Bayangan Bush bersama Anwar di Permatang Pauh

on Monday, August 18, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Gambar sebuah pajero yang memaparkan gambar pemimpin pemimpin seluruh dunia termasuklah gambar George W Bush (Presiden Amerika Syarikat) dan Al Gore (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat). Mengapa perlu ada gambar Bush dan Al Gore di kenderaan yang menyokong Anwar ini?

Apakah ini petanda bahawa Amerika Syarikat merestui Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh? Pelik, kenapa samakan Anwar dengan pemimpin pemimpin seperti Bush dan Al Gore? Kenderaan ini dengan bangganya melalui jalan jalan di sekitar Permatang Pauh. Pelik juga ada orang Melayu yang sokong sama tindakan meletakkan gambar Bush dan Al Gore di kenderaan tersebut



Bukankah Bush dikenali dalam dunia Islam sebagai penjenayah perang nombor satu di Iraq dan Afghanistan yang telah membunuh ramai umat Islam. Sebagai seorang Islam, mengapa Anwar perlu berbangga dirinya dikaitkan dengan Bush dan Al Gore (seorang yang berbangsa Yahudi). Apakah ini petanda bahawa Bush menolong Anwar secara tidak langsung di Permatang Pauh?


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.