Archive for June 2018

default

PERUBAHAN BESAR DALAM UMNO MAMPU KEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT

on Friday, June 29, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





 Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berharap semua perwakilan di seluruh negara menggunakan pemilihan parti pada kali ini, sebagai peluang untuk membawa perubahan besar di dalam parti sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata pemilihan kali ini sangat penting kerana ia bukan sahaja dinantikan oleh anggota UMNO sendiri, malah seluruh rakyat kini memberikan tumpuan dan mahu melihat sesuatu yang berbeza berlaku di peringkat kepimpinan parti itu.
“Rakyat nak lihat kami dapat buat perubahan besar dan dapat memilih kepimpinan UMNO yang dapat mengembalikan kepercayaan rakyat,” katanya kepada pemberita di Dewan 2020 di sini, hari ini.
Beliau berkata UMNO juga berhadapan cabaran yang sangat besar dan paling utama adalah untuk mengubah pemikiran, budaya dan perlu dilihat sebagai parti yang berhemah, sentiasa bersama rakyat, tidak sombong atau angkuh serta berhujah berteraskan ilmu.
Dalam pada itu Khairy berkata beliau selama ini telah menjadi seorang pengikut parti yang setia dan kini masa untuknya tampil bagi membawa transformasi besar yang dikehendaki rakyat sebelum mereka dapat memberi semula kepercayaan kepada UMNO.
Pada pemilihan kali ini yang bakal berlangsung esok, Khairy bakal berhadapan dengan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.







default

6 BAHAGIAN P.PINANG MENYOKONG YB KJ SEBAGAI PRESIDEN UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Siapa kata Ketua Bahagian tidak menyokong YB KJ calon 02 Presiden UMNO ?  Semalam di P.Pinang  calon muda ini mendapat sokongan  Ketua Bahagian secara terbuka . 

Antaranya Ketua Bahagian dari Permatang Pauh , Kepala Batas ,  Bukit Gelugor dan Nibong Tebal .

Pulau Pinang merupakan negeri yang cukup kerap dilawati  YB KJ  dan beliau cukup popular dikalangan pemimpin Bahagian hingga ke akar umbi . 


Walaupun YB KJ bukanlah calon favourite oleh penganalisis untuk Pemilihan UMNO kali ini, tetapi tiada yang mustahil jika gelombang perubahan mahu dilakukan akar umbi . 




default

PEMUDA UMNO DESAK SPRM TARIK BALIK PEMBEKUAN AKAUN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




*KENYATAAN MEDIA*

_*DR ASYRAF WAJDI DUSUKI*_
_*KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA*_

*PEMBEKUAN AKAUN UMNO: BUKTIKAN KERAJAAN PH AMAL 'RULE OF LAW' YANG SEBENAR*

29 Jun 2018

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan tegas *MEMBANTAH* *tindakan SPRM yang telah membekukan akaun UMNO*. Ia merupakan satu tindakan melampau yang langsung tidak mencerminkan Kerajaan Pakatan Harapan yang kononnya berpaksikan keadilan dan kebebasan.

2. SPRM seharusnya dapat memberikan *JUSTIFIKASI YANG JELAS, TELUS DAN TERBUKA* tentang punca sebenar akaun UMNO dibekukan. Lazimnya dalam operasi-operasi sebelum ini, SPRM menjelaskan bahawa risikan dan intipan berbulan-bulan telah dilakukan sebelum sesuatu langkah pembekuan dibuat. Sebaliknya Ahli UMNO tidak pernah maklum bahawa berlakunya sebarang proses siasatan yang melibatkan perlanggaran undang-undang dalam aktiviti akaun rasmi UMNO. Dalam konteks ini Pemuda UMNO  menuntut *PRINSIP UNDANG-UNDANG “PRESUMPTION OF INNOCENCE”* dihormati oleh semua pihak termasuk SPRM.

