Apabila reformis mula melondehkan rahsia ketuanya

on Thursday, August 7, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


''SELAMA 10 tahun saya berjuang untuk manusia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sepanjang tempoh itu juga saya keluar masuk lokap demi mempertahankan perjuangan beliau.''Namun setelah beliau dibebaskan, tidak sekalipun beliau menghubungi saya dan bertanya sama ada saya makan atau tidak, bagaimana keadaan keluarga saya dan bagaimana nasib saya akibat bisness yang telah lingkup," demikian luahan kecewa Abdul Ghani Haroon, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Abdul Ghani yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendedahkan perkara berkenaan dalam satu ceramah yang diadakan di Kepala Batas, semalam.

Beliau yang pernah ditangkap bagi membantu siasatan berhubung rusuhan di Masjid Negara pada 19 September 1999 dan aktivis reformasi bukan calang-calang orang kerana pada pilihan raya umum 1999, Abdul Ghani bertanding atas tiket PKR menentang Datuk Yahaya Abdul Hamid dari Barisan Nasional (BN) namun Abdul Ghani tewas.

Bagi Abdul Ghani, jika beliau yang telah berjuang selama 10 tahun tidak dihiraukan oleh Anwar, bagaimana Penasihat PKR itu boleh membela nasib orang Melayu terutama golongan seperti petani, nelayan dan mereka yang berpendapatan rendah.

Itu adalah mesej yang ingin disampaikan oleh Abdul Ghani kepada penduduk di Parlimen Permatang Pauh supaya mereka membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya kecil ini.

Walaupun pilihan terletak di tangan penduduk berkenaan dan mereka mempunyai hak untuk menentukan calon mereka sendiri namun adakah berbaloi bagi mereka untuk terus terkebelakang dalam arus pembangunan di negeri ini.

Cuba lihat jiran-jiran lain terutama Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang terletak tidak jauh dari Permatang Pauh, bagaimana bentuk pembangunan di sana.

Keadaan begitu berbeza di Permatang Pauh hinggakan ada kampung yang masih belum memiliki bekalan air bersih.

Namun kepulangan Anwar untuk bertanding di kawasan berkenaan ibarat sirih pulang ke gagang malah ia merupakan kubu kuat dan kawasan paling selamat untuk beliau.

Tetapi tindakannya memilih Parlimen Permatang Pauh umpama mengkhianati penduduk di kawasan itu kerana tidak sampai lima bulan pilihan raya umum berlalu, kini mereka terpaksa pula melalui sekali lagi pilihan raya kecil.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.