sebenarnya ??siri 1

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Apabila Tun Dr Mahathir menggambarkan Karpal Singh sebagai ahli politik yang licik dan merbahaya, saya fikir amat wajar memandang serius kenyataan yang keras tersebut kerana ianya datang daripada seorang pemimpin yang terkenal dengan daya pemikiran yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan.

Karpal Singh adalah kafir harbi yang memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.

Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP kafir harbi amnya dan Karpal Singh khusunya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas.

Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya, ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya ialah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan.

Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP kafir harbi akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya. Pada masa itu, PAS akan terperangkap dengan isu dan fakta ini serta terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh (dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvention mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar.

Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir. Pelik tapi benar, 2 orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar.

Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.

Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada undang, di sebalik batu’?

Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks.

Pada pandangan saya, Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti.

Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar. Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya.

Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya. Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, saya yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.

Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!!

Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia.

Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir. Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam.

Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Alasannya cukup mudah dan hebat!!

Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks.

Saya yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya. Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam.

Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal. Anwar yang sememangnya gilakan popularity pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia.

Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada kafir harbi. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan

bersambung bahagian 2

default

Pemuda BN ikrar taat setia kepada raja-raja Melayu

on Tuesday, May 13, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PETALING JAYA 12 Mei - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertemuan keduanya dengan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini adalah untuk membincangkan isu berkaitan orang Melayu selain menyatakan taat setia Pemuda UMNO kepada raja-raja Melayu.

Menurut beliau, dalam pertemuan tersebut, isu perpaduan dan ketuanan Melayu yang dilihat semakin dipertikaikan oleh pihak tertentu turut dibincang.

Kata Hishammuddin, beliau turut menyampaikan mesej daripada Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional (BN) yang menyatakan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap raja-raja Melayu.

Beliau berkata, dua perkara yang menjadi kepantangan dan sensitiviti orang Melayu di negara ini adalah mengenai agama dan raja-raja di negara ini.

''Maka dalam hal ini, Pemuda UMNO tidak pernah berkompromi dan tidak akan bertolak ansur. Kita tahu apa amanah kita, kita tahu tanggungjawab kita, kita tahu apa kesetiaan kita.

''Kita juga tahu apa yang diperlukan untuk menyatupadukan orang Melayu. Ini sedikit sebanyak merupakan satu perkara yang penting di dalam jiwa perjuangan saya sendiri secara peribadi untuk menyampaikan kepada Raja Dr. Nazrin yang juga Raja Muda Perak,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di luar kediaman Raja Muda Perak di sini hari ini.

Turut mengiringi Hishammuddin di kediaman rasmi Raja Muda Perak itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gerik, Wan Azizi Wan Mohamed dan Ahli Jawatankuasa Putera UMNO, Mohd. Faizul Mohd. Dahan.

Kelmarin, beliau menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah selama hampir dua jam di Istana Changkat, Bukit Persekutuan di sini.

Hishammuddin menambah, pihaknya menyatakan sokongan kepada Raja Dr. Nazrin supaya Raja Muda Perak itu terus-menerus menjadi penaung dan payung kepada semua orang Melayu terutamanya kepada orang Melayu di negeri Perak.

''Saya percaya tanggungjawab dan juga amanah yang dipikul Raja Dr. Nazrin itu merupakan tanggungjawab yang dipikul dengan bersungguh sungguh.

''Saya berasa begitu terharu kerana kita mempunyai pemimpin-pemimpin kita yang boleh terus menjadi payung untuk kita bernaung di bawahnya,'' ujarnya.

Ketika ditanya adakah beliau turut membincangkan mengenai isu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa sultan dan raja Melayu, Hishammuddin sambil ketawa menafikan berbincang mengenai perkara berkenaan.

default

Boneka DAP pertama sokong Karpal

on Monday, May 12, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

GEORGETOWN, 9 Mei (Hrkh) - Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairudin tidak mahu mana-mana pihak mempolitikkan isu 'Melayu marah' ekoran kenyataan Ahli Parlimen Bukit Glugor, Karpal Singh terhadap pihak Istana Perak.

Apapun katanya, sebagai rakyat yang menghormati institusi raja tentu Karpal bukan bertindak melulu sebaliknya ia adalah mainan media dan disambut oleh kepimpinan Umno kononya terlalu menjagai kedaulatan Melayu.

"Lihat perkembangan antara Kerajaan Negeri Perak dan Istana dengan lebih teliti, jangan melulu mengeluarkan kenyataan kononnya Melayu begitu marah ekoran kenyataan Karpal Singh yang dikatakan cuba mengatasi suara Sultan dalam sesuatu perkara membabitkan istana," jelasnya dalam sidang media selepas mesyuarat exco petang tadi.
Menurutnya, hanya sebilangan Melayu sahaja yang marah sedangkan sebahagian besar bangsa Melayu tidak bertindak apa-apa kerana tahu lazimnya isu membabitkan pembangkang sengaja disalah tafsirkan untuk kepentingan kerajaan.