3. Di era Kerajaan Barisan Nasional, tidak pernah Kerajaan sesuka hati membekukan akaun parti lawan, walaupun para pemimpin mereka berdepan atau disabitkan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah. Apakah ini sebahagian daripada model ‘Malaysia Baharu’ yang dicanangkan, namun pada masa sama sewenangnya membuli parti lawan yang tidak sehaluan.

4. Pergerakan Pemuda UMNO berpandangan bahawa tindakan ini hanya akan menggambarkan sikap sebenar Kerajaan Pakatan Harapan yang rakus untuk melumpuhkan kekuatan parti UMNO, yang kini masih merupakan parti tunggal terbesar yang mewakili suara Melayu Islam dalam Dewan Rakyat.

6. Pembekuan tersebut bukan sahaja akan *menganiayai pekerja-pekerja parti yang akan menerima kesan terhadap pembayaran gaji bulanan mereka*, malah boleh merencatkan operasi parti yang bergerak secara sah dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi bebas.

7. Dengan ini Pergerakan Pemuda UMNO memohon SPRM *MEMBERIKAN PERTIMBANGAN KHAS SEGERA* untuk perbelanjaan operasi harian seperti pembayaran gaji petugas UMNO dan lain-lain aktiviti yg bersifat ‘ordinary course of business’ dibenarkan melalui akaun-akaun yg dibekukan ini.

8. Pemuda UMNO mengalu-alukan sebarang siasatan yang telus dan berlandaskan *KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW)* sebagaimana yang sering dicanangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. YB Pemangku Presiden dalam konteks ini, sudahpun memberikan jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak SPRM.

9. Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak SPRM *MENARIK BALIK TINDAKAN PEMBEKUAN AKAUN UMNO* kerana siasatan masih boleh dilakukan tanpa perlu menganiayai operasi parti yang sah dalam amalan demokrasi Malaysia Baharu.

Sekian, terima kasih.

default

UMNO KINI BERPAKSIKAN POLITIK ISU & PEMANTAU UNTUK RAKYAT MALAYSIA

on Wednesday, June 27, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





ALOR SETAR, 26 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan politik yang berunsurkan pembangunan dan perkhidmatan mungkin akan berubah kepada politik isu kerana UMNO hari ini adalah pemantau kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Ditakdirkan saya dipilih sebaga ketua pembangkang nanti saya akan menentukan bahawa setiap ahli parlimen kita mempunyai kualiti di dalam perbahasan. Saya akan minta Datuk Azalina Othman Said untuk jadi ketua dan kumpulkan seluruh penyelidik untuk membantu ahli parlimen kita supaya kita tidak hanya bercakap berdegar-degar sebaliknya isu-isu yang kita bawa insya Allah berdasarkan kepada isu rakyat yang selama ini ditabur fitnah dan dibalut dengan kebencian.
“Zaman bersedih telah berlalu…biarpun belum 100 hari diperintah mereka tetapi yakinlah rakyat yang mengundi mereka kecewa…di dalam media sosial mula diperkatakan dan kita terbaca penyesalan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengenalan calon-calon bertanding pemilihan UMNO 2018 peringkat negeri Kedah dan sambutan hari raya Aidilfitri, di Dewan TH, di sini, hari ini.
Tegas Ahmad Zahid apa yang dilakukan itu bukanlah untuk menyanggah atau sebaliknya namun itulah yang dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.
“Kita bukan mahu untuk menyanggah mereka tetapi kita bertindak dalam orientasi politik isu kerana itu kehendak mereka dan kerana itulah yang dilakukan oleh mereka sewaktu mereka menjadi pembangkang. Insya Allah kini kita jadi pembangkang dan pendekatan kita harus lebih tersusun, harus lebih berwibawa
“Pembangkang setakat ini ada 71 kerusi di Parlimen. Insya Allah kita akan bersatu hati dengan Pas sebagai pembangkang di Dewan Rakyat. Walaupun ini pertama kali menjadi pembangkang tetapi suara UMNO dan Pas akan kedengaran dengan kuat di Parlimen. Insya Allah,” katanya.
Katanya lagi untuk tempoh yang akan datang, jika diperbetulkan segala kesilapan dan masing-masing bersatu hati dan kembali di dalam satu pasukan UMNO insya Allah parti akan terus menjadi kerajaan semula.
“Tetapi saya juga percaya jika ketidakpuasan hati berlaku di kalangan mereka, maka yang akan berlaku ada perpecahan dan pasti mereka akan mencari UMNO untuk menjadi rakan kongsi bagi kita menjadi sebahagian daripada kerajaan walaupun belum cukup tempoh lima tahun,” katanya.-MediaUMNO

