Archive for August 2008

default

Merdeka !!!

on Sunday, August 31, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 51 Malaysia ..

merdeka bukan sahaja bebas dari cengkaman penjajah malah kita perlu pertahan negara ini dari dijajah semula .Orang Melayu terutamanya perlu mengenang jasa perjuangan pejuang2 terdahulu dari parti keramat orang melayu iaitu UMNO spt Dato Onn,Tunku Abd Rahman ,Tun Razak ,Tun Ghafar,Tan Chen Lok,Sambathan dan juga nasionalis seperti Zaaba dalam bidang penulisan . Mereka ini adalah pengasas negara dan jiwa mereka adalah seperti seorang negarawan yang hanya mementingkan negara melebihi kepentingan peribadi .



Tahun 2008 ini merupakan zaman yang paling getir untuk bangsa melayu , Hak2 orang melayu cuba diganggu ,agama islam sudah dicabar dan orang bukan melayu terutama golongan muda mereka cuba mempertikai hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak sama seperti bangsa melayu . Adakah merdeka yg ke 51 ini telah memerdekan bangsa melayu ?? atau hak dan kuasa kita akan tergadai semula setelah kita merdeka pada 1957



Terdapat juga usaha Pakatan Rakyat yang mahu menukar pentadbiran negara melalui jalan belakang dengan membeli MP dari Sabah dan Sarawak .Jika mereka ini merampas kuasa maka akan berlaku la ketidakstabilan politik dan huru-hara akan berlaku di dalam negara. Pada masa itu kenikmatan keamanan dan kemakmuran hasil kemerdekaan akan terhapus dan lenyap begitu sahaja.

default

Bajet 2009 -Bajet Prihatin

on Friday, August 29, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selepas mendengar Bajet 2009 iaitu bajet prihatin yang dibentangkan oleh PM petang tadi ,saya menyambut baik bajet ini sesuai dengan bajet prihatin .Kakitangan kerajaan tentu gembira apabila bonus diumumkan 1 bulan gaji dan juga insentif2 lain untuk rakyat terutama golongan pendapatan rendah .

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Jumlah bajet

-Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan

-Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

-Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

-Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

-Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

-Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

-Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

-Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

-Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

-Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

-Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan

-Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna

-Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan

-Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

-Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

-Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

-Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

-Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

-Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

-Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

-Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

-Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

-Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

-Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

-Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

-Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

-Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

-Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

-Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.


-Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan


-K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel


-Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

-Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

-Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.

-Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

-Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

-Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

-Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani

-Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

-Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

-Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

-Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak

default

Apakah perlu lagi post mortem pada BN ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dr Novandri Hasan Basri

Pihak tertinggi UMNO akan mengadakan 'postmortem' untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan BN di Permatang Pauh. Ironinya, postmortem baru sahaja dibuat kira-kira 5 bulan yang lalu untuk mengkaji prestasi BN di PRU-12.

Perkataan 'postmortem' memang terasa 'besar' dan perlu disegerakan tetapi postmortem ala UMNO terasa lembap dan tidak bermakna kerana tiada tindakan susulan yang serius. Jika ada pun, ianya tidak menjurus kepada menyelesaikan permasaalahan yang paling besar iaitu kewibawaan dan imej pemimpin tertinggi di dalam UMNO itu sendiri.

Seperti kata orang bijak pandai, UMNO dan BN masih berada di dalam denial stage dan masih enggan menerima isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kita mulakan 'postmortem' kita dengan statistik pengundi di Permatang Pauh.

Secara ringkas, daripada 58,459 pengundi berdaftar di Permatang Pauh, 26,942 daripadanya adalah ahli-ahli BN.

Ini bermakna BN sepatutnya telah mendapat 46% undi awal dan 'confirmed' di Permatang Pauh.

Di bawah adalah pecahan pengundi-pengundi BN :-

1. UMNO - 19,442 pengundi

2. Gerakan - 2,900 pengundi

3. MCA - 2,400 pengundi

4. MIC - 1,700 pengundi

5. PPP - 500 pengundi.

Seperti yang diketahui, Calon BN, Arif Shah hanya menerima undi sebanyak 15,524.

Ini bermakna, Arif Shah telah kehilangan 11,418 undi (26,942 undi - 15,524 undi) yang sepatutnya berpihak kepada beliau.

Apakah mereka tidak keluar mengundi atau pun mengundi parti lawan, PKR?

Daripada 58,459 jumlah total pengundi di Permatang Pauh, sejumlah 47,258 undi (termasuk 447 undi rosak) yang telah diterima.

Ini bermakna 80.83 % telah keluar mengundi, satu peratusan yang tinggi sedangkan hari itu merupakan hari bekerja untuk pihak swasta (cuti umum untuk agensi kerajaan).

Ini juga bermakna, sejumlah 11,201 (19%) pengundi tidak keluar mengundi.

Dan menurut senarai terbaru (berdasarkan kepada senarai PRU-12), PKR hanya mempunyai 12,000 ahli/pengundi berdaftar di Permatang Pauh.




Dan jika ditambah dengan 8,000 jumlah ahli PAS yang boleh mengundi di sana, totalnya ialah 20,000 orang.

Hipotetikalnya, BN sepatutya sangat selesa jika dibandingkan dengan parti PKR dengan perbezaan yang besar iaitu 6,000 undi (26,000 BN vs 20,000 PKR). Tetapi ianya tidak berlaku di Permatang Pauh. (statistik daripada The SUN)

Malah tektik politik 'persepsi' yang dicanang-canangkan oleh jentera pilihanraya PKR, seolah-olah Permatang Pauh milik Anwar Ibrahim, telah berjaya dengan cemerlangnya. Canggih!

Ianya sungguh efektif sehinggakan ramai di antara kita yang tertawan dan percaya kepada modus operandi jentera pilihanraya Permatang Pauh.

Malah beberapa menteri kanan kerajaan turut tertipu dan tanpa segan silu serta tidak hormatnya kepada ahli-ahli BN dan jentera pilihanraya BN di Permatang Pauh, telah berkata bahawa mereka sudah tahu PKR akan menang walau pun sebelum pilihanraya lagi!

Apakah ini yang dinamakan semangat kekitaan dan ingin berjuang? Apakah menteri-menteri ini telah turun ke Permatang Pauh dan membantu atau pun mereka itu hanya pandai bersuara tetapi sebenarnya tiada kualiti untuk berjuang bersama-sama ahli-ahli BN di Permatang Pauh?

Penulis berasa amat malu apabila membaca komen-komen menteri-menteri kanan tersebut di dalam akhbar-akhbar hari ini. Sungguh memalukan!

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempunyai jawapan yang lebih logik. Diantaranya:-

1. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

2. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

3. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

3. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

4. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.



pejuang melayu - Pak Lah perlu memberi laluan kepada Najib untuk memulihkan UMNO dan BN .Sebelum ini aku memberi sokongan kepada Pak Lah untuk memulihkan parti selepas PRU12 tetapi kita sudah nampak ia tidak berhasil selepas PRK Prmtg Pauh ,walaupun kalah tetapi kita gagal menambah bilangan undi malah kurang lagi .Jadi,kegagalan UMNO berkait rapat dgn PAK LAH dan ia isyarat dari bukan sahaja pengundi atas pagar malah ahli UMNO sndiri yang tidak suka Pak Lah . Selain itu ,satu sebab lagi ialah aku suka menyalahkan pengundi prmtg pauh yang mengundi Anwar jelas belum sedar lagi keadaan semasa dan apa yang berlaku kepada bangsa dan agama islam. Isu Uitm,forum memeluk islam ,babi,peruntukan untuk masjid diagihkan juga untuk agama lain ,dan hak keistimewaan org melayu jelas belum buka mata pengundi matang pauh terutama pengundi muda . Kita tolak tepi la isu liwat anwar tetapi isu2 yang berkaitan hak keistimewaan org melayu dan agama islam perlu dipertahankan . Kita tunggu dan lihat apa yang Anwar akan buat selepas bergelar Ketua MP Pembangkang?? adakah dia akan menjadi juara utk perjuangkan bukan melayu @ melayu ..

default

Anwar tidak mungkin jadi PM - Mahathir

on Wednesday, August 27, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


PUTRAJAYA 27 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan walaupun berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti bagi membentuk kerajaan Pusat.

``Dia (Anwar) fikir bahawa dia boleh beli mereka (Ahli Parlimen BN), tetapi dia mesti ingat ada orang lain boleh menawarkan harga lebih tinggi,'' katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kehadiran semula Anwar dalam Parlimen selepas menewaskan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti 15,671 undi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam.

Bekas Presiden BN itu menambah, kerajaan harus mengambil pengajaran di atas kekalahan BN semalam dan Pilihan Raya Umum lima bulan lalu.

``Kemenangan PKR bukan kerana parti itu hebat, sebaliknya ekoran kegagalan calon-calon daripada UMNO yang bertanding,'' katanya.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir bimbang kejatuhan populariti BN dalam masa lima bulan sejak pilihan raya umum lalu, tidak hanya akan berlaku di kawasan Permatang Pauh tetapi akan turut memberi kesan ke tempat lain jika berlaku sekali lagi pilihan raya kecil.

Dr. Mahathir seterusnya mengulangi seruannya supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan penurunan sokongan rakyat kepada BN.

``Ini mesej (pengundi) kepada Pak Lah. Tapi saya percaya dia akan tutup telinga dan mata dan akan salahkan sabotaj.

``Mesej bulan Mac tak faham. Mesej kali ni pun kalau tak faham, BN akan kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang,'' katanya. - Utusan

default

Anwar menang dalam misi yang gagal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Akhirnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Parlimen Permatang Pauh walupun gagal dalam misi menghilangkan wang deposit calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah.

Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi.

Ternyata misi bersungguh Anwar dengan mengerahkan seluruh jentera PKR seluruh negara termasuk dari rakan pakatannya DAP dan Pas untuk menghilangkan wang deposit calon BN tidak kesampaian.