Menyentuh mengenai saranan supaya menasihati kepimpinan DAP agar jangan terlalu menimbulkan isu berkaitan institusi raja Mohamad Fairuz berkata, semuanya akan dibincangkan oleh Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) dengan sebaik mungkin untuk menghindarkan prasangka bahawa ada antara parti dalam Pakatan Rakyat tidak menghormati institusi raja.

Apapun katanya, perbincangan mendalam harus disepakati kerana institusi itu wajar dijagai dengan baik memandangkan Sultan ataupun raja adalah payung kedaulatan di Malaysia.

"Tentang rakan DAP mereka juga wajar meneliti terlebih dahulu sebarang kenyataan agar tidak menimbulkan prasangka sehingga mewujudkan konflik dengan pihak istana.

"Institusi raja harus disanjung kerana mereka merupakan payung kedaulatan di Malaysia," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, Permatang Pauh. - mns



ini dia pejuang keadilan dari guar perahu yang pertama yang menyokong Karpal sigh .boneka DAP mesti ikut cakap bos dia ..YES BOSS !!!

default

Kuasa melayu belum terhakis

on Sunday, May 11, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini UMNO menyambut ulang tahunnya yang ke-62. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, sambutan kali ini dianggap menjadi pentas terbaik untuk parti berkenaan bermuhasabah berikutan prestasi dalam Pilihan raya Umum ke-12, baru-baru ini.

Pelbagai tafsiran dibuat mengenai kekuatan UMNO berikutan keputusan berkenaan, apatah lagi apabila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen manakala empat negeri terlepas kepada pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Di Wilayah Persekutuan pula, BN hanya menang tiga daripada 13 kerusi dan BN juga gagal menawan kembali Kelantan. Sokongan yang diterima oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dijadikan sandaran untuk menimbulkan persepsi bahawa UMNO kini semakin ditolak oleh orang Melayu.

Walaupun pelbagai tafsiran dibuat berhubung kedudukan UMNO, namun Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai pandangan beliau sendiri.

Dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia yang dijawab secara bertulis oleh Perdana Menteri, beliau mengulas pandangan-pandangan yang dilemparkan kepada UMNO.

Bagi Abdullah, UMNO tidak mengalami kemerosotan sokongan daripada orang Melayu biarpun prestasi parti itu agak menurun dalam pilihan raya umum.

‘‘UMNO masih kekal tunjang kekuatan Melayu,’’ itulah hujah Abdullah.

Bagi Perdana Menteri, UMNO tetap dengan perjuangan asal dan tetap mempertahankan maruah Melayu. Menurut beliau, orang Melayu tidak meninggalkan UMNO dan kuasa Melayu belum terhakis.

Dalam wawancara itu juga, beliau turut mengulas mengenai dakwaan kononnya UMNO tunduk kepada tekanan parti komponen BN. Bagi Perdana Menteri tidak timbul soal tunduk kerana apa juga keputusan yang dibuat dalam BN ia dilakukan secara konsensus.

Sempena sambutan ulang tahun UMNO hari ini, Abdullah memberikan pesanan kepada ahli-ahli parti dengan berkata, “Kita tidak ada masa untuk bertelagah atau memikirkan mengenai apa jawatan yang perlu kita pegang semata-mata kerana ada Mesyuarat Agung.’’

MINGGUAN: Bagaimana Datuk Seri melihat UMNO selepas enam dekad?
ABDULLAH: Selepas enam dekad, UMNO telah mengalami pelbagai peristiwa, rintangan dan cabaran politik dalam sejarahnya. Ujian dan cabaran ini datang dalam pelbagai bentuk.

Yang terbesar adalah masalah parti-parti serpihan yang tumbuh dan tertubuh apabila beberapa pemimpin telah membawa pengikut-pengikut mereka keluar parti UMNO atas sebab-sebab yang berbeza dari semasa ke semasa.

Bermula dengan Pas pada tahun 1951; Parti Negara yang dipimpin sendiri oleh Datuk Onn, Pengasas UMNO; Parti Melayu Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan yang mutakhir adalah PKR di bawah pimpinan "de facto leader"nya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apapun yang berlaku, sejarah melihat UMNO terus dengan perjuangannya untuk membela orang-orang Melayu, orang-orang Islam dan di samping itu menjadi pelopor kepada perjuangan untuk semua orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa bagi mendapat tempat dan perhatian dalam negara ini.

Jangan pula kita lupa, di sebalik peristiwa-peristiwa tersebut, UMNO terus memenangi setiap pilihan raya umum bermula dari pilihan raya pertama pada tahun 1955 dan seterusnya, selama 12 kali berturut-turut termasuk pilihan raya pada tahun ini. Kemenangan UMNO adalah bersama parti-parti komponen dalam Perikatan dan seterusnya dalam Barisan Nasional (BN).

Keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu menunjukkan sokongan orang Melayu di beberapa negeri semakin terhakis, apakah ini menunjukkan bahawa UMNO tidak lagi dilihat sebagai tunjang kekuatan Melayu?

ABDULLAH: Kalau diperhatikan secara teliti akan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, UMNO tidak mengalami kemerosotan seperti yang didakwa. UMNO memenangi 85 peratus daripada kerusi yang ditandinginya tetapi majoriti yang telah diperoleh oleh calon-calon UMNO kurang daripada yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004.

Walaupun begitu, orang Melayu tidak meninggalkan UMNO secara total. Kuasa orang Melayu belum terhakis. Saya setuju jika prestasi kita diperkatakan menurun, tetapi UMNO masih kekal sebagai tunjang kekuatan Melayu.

Sebagai Presiden UMNO, apakah yang dilakukan oleh Datuk Seri dalam usaha mengembalikan semula keyakinan orang Melayu terhadap UMNO di semua peringkat?

ABDULLAH: Sebaik sahaja tamat Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, saya telah menemui semua ahli Perhubungan UMNO Negeri di seluruh negara yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO di setiap bahagian. Mereka telah menyuarakan pandangan, saranan, pendapat dan cara-cara memperkukuhkan semula parti.

Pertemuan ini telah diadakan di kediaman saya dalam beberapa siri secara tertutup. Pertemuan tersebut diikuti dengan lawatan Jawatankuasa Pengurusan ke negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pertemuan-pertemuan selanjutnya akan diadakan dari semasa ke semasa.

Pada pendapat saya, di samping usaha mengukuhkan parti, UMNO bersama-sama dengan parti-parti komponen lain dalam BN perlu meyakinkan rakyat tentang kemampuan Kerajaan Barisan Nasional untuk memberikan khidmat yang terbaik, melaksanakan tanggungjawabnya dan memenuhi janji-janji yang dibuat dalam PRU ke-11 dan 12 yang lalu.

Ada pandangan yang menyatakan kemerosotan sokongan terhadap UMNO juga disebabkan oleh kepimpinan parti yang dilihat terlalu liberal dan sering tunduk kepada tekanan parti komponen BN. Apa komen Datuk Seri?

ABDULLAH: UMNO bukanlah parti yang tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak. Jika ada apa-apa permohonan yang wajar, UMNO tidak keberatan untuk memberi sokongan kepada permohonan tersebut. Ini adalah amalan yang berlaku dalam muafakat BN. Parti-parti komponen dalam BN semuanya membuat keputusan mengenai satusatu perkara berasaskan konsensus. Soal liberal dan sikap terbuka tidak timbul.

Dalam Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Bahru, mereka mendesak supaya UMNO dan Melayu tidak terlalu tunduk kepada tekanan kaum lain termasuk komponen BN. Apakah jaminan bahawa UMNO akan benar-benar tegas dalam soal ini?

ABDULLAH: UMNO tetap dengan perjuangan asal. UMNO tetap mempertahankan maruah Melayu. Itu sudah termaktub dalam perlembagaannya. Yang penting dan perlu diingat adalah UMNO berada dalam Barisan Nasional. Muafakat dan kebijaksanaan, kesederhanaan serta keadilan dan kesaksamaan perlu menjadi amalan dalam mengambil tindakan.

Sama ada hendak akui atau tidak, salah satu sebab kenapa UMNO dikatakan ditolak oleh orang Melayu di peringkat akar umbi ialah kerana parti itu kini dilihat seperti 'dikuasai' golongan elit. Apa kata Datuk Seri?

ABDULLAH: Sekali lagi ingin saya tegaskan, UMNO tidak ditolak di akar umbi. Di luar bandar UMNO tetap kukuh. Kekuatan UMNO dibina dari peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya peringkat Majlis Tertinggi. Yang menganggotai barisan kepimpinan parti terdiri daripada mereka yang mendapat sokongan ahli-ahli parti di semua peringkat. Di samping itu, kebanyakan mereka terdiri daripada individu-individu yang telah memenangi pilihan raya dengan sokongan majoriti rakyat.

Bagaimana hendak membina balik semangat perjuangan yang sudah terhakis itu?

ABDULLAH: Semangat juang tentulah mesti relevan dengan masa. Dulu perjuangan menuntut kemerdekaan. Selepas merdeka, perjuangan bagaimana mengisi kemerdekaan sehingga berjaya. Bila berjaya, perjuangannya adalah bagaimana mengurus kejayaan. Tiada yang terhakis. Cuma kaedah dan isi perjuangan berbeza kerana peredaran masa. Tetapi soal pokok, iaitu pembelaan nasib bangsa, agama dan negara terus menjadi 'core' kepada perjuangan. Mungkin ini yang perlu dihidupkan semula, diperkukuhkan. Sejarah perjuangan bangsa perlu diterap semula. 'Legitimacy' kewujudan orang Melayu di bumi ini mesti difahami oleh semua kaum tanpa menjejaskan hak-hak kaum lain.