default

DAP SEMAKIN RAKUS AGENDANYA HINGGA SUKAR DIKAWAL MAHATHIR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments








KUALA LUMPUR, 26 Jun – UMNO memandang serius tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dilihat sebagai langkah awal Kerajaan Pakatan Harapan (PH), khususnya Dap untuk mencabar kewujudan Akta Hasutan 1948, kata Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO.
Sehubungan itu, katanya UMNO menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya memperhalusi tindakan bagi memelihara keharmonian negara.
“Sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir perlu bertegas dalam menangani isu-isu sensitif sebegini agar ia tidak lagi berulang pada masa depan.
“Isu penggunaan bahasa Mandarin mungkin sekadar langkah ‘test market’ pemimpin Dap yang terkenal chauvanis. Tanpa tindakan tegas Perdana Menteri, penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi media dikhuatiri akan turut digunapakai oleh kementerian lain, khususnya yang diterajui pemimpin Dap.
“Namun, Dr Mahathir nampaknya lebih cenderung untuk menerima apa saja desakan Dap, khasnya pemansuhan akta-akta yang membolehkan mereka berbuat apa saja demi kelangsungan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, ini adalah amalan sebuah negara republik yang diimpikan oleh Dap dengan menggunakan model republik sebuah negara jiran.
“Dap makin rakus dengan agendanya, hinggakan sukar dikawal oleh Dr Mahathir sendiri.
“Ini bukan kesalahan kecil. Inilah permulaan kepada hasrat Dap menghapuskan Perkara 152 Perlembagaan, dan melucutkan hak keistimewaan Melayu serta Raja-raja mereka serta Bahasa Melayu.
“Jika mereka sudah berani menidakkan hak Seri Paduka Yang Di-pertuan Agong, mereka juga pasti berani menidakkan hak sesiapa saja, termasuk Perdana Menteri.”
Ini berhubung dengan tindakan Guan Eng pada 25 Jun yang menggunakan bahasa Mandarin dalam siaran media rasmi Kementerian Kewangan.
“Dengan adanya desakan kuat dari anggota kerajaan PH agar akta itu (Akta Hasutan 1948) dihapuskan, Guan Eng dan Dap sengaja mencetuskan provokasi dengan mencabul peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 memperuntukkan agar bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam apa saja urusan pentadbiran negara.
“Tetapi tindak-tanduk Guan Eng, yang disifatkan sebagai ‘silap kecil’, bukanlah sesuatu yang harus dipandang sepi kerana ia adalah tanda-tanda awal Dap ingin menghapuskan hak kaum pribumi dengan menjurus kepada pemerintahan republik.”
Tegasnya, secara tidak langsung, ia akan menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu secara perlahan–lahan. Kekuatan mereka di dalam gabungan PH akan cuba mempengaruhi Tun Dr Mahathir Mohamad agar Perlembagaan dipinda manakala usul menghapuskan undang–undang yang ada, diterima.
“ Ini termasuklah Akta Hasutan, Akta Anti-Berita Palsu, SOSMA dan POTA. Maka akan wujudlah sistem liberal di Malaysia, di mana segala pembohongan, fitnah dan hasutan dibolehkan tanpa tindakan.
“ Di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, cara seperti ini akan menjadi bom jangka terhadap perpaduan kaum, dan kemungkinan tercetusnya semula insiden 13 Mei 1969 mungkin tidak dapat dielakkan.”
Bidasnya, segala kesalahan ‘yang disengajakan’ oleh mana-mana anggota Kabinet perlulah diambil tindakan agar ianya tidak berlarutan dan menjadi provokasi terhadap keamanan nasional.
“Hak istana juga sudah mulai dipersoal, malah ada kenyataan terbuka Dap yang cenderung ingin melihat Institusi Diraja dihapuskan sama sekali. Ini mencetuskan kemarahan orang Melayu dan rasa tidak puas hati pihak istana.”
Ujarnya lagi, dengan penyiaran tulisan yang mencuit isu perbelanjaan istana baru-baru ini, sehingga mendorong Yang Dipertuan Agong membatalkan majlis terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara, adalah satu penghinaan.
“Namun, ia tidak langsung dipedulikan oleh Dr Mahathir dan PH. Bagi mereka, Institusi Di-Raja seolah-olah sudah mati atau tidak perlu diambil peduli. – MediaUMNO