Malah pilihanraya kecil Permatang Pauh mencatatkan sejarah pilihanraya kecil terburuk dalam sejarah negara dengan menyaksikan pelbagai insiden ganas termasuk 71 laporan polis yang membabitkan pelbagai kes termasuk ugutan bunuh.

Dalam tempoh 10 hari berkempen, jentera BN khususnya Wanita dan Puteri bukan sahaja dihalang berkempen tetapi turut diancam dengan pelbagai cara termasuk disembur dengan racun serangga.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat peti undi Jalan Semilang semalam juga dilontar air botol.

Ternyata tindakan Anwar untuk bertarung di dalam kandangnya sendiri tepat walaupun sebelum ini dikatakan mahu bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak atau Kulim/Bandar Baharu.

Hakikatnya juga walaupun dilemparkan pelbagai dakwaan kononnya sistem demokrasi di negara ini sudah mati sama sekali tidak berasas.

Kemenangan Anwar juga membuktikan tiada manipulasi dari segi perjalanan demokrasi di negara ini seperti sering yang dilemparkan.

Sumber : www.pemudaumno.org

default

Komen Tun Dr Mahathir Mengenai Permatang Pauh

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

. Apa yang telah dijangka sudah pun berlaku.

2. Anwar menang.

3. Barisan Nasional kalah.

4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.


5. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.

8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.

10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.

11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.

12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.

13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.

14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.

15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.

16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.

17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.

18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?

default

Detik Penghapusan Ketuanan Melayu Bermula ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Detik penghapusan ketuanan Melayu digantikan dengan ketuanan rakyat telah bermula setelah DSAI telah diishtiharkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh malam tadi ..

Bermulalah zaman kegelapan bangsa Melayu di tanah air tercinta ini ...

Hak-hak keistimewaan orang melayu akan terhakis dan agama islam kita disamaratakan ..

default

Jam 3.00 ptg dari permatang pauh

on Tuesday, August 26, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Secara umumnya di semua Daerah Mengundi suasana pembuangan undi agak panas, namun tiada kejadian tidak diingini yang erlaku setakat ini. Pihak keselamatan telah meningkatkan pemantauan dan rondaan serta kawalan bagi memastikan pengundian berjalan lancar.

Namun disebabkan kenderaan yang banyak menyebabkan trafik yang sesak menyebabkan kawasan ke tempat pengundian.

10.50 pg

Seorang penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan polis selepas dipercayai cuba mengapi-apikan penyokong parti itu di kawasan bawah jejantas di Seri Penanti, jam 10.50 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Superintendan Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata lelaki berusia 22 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 186 kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas

11.00 pg

Terdapat laporan petugas pembangkang telah mengugut pengundi dari keluar mengundi dengan kapak di Taman Guar Perahu, Penanti.

11.45 pg

PKR dijangka akan mecetuskan huru-hara di Daerah Mengundi Permatang Tengah dan kawasan sekitar dengannya lebih kurang jam 3.00 ptg bagi menghalang pengundi keluar mengundi pada waktu tersebut.

1.00 ptg

Di Daerah Mengundi Bukit Indera Muda, kerani SPR dikatakan telah mengarahkan warga Emas khasnya wanita untuk memangkah calon no.2 iaitu DSAI. Ini adalah hasil rungutan warga emas terbabait yang keluar dari tempat pengundian tersebut.

3.00 ptg

Jalan di seluruh Pematang Pauh sesak, pihak PKR sedang membuat kesesakan dengan perarakan dan sorakan kemenangan walaupun masa pegundian belum ditutup.

default

Mufti Sangkal Dakwaan Imam Masjid Wilayah Persekutuan Sumpah Saiful Tidak Sah

on Monday, August 25, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kenyataan Imam Masjid Wilayah Pesekutuan, Ramlang Porigi yang mendakwa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lepas tidak sah, tidak boleh diterima pakai, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Beliau berkata imam itu yang menjadi saksi kepada sumpah tersebut tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.

"Saya dapat maklumat dia pegawai rendah sahaja. Kita perlu tahu apa pengkhususannya, kalau dia hanya dalam bidang tajwid bukan hukum hakam maka dia berhak cakap pasal tajwid sahaja bukan soal hukum," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan imam tersebut yang mendakwa sumpah Mohd Saiful tidak sah dan tidak mengikut lunas-lunas Islam.

Wan Zahidi yang bimbang dengan kenyataan itu, menyifatkannya sebagai pandangan peribadi imam tersebut yang mana boleh menimbulkan kekeliruan umat Islam.

Beliau berkata soal hukum tidak boleh berdasarkan fikiran sendiri yang mana boleh menjadi dosa kerana ia menjadi panduan orang ramai.

"Ini adalah hukum Allah, sebab itu saya sendiri bila bercakap ada kitab di hadapan, kerana saya tidak berani malah berdasarkan ingatan pun tidak boleh.

"Saya nampak dia memberi kekeliruan kepada umat Islam kerana tidak membuat apa-apa rujukan sebelum memberi kenyataan. Saya sangsi beliau boleh membaca kitab fekah," katanya sambil merujuk kitab fekah "Hasyiah I'anah al-Talibin" yang menjadi rujukan ulama seluruh dunia.

Mengulas lanjut kenyataan imam tersebut yang menyatakan sumpah mubahalah seharusnya dibuat selepas kes tersebut selesai dibicarakan di mahkamah, Wan Zahidi berkata perkara tersebut adalah tidak benar.

Katanya sumpah yang dilakukan Mohd Saiful adalah di luar mahkamah dan ia tiada kaitan dengan prosedur di dalam mahkamah.

Mengulas lanjut mengenai sumpah yang dilakukan Mohd Saiful, Wan Zahidi berkata sumpah yang dilakukannya itu adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan.

Beliau berkata wakil pihak Mohd Saiful sendiri ada bertanya kepada beliau untuk mendapatkan nasihat yang betul tentang pelaksanaan sumpah itu.

Katanya perkara yang digunakan untuk bersumpah perlulah dengan menggunakan nama Allah atau sifat-sifatnya yang didahului dengan huruf "Qasam" atau sumpah iaitu "waw", "ba" dan "ta".

"Sumpah itu boleh disebut dengan "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, tetapi jika hanya menggunakan salah satu daripadanya sudah memadai," katanya.

Beliau berkata saksi juga tidak diperlukan ketika melafazkan sumpah kerana ia atas kerelaan individu itu sendiri.

"Tidak kira di mana pun melakukan sumpah, siapapun saksinya yang penting menyebut nama Allah. Soal tempat, memegang al-Quran, selepas Asar hari Jumaat hanyalah cara-cara pemberatan sumpah sahaja," katanya.

Wan Zahidi juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan memegang al-Quran ketika melakukan sumpah menyamai ajaran Kristian.

Beliau berkata mengikut pendapat Imam Syafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali, jika seseorang itu melakukan sumpah dengan meletakkan tangan ke atas al-Quran ia adalah sah.

Katanya begitu juga penggunaan perkataan "Amin" dalam sembahyang atau ketika berdoa yang sama dengan "Amen" yang digunakan agama Kristian ketika upacara doa di gereja hanyalah persamaan zahir dan tidak boleh dianggap meniru dengan upacara agama tersebut.

Beliau juga melahirkan kebimbangannya dengan senario politik hari ini yang mana menggunakan agama untuk kepentingan peribadi hingga menimbulkan banyak fitnah.

"Saya bimbang...saya takut (dengan senario ini), agama jangan dipolitikkan. Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang bertanyakan akan hal ini," katanya.

default

SOAL POKOK ADALAH SUMPAH SAIFUL DAN SUMPAH ANWAR BUKAN SIAPA YANG ATUR !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



August 25, 2008 by Pendeta
Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah. Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau disitu secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

Persoalan kepada Imam Ramlang Porigi :

1. Bersumpah kepada Allah SWT adakah ianya merupa kesalahan dan jahat? Apakah tujuan Imam ini berceramah di Permatang Pauh jika tidak berniat jahat untuk memburukkan Saiful Bukhari dan sumpahnya ini lagi jahat gunakan masjid untuk menghasut. Sila berikan hujah dimana salahnya bersumpah dengan nama Allah.

2. Tanpa Imam ini pun sumpah itu sudah sah apabila Saiful menyebut “Wallah hi, wabilla hi, watallahi “, dengan kehadiran Imam ini atau tanpa imam ini atau hadir dengan paksa, sumpah ini tetap sah.

3. Mereka cuba kelirukan rakyat, Imam ini hanya menafikan bahawa dia tidak terlibat dalam pengaturan sumpah ini, sememangnya tidak siapa yang peduli atau persoalkan sama ada dia megaturkan atau tidak, persoalan pokok disini adalah Saiful sudah bersumpah dan bukan siapa yang mengaturkan. Inilah yang diputar belitkan oleh PKR untuk :

a ) Cuba mempertahankan Anwar dari bersumpah kerana Anwar sebenarnya takut untuk bersumpah.

b ) Sengaja mengadakan ceramah Imam ini dengan isu yang diputar belitkan, imam ini tidak mengatur… siapa peduli dia tak megatur, sekali lagi ingin dinyatakan bahawa soal pokok disini diputar belitkan atas niat politik.

c ) PKR cuba mempolitik agama dan sanggup menghina sumpah Wallah hi, wabilla hi, watallahi kerana mahu memenangkan Anwar.

4. Anwar berjaya membutakan ulama politik dan berjaya memperbodohkan ulama dengan wang ringgit yang telah diberikan oleh Anwar sebanayak RM 300 juta ketika pilihanraya yang lalu.

5. Entah berapa juta pula imam ini dapat dari Anwar kerana tiba -tiba sanggup menghinakan agamanya, menghina sumpah “Wallah hi, wabilla hi, watallahi”.