Bagaimana hendak mengembalikan rasa bangga menjadi ahli UMNO?

ABDULLAH: UMNO mesti terus memperkasa dan membangunkan bangsanya melalui penguasaan ilmu pengetahuan, kedaulatan bahasa, kemuliaan akhlak dan agama, integriti dan maruah bangsa, kedaulatan Raja-Raja dan kesucian Islam. Semua ini adalah perkara-perkara yang tidak boleh dikompromi. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini terhakis dan dipinggirkan. Itulah intipati perjuangan yang menjadi kebanggaan kita.

Pilihan raya umum yang lalu juga menunjukkan generasi muda Melayu seolah-olah tidak peduli terhadap apa yang akan terjadi kepada UMNO, oleh itu apakah usaha yang akan dilakukan oleh UMNO untuk memberi pemahaman dan menarik sokongan golongan berkenaan?

ABDULLAH: Inilah cabaran besar kepada golongan muda dalam UMNO khususnya Pergerakan Pemuda dan Puteri bagi memastikan orang muda Melayu mengetahui, memahami dan menghayati sejarah perjuangan UMNO.

UMNO mesti pergi kepada mereka, tidak boleh membiarkan atau menunggu mereka datang. Pemuda UMNO mesti mencari ahli-ahli baru, menyebar risalah, memilih 'kader' dan melatih mereka. Golongan muda mesti didekati dan diajak bersama. Secara tegas, Pemuda dan Puteri UMNO mesti menjadi contoh sebagai pejuang yang bersemangat patriotik, berintegriti dan berjaya dalam hidup mereka serta tidak angkuh.

Bagaimana Datuk Seri melihat sokongan orang Melayu terhadap parti-parti lain seperti Pas dan PKR, apakah kehadiran mereka boleh menghakis populariti UMNO dan bolehkah mereka mengambil alih peranan UMNO membela Melayu?

ABDULLAH: UMNO parti sederhana. Kita bela Islam, kita bela Melayu, tetapi dalam waktu yang sama kita bela juga kaum-kaum lain yang berbeza agama.

Saya percaya, rakyat akan terus memilih UMNO sekiranya mereka memahami perjuangan dan dasar UMNO. UMNO tidak boleh membiarkan persepsi buruk yang dilemparkan oleh pembangkang terhadapnya.

UMNO mesti berkerja kuat untuk melenyapkan persepsi negatif tersebut. Jika ini dapat dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam memberikan khidmat kepada rakyat, UMNO akan tetap menjadi parti pilihan pertama rakyat Malaysia.

Tahun ini UMNO akan berhadapan dengan pemilihan parti. Pada pandangan Datuk Seri barisan kepimpinan seperti manakah yang sepatutnya dibentuk dalam UMNO bagi memastikan ia terus relevan dan diterima kembali oleh rakyat?

ABDULLAH: Perjuangan asal UMNO mesti terus dikekalkan. Kita mahu pemimpin yang ikhlas, jujur, beramanah serta memahami perjuangan UMNO. Perjalanan kita masih jauh. Bangsa-bangsa yang besar memerlukan antara 100-150 tahun untuk membina tamadun mereka.

Kita baru 50 tahun tetapi kita sudah mula menunjukkan kejayaan. Kita mesti mengurus kejayaan kita ini dengan baik serta memperbaiki kelemahan kita. Kita mesti bersatu dan bersetia. Itu sahaja rahsia dan petuanya.

Sempena ulang tahun UMNO yang ke-62, apakah seruan Datuk Seri kepada ahli UMNO dan orang Melayu?

ABDULLAH: Slogan UMNO cukup jelas dan sentiasa relevan. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Kita tidak ada masa untuk bertelagah atau memikirkan mengenai apa jawatan yang perlu kita pegang semata-mata kerana ada Mesyuarat Agung.

Parti kita telah mendapat mandat rakyat untuk terus mentadbir negara ini. Kita mesti menguruskan kejayaan ini dengan baik dan menangani masalah dengan penuh hemah, jujur dan bertanggungjawab.

Banyak kerja yang kita mesti lakukan. Kita mesti memastikan negara terus aman, stabil dan makmur. Kualiti hidup rakyat mesti terus diperbaiki. Bekalan makanan mencukupi dan kita mesti menyediakan tempat tinggal yang selesa dan elok, serta menjamin kebebasan rakyat untuk terus hidup di negara ini dengan harmoni dan selesa. UMNO dan orang Melayu mesti menguruskan kejayaan yang telah dibina selama ini untuk terus menjadi bangsa yang bermaruah dan dihormati.






SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN UMNO KE 62 - GENERASI PEMBELA BANGSA AKAN TERUS MENERUSKAN PERJUANGAN UMNO ...
UMNO ,DULU KINI DAN SELAMANYA ...

default

Menteri masuk kampung

on Thursday, May 8, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tanggal April 26 dan 27 memberi kepuasan serta pengalaman penuh bermakna kepada saya dan isteri apabila kami membuat lawatan serta bermalam di rumah penduduk kampung di Pulau Pinang dan Kedah.

Bukan itu sahaja, malah saya dan isteri Asbi Rohani sempat beramah mesra dengan penduduk setempat sambil menyelami kesusahan serta kesulitan yang mereka hadapi.

Ini semua saya lakukan semasa membuat lawatan kerja bagi melihat sendiri kemiskinan di luar bandar serta bertemu dengan ketua-ketua kampung serta pengawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat atau Kemas.

Destinasi hari pertama di Kampung Telok, Sungai Dua, Seberang Perai, saya dan isteri ke rumah Puan Zainab Osman, berusia 71 tahun dan mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya lumpuh. Mereka berumur dari 41 tahun hingga 54 tahun.

Saya dan isteri tersentuh hati apabila melihat Puan Zainab membelai anak-anaknya dengan penuh kasih sayang walaupun dalam keadaan daif dan serba kekurangan.

Melihat keadaan itu, saya mengarahkan KEMAS memberi bantuan sepenuhnya, bukan sekadar bantuan makanan kerana Puan Zainab memerlukan perhatian lebih dari itu.

Begitu juga di Kampung Cheenam, Nibong Tebal, dimana Puan Sabariah yang tinggal dalam rumah bertiang yang usang membela seorang anak cacat berumur 18 tahun. Saya mengarah KEMAS membina sebuah rumah yang lebih selesa dan berlantai simen bagi menyenangkan beliau membela anak yang cacat.

Pada sebelah malamnya, saya dan isteri bermalam di sebuah rumah penduduk di Kampung Sungai Pulut di Baling, Kedah. Kesempatan ini saya sempat berjemaah di masjid Kampung Betong sambil beramah mesra dengan anak kariah di situ.

Dalam majlis dialog bersama lebih 100 penduduk Kampung Sungai Krik pula, saya telah meminta ibu bapa supaya berhati-hati dengan anak-anak perempuan mereka agar tidak terpedaya dengan lelaki warga asing serta terjebak dalam kancah maksiat atau jenayah pengedaran dadah.

Seawall pagi 27 April, saya berpeluang berjemaah Suboh di Masjid Kampung Betong, bersembang sambil menghirup kopi dan menjamah kuih kampung di beranda masjid. Kami bercerita bagaimana hendak meningkatkan kemajuan di kampung dan bagaimana untuk menambat hati anak-anak mjuda agar balik ke kampung untuk sama-sama membangunkan kampong halaman sendiri.

Saya juga sempat menyertai gotong-royong membersih sekitar masjid itu. Saya juga sempat mengadakan majlis dialog dengan qariah Kampung Jubai Bawah di Kulim, Kedah, untuk mendengar dan melihat sendiri keluhan penduduk.

Sesungguhnya, pulang dari sana, saya dan isteri berasa puas kerana kami dapat mendengar sendiri keluhan penduduk kampong serta menyelesaikan serba sedikit masalah-masalah rakyat yang kami lawati.

Saya akan terus membuat lawatan sambil bermalam di kampung-kampung setiap tiga minggu sekali untuk melihat serta menyelesaikan masalah-masalah rakyat sekadar yang terdaya.

default

Kerajaan perlu pandang serius ancaman Anwar" Dr M

on Wednesday, May 7, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Oleh Bernama
Rabu, 07 Mei 2008
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) memandang serius ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat kerana ia telah menyakinkan lebih 30 anggota Parlimen BN untuk menyertai barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat.

BN mempunyai 140 anggota Parlimen di Dewan Rakyat dan Pakatan Rakyat 82 daripada sejumlah 222 anggota Parlimen.

"Saya fikir ia serba berkemungkinan dan anda tidak boleh pandang ringan. Sekarang ini, ahli politik terbabit lebih berminat berapa banyak yang mereka dapat, mereka sebenarnya tidak berminat untuk berkhidmat kepada negara.

"Orang yang merasakan yang diri mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan pada ketika ini dan mereka ditawarkan kedudukan, timbul keinginan untuk lompat parti lebih-lebih lagi bila tidak wujud kesetiaan kepada parti.

"Naluri saya kuat mengatakan (mengenainya), ia boleh benar-benar berlaku. Pada mulanya saya mahu menolak kemungkinan itu tetapi setelah mengkaji keadaan itu, saya rasa wujud ancaman besar. Sudah tentu, jika kerajaan sekarang hilang kuasa, ia tidak mempunyai kedudukan untuk mengagihkan pelbagai faedah kerana pada masa itu pengaruhnya sudah hilang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama mengenai "Kedaulatan Negara" pada Siri Syarahan Perdana Ke-7 di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Ditanya sama ada itu merupakan perkara yang paling dibimbanginya, beliau menjawab jika lompat parti itu berlaku, dengan itu Malaysia akan mengalami `banyak konflik".