default

MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU DIPILIH PRESIDEN UMNO ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





SABTU ini Umno akan mengadakan pemilihan baharu kepimpinan parti. Ini merupakan pemilihan parti politik yang terbesar di negara ini. Hampir 150,000 perwakilan di seluruh negara akan bersidang dan menentukan kepimpinan baharu parti.

Umno mengadakan pemilihan dalam keadaan ia bukan sebuah parti pemerintah. Kalah setelah lama berada di pihak menang bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh sebahagian besar kepimpinan Umno di peringkat bawah.

Keseluruhan perwakilan hari ini tidak merasai nikmat perjuangan sebagai pembangkang sebagai mana generasi awal pengasas Umno merasai. Ramai yang lupa apabila ditubuhkan pada 1946, Umno adalah parti pembangkang di negara ini. Ketika itu Umno menentang kerajaan British.

Pada 1946 Umno bukan ditubuhkan dengan niat untuk menjadi parti pemerintah. Umno ditubuhkan untuk mempertahankan kepentingan masyarakat Melayu, bahasa Melayu, raja-raja Melayu dan agama Islam yang bakal terhakis dengan Malayan Union.

Hasil perjuangan itu Umno akhirnya ditakdirkan ALLAH, Tanah Melayu merdeka dan Umno menjadi parti pemerintah yang bertanggungjawab memastikan kedudukan masyarakat Bumiputera keseluruhan dan agama Islam dimaktubkan dalam perlembagaan negara.

Maka dengan takdir ALLAH SWT juga pada tahun 2018 ini Umno hilang kuasa. Pelbagai alasan dan sebab boleh dibentangkan, namun akhirnya ALLAH memberi peluang generasi Umno hari ini merasai semula saat-saat menjadi pembangkang dalam perjuangan agama, bangsa dan negara seperti 1946.

Malangnya, dalam keadaan Umno tidak lagi menjadi pemerintah, sebahagian generasi muda parti tidak sabar untuk menjadi parti pemerintah semula. Mereka terkejar-kejar formula untuk menang pilihan raya sehingga melupakan apakah idealisme perjuangan sebenar.

Salah seorang calon Presiden Umno, Khairy Jamaluddin, mengakui beliau terbuka kepada pelbagai cadangan untuk memenangi semula hati rakyat termasuk membuka keahlian Umno kepada masyarakat bukan Bumiputera atau bukan Melayu.

ALLAH jatuhkan kita supaya kita sedar matlamat sebenar perjuangan parti ini ditubuhkan, sebahagian kita memilih untuk meninggalkan idealisme perjuangan untuk kuasa.

Pas berjuang selama berpuluh tahun, menang dan kalah dalam pilihan raya, mereka tetap dengan idealisme mereka. Kerana apa? Ini kerana parti politik tanpa idealisme perjuangan hanyalah sebuah alat meraih kuasa tanpa matlamat.

Umno bernasib baik kerana tidak semua orang cepat melatah dan hilang pedoman ketika kalah. Pemangku Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan sahaja tenang malah mengambil keputusan menunaikan umrah sebelum kembali menguruskan parti.

