Mapan anjur demonstrasi bantah forum Memeluk Islam di ibu negara esok

on Friday, August 8, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Beribu-ribu orang dijangka menyertai demonstrasi Majlis Angkatan Antara NGO-NGO Islam (Mapan) di hadapan pejabat Majlis Peguam di Jalan Leboh Pasar Besar di sini pukul 8 pagi esok bagi membantah penganjuran forum Memeluk Islam.
Naib Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Rani berkata, kesemua ahli Mapan yang terdiri daripada 27 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah bersetuju mengadakan demonstrasi kerana Majlis Peguam masih berdegil untuk meneruskan forum tersebut.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, satu memorandum telah dihantar ke pejabat Majlis Peguam petang ini untuk menyatakan pendirian Mapan agar forum tersebut dibatalkan.

Jais berkata, orang ramai yang ingin turut serta esok dalam demonstrasi itu boleh menghubungi Sekretariat Mapan di talian 03-4256 6618, 019-3591000 dan 019-2384000.



KUALA LUMPUR 8 Ogos - Dua ahli Majlis Angkatan Antara NGO-NGO Islam (Mapan) membuat laporan polis terhadap tindakan Majlis Peguam Malaysia menganjurkan Forum Memeluk Islam pagi esok.

Laporan pertama dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada pukul 11.30 pagi.
Laporan itu dibuat oleh Pegawai Khas Aduan PPIM, Imran Yusof dan Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof pula membuat laporan di Balai Polis H.S Lee di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, laporan itu dibuat kerana mendapati tindakan Majlis Peguam boleh mengundang salah faham masyarakat tentang Islam.

``Perkara ini dilihat sebagai satu usaha agresif pihak tertentu yang cuba menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di negara ini,’’ katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Menurutnya, perbincangan secara forum seperti perbincangan Artikel 121 (1A) akan memperlihatkan Majlis Peguam sebagai badan yang mempertikaikan isu dan hak keistimewaan Islam selain mencabar kuasa Raja-Raja Melayu. - Utusan


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.