"Kita lihat sahaja respons orang Melayu, misalnya. Mereka telah menyenaraikan pelbagai desakan untuk itu dan ini sebagai respons kepada desakan yang dibuat pihak lain. Mereka fikir penyelesaiannya ialah dengan mengenepikan konsep demokrasi, bahawa mereka patut kembali kepada corak kerajaan feudal.

"Sudah wujud cakap-cakap di kalangan mereka...saya tidak tahu ia seserius mana tetapi hakikat yang ia disuarakan, amat merisaukan," kata Dr Tun Dr. Mahathir.

Ditanya sama ada terdapat kemungkinan wujud pemerintahan anarki di negara ini, katanya: "Mungkin, tetapi bukan anarki unggul tetapi pastinya wujud ketidakstabilan kerana kerajaan yang memerintah tidak akan aktif menumpukan kepada memajukan negara."

Kepada soalan lain mengenai sama ada Pembangkang akan berjaya mendapatkan 30 anggota Parlimen berkenaan, bekas Perdana Menteri merujuk kepada Sabah dan Sarawak.

"Jika kita ambil UMNO, MCA dan MIC, akar umbi mereka di sini (di semenanjung) dan bukan di Sabah dan Sarawak. Walaupun ada UMNO di Sabah, ia dipindahkan dari sini ke sana. Mereka sebelum ini merupakan parti-parti kecil. Jadi dapatkah kita pastikan yang mereka akan kekal setia kepada UMNO? Saya fikir tidak," katanya.

Beliau berkata malahan di Semenanjung, mungkin akan ada anggota Parlimen yang akan lompat parti kerana mereka tahu yang mereka akan berada dalam kerajaan baru pimpinan pembangkang.

Dr Tun Dr. Mahathir berkata tindakan lompat parti itu tidak akan menimbulkan masalah jika BN telah menang dengan majoriti dua pertiga di Parlimen dan malahan jikapun ada anggota Parlimen yang lompat parti, mereka tidak akan dapat banyak faedah kerana anggota Parlimen itu masih dengan kelompok pembangkang.

"Tetapi sekarang jika mereka lompat parti, mereka akan menyertai kerajaan lain, mereka tidak akan rugi, malahan mereka boleh buat duit," kata bekas pemimpin berusia 83 tahun itu.

Beliau merasakan yang Pakatan Rakyat merupakan satu kuasa yang perlu diberikan perhatian, bukan kerana ia kuat atau rakyat sukakan Pembangkang tetapi kerana "perasaan kecewa"

default

Mana Janji Manismu? Pemuda Selangor Pertikai Tindakan Tangguh Turun Cukai Pintu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Oleh Adnil Mohd

Selayang -- Pemuda UMNO Selangor hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang menangguhkan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus seperti yang terkandung dalam manifesto mereka pada pilihanraya umum lalu.

Ketuanya, YB Abdul Shkor Idrus berkata selain projek ratusan juta penternakan babi, setakat ini belum ada satu pun janji yang benar-benar dilaksanakan kerajaan negeri.

Beliau seterusnya melahirkan kekhuatiran terdapat banyak lagi alasan dan dolak dalih yang akan diberikan kerajaan negeri selepas ini dalam melaksanakan janji-janji mereka.

"Amat malang bagi penduduk Selangor yang sehingga hari ini masih belum menerima sebarang manfaat daripada kerajaan baru setelah tertarik dengan pelbagai janji yang ditawarkan pada pilihan raya umum lalu.

"Apa yang mereka benar-benar dapat hari ini hanyalah projek penternakan babi yang menelan belanja ratusan juta ringgit di Sepang", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penangguhan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus oleh kerajaan negeri seperti dijanjikan sebelum ini, sebaliknya akan memberikan insentif kepada pembayar cukai pintu.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kajian terperinci sedang dilakukan sebelum melaksanakan penurunan cukai pintu itu berikutan tahap pembangunan ekonomi negeri masih belum sampai tahap diinginkan dan harga tanah yang semakin tinggi di samping pelaksanaan projek-projek perumahan yang masih berterusan.

Mengulas lebih lanjut, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kuang seterusnya berkata rakyat sudah semestinya tertanya-tanya kenapa projek ratusan juta penternakan babi menjadi keutamaan berbanding janji-janji lain yang boleh memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri ini.

"Kita bukannya mahu mempertikaikan hak kaum lain tetapi kenapakah projek tersebut begitu pantas mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri sedangkan janji mereka yang lain seperti penurunan cukai tanah ini ditangguhkan termasuk pemberian bekalan air percuma.