Sebaik pulang dari Makkah beliau memberitahu bahawa beliau akan memastikan Umno akan terus kekal sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan agama Islam.

Ahmad Zahid mungkin menjadi bahan cemuhan sebahagian generasi muda yang melihat beliau adalah warisan kepimpinan lama yang kalah dalam pilihan raya lalu. Kononnya kerana beliau mempertahankan Datuk Seri Mohd Najib Razak, maka Umno tidak dapat melakukan perubahan dalaman parti dan akhirnya kalah dalam pilihan raya lalu.

Masalah kepada kepimpinan Umno pertengahan dan bawahan mereka enggan mengakui bahawa kekalahan lalu bukan saja kerana isu 1MDB dan GST tetapi juga kerana sabotaj, pengkhianatan dan kelemahan jentera pilihan raya di pelbagai peringkat.

Mereka yang melihat isu sebenar pasti mengakui bahawa walaupun GST dan 1MDB memainkan peranan dalam menukar pilihan pengundi, namun tanpa sabotaj dan pengkhianatan dalaman kita mungkin masih parti pemerintah dengan majoriti mudah.

Generasi muda mungkin tidak mengenali Ahmad Zahid Hamidi ketika muda. Beliau satu-satunya Ketua Pemuda Umno yang berani mengkritik kepimpinan Tun Mahathir dan kerajaan dalam Perhimpunan Agung Umno atas isu nepotisme dan kronisme.

Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno, Ahmad Zahid turut kehilangan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia secara tidak demokratik. Beliau kemudian ditangkap oleh Mahathir di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ramai yang berkata Ahmad Zahid orang Anwar. Namun bagi saya beliau ialah seorang ahli Umno sejati. Ketika ramai kawan beliau keluar parti untuk bersama Anwar, beliau kekal dalam Umno biar terbuang dan tersisih dari segala jawatan yang dimenanginya melalui pilihan ahli.

Beliau bersahabat dan berhidmat dengan ramai orang termasuk Mahathir, Anwar, Najib dan Pak Lah. Namun kesetiaannya sehingga hari ini hanyalah kepada Umno.

Umno tidak memerlukan seorang teknokrat hebat atau orator populis untuk menjadi presiden. Ia memerlukan seorang pemimpin yang berpengalaman, setia dan bersedia memimpin dengan idealisme perjuangan parti walau tanpa kuasa dan kekayaan.

Inilah kualiti yang ada kepada Ahmad Zahid dan apa yang diperlukan Umno yang sedang terumbang-ambing ini. Kita memerlukan pengukuhan jati diri parti untuk bangkit semula.

Sepatah kata Ahmad Zahid Hamidi, “Saya tidak reda Umno dibubarkan untuk memenuhi cita-cita politik seseorang.”

* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan nasionalis (Akar)

default

MALAYSIA BAHARU TAK PEDULI DASAR LINDUNGI ISLAM & MELAYU

on Monday, June 25, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Malaysia 'baru' hari ini didukung oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan kelompok yang rata-rata tidak lagi mempedulikan dasar negara melindungi agama Islam dan Melayu tetapi sebaliknya menuju kepada sekularisme total.

Ini, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, boleh dilihat dengan semakin ramai yang mempertikaikan dasar-dasar itu secara terbuka sehingga Melayu dan Islam kini berada di persimpangan.

Menurutnya, jika dulu perkara berkenaan dianggap tidak mungkin berlaku, tetapi segalanya dilihat bergerak pantas ke arah itu, lebih-lebih lagi selepas Umno tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Kelompok yang rata-ratanya tidak mahu negara menghabiskan masa, kekayaan dan tenaga utk sesuatu agama atau mana-man kaum lagi.

"Kata mereka, kalau tidak bubar Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), majlis-majlis agama Islam, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan institusi Melayu lain pun, negara tidak patut membiayai mereka lagi.

"Ini permulaan kepada sekularisme total di negara kita. Bahasa kebangsaan pun diuji apabila bahasa Mandarin mula diperkenalkan dalam urusan rasmi," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Menurut beliau, ada yang bertanya, sama ada pemimpin Islam dalam kerajaan Pakatan Harapan hari ini seperti ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendiamkan diri.

