Apabila pembangkang ludah jilat balik

on Monday, August 25, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Persoalannya kenapa pengakuan Ramlang Porigi diadakan sekarang, bukan selepas Pilihanraya Permatang Pauh? Adakah bermotifkan politik?

Menurut laporan Malaysiakini ,Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini. Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya. Tuan Ibrahim, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya. Beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu. Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.
Dakwaan Pembangkang sebelum ini, bahawa Ramlang sebagai ahli UMNO tidak berasas lagi.. Kerana secara langsung beliau telah berkempen untuk pembangkang!!!

Persoalannya, bagaimana seorang imam di jabatan kerajaan boleh terlibat dalam majlis parti politik.. apatah lagi parti politik pembangkang........ kempen pilihanraya pulak tu.

Namun melalui penjelasannya, beliau tidak menafikan sumpah Mohd Saiful Bukhari adalah sah mengikut syariat. Malah beliau menyatakan sepatutnya DSAI juga bersumpah... Walaupun beliau berkata istilah suka sama suka masih menyatakan DSAI telah melakukannya dengan sukarela.

Inilah antara sebahagian skrip yang telah dibekalkan kepada Imam Ramlang...

Seterusnya beliau menyatakan "Beliau juga menyatakan kesediaan dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana tidak memegang sebarang jawatan. Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dalam pilihanraya itu, Ramlang menyatakan beliau tidak memihak kepada mana-mana parti.

Mengulas pertanyaan media sebab beliau membuat penjelasan malam ini, imam itu berkata beberapa hari selepas sumpah Mohd Saiful, beliau menerima banyak panggilan yang membuat tuduhan liar (pembangkang) terhadapnya tetapi tidak ada pihak yang mempertahankannya atau memberi saluran untuk bersuara."


Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh melahirkan kesangsian terhadap kenyataan iman Masjid Wilayah Kuala Lumpur, Ramlang Porigi yang menyatakan sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai tidak sah di sisi Islam.

Alasannya menurut beliau ialah, beliau sangsi sama ada Ramlang sebagai seorang pegawai rendah agama mempunyai kemampuan untuk membaca kita Feqah bagi menentukan sama ada proses mengangkat sumpah berkenaan sah atau tidak.

Malah katanya, kewibawaan Ramlang juga oleh dipertikaikan kerana beliau keliru apabila membuat kenyataan tersebut disebbakan beliau tidak merujuk kepada mana-mana kitab.

Wan Zahidi membuat kenyataan itu pada sidang media di pejabatnya petang Isnin bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul ekoran kenyataan Ramlang itu yang dibuatnya semasa berceramah di atas pentas politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantu kempen calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.