"Kita cukup sangsi apakah kerajaan negeri di bawah Tan Sri Khalid duduk di bawah telunjuk DAP atau sebenar-benarnya menjadi kerajaan untuk rakyat", soalnyanya. Beliau turut menegaskan Pemuda negeri akan terus memainkan peranan untuk mendesak kerajaan negeri melaksanakan segala janjinya pada pilihanraya umum lalu.

"Kita akan desak mereka berpandukan manifesto yang dikemukakan kepada pengundi pada pilihan raya lalu. Kita bukannya mahu mencari populariti dan memanipualsi keadaan, sebaliknya memastikan hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Selangor dilaksanakan.

"Apa yang kita harapkan penduduk sepakat dan berpadu tenaga bersama-sama dengan kita untuk menuntut perkara ini", ujarnya.

default

Pemuda Beri Amaran Henti Persoal Kuasa Raja-raja Melayu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyelar tindakan YB Karpal Singh yang secara berterusan mempersoalkan kuasa yang berhubung Raja-raja Melayu.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan Karpal yang menyentuh hak dan kuasa Raja-raja Melayu ini jelas melanggar ketertiban pembentukan negara ini yang diamal dan dipertahankan sejak wujudnya negara ini.

Tegas beliau Malaysia adalah sebuah Negara Raja Berperlembagaan, di mana ianya berkait rapat di antara satu sama lain.

"Raja-raja Melayu merupakan lambang Ketua Agama Persekutuan dan juga kepada Negeri-negeri Melayu yang lain.

"Ke bawah Duli Tuanku Agong dan Raja-raja Melayu juga adalah juga Payung yang menaungi seluruh rakyat jelata di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

"Kita tidak boleh pisahkan urusan kenegaraan di antara Institusi Raja dan Perlembagaan Negara. Ia sangat berkait rapat di antara satu sama lain. Kemakmuran dan kerukunan bermasyarakat terbentuk selagi kita menghormati latarbelakang ini", katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini

Justeru, beliau mahu agar tingkah laku menguji kesabaran dan membangkitkan isu sensitif seumpama ini tidak keterlaluan sehingga membawa reaksi tidak senang di kalangan orang Melayu sehingga boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dihentikan segara.

"Hentikan segera perbuatan ini. Raja-raja Melayu bukan sahaja perlu dihormati tetapi institusinya hendaklah dipertahankan oleh semua kaum yang mengaku sebagai rakyat Malaysia.

"Ini soal kenegaraan dan bukan soal undang-undang semata-mata", ujarnya.

Tambah beliau lagi sebagai seorang Peguam dan ahli politik veteran, YB Karpal Singh seharusnya lebih mahir mengenai undang-undang serta sejarah penubuhan negara ini.

Malahan tegasnya YB Karpal Singh mestilah lebih bertanggungjawab daripada orang biasa sebelum membuat sebarang kenyataan umum dan mengambil sebarang tindakan.

"Saya dan Pemuda UMNO tidak akan sekali-kali berkompromi dalam soal ini", katanya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam laporan media hari ini terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa "rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal."

"Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP," katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

default

RAJA PETRA ,RAJA BLOG SUDAH KENA DAKWA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu. Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.Kesan daripada itu beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.Salah seorang peguambela William Leong, Raja Petra meminta rakyat negara ini yang menyokong prinsip demokrasi agar menyumbang RM1 setiap seorang bagi menjelaskan ikat jamin tersebut. Apa yang menggelikan hati sekarang ialah Raja Petra meminta rakyat menyumbang untuknya.Sudahlah menulis secara berbohong. Berbohong dengan rakyat kemudian minta rakyat menderma untuknya. Tapi Mutiara Melayu tidak terkejut kerana ada juga orang Islam yang akan menyumbang untuk kerja-kerja pembohongan ini. Nanti dapat pahala sedekah untuk orang yang memfitnah. Ahli PAS tak perlu risau kerana masuk PAS pun dah bererti masuk syurga. Jadi menderma untuk pembohongan pun akan masuk syurga dan dikira sebagai amal ukhrawi.
Kita boleh mengambil ikhtibar dalam kes artikelnya mengenai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Nordin Kardi bertajuk ‘Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? .Dalam kes itu Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan Raja petra membaya RM2 juta. Dari keputusan mahkamah itu nyata dia bersalah.Namun Raja Petra dengan penuh bangga menulis cerita dia buang semua surat saman peguam dalam tong sampah dan sanggup diistihar bangkrap dari membayar RM2 juta itu.Bagi pembangkang sekiranya kawan mereka kalah di mahkamah mereka kata mahkamah tidak adil.Sekiranya kawan mereka menang, mereka kata "lihatlah bahawa kami benar". Inilah realiti Malaysia hari ini

mysrimuara.blogspot.com

default

Pengakuan Ezam Terhadap Perjuangan Anwar - Mohd Sayuti Omar

on Saturday, May 3, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pengakuan Ezam Terhadap Perjuangan Anwar - Mohd Sayuti Omar
Menjenguk website dan blog yang saya selalu kunjungi, telah berpeluang membaca tulisan seorang blogger, Mohd Sayuti Omar.


Beliau menulis temuramahnya dengan Ezam yang disiarkan di klpos.com dan msomelayu.blogspot.com meceritakan pengakuan Ezam yang kini menyepi dari persada politik. Penulis itu sendiri terasa kehilangan Ezam tatkala Pakatan Rakyat sudah memenuhi banyak kerusi Parlimen yang akan bersanding sehari dua lagi dan juga telah merampas lima [5] buah negeri di Semenanjung Malaysia. Turut diungkai, pandangan peribadi penulis yang menganggap Ezam dan Azmin seperti kembar siam menjadi perisai kepada Anwar Ibrahim. Itu semua menjadi bahan sejarah perjuangan Anwar Ibrahim.

Mohamad Ezam Mohd Nor, sekarang ini lebih menumpukan kepada perjuangan melawan Rasuah habis habisan. Beliau lebih fokus memimbing NGO, Gerakan Anti Korupsi Malaysia [GERAK].

Memetik beberapa potongan perenggan cerita yang dilaporkan ada menyebut


"Ezam berterus terang bahawa dia tidak senang dengan sikap dan perwatakan politik Azmin Ali. Azminlah yang tidak menyenangkan jiwanya. Kini ia sudah berjangkit kepada Anwar. Sikap Anwar yang tidak membelanya dan terus menunjukkan sikap panas barannya bila Ezam melakukan sikit kesalahan, menjadikan Ezam merasakan dia tidak berguna. Menurut Ezam pernah sekali mereka bertemu di hospital semasa melawati seseorang namun Anwar buat tidak endah dan menghormatinya langsung. Lantaran itu dia merasakan wajar beliau terus kekal dalam perlariannya itu."

"Bila bercakap mengenai Anwar, Ezam tidak segan silu lagi. Beliau beterus terang mendakwa bahawa Anwar kini sudah berubah. Ezam lantas membalun Anwar yang tidak lagi memperjuangkan Melayu. Anwar menurut pemerhatiannya sudah tidak meletakkan Melayu sebagai tonggak perjuangan PKR. Itu alasan dan justifikasi kenapa beliau dingin kepada Anwar dan PKR."

"Dalam masa sama katanya Anwar turut menolak DEB, yang menjadi kebanggaan dan harapan orang Melayu selama ini. Bagi Ezam penolakan DEB oleh Anwar ini sangat buruk dan huduh. Buruk dan huduh sehingga beliau melarikan diri dari kemelut perjuangan PKR."

msomelayu.blogspot.com

default

Saya diminta terus terajui MAIPP – Shabudin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Saya diminta terus terajui MAIPP – Shabudin

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

TASEK GELUGOR 1 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menolak peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Sehubungan itu, Shabudin yang telah mengumumkan peletakan jawatannya pada 8 April lalu selaras dengan kehendak kerajaan negeri yang baru telah diminta meneruskan tugasnya sehingga tempoh watikah pelantikan berakhir pada 31 Disember tahun depan.

Menurut Shabudin, beliau bersama ahli majlis MAIPP telah diminta menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu, Kuala Lumpur pada 28 April lalu untuk memberi penjelasan berhubung peletakan jawatan tersebut.

‘‘Tuanku Mizan berpendapat semua ahli majlis (MAIPP) yang lain perlu meneruskan tugas dan tanggungjawab sehingga berakhir tempoh watikah pelantikan.

‘‘Baginda juga meminta segala perancangan dan usaha yang dirancang untuk kepentingan umat Islam sebelum ini diteruskan bagi mencapai kejayaan yang diharapkan,” katanya.

Shabudin ditemui pada majlis lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda di sini hari ini.

Pada 8 April lalu, Shabudin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua MAIPP selepas menerima desakan daripada kerajaan negeri pimpinan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu jawatan itu diberi kepada calon baru.

Perkembangan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP dan PKR yang sebelum ini mendesak Shabudin meletakkan jawatan selepas pakatan pembangkang menguasai Pulau Pinang pada pilihan raya umum lalu.

Shabudin dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP berkuat kuasa 1 Januari 2008 hingga Disember 2009.

Menurut Shabudin, pihaknya yakin perkara tersebut sudah sampai kepada pengetahuan pimpinan kerajaan negeri.”

nota: syukur ke hadrat Illahi, negara kita masih mempunyai Agong yang menjaga perihal agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan. Apakah nasib YDP MAIPP ini sekiranya tanggungjawab perihal agama Islam di Pulau Pinang terletak di atas kuasa ketua menteri atau exco negeri sahaja??

Daulat Tuanku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.