6. Yang akhir dan paling penting, RAKYAT TIDAK PEDULI SIAPA YANG MENGATURKAN UPACARA SUMPAH ITU, YANG PENTING SUMPAH ITU DI BUAT CARA YANG BETUL, YANG RAKYAT NAK TAHU SEKARANG BUKAN PENAFIAN IMAM ITU. ITU TIDAK PENTING SEBAB BUKAN DIA YANG PATUT MENAFIKAN SUMPAH DAN BUKAN DIA YANG BERSUMPAH. CERITA POKOKNYA SEKARANG ADALAH ANTARA SAIFUL, ANWAR DAN ALLAH SWT.

KITA PEDULIKAN PASAL IMAM DAN ULAMA POLITIK YANG SUDAH GELAP MATA DENGAN WANG POLITIK. YANG DINANTIKAN OLEH RAKYAT PERMATANG PAUH ADALAH ANWAR BERSUMPAH DAN BUKAN IMAM MENAFIKAN MENGATURKAN SUMPAH BERKENAAN .. TAK KIRALAH SIAPA YANG MENGATURKAN, YANG PENTING LAFAZ TELAH DI JALANKAN.

Wartawan KPMU

default

Apabila pembangkang ludah jilat balik

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Persoalannya kenapa pengakuan Ramlang Porigi diadakan sekarang, bukan selepas Pilihanraya Permatang Pauh? Adakah bermotifkan politik?

Menurut laporan Malaysiakini ,Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini. Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya. Tuan Ibrahim, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya. Beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu. Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.
Dakwaan Pembangkang sebelum ini, bahawa Ramlang sebagai ahli UMNO tidak berasas lagi.. Kerana secara langsung beliau telah berkempen untuk pembangkang!!!

Persoalannya, bagaimana seorang imam di jabatan kerajaan boleh terlibat dalam majlis parti politik.. apatah lagi parti politik pembangkang........ kempen pilihanraya pulak tu.

Namun melalui penjelasannya, beliau tidak menafikan sumpah Mohd Saiful Bukhari adalah sah mengikut syariat. Malah beliau menyatakan sepatutnya DSAI juga bersumpah... Walaupun beliau berkata istilah suka sama suka masih menyatakan DSAI telah melakukannya dengan sukarela.

Inilah antara sebahagian skrip yang telah dibekalkan kepada Imam Ramlang...

Seterusnya beliau menyatakan "Beliau juga menyatakan kesediaan dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana tidak memegang sebarang jawatan. Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dalam pilihanraya itu, Ramlang menyatakan beliau tidak memihak kepada mana-mana parti.

Mengulas pertanyaan media sebab beliau membuat penjelasan malam ini, imam itu berkata beberapa hari selepas sumpah Mohd Saiful, beliau menerima banyak panggilan yang membuat tuduhan liar (pembangkang) terhadapnya tetapi tidak ada pihak yang mempertahankannya atau memberi saluran untuk bersuara."


Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh melahirkan kesangsian terhadap kenyataan iman Masjid Wilayah Kuala Lumpur, Ramlang Porigi yang menyatakan sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai tidak sah di sisi Islam.

Alasannya menurut beliau ialah, beliau sangsi sama ada Ramlang sebagai seorang pegawai rendah agama mempunyai kemampuan untuk membaca kita Feqah bagi menentukan sama ada proses mengangkat sumpah berkenaan sah atau tidak.

Malah katanya, kewibawaan Ramlang juga oleh dipertikaikan kerana beliau keliru apabila membuat kenyataan tersebut disebbakan beliau tidak merujuk kepada mana-mana kitab.

Wan Zahidi membuat kenyataan itu pada sidang media di pejabatnya petang Isnin bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul ekoran kenyataan Ramlang itu yang dibuatnya semasa berceramah di atas pentas politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantu kempen calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

default

Demi Politik -Anwar fitnah Najib amal agama Hindu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Demi politik tergamak Anwar fitnah Najib amal acara keagamaan Hindu…. Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari Isnin membuat fitnah terbaru terhdap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengamalkan acara kegamaan Hindu.

Pada sidang media di pejabat Yayasan Aman, bilik gerakan PKR di Permatang Pauh, Anwar membuat fitnah terbaru itu sebagai menjawab desakan kenapa beliau tidak mahu bersumpah mengikut cara Islam bagi membersihkan dirinya daripada dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Najib angkat sumpah (merujuk kepada sumpah Najib di Masjid Guar Perahu, Jumaat malam) esok dia pergi sumpah Hindu dia pulak…adakah lusa dia nak pergi masjid lain angkat sumpah nak betulkan sumpah Hindu dia tu pula,” katanya.

Beliau dipercayai merujuk mengenai Hindu itu berdasarkan penyiaran akuan bersumpah seorang lelaki India beragama Hindu oleh pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang menuduh Najib mengamalkan upacara sembayang mengikut agama Hindu.

Dalam akuan bersumpah itu, Najib didakwa membawa seorang sami Hindu ke rumahnya setiap bulan bagi mengadakan acara sembahyang mengikut cara Hindu dengan duduk di hadapan api serta menggunakan segala peralatan acara keagamaan itu.

Fitnah terbaru Anwar itu dilihat sebagai usaha beliau untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapinya. Antara isu yang dihadapi Anwar ialah desakan agar beliau bersumpah bagi membersihkan dirinya dalam isu liwat. Kedua, desakan agar beliau memberisihkan namanya ekoran pendedahan teman karibnya, Datuk S Nallakarupan bahawa Anwar menerima wang daripada syarikat judi 4-nombor ekor, Magnum Corporation.

default

BARISAN NASIONAL 60-40

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PERMATANG PAUH 23 OGOS - Desas desus yang begitu kencang di parlimen Permatang Pauh sejak sehari ini ialah Anwar Ibrahim akan bersumpah. Sama ada benar atau tidak, hari mengundi semakin hampir iaitu pada 26hb Ogos ini. Hanya tinggal 3 hari lagi dan mengikut kajian yang dilakukan, sudah banyak undi yang beralih kepada Barisan Nasional.

Semuanya kerana karakter Anwar Ibrahim yang semakin tidak disenangi oleh rakan-rakan di parti PKR terutamanya PAS. Dan jentera pilihanraya BN terutamanya UMNO sudah mulai teratur dan bergerak lebih lancar dan terbuka.

Mesyuarat bersama Tan Sri Muhamad Taib petang tadi telah menyaksikan beberapa isu yang sangat penting diselesaikan. Dan kami perhatikan ialah kali ini semua ketua cawangan di Permatang Pauh berpuas hati dan bertambah semangat untuk bekerja.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa jentera pilihanraya PKR begitu mantap dan advance. dalam masa yang sama, kami juga dapat tahu bahawa Anwar Ibrahim akan membawa sekumpulan penyokongnya ke setiap ceramah beliau bertujuan untuk men'gah'kan jumlah orang yang hadir di setiap ceramah beliau.

Jika maklumat ini benar, Anwar Ibrahim bukanlah sehebat mana pun. Beliau berstrategikan politik 'persepsi' atau 'andaian' yang kononnya, beliau sangat kuat di Permatang Pauh. Malah tarih keramat beliau iaitu 16 September 2008, juga merupakan politik persepsi untuk mengaburi rakyat Malaysia.

Maklumat terbaru yang kami terima ialah 60 - 40.

*SEBAGAI PERINGATAN, KAMI MENGHARAPKAN AGAR PENDUDUK PERMATANG PAUH YANG TINGGAL ATAU BEKERJA DILUAR PERMATANG PAUH SUPAYA BERAMAI-RAMAI PULANG KE PERMATANG PAUH UNTUK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING.

default

Sumpah Saiful memenuhi syarat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim hari ini berkata bersumpah dengan nama Allah sambil memegang al-Quran tidak wajar disamakan dengan sumpah orang Kristian.

Katanya, yang penting, apabila seseorang itu melafazkan sumpah mengikut cara Islam, ia adalah dilakukan atas akidah dan perbuatan memegang al-Quran atau sebaliknya, bukan menyentuh soal akidah.

Oleh yang demikian, Dr Ismail dipetik oleh Bernama sebagai berkata, sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan (foto), bekas pembantu khas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memenuhi syarat sumpah mengikut Islam antara seorang hamba Allah dengan penciptanya.

"Sumpah adalah antara dia dengan Allah, kalau dia melakukan dengan ikhlas, orang lain tidak harus mempertikaikannya," kata beliau ketika dihubungi bagi mengulas polemik ulama mengenai sumpah Mohd Saiful yang mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.

Dr Ismail berkata Mohd Saiful sudah memenuhi syarat sumpah apabila melafazkan sumpahnya dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" dan tidak timbul sama sekali sama ada sah atau tidak sah.

Katanya, sama ada Mohd Saiful memegang al-Quran atau tidak bukan soal pokok dan tidak harus dipertikaikan.

"Jika kita makan menggunakan sudu dan garpu seperti orang Kristian, tidak pula menjadikan kita Kristian. Ia bergantung kepada niat kita," tambahnya.

Proses undang-undang

Katanya, Malaysia masih mengamalkan undang-undang sivil dan kes liwat membabitkan Mohd Saiful dan Anwar tetap berjalan mengikut proses undang-undang itu.

Dr Ismail berkata adalah perkara biasa ulama-ulama berbeza pendapat.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mempertahankan pendiriannya bahawa sumpah mubahalah tidak semestinya dilakukan di mahkamah sebaliknya boleh dilakukan di luar mahkamah.

Katanya, kepelbagaian pandangan ulama berkaitan sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful menyebabkan orang ramai keliru, lantas ada orang menyelewengkan isu itu.

Mufti itu berkata banyak pihak yang memberi pandangan mengenai perkara itu dan pandangan yang dikeluarkan tentulah berbeza-beza.

Ada yang berpendapat bahawa sumpah perlu dilakukan di Mahkamah Syariah dan memerlukan kehadiran empat saksi.