“Saya jawab beliau tak boleh berbuat apa-apa kerana kekuatannya bukan atas parti Melayu-Islam lagi.

“Anwar dulu lain dengan Anwar sekarang,” kata Ahmad Shabery yang pernah berdebat secara terbuka di televisyen dengan bekas ketua pembangkang itu.

“Begitu juga Tun M (Dr Mahathir Mohamad). BERSATU adalah parti minoriti. Dulu beliau lantang bercakap tentang Melayu kerana kekuataannya berdiri atas platform Umno. Realiti sekarang, beliau bukan lagi orang Umno dan kerajaan Umno,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, ini bermakna semua institusi Melayu dan Islam yang sebelum ini menikmati perlindungan dan pembiayaan negara perlu menerima hakikat ini dan membuat persiapan untuk menghadapi era baru ini.

Katanya, era yang ditentukan oleh rakyat dan mereka perlu menghormati kemahuan rakyat selepas keputusan PRU-14 pada 9 Mei lalu yang tidak lagi memihak kepada Umno.

“Bunyinya pedih, tetapi ia adalah realiti yang mesti diterima.

“Mempertahankan apa yang diamalkan sebelum ini adalah seperti menolak bas yang rosak mendaki bukit yang tinggi. Sulit dan amat mencabar.

“Ini adalah cabaran Umno dan sesiapa yang ingin menggalas tanggungjawab ini. Bukan sahaja memerlukan keupayaan mental dan fizikal tetapi asas ideologi yang kuat,” katanya.

Ahli MT Umno itu turut mengulas cadangan sesetengah pihak supaya Umno membuka keahlian parti kepada bukan Melayu jika mereka mahu memenangi pilihan raya seterusnya.

“Kalau begitu, Umno akan jadi seperti PKR. Mungkin boleh menang, tetapi pemimpin yang sekuat manapun Melayu atau Islamnya terpaksa menyembunyi isi hatinya kerana platform Umno bukan lagi platform Melayu-Islam. Sama seperti Anwar dan Dr Mahathir tadi.

“Melayu-Islam hari ini berada di persimpangan. Dulu banyak bergantung kepada Umno. Masa depan Umno pula banyak bergantung kepada siapa pemandunya yang akan ditentukan pada 30 Jun ini nanti,” katanya lagi.

default

EKONOMI NEGARA SEMAKIN TERUK DAN LEBIH RAMAI ORANG AKAN HILANG KERJA

on Thursday, June 21, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Saya lihat keadaan ekonomi negara kita tiba-tiba menjadi dari baik kepada teruk.

Kalau sehingga dua bulan lepas pelabur minat masuk melabur di Malaysia, kini tiba-tiba pelabur berjemaah tinggalkan pasaran Malaysia sehingga negara kehilangan modal pelaburan berbillion-billion Ringgit dalam tempoh hanya beberapa minggu kerana hilang keyakinan kepada Kerajaan untuk mentadbir ekonomi negara.

Kalau sehingga dua bulan lepas Kerajaan tidak pernah perlu buang orang kerja beramai-ramai namun merancang lagi untuk mewujudkan 3 juta peluang pekerjaan termasuk mengambil beratus ribu graduan bekerja di bawah SL1M, kini tiba-tiba berpuluh-puluh ribu orang penjawat awam telah diberhentikan kerja oleh Kerajaan Pakatan. Mereka merancang untuk buang lebih ramai lagi.

Kalau sehingga dua bulan lepas Kerajaan boleh menambah BR1M kepada lebih ramai golongan yang memerlukan kerana keadaan kewangan Kerajaan yang kukuh, kini tiba-tiba BR1M mahu dikurang dan dikecilkan bilangan penerima oleh Kerajaan Pakatan atas alasan hutang negara yang dikira dan dimanipulasi ikut suka.

YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kata berpuluh ribu orang itu memang patut diberhentikan.

YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula kata beliau tidak tahu berbillion pelaburan sudah keluar dari Malaysia.

YB Pegawai Khas Menteri Kewangan Tony Pua pula beri alasan pasaran saham jatuh sebab faktor luaran dan bukan salah mereka.

GST telah dikosongkan, namun harga barang tetap melambung naik. Harga minyak pun dinaikkan juga sehingga 19 sen seliter. Sekurang-kurangnya dahulu orang masih ada kerja dan bantuan BR1M juga ditingkatkan untuk menampung perbelanjaan golongan yang memerlukan.

Perdana Menteri dan Menteri-menteri sibuk ingin bongkar skandal sensasi kerajaan dahulu, namun lupa nak buat kerja sebagai Kerajaan sekarang untuk tangani masalah rakyat hari ini. Jika rakyat tiada kerja untuk makan, mereka tidak boleh tunggu 100 hari.

Dalam 40 hari semua ini telah berlaku sekelip mata. Jika tunggu 100 hari, tak tahu apa lagi akan jadi. Jika begini trendnya, ekonomi negara akan menjadi lingkup dan lebih ramai orang akan hilang kerja di Kerajaan mahupun swasta.

Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa bertanggingjawab untuk menegur. Oleh sebab ini, saya ingin jemput YB Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng atau Pegawai Khas beliau YB Tony Pua untuk berdialog dengan saya secara terbuka berkenaan ekonomi dan kewangan negara termasuklah hutang negara. YB-YB pun nampaknya ada banyak masa untuk buat kerja lain dan bukanlah sibuk sangat untuk urus kerajaan dan masalah rakyat.


*ISHAM JALIL*
*_(Calon MT 115 & Calon NKB Sg Buluh 04_*


*_Via FB Isham Jalil_*
https://www.facebook.com/1180765013/posts/10214700780651413/

default

NAJIB NASIHAT AHLI TERUS BERJUANG DALAM UMNO SEPERTI PEJUANG TERDAHULU

on Thursday, June 14, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



PEKAN: Ahli UMNO tidak seharusnya beranggapan parti berkenaan sudah tidak relevan, sebaliknya perlu meneruskan perjuangan meskipun sedang diuji ketika ini.
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata ahli UMNO tidak boleh membiarkan parti berkenaan berakhir atau tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat.
"Apa yang sedang berlaku ketika ini adalah perjuangan yang amat menguji kecekalan kita, Allah letakkan ujian yang sangat besar (untuk melihat) jika kita mempunyai kesungguhan dan menghidupkan kembali perjuangan asal UMNO.
"Ketika UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, kita tidak mempunyai kekuatan termasuk kekuatan ekonomi tetapi kita ada kekuatan semangat dan perpaduan, dengan itu saja kita dapat menumbangkan Malayan Union," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Golongan Asnaf di Masjid Kampung Tanjung Agas, di sini, malam tadi.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengingatkan ahli UMNO untuk mengambil semangat perjuangan ahli terdahulu dan terus berjuang selagi diizinkan Allah.
Katanya, sebagai bekas Perdana Menteri, beliau hanya membuat janji yang boleh ditunaikannya kerana bimbang janji dibuat atas dasar mahu memenangi pilihan raya akan disoal di akhirat nanti.
"Percayalah apa yang saya janjikan tempoh hari sebagai Perdana Menteri dibuat selepas saya pertimbangkan sedalam-dalamnya, saya tidak berjanji jika itu tidak boleh saya tunaikan, takut kalau menang di dunia sekalipun, akan disoal kelak (di akhirat)," katanya.

default

HARGA GAS MEMASAK NAIK BERI KESAN KEPADA HARGA MAKANAN MUNGKIN DINAIKKAN

on Wednesday, June 13, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Harga GAS Memasak NAIK zaman Kerajaan PH .... 

dulu mereka tuduh BN = barang naik , sekarang pengundi sudah dikencing PH ...


teori domino mudah saja , harga gas naik akan menyebabkan harga makanan di restoran , kedai makan akan naik 

Kalau baca teori Ah Cai dedak PH cakap sebulan berapa tong gas beli , cuba pergi tanya yang berniaga restoran berapa tong gas mereka gunakan sebulan ?? 

