Apakah perlu lagi post mortem pada BN ??

on Friday, August 29, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dr Novandri Hasan Basri

Pihak tertinggi UMNO akan mengadakan 'postmortem' untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan BN di Permatang Pauh. Ironinya, postmortem baru sahaja dibuat kira-kira 5 bulan yang lalu untuk mengkaji prestasi BN di PRU-12.

Perkataan 'postmortem' memang terasa 'besar' dan perlu disegerakan tetapi postmortem ala UMNO terasa lembap dan tidak bermakna kerana tiada tindakan susulan yang serius. Jika ada pun, ianya tidak menjurus kepada menyelesaikan permasaalahan yang paling besar iaitu kewibawaan dan imej pemimpin tertinggi di dalam UMNO itu sendiri.

Seperti kata orang bijak pandai, UMNO dan BN masih berada di dalam denial stage dan masih enggan menerima isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kita mulakan 'postmortem' kita dengan statistik pengundi di Permatang Pauh.

Secara ringkas, daripada 58,459 pengundi berdaftar di Permatang Pauh, 26,942 daripadanya adalah ahli-ahli BN.

Ini bermakna BN sepatutnya telah mendapat 46% undi awal dan 'confirmed' di Permatang Pauh.

Di bawah adalah pecahan pengundi-pengundi BN :-

1. UMNO - 19,442 pengundi

2. Gerakan - 2,900 pengundi

3. MCA - 2,400 pengundi

4. MIC - 1,700 pengundi

5. PPP - 500 pengundi.

Seperti yang diketahui, Calon BN, Arif Shah hanya menerima undi sebanyak 15,524.

Ini bermakna, Arif Shah telah kehilangan 11,418 undi (26,942 undi - 15,524 undi) yang sepatutnya berpihak kepada beliau.

Apakah mereka tidak keluar mengundi atau pun mengundi parti lawan, PKR?

Daripada 58,459 jumlah total pengundi di Permatang Pauh, sejumlah 47,258 undi (termasuk 447 undi rosak) yang telah diterima.

Ini bermakna 80.83 % telah keluar mengundi, satu peratusan yang tinggi sedangkan hari itu merupakan hari bekerja untuk pihak swasta (cuti umum untuk agensi kerajaan).

Ini juga bermakna, sejumlah 11,201 (19%) pengundi tidak keluar mengundi.

Dan menurut senarai terbaru (berdasarkan kepada senarai PRU-12), PKR hanya mempunyai 12,000 ahli/pengundi berdaftar di Permatang Pauh.




Dan jika ditambah dengan 8,000 jumlah ahli PAS yang boleh mengundi di sana, totalnya ialah 20,000 orang.

Hipotetikalnya, BN sepatutya sangat selesa jika dibandingkan dengan parti PKR dengan perbezaan yang besar iaitu 6,000 undi (26,000 BN vs 20,000 PKR). Tetapi ianya tidak berlaku di Permatang Pauh. (statistik daripada The SUN)

Malah tektik politik 'persepsi' yang dicanang-canangkan oleh jentera pilihanraya PKR, seolah-olah Permatang Pauh milik Anwar Ibrahim, telah berjaya dengan cemerlangnya. Canggih!

Ianya sungguh efektif sehinggakan ramai di antara kita yang tertawan dan percaya kepada modus operandi jentera pilihanraya Permatang Pauh.

Malah beberapa menteri kanan kerajaan turut tertipu dan tanpa segan silu serta tidak hormatnya kepada ahli-ahli BN dan jentera pilihanraya BN di Permatang Pauh, telah berkata bahawa mereka sudah tahu PKR akan menang walau pun sebelum pilihanraya lagi!

Apakah ini yang dinamakan semangat kekitaan dan ingin berjuang? Apakah menteri-menteri ini telah turun ke Permatang Pauh dan membantu atau pun mereka itu hanya pandai bersuara tetapi sebenarnya tiada kualiti untuk berjuang bersama-sama ahli-ahli BN di Permatang Pauh?

Penulis berasa amat malu apabila membaca komen-komen menteri-menteri kanan tersebut di dalam akhbar-akhbar hari ini. Sungguh memalukan!

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempunyai jawapan yang lebih logik. Diantaranya:-

1. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

2. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

3. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

3. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

4. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.



pejuang melayu - Pak Lah perlu memberi laluan kepada Najib untuk memulihkan UMNO dan BN .Sebelum ini aku memberi sokongan kepada Pak Lah untuk memulihkan parti selepas PRU12 tetapi kita sudah nampak ia tidak berhasil selepas PRK Prmtg Pauh ,walaupun kalah tetapi kita gagal menambah bilangan undi malah kurang lagi .Jadi,kegagalan UMNO berkait rapat dgn PAK LAH dan ia isyarat dari bukan sahaja pengundi atas pagar malah ahli UMNO sndiri yang tidak suka Pak Lah . Selain itu ,satu sebab lagi ialah aku suka menyalahkan pengundi prmtg pauh yang mengundi Anwar jelas belum sedar lagi keadaan semasa dan apa yang berlaku kepada bangsa dan agama islam. Isu Uitm,forum memeluk islam ,babi,peruntukan untuk masjid diagihkan juga untuk agama lain ,dan hak keistimewaan org melayu jelas belum buka mata pengundi matang pauh terutama pengundi muda . Kita tolak tepi la isu liwat anwar tetapi isu2 yang berkaitan hak keistimewaan org melayu dan agama islam perlu dipertahankan . Kita tunggu dan lihat apa yang Anwar akan buat selepas bergelar Ketua MP Pembangkang?? adakah dia akan menjadi juara utk perjuangkan bukan melayu @ melayu ..


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.