Kes liwat membabitkan Anwar menjadi isu hangat di Permatang Pauh dan pihak tertentu menyebarkan risalah mengandungi pandangan ulama-ulama mengenai tindakan Mohd Saiful melafazkan sumpah mubahalah.

Hukum qazaf

Risalah terbabit turut memuatkan pandangan Presiden Universiti Cordoba Prof Dr Taha Al Jabir Al-Alwani yang menyokong kes itu dirujuk mengikut hukum qazaf. Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Mohamad Radzi Othman berkata tidak harus timbul pertikaian tentang sama ada sumpah mubahalah dilakukan di dalam masjid atau di luar.

"Mubahalah bermaksud niat untuk membenarkan ucapan dan alam kes (Mohd) Saiful, dia mendakwa diliwat dan oleh demikian dia bermubahalah sebagai cara membenarkan ungkapannya dan dia mahu orang menerima ungkapan itu," katanya.

"Dalam Islam ia boleh dilakukan di mana-mana, tidak disyaratkan tempatnya di masjid tetapi jika dibuat dalam masjid pun perbuatan itu tidak salah," katanya.

Tentang Mohd Saiful memegang al-Quran semasa bersumpah, Prof Mohamad Radzi berkata ia tidak salah kerana tindakan sedemikian bukan satu syarat untuk bermubahalah.

"(Mohd) Saiful memegangnya mungkin dalam keadaan terdesak dan untuk mendapat kekuatan untuk melakukan mubahalah itu. Ia tidak salah dan tidak harus dipertikaikan. Dia hendak supaya orang terima apa yang dia sumpahkan, itu sahaja," katanya.

Mengenai pandangan kes liwat harus diadili mengikut hukum zina, Prof Mohamad Radzi berkata bagi tuduhan zina, apabila seseorang menuduh orang lain melakukan zina, pembuktian memerlukan empat saksi sebab kes itu berat.

Ulama tak sependapat

"Tetapi kes liwat ini, ulama-ulama tidak sependapat sama ada ia boleh disamakan seperti zina atau tidak. Ada yang kata kes liwat tidak sama seperti zina, maka syarat meletakkan empat saksi itu tidak perlu," katanya.

Beliau berkata dalam hal kes liwat sudah menjadi macam kes biasa yang hanya perlu dua orang saksi dan tuduhannya juga tidak sama seperti zina di mana jika tuduhan itu tidak boleh dibuktikan, tertuduh tidak boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu bagi zina, hukumannya ialah 80 kali sebatan rotan.

Menyentuh pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din bahawa kes liwat Mohd Saiful merupakan kes li'an, beliau berkata hukum li'an hanya terpakai bagi kes suami isteri dan dalam kes liwat Mohd Saiful, ia tidak terpakai sama sekali.

Beliau menyarankan supaya ulama tampil memberi penjelasan pada orang ramai mengenai hukum-hukum ini.

"Saya lihat ramai yang keliru dengan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh orang yang dianggap mahir dan mengetahui tentang agama. Saya harap mereka menjelaskan sejauh mana yang boleh dan jangan pula menyebabkan kekeliruan di kalangan masyarakat," katanya.

"Namun kita cukup keliru apa yang sangat istimewa sehingga pita itu disimpan di luar negara. Kita haraplah Anwar dapat jelaskan", ujarnya.

Petikan :
http://www.malaysiakini.com/bm/

default

Cawangan Kg Pelet diserang tentera PKR

on Sunday, August 24, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pada jam lebih kurang 1 pagi selepas ceramah oleh Dato Najib , seorang tua dari PKR datang menghalang jentera UMNO daripada mengendar risalah mengenai anwar kepada kenderaan yang lalu di hadapan bilik gerakan BN Kg Pelet .Tetapi selepas campur tangan dari jentera UMNO yang lain yang berada di situ maka orang tua itu mula bertindak dan pulang ke bilik gerakan PKR yang jauhnya lebih kurang 100m . Kemudian,dalam 20 buah motorsikal pemuda PKR mula datang dan terus menyerbu ke bilik gerakan BN Kg Pelet tetapi dihalang oleh wakil BN dan cuba selesaikan masalah ini. Maka berlaku sedikit kekecohan berlaku dan pertikaman lidah juga termasuk saya sendiri yang mempersoal kehadiran mereka ke sini dan risalah ini. Jika mereka boleh mengedar risalah kenapa mereka menghalang BN dari memberitahu kebenarannya mengenai pemimpin mereka yang mereka anggap seperti nabi iaitu ANWAR IBRAHIM .Mujurlah terdapat 2 anggota SB yang berpakaian biasa dan duduk sebelah saya ketika ceramah semalam menghubungi pihak polis dan seleasai rundingan antara pihak polis mereka pun beredar ke markas mereka seperti gengster dan samseng . Inilah didikan pemimpin mereka yang mereka taksub sangat dan sanggup bergaduh dengan penduduk kampung sendiri .




Jam menunjukkan hampir 4 pagi ,suasana agak sejuk dan kenyang selepas makan nasi kandar pelita untuk jentera yang berjaga di bilik gerakan .Tiba2 seorang pemuda bermotorsikal datang dan meluru meminta bantuan dari dikejar oleh anggota keselamatan PKR . pemuda itu dikatakan menyebar risalah kepada bilik gerakan dan diketahui oleh samseng PKR . Suasana mula menjadi panas dan mereka ingin memukul pemuda itu dan ingin menyerbu masuk ke bilik gerakan BN Kg Pelet. Samseng PKR ini agak ramai dan mereka ini adalah orang Kg Pelet sendiri dan semua jentera UMNO mengenali mereka. Keadaan bertambah kecoh dan mereka ingin menangkap pemuda itu .Cari dan maki oleh samseng ini dan saya dan anggota keselematan UMNO juga turut sama di maki. kata2 kafir ,yahudi ,anak haram,beranak keluar kot punggkok kedengaran di bilik gerakan Kg Pelet. Pihak keselamatan Kg Pelet terus menghubungi pihak polis dan menanti kehadiran polis dari Balai Kubang Semang. Jelas mereka seperti histeria dan naik minyak dan mahu pukul pemuda itu .Motorsikal mereka juga turut dirampas dan dibawa ke markas mereka. Undang2 sudah tidak diendahkan lagi oleh mereka yang mahu mengambil tindakan sendiri dan kalau tidak dihalang saya rasa budak itu sudah mati dipukul mereka. Jelas dari golongan tua dan muda PKR sendiri sperti orang gila yang mengamuk dan mereka ini jelas tidak fikir panjang jika ditangkap sumbat dalam lokap.

Polis mula tiba dengan trak Land rover FRU dan kereta waja polis. Polis terus menghalang mereka dan menyuruh mereka beredar .Pemuda itu selamat di dalam bilik gerakan Kg Pelet dan diambil keterangan oleh polis terus dibawa ke balai polis Kubang Semang .



Kesimpulanya , jika mereka boleh mengedar risalah di meratas jan di Kubang Semang dan merata tempat lagi tetapi kenapa BN tidak boleh mengedar risalah kempen kami.Inikah keadilan yang mereka perjuangkan ,tidak mungkin kerana mereka ini semuanya suka keganasan dan melakukan kekacauan .Pengawai polis tentu pening setiap malam berlaku gaduh yang ditimbulkan samseng PKR yang sudah bertapak pada hari penamaaan calon lagi . Saya tidak dapat mengambil gambar mereka kerana tidak mahu menjadi seperti jurugambar NSTP itu .Tetapi geng PKR ini adalah orang Kg Pelet juga dan mereka mahu lari kemana lagi .Mereka juga turut mengugut pukul saya kerana menghalang mereka dari asuk ke kubu BN Kg Pelet . Saya teringat lagi akan kata2 amanat Dato Hisyamuddin di permatang pauh ini Hidup dengan Pejuang2 Melayu UMNO Permatang Pauh yang akan berjuang di barisan depan untuk mempertahan bangsa,agama dan negara.

default

Debat -Tahniah Tan Sri Koh

on Friday, August 22, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hebat dan bergaya....dan tahniah!!!! harap debat itu dapat membuka mata dan minda orang PP terutama pengundi cina iaitu siapa yang suka tembak tanpa fakta dan siapa yang bercakap dengan hujah yang berasas.

ikuti ulasan blog pejuang aspirasi bangsa

Itulah kesimpulan yang boleh dibuat selepas melihat debat antara Tan Sri Koh Tsu Koon dan Lim Guan Eng....

Semua persoalan dapat dijawab oleh Sri Koh Tsu Koon dengan tenang dan tersenyum... Hakikatnya tuduhan yang dibuat oleh Lim Guan Eng tidaklah mempunyai asas yang kukuh.

Lim Guan Eng boleh dikatakan gagal mengemukakan hujah yang kukuh bersama fakta dan bukti. Seperti pembangkang cabuk, hanya mahu menempelak pihak lain atas kegagalan kerajaan negeri yang ditadbirnya.

Ketiadaan fakta bila berbahas. Semasa berdebat, tiada satu fakta yang jelas dan tepat. Semuanya bersifat umum dan tidak spesifik dan seolah-olah hanya cuba memanipulasikan isu.

Sikap perkaumannya jelas apabila dia dengan sengaja menggunakan kerajaan UMNO apabila cuba menuduh “skandal tanah” itu. Semua orang tahu bahawa Pulau Pinang dipimpin oleh Gerakan di bawah BN. Jelas dia cuba untuk memburukkan nama baik orang Melayu dengan tuduhan tidak berasas itu.

Dalam isu tanah tersebut, kata Lim Guan Eng (LGE), beliau telah menukarkan pegawai yang dikatakan terlibat dengan kes tanah tersebut ke pejabat lain. Tiadalah tindakan disiplin yang diambil. Dan menuduh bahawa kerajaan BN sebelum itu tidak mengambil apa-apa tindakan.

Tan Sri Koh Tsu Koon menjawab bahawa pada zaman beliau, BPR telah 2 kali membuat siasatan namun hasilnya... dakwaan itu tiada asas yang kukuh. Seterusnya beliau mempersoalkan dan mencabar, bahawa tindakan LGE hanya menukar pegawai tersebut bukanlah mengenakan tindakan disiplin dan beliau juga mencabar agar LGE membuat siasatan BPR semula. Dan inilah yang tidak dibuat oleh LGE sepanjang hampir 6 bulan memerintah..

Lim Guan Eng nampaknya macam bodoh atau buat-buat bodoh, kerana masih tidak memahami yang di sampaikan oleh Koh Tsu Koon...

Sebagai orang biasa seperti saya melihat bahawa Tan Sri Koh Tsu Koon menang dalam debat ini..

Rasanya selepas ni ramai rakyat akan yakin Tan Sri Koh Tsu Koon akan kekal dalam BN.


Keputusan Debat (Markah)

Tan Sri Koh Tsu Koon - 75%
Lim Guan Eng - 25%


TABIK SPRING!!!!! BUAT KOH TSU KOON

aspirasibangsa.blogspot.com

default

AL KISAH... PKR (PAKATAN KORUPSI & RASUAH aka PARTI KUAT RASUAH)

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bila penentang rasuah menerima rasuah... Buruk betul rupanya....

Bapa borek anak rintik... Pemimpin gila kuasa dan kuat nafsu...
Anak buah pun sama...

Wan Azizah sanggup meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh demi suaminya, DSAI yang gila kuasa. Sehingga kerajaan terpaksa membazir masa dan duit untuk melaksanakan Pilihanraya Kecil semula.

Manakala anak buahnya pula Selepas kejadian penyokong PKR memukul jurugambar, kemudian meraba petugas BN dan sekarang EXCO PKR (Negeri Perak) kini ditahan atas tuduhan rasuah wang dan seks.


Al kisah... bagi mempertahan tindakan yang EXCO Perak yang korup, seluruh kepimpinan PKR dan DAP khasnya dinegeri Perak menuduh ianya merupakan konspirasi kerajaan BN untuk melemahkan kerajaan Pakatan DAP, PAS dan PKR.Mengikut sumber BPR ,mereka cekup Exco ini ketika sedang menerima rasuah dan yang seks itu tidak tahu la mereka dapat merasai mungkin malam kot.

Terkini, BPR pula dituduh menjadi agen BN. Dengan pantas, Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan penahan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mempunyai kaitan dengan politik.

Itu biasalah tuduhan mereka yang pendek akal. Bagi pihak yang rasional tentunya tindakan BPR ini adalah sebahagian tugas profesional... bertindak atas maklumat orang ramai demi menjalankan sistem keadilan di negara ini.

Katanya beliau kecewa dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh agensi itu sengaja menahan kedua-dua Exco tatkala demam pilihan raya kecil Permatang Pauh berlangsung.

"Saya kecewa apabila BPR dituduh konspirasi, sekongkol dengan parti pemerintah, itu tak benar. Ini kes jenayah, kita dah tangkap ramai, bekas ketua pengarah Imigresen, pegawai kanan polis pun, kita terpaksa.

"Takkan kerana dekat pilihan raya (kecil)... kita simpan dulu (kes), duit dah bagi". "Bukti sudah ada jadi kita tahanlah mereka," Ahmad Said berkata BPR telah menjalankan siasatan terhadap kedua-dua Exco berkenaan lebih dua hingga tiga bulan lepas dan hanya secara kebetulan tangkapan d
ilakukan menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh.

BPR menahan dua anggota Exco Perak bersama empat orang lagi kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 dan seks.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan satu projek perumahan di Seri Iskandar bernilai RM180 juta.

-- BERNAMA

default

Kenapa pilih YB Arif Shah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sudah sampai masanya pengundi Permatang Pauh memberikan peluang kepada calon yang tinggal tetap di kawasan ini untuk mewakili mereka di Parlimen. Perdana Menteri berkata kerusi Parlimen Permatang Pauh ini sudah lama diberikan kepada orang yang tidak tinggal tetap di kawasan ini.

Semenjak 1982, apabila Anwar mula bertanding sehingga kini tiada calon berasal dari anak tempatan yang menjadi wakil ahli Parlimen sehingga kini Anwar bertanding semula pada pilihanraya kecil 2008.

Dulu bagi presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dia dah tak mau, dia bagi kat suami dia (Anwar). La ni kena ambil lah semula.....

Melihat beliau berceramah di dalam buletin Utama semalam memang "dahsyat la" lancar sungguhla berbahasa Cina...

Melihat pada Calon BN ini, semuanya ada berbangsa Melayu (keturunan mamak kira-kira macam wakil kaum India sekali, beragama Islam wakili bangsa Melayu, dan hebat berbahasa Cina mewakili kaum Cina).





Kiranya calon BN ini memanglah sesuai untuk semua kaum di Parlimen Permatang Pauh ini... adalah menjadi satu kerugian bagi rakyat Permatang Pauh jika menolak anak tempatan yang boleh berkhidmat untuk semua kaum dan mempunyai ketrampilan dan sahsiah yang tinggi serta mempunyai rekod sebagai ADUN yang baik dan peka terhadap masalah rakyat...

Rasanya inilah wakil rakyat yang sepatutnya dipilih oleh pengudi Permatang Pauh, yang boleh bersama rakyat sepanjang masa.

Pengundi Permatang Pauh tidak perlukan kepada wakil rakyat bukan anak tempatan yang bertaraf antarabangsa dan hanya sesuai berada diluar negara......

Lagipun Pembangkang sudah mempunyai 2 suara di Dewan Undangan Negeri iaitu di Penanti dan Permatang Pasir. Maka wajarlah undi Parlimen di beri kepada BN..

Pilihlah calon anak tempatan yang berkelayakan serta mampu menyelesaikan masalah... bukan memilih calon yang boleh membuat masalah...

default

YB Arif Shah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sudah sampai masanya pengundi Permatang Pauh memberikan peluang kepada calon yang tinggal tetap di kawasan ini untuk mewakili mereka di Parlimen. Perdana Menteri berkata kerusi Parlimen Permatang Pauh ini sudah lama diberikan kepada orang yang tidak tinggal tetap di kawasan ini.

Semenjak 1982, apabila Anwar mula bertanding sehingga kini tiada calon berasal dari anak tempatan yang menjadi wakil ahli Parlimen sehingga kini Anwar bertanding semula pada pilihanraya kecil 2008.

Dulu bagi presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dia dah tak mau, dia bagi kat suami dia (Anwar). La ni kena ambil lah semula.....

Melihat beliau berceramah di dalam buletin Utama semalam memang "dahsyat la" lancar sungguhla berbahasa Cina...

Melihat pada Calon BN ini, semuanya ada berbangsa Melayu (keturunan mamak kira-kira macam wakil kaum India sekali, beragama Islam wakili bangsa Melayu, dan hebat berbahasa Cina mewakili kaum Cina).

Kiranya calon BN ini memanglah sesuai untuk semua kaum di Parlimen Permatang Pauh ini... adalah menjadi satu kerugian bagi rakyat Permatang Pauh jika menolak anak tempatan yang boleh berkhidmat untuk semua kaum dan mempunyai ketrampilan dan sahsiah yang tinggi serta mempunyai rekod sebagai ADUN yang baik dan peka terhadap masalah rakyat...

Rasanya inilah wakil rakyat yang sepatutnya dipilih oleh pengudi Permatang Pauh, yang boleh bersama rakyat sepanjang masa.

Pengundi Permatang Pauh tidak perlukan kepada wakil rakyat bukan anak tempatan yang bertaraf antarabangsa dan hanya sesuai berada diluar negara......

Lagipun Pembangkang sudah mempunyai 2 suara di Dewan Undangan Negeri iaitu di Penanti dan Permatang Pasir. Maka wajarlah undi Parlimen di beri kepada BN..

Pilihlah calon anak tempatan yang berkelayakan serta mampu menyelesaikan masalah... bukan memilih calon yang boleh membuat masalah...

default

PKR 'cakap tidak serupa bikin' : Khairy

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



BUKIT MERTAJAM: Siasatan dakwaan rasuah ke atas dua Exco Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggambarkan parti itu bersikap 'bercakap tidak serupa bikin.'

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata selama ini PKR dan parti pembangkang sering menuduh pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno sebagai perasuah dan mereka pula adalah bersih.

Bagaimanapun, katanya, kes terbaru itu menunjukkan pembangkang tidak sebersih seperti didakwa mereka selama ini.

"Mereka (PKR) cakap tidak serupa bikin, mereka kata pemimpin BN dan Umno rasuah, hari ini (semalam) BPR tangkap Exco PKR Perak kerana rasuah. "Siapa yang rasuah...(bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan) Ezam (Mohd Noor) juga pernah mendedahkan ketika (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan dia juga meluluskan berbilion bilion ringgit untuk kroninya," katanya pada majlis perjumpaan bersama ahli Putera Umno di sini malam semalam.

Khairy juga mempertikaikan sandiwara Anwar kononnya PKR tidak mempunyai sumber kewangan hingga terpaksa meminta sumbangan daripada ahli untuk berkempen tetapi terlalu banyak poster dan bendera parti itu dipasang di seluruh Permatang Pauh.

"Daripada mana dia dapat duit itu...dia belanja berjuta-juta ringgit di sini, kemudian kata PKR tidak ada duit," katanya.

Pada majlis sama, Khairy turut mencabar Anwar bersumpah laknat bahawa beliau tidak meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kalau hendak tebus maruah, Anwar perlu bersumpah beliau tidak buat apa yang didakwa dan dia kena sumpah laknat atas keturunannya seperti apa yang dibuat Saiful," katanya.

default

Ezam gesa pengundi tolak Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor berkata, adalah amat bahaya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dan menjadi perdana menteri.

Ezam yang kembali ke pangkuan Umno baru-baru ini berkata, penasihat PKR itu, yang menjadi calon PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, sedang memainkan sentimen perkauman untuk kepentingan peribadi.

"Anwar telah memusnahkan asas bangsa yang dibina oleh negarawan-negarawan, semata-mata untuk agendanya menjadi perdana menteri.

"Oleh kerana itu, saya mengajak pengundi di Permatang Pauh menolaknya," katanya ketika berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah di Semilang Bandar di Seberang Jaya di Permatang Pauh hari ini.

Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu, beliau setiap hari berkempen membantu Arif Shah.

Katanya, adalah menjadi kewajibannya menerangkan kepada pengundi mengenai politik Anwar.

"Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi agenda peribadinya dan kerana itu orang tidak boleh percaya kepada kenyatan-kenyataannya.

"PKR ditubuhkan dengan Melayu menjadi asasnya tetapi apabila Anwar bebas, prinsip itu sudah hilang kerana Anwar mahu undi kaum Cina dan India," katanya.

Ezam berkata, Anwar juga pernah meminta beliau mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menarik sokongan pemngundi kaum bukan Melayu.

Katanya, untuk itu beliau terpaksa `menyerang' Anwar bagai memastikan penasihat PKR itu tidak menang di kerusi Permatang Pauh.

default

Tuduhan pembangkang makan diri

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ada peribahasa, kata dulang paku serpih. Barangkali, itu yang hendak digambarkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas penahanan dua Exco Kerajaan Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).



Katanya, dulu pembangkang sering tuduh pemimpin UMNO dan BN korup.
``Ini baru enam bulan. Jadi janganlah nak menyatakan bahawa parti itu lebih baik dari kita,'' ujarnya selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Wanita UMNO di Tanah Liat, Permatang Pauh Rabu.
Penahanan itu katanya, sebagai bukti `betapa hebatnya' pakatan pembangkang yang memerintah negeri itu.


Menurut Hishammuddin, walaupun pemerintahan pakatan di Perak baru mencecah kira-kira enam bulan, namun penahanan berkenaan menunjukkan slogan bebas dari rasuah tidak diamalkan sepenuhnya oleh parti itu.

``Mereka diberikan lima negeri dan untuk membuktikan betapa hebatnya mereka, belum sampai enam bulan, dah jadi kes begini,” katanya.
Beliau juga percaya, pembangkang akan mempolitikkan isu penahanan itu dan mengaitkannya dengan pilihan raya Permatang Pauh ketika ini.

BPR dalam kenyataannya Rabu mengesahkan dua Exco Kerajaan Perak antara enam orang yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.
Mengenai kempen yang masuk hari ke empat, Hishammuddin mengakui jentera pilihan raya Pemuda UMNO dan BN agak tertekan pada hari pertama dan kedua berkempen.
Katanya, cara jentera PKR bergerak sejak hari penamaan calon hingga sekarang amat rakus, tidak berdisiplin bahkan wanita dan Puteri UMNO juga diganggu mereka.

“Kalau dibenarkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim berleluasa macam ini, begitu juga pengikut-pengikutnya, hancur masyarakat kita,” katanya.
Malah katanya, di sesetengah tempat, jentera BN tidak dibenarkan pasang poster sedangkan BN juga berhak berkempen.

Hishammuddin berkata, ada kes petugas PKR mengoyangkan tangga ketika petugas BN hendak memasang poster mahupun bendera sejak beberapa hari lalu.

“Apakah ini budaya kita, apakah ini cara demokrasi, apakah ini kebebasan yang mereka laung-laungkan?. Kita juga berhak untuk berkempen, kita juga berhak memperjelaskan perjuangan kita,” katanya.
Menurutnya, beliau malu mendengar banyak cerita wanita dan Puteri diganggu ketika berkempen.

“Kalau mereka sekat kita, tak ada bezanya macam apa mereka kata kita dahulu,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, Pemuda UMNO dan BN sudah dinasihatkan bersabar dan jangan berkelahi sesama umat Islam dan terus berkempen walaupun Permatang Pauh kubu kuat BN.

Beliau meminta polis membantu dan memberi jaminan bagi memastikan pengundi keluar dengan selamat pada 26 Ogos ini.- 20/8/2008

default

Ganggu jentera BN ,PKR terdesak sedangkan ini kubu kuat mereka

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Permatang Pauh -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempersoalkan tindak tanduk agresif jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terus keterlaluan menganggu petugas BN sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Soal beliau, jika kawasan Permatang Pauh merupakan kubu kuat mereka, kenapa strategi keganasan sedemikian rupa menjadi taruhan kepada parti terbabit yang seolah-olah membelakangi undang-undang

"Jika tahu kubu kuat mereka, kenapa jentera mereka bertindak sedemikian rupa. Saya dah pantau sebelum penamaan calon dan sebelum pilihan raya umum lalu saya sendiri membuat tinjauan dan tahu senario di sini.

"Cara mereka bergerak bermula pada hari penamaan calon, kerakusan dan tidak berdisiplin sehingga jentera kita mahu menaikan bendera jadi masalah, jentera wanita turun merayu undi diganggu, jentera Puteri pula bimbang turun ke bawah.

"Saya jadi malu untuk mendengar cerita daripada jentera Wanita dan Puteri kita yang diganggu oleh jentera mereka. Apakah ini cara kita, apakah ini budaya kita, apakah ini demokrasi yang dilaung-laungkan dan apakah ini kebebasan bersuara yang jadi perjuangan mereka", soalnya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda selepas mengunjungi bilik gerakan Wanita, di Tanah Liat, Kubang Seman di sini, hari ini.

Tegas Hishammudin lagi, tingkah laku jentera PKR jika dibiarkan berleluasa akan merosakkan keamanan serta keharmonian negara yang dibina sejak sekian lama.

"Ingat, kita juga berhak untuk berkempen, untuk menaikkan bendera, untuk mengutarakan perjuangan kita dan sebagainya.

"Saya tengok Anwar dan PKR ini kalau dibenarkan berleluasa sebegini rupa akan hancur masa depan negara. Tambahan pula dengan kempenya yang membawa isu melaga-lagakan kaum, perpaduan sesama kita, perpaduan sesama umat Islam di negara ini ianya dikhuatiri bakal menjejaskan apa yang telah dibina lebih 51 tahun lalu", ujarnya.

Beliau seterusnya berharap pengundi di Permatang Pauh yang lebih mengenali calon PKR itu agar menyampaikan mesej yang amat bermakna pada 26 Ogos ini.

"Inilah masanya kita sampaikan mesej bahawa kita mahukan keselamatan, sayangkan kestabilan dan sebagainya.

"Kalau anak muda diasuh diajar untk mengganas, untuk meludah Ketua Pemuda UMNO, mengganggu wanita kita yang hanya menjalankan tugas, apakah makna semua ini", katanya.

default

ANWAR DAN AZIZAH LUPA DARATAN

on Thursday, August 21, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Itu antara intipati ceramah Ezam Md. Noor di Kg. Tanah Liat pada 16 Ogos 2008 di hadapan lebih 300 orang pengundi parlimen P44 Permatang Pauh. Ezam membangkitkan perkara tersebut berdasarkan satu peristiwa pada tahun 2004, ketika Anwar masih di dalam penjara. Ketika itu BN baru memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum 2004, dan Wan Azizah dalam kedudukan yang agak sukar.

Atas dasar simpati dan ingin membantu, Ezam telah mengambil inisiatif mempertemukan Wan Azizah dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah telah mengemukakan 3 PERMOHONAN kepada Pak Lah. Permintaan tersebut adalah seperti berikut :

PERMOHONAN 1
WAN AZIZAH MEMOHON KEPADA PM AGAR ANWAR DIBEBASKAN TERUS DAN DIBERIKAN RAWATAN DI HOSPITAL, MEMANDANGKAN KEADAAN KESIHATAN ANWAR KETIKA ITU.

REAKSI PM
PAK LAH TERUS MENGHUBUNGI PIHAK PENJARA PADA MALAM ITU JUGA DAN MENGARAHKAN ANWAR DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK MENERIMA RAWATAN. JARANG SEKALI ADA BANDUAN YANG DIBAWA KELUAR DARI PENJARA PADA WAKTU MALAM, TETAPI BERBEZA DENGAN ANWAR YANG DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH PAK LAH SELAKU PERDANA MENTERI.

PERMOHONAN 2
WAN AZIZAH MEMOHON AGAR PAK LAH MEMBERI KEBENARAN KEPADA ANWAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KE LUAR NEGARA.

REAKSI PM
PAK LAH TIDAK DAPAT MEMBERI JAMINAN KEPADA WAN AZIZAH, DAN BELIAU PERLU BERBINCANG DENGAN BEBERAPA PIHAK DAHULU SEBELUM BOLEH MEMBERIKAN KEBENARAN UNTUK ANWAR MENDAPATKAN RAWATAN KELUAR NEGARA.

PERMOHONAN 3
WAN AZIZAH MENYAMPAIKAN SALAM ANWAR, DAN ANWAR MEMINTA AGAR PAK LAH TIDAK MENGGANGGU PROSES MAHKAMAH YANG SEDANG MENDENGAR RAYUANNYA.

REAKSI PM
PAK LAH MENJAWAB KEPADA WAN AZIZAH, “PERCAYALAH PADA SAYA, SAYA KENAL ANWAR SEJAK DIA KECIL LAGI, SAYA KENAL IBUBAPA DAN KELUARGANYA, SAYA SEORANG ISLAM DAN SAYA TIDAK AKAN MENGANIAYA SEORANG ISLAM YANG LAIN”.BUKTINYA, DALAM PENGHAKIMAN TERSEBUT ANWAR TELAH DIBEBASKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH DAN TERBUKTI TIADA LANGSUNG CAMPURTANGAN PAK LAH DALAM PERKARA INI.


KESIMPULAN

Biar apapun istilah yang dilabelkan kepada Pak Lah, jelas membuktikan bahawa Pak Lah mempunyai akhlak dan keperibadian yang sangat tinggi pekertinya. Namun kita hairan, bagaimana pula akhlak dan keperibadian bagi insan bernama Anwar dan Wan Azizah, yang seolah-olah lupa ehsan yang pernah mereka pohon pada Pak Lah di tahun 2004, satu tempoh yang tidak lama dan masih baru.

Tergamak benar mereka, MENABUR ONAR DAN FITNAH kepada Pak Lah sebagai perancang kepada konspirasi ini. Jika di teliti secara mendalam, kalau memang Pak Lah berniat untuk melakukan konspirasi terhadap Anwar, Pak Lah tidak perlu menunggu sehingga pada hari ini, tetapi beliau boleh melakukannya pada tahun 2004 lagi. Namun yang pasti, Pak Lah bukanlah manusia seperti Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, yang menggigitnya semula selepas dilepaskan. Moga Allah SWT berkati perjalanan kehidupan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia serta kita berdoa, moga Allah SWT tunjukkan kepada kita, siapa yang berada di jalan yang benar dan siapa di jalan yang salah,
Insyaallah.

Wassalam.

default

Tersentuh hati mendengar pengakuan Anifah Aman

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Datuk Anifah Anifah mengakui kenyataan dan ungkapan yang dicanangkan Anwar begitu menghiris hati perasaan keluarganya. Juga seluruh rakyat Sabah. ”Begitu hinanya kami di mata penduduk Semenanjung, di mata pengundi Permatang Pauh. ”Kami bukannya barang untuk dijual beli, boleh beli di kaki lima. Kami tidak dahagakan duit, kemaruk kuasa.”


Tersentuh hati bila mendengar kata Anifah Aman yang mewakil Ahli Parlimen Sabah dan juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Sabah Salah Datuk Anifah Aman. Beliau muncul di Permatang Pauh tengah malam kelmarin hanya dengan satu niat - untuk memperjelaskan satu kekeliruan besar kepada pengundi Permatang Pauh. Jangan sesekali terpengaruh dan terpedaya dengan dakwaan wakil rakyat Sabah akan lompat parti pada 16 September ini.

”(Naib Presiden PKR, Datuk Dr.) Jeffrey Kitingan kata 13 Ahli Parlimen Sabah, kalau itu dicakapkannya maknanya saya juga ‘termasuk’ kerana saya Ahli Parlimen UMNO,” kata Anifah yang ditemui di Permatang
Pauh semalam.Anifah mengakui kenyataan dan ungkapan yang dicanangkan Anwar begitu menghiris hati perasaan keluarganya. Juga seluruh rakyat Sabah.

”Begitu hinanya kami di mata penduduk Semenanjung, di mata pengundi Permatang Pauh.”Kami bukannya barang untuk dijual beli, boleh beli di kaki lima. Kami tidak dahagakan duit, kemaruk kuasa,” katanya.Anifah
menceritakan bagaimana tempias kenyataan Anwar tentang 30 wakil BN terutama dari Sabah akan melompat parti telah terpalit pada maruah keluarganya.
”Anak-anak saya di sekolah ditanya benarkah bapa kau nak lompat parti, apalah bapa kau ni,” ujar Anifah dalam nada meninggi. Bagi Anifah, andaian terdapat wakil-wakil rakyat Sabah akan lompat ke parti
pembangkang mungkin ada kaitan dengan kelantangan mereka memperjuangkan nasib rakyat Sabah di Dewan Rakyat.

”Suara lantang kami di Parlimen semata-mata untuk mengutarakan isu-isu rakyat Sabah bagi diketengah dan diselesaikan. Ini bukan bererti suara lantang untuk lompat parti. ‘Pada kami, hanya BN sahaja yang dapat membawa pembangunan. Mungkin kami (Sabah) agak ketinggalan (pembangunannya) berbanding rakan-rakan di Semenanjung tetapi ia disebabkan kerana dulu kita berada dalam pembangkang,” katanya.

Anifah tidak dapat menyembunyikan rasa hairan dan dukacita beliau kerana Anwar sedikit sebanyak berjaya menimbulkan keraguan dan syak wasangka bukan sahaja di kalangan parti-parti komponen BN tetapi
kepada penduduk Permatang Pauh. ”Saya hanya mampu menahan geram apabila melihat sepanduk ‘dari Permatang Pauh ke Putrajaya.”Sedangkan ia satu pembohongan besar dan pengkhianatan dahsyat kepada penduduk Sabah. Anwar berdosa kepada Ahli Parlimen Sabah,” katanya.

Anifah mempersoalkan di kala Anwar begitu ghairah memutarkan cita-citanya itu, di mana pula pendirian DAP dalam isu itu? DAP kononnya memperjuangkan kerajaan yang telus, bersih dan bebas rasuah
tetapi apabila bercakap soal lompat parti, ia membisu seribu bahasa, katanya.”Bukankah apabila anda beli wakil rakyat, ia juga berkaitan isu moral, tidak setakat menghina Parlimen, rasuah dan ketidak telusan.
Bukankah itu Lim Guan Eng?

Kepada penduduk Permatang Pauh, Anifah berpesan: “Kita tidak boleh terima bulat-bulat, timbang-timbangkanlah. Jika anda mengiyakan bahawa kami akan melompat parti, fikirkanlah di mana maruah kami hendak diletakkan, maruah anak dan isteri-isteri kami.”

default

Penahanan dua exco Perak bukti penambahbaikan BPR berkesan - PM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

KUALA LUMPUR 20 Ogos — Penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam mencerminkan langkah yang diambil untuk memperbaiki kemampuan agensi itu sedang membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau gembira kerana BPR kini aktif menjalankan siasatan dan membuat tangkapan hasil daripada penambahbaikan terhadap agensi itu daripada segi pertambahan bilangan pegawai dan kemudahan untuk membuat penyiasatan.

“Sekarang BPR sudah cukup aktif dan saya gembira dengan BPR...kapasiti BPR telah ditambah maka kegiatan mereka telah bertambah.

“Oleh kerana itu apa yang kita lihat pada masa ini adalah hasil kegiatan dan pengawasan yang lebih rapi daripada dulu. Penahanan dua Exco negeri Perak tepat dan timbul daripada penambahbaikan BPR,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-4, di bangunan Parlimen hari ini.

Semalam dua anggota Exco kerajaan negeri Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan bersama empat lelaki lain oleh BPR kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di Perak.

BPR dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata mereka, yang ditahan juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Seorang anggota Exco yang ditahan itu dipercayai akan dikenakan tahanan reman esok.

Lima suspek yang lain dibawa ke Mahkamah Majisteret Ipoh pada 11 pagi tadi dan Majistret Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.- BERNAMA.

default

Anwar pernah hentak meja minta lesen empat ekor diluluskan di Sabah, kata Najib

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernah menghentak meja dan membuang fail meminta kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata kejadian itu berlaku semasa Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah.

"(Beliau) nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan," katanya semasa berucap di Peti Undi Barisan Nasional di Simpang Empat Seberang Jaya di Permatang Pauh Rabu malam.

Yong dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.

Najib berkata beliau bangga dengan tindakan kerajaan Sabah yang berprinsip daripada Anwar kerana tidak meluluskan lesen itu.




"Sekarang dia menyebut-nyebut tentang masyarakat Madani tetapi dulu minta luluskan lesen judi," katanya.

Bernama melaporkan sebelum itu, pada satu majlis di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di sini, Najib mengumumkan sumbangan khas sebanyak RM100,000 bagi setiap masjid dan RM30,000 bagi setiap surau di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Beliau juga telah meminta umat Islam bersatu demi menegakkan syiar Islam dan perpaduan ummah.

Katanya tindakan itu amat perlu memandangkan ketika kini banyak pihak yang cuba mencabar Islam terutama melalui penganjuran forum terbuka.

"Dengan bersatu tidak bermakna kita hendak menggugat hak orang lain, tetapi kita perlu membuat orang merasa segan dan hormat kepada kita," katanya.- 20/8/2008



anwar jelas berlakon sahaja mengenai kronisme dalam kerajaan tetapi dulu dia pun Raja Kroni juga . Terus londehkan Anwar Ibrahim !!! Teruskan Berjuang Dato Seri Najib

default

Sepanduk menghina dan biadap kepada bangsa Melayu di Permatang Pauh !!

on Wednesday, August 20, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 12 Comments



sepanduk ini terletak di Bilik Gerakan PKR kubang ulu .baru petang tadi dipasang dan ia membawa maksud menghina dan pijak bangsa melayu kerana melayu itu adalah dari parti UMNO yang memperjuangkan ketuanan melayu. Ini adalah sepanduk kurang ajar dan biadab oleh bangsa cina PKR yang aku lihat yang memasang sepanduk ini . Sebenarnya pengkhianat bangsa kita sendiri yang kata negara ini bukan bangsa melayu tetapi rakyat punya. Jadi ,mereka pun sudah berani ingin bermain API!!!!

sedarlah bangsa melayu !!! mereka mahu bermain api !!! jadi ,kita tolak PKR dan Anwar Ibrahim !!!

default

Kempen Terus Ganas -sepanduk dan bendera dibakar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Oleh Adnil Mohd

Permatang Pauh – Kempen ganas yang bermula ketika proses penamaan calon Sabtu lalu berterusan lagi apabila sepanduk besar “Undilah Barisan Nasional” yang digantung pada jejantas Taman Tun Hussein di sini pagi tadi dibakar pihak tertentu.

Selain pelbagai ugutan yang digunakan untuk menghalang jentera BN berkempen, kejadian bakar sepanduk pagi tadi merupakan insiden melampau digunakan pihak tertentu menjelang hari pengundian 26 Ogos ini.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Tun Hussein, Rosmaini Haron berkata kejadian itu disedari tengahari tadi ketika pihaknya mahu mengalihkan sepanduk tersebut.

Selain sepanduk yang berukuran 15 X 12 kaki, katanya satu bendera BN juga turut dibakar.

Berikutan insiden itu tegas beliau lagi satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seberang Jaya petang tadi.

"Kita cukup kesal dengan kejadian ini. Bagi kita mereka mesti bersikap adil untuk menggunakan ruang demokrasi bukan menghalalkan perbuatan khianat seumpama ini.

"Oleh itu kita berharap agar pihak berkuasa dapat bertindak segera kerana kita khuatir kejadian lebih teruk akan berlaku lagi selepas ini terutama menjelang hari pengundian", katanya.

default

Pengakuan jujur Anwar kepada penyokongnya kononya tiada duit dan harta

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



banglo indah di bukit segambut dikatakan bernilai RM 7 juta

PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai dana yang cukup bagi menaja makan dan minum para penyokongnya yang hadir pada setiap ceramahnya. “Puluhan ribu yang datang tetapi air pun tak ada. Saya tak mampu… Saya juga tidak mempunyai saham atau tanah,” kata beliau kepada kira-kira 100 orang di ceramahnya di Kampung Belah Dua.

Anwar yang sentiasa dilihat menaiki kereta jenis Mercedes S320 berwarna perang di setiap ceramahnya juga menafikan kenderaan itu adalah miliknya. “Kereta saya naik itu bukan saya punya. Tapi pak (bapa) saya punya. Saya ni tiada apa-apa pun. Kalau tak percaya boleh tanya Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail- Presiden PKR),” kata beliau.

Kesian juga bila dengar rintihan Anwar yang tidak punya dana dan kemiskinan pemimpin yang jujur dan ikhlas ini. Dia tak mampu nak beli kereta, nak beli wira pun tak mampu terpaksa pinjam kereta bapa dia ini adalah kerana Anwar adalah pemimpin yang jujur tidak ada saham tidak ada projek. Inilah sifat pemimpin yang perlu dicari dan perlu dijadikan Perdana Menteri kerana sewaktu dia menjadi Timbalan
Perdana Menteri dia tak dapat satu projek pun, tak dapat satu saham pun atas nama dia lah……. nama orag lain enatah lah…… labu.

Sadis betul rayuan Anwar ini, berlinanagan air mata mengenangkan betapa luhurnya hati pemimpin PKR ini, betapa jujur dan ikhlasnya pemimpin PKR ini yang berjuang untuk rakyat. Beliau juga menyatakan betapa baiknya hati beliau yang sentiasa memberikan kerjasama dengan pihak polis, betapa beliau tidak membenci pihak polis dan betapa disiplinnya pengikut beliau, sungguh terharu apabila mendengar kata-kata Anwar. Mulianya hati mu Anwar pemimpin ku. Mana ada pemimpin sebaik Anwar di dunia ini.

Sementara itu, dalam sesi ceramahnya di Bukit Jelutong di Permatang Pasir dekat sini, Anwar menasihati penyokongnya agar tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis.

“Saya ni bukanlah antipolis. Jadi kita buatlah apa yang mereka suruh asal jangan bertentangan dengan apa yang kita mahu. Kita bukan mahu keganasan, kita mahu satu perubahan,” katanya kepada kira-kira 5,000
hadirin. Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong PKR memukul dan mencederakan dua petugas media yang meliputi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kelmarin sebagai amat memalukan.

Perdana Menteri berkata, perbuatan mereka itu adalah serius dan boleh dibawa kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan menurut undang-undang jenayah.”Ini perbuatan yang salah. Anda cederakan seseorang, menyebabkan cedera parah, ia adalah serius dalam undang-undang jenayah dan sepatutnya orang itu diambil tindakan undang-undang,” katanya di sini.

Katanya, perbuatan sedemikian juga tidak menggambarkan amalan demokrasi yang sebenar.”Kita cakap kita nak amalkan demokrasi, kita nak kebebasan bersuara, kita mahu supaya pilihan raya itu menjadi cara untuk rakyat memilih wakil untuk ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Maka bila jadi amalan demokratik, berkempenlah.

Beliau mengulas kejadian jurugambar Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan Halim Berbar dari HBL Press News di Perancis diserang sekumpulan lelaki dekat pusat penamaan calon di perkarangan Institut Tuanku Bainun, Mengkuang.

Kesian Anwar, walaupun ada kawan seperti Bush , Soros, Al Gore, Astrada, Gus Dur yang kaya raya mereka sedikit pun tidak membantu kewangan Anwar, apalah kawan macam ini, poster dan bendera dan speker ceramah baju T-shirt itu semuanya datang dari langit kerana Anwar tidak ada dana. Rumah yang mewah itu mungkin Anwar tumpang saja rumah pegawainya Azmin Ali yang kaya raya punyai puluhan kereta mewah dan puluhan rumah mewah diKuala lumpur. Azmin lebih kaya dari Anwar. Inilah sikap ketua yang baik, biar pegawai yang kaya , bos miskin tak apa. Inilah sebenarnya kata-kata sihir yang telah menyihir penyokong Anwar.

default

Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditahan BPR kes rasuah !!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


20/08/2008 12:16pm
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Dua Exco Kerajaan Perak merupakan antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Lima suspek berusia 45 hingga 57 tahun ditahan pukul 6 petang semalam hasil maklumat orang ramai manakala seorang lagi anggota Exco itu ditahan pukul 10.30 pagi ini.

Tiga daripada suspek termasuk anggota Exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM105,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

BPR dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks. - Utusan


Badan Pencecah Rasuah pagi Rabu telah memanggil dua Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat dipercayai untuk bagi keterangan berhubung kes rasuah.Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi,Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan dan Kapt (B) Osman Mohd Jailu,Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO. Jamaluddin ialah ADUN Behrang manakala Osman ADUN Changkat Jering.Kes ini dikatakan ada kaitan dengan dakwaan rasuah melibatkan sebuah projek perumahan.Ini berikutan satu aduan diterima BPR.Semuanya lima orang ditahan.Tiga antaranya ditahan sejurus selepas mereka dikatakan terima rasuah RM 100,000 untuk bantu percepatkan proses dalam permohonan projek berkenaan.- 20/8/2008


** anwar cakap akan merdeka kan dari rasuah bila jadi PM tetapi sebelum jadi lagi Allah dah tunjuk orang kuat PKR sendiri yang rasuah .

KITA TOLAK PKR ,TOLAK PAKATAN RAKYAT !!!

default

P.Ramlee pun menangis tengok lakonan Anwar

on Tuesday, August 19, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KALAU Tan Sri P.Ramlee atau M.G.R (pelakon terkenal India) masih hidup, mereka pasti menangis melihat lakonan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Itu jawapan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ketika ditanya Agendadaily mengapa ada rakyat masih percaya Penasihat PKR itu bakal jadi Perdana Menteri pada 16 September ini.

Katanya, diantara pekerja (wakil rakyat) dan pelakon, Anwar adalah pelakon yang terbaik.

“Dia pandai buat cerita propaganda, fitnah serta janji-janji yang mengkhayalkan rakyat. Pada masa ini, ada yang rasa Anwar sedang dendangkan sesuatu yang enak tetapi tak jadi kenyataan,” ujarnya.
Sebab itu juga, tidak hairan dalam siri ceramah kempennya, Anwar terus guna beberapa nama ulama dan nama bekas presiden Filipina dan Indonesia seperti Corazon Aquino, Abdul Rahman Wahid (Gus Dur) bagi menarik sokongan rakyat.
Padahal, pemimpin-pemimpin terbabit adalah kalangan mereka yang gagal mentadbir negara, terbabit rasuah malah membangkitkan kemarahan rakyat untuk menunjuk perasaan.

Pemimpin seperti inilah yang diagung-agungkan Anwar sebagai rakan yang sanggup menelefon menyatakan sokongan terhadap beliau.
Menurut Arif Shah, sebab itulah pengundi Permatang Pauh tidak boleh lagi mengambil risiko dengan membenarkan Anwar menang dalam pilihan raya ini.

“Rakyat atau pengundi di sini, tak boleh lagi khayal dengan cerita-cerita Anwar untuk menang dan jadi Perdana Menteri. Itu mimpi siang harinya.,” kata ADUN Seberang Jaya itu.

Katanya, cukuplah 10 tahun parlimen Permatang Pauh diwakili PKR sekaligus menyebabkan pembangunannya tertinggal berbanding kawasan lain.

Masalah ini menurut Arif Shah dapat dipulihkan jika beliau mewakili parlimen itu kerana akan menerima bantuan kerajaan Pusat.




“Apa guna kita berdepan kesakitan yang panjang sedangkan kita boleh hadapi kesakitan yang pendek,” ujar Arif memetik pepatah kaum Cina bagi mengambarkan inilah masa terbaik bagi pengundi Permatang Pauh meninggalkan duka lebih dua penggal diwakili Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Katanya, Azizah banyak menghabiskan masa memperjuangkan Anwar dan parti di Kuala Lumpur bukannya menyelesaikan masalah penduduk yang memilihnya.
“Kalau Anwar pula menang kali ini, beliau juga akan habiskan masa di sana (Kuala Lumpur) bersama pakatan rakyat. Kita kena tunggu empat tahun lagi untuk buat keputusan,” katanya.

Arif Shah berkata, beliau dan jentera kempen BN tidak akan menyentuh soal liwat mahupun sumpah oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana itu tidak kena mengena dengan parti, kerajaan atau dirinya.

“Saya tak akan sentuh isu liwat kerana itu isu peribadi. Apa yang penting (kempen) nak bagitau dah 10 tahun kita gadai nasib malang dengan PKR,” katanya.- 18/8/2008


** Anwar kini telah merangkul anugerah BEST ACTOR 2008 bagi filem 'Jalan Pintas ke Putrajaya '

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.