TAHNIAH dan TERIMA KASIH KERAJAAN PH sempena hadiah Aidilfitri cukup bermakna ini kepada pengundi  !








Salah satu sebab Dato Sri Najib Tidak menarik subsidi gas adalah kerana golongan berpendapatan tinggi menggunakan gas lebih kurang sama dengan mereka dari kelas menengah dan B40 kerana saiz keluarga mereka hampir sama ramai. 


Berbanding dengan subsidi Ron95 dan Diesel, 70% pergi kepada M40 dan T20 berbanding hanya 30% pergi kepada B40, sebab kereta yg kelas menengah dan kelas atasan pakai lebih besar dan sudah pasti beban subsidi kerajaan lebih banyak kepada yang berada daripada yang miskin. 

Tapi sekarang, baru sebulan memerintah, janji nak pulangkan subsidi mereka mungkiri, harga Gas Bermasak pulak mereka naikkan. Dah nasib badan nak kena tipu dengan kepala penyamun - Lokman Adam

default

LUAHAN GURU KAFA DIBUANG KERJA , MENYESAL UNDI PH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments










LUAHAN PENYESALAN DARI SEORANG GURU KAFA YANG MEMILIH KERAJAAN PH PRU14 LALU DAN DIPECAT MENJELANG AIDIL FITRI....

"Saya akui, semasa pentadbiran kerajaan BN, saya sedikit terpengaruh dengan dakyah dari Pakatan Harapan yang mendakwa, kerajaan BN hanya tahu membebankan rakyat tanpa mempedulikan nasib rakyat yang berpendapatan rendah.
Sebagai contoh, cukai GST yang pada perkiraan saya pada ketika itu, cukup membebankan saya.

Siapa tidak mudah terpengaruh. Setiap kali saya ke kedai Cina di taman perumahan saya, taukeh yang menjalankan perniagaan itu pasti memberitahu, harga barang sekarang mahal disebabkan GST. Malah, andai saya ke pasar malam, pasti ada sahaja risalah dari Pakatan Harapan yang turut senada dengan taukeh Cina itu tadi.

Saya sebenarnya seorang guru KAFA yang berkhidmat dengan bayaran yang umum ketahui sebagai tidaklah setinggi guru-guru biasa. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil yang mana paling kecil berusia setahun. Sudah semestinya, lampin pakai buang mahupun susu krimnya terpaksa saya beli hampir setiap minggu.

Apa yang membuatkan saya mempercayai kata-kata Pakatan Harapan adalah, sejak anak saya dari dalam perut lagi, dia sudah dikenakan cukai GST. Sebagai manusia biasa, apabila mendengar perkara yang sama hampir setiap hari, saya mulai percaya dan mula menanam iltizam untuk menguburkan Barisan Nasional selama-lamanya pada 9 Mei yang lalu.

Saya bukanlah seorang yag begitu mempedulikan hal ehwal politik. Namun, apa yang saya khuatiri adalah, survival saya sebagai seorang rakyat Malaysia serta masa hadapan anak-anak saya yang berkemungkinan besar berhadapan dengan cabaran ekonomi yang maha hebat yang membuatkan saya terfikir, mungkin Tun Dr Mahathir mampu mengatasi semua masalah ini.

Terus terang saya katakan, pada 9 Mei 2018 jam 11.30 pagi, saya salah seorang daripada berjuta orang yang memberi undi kepada Pakatan Harapan walaupun jauh di sudut hati saya menyatakan, apa yang saya lakukan ini, silap. Kenapa saya berkata demikian. Ini kerana, sepanjang usia saya yang menjangkau 34 tahun, Barisan Nasional tidak pula menjadikan saya papa kedana.

Saya masih boleh berkahwin dengan seorang gadis yang cantik, mendapat pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan yang hampir percuma dan banyak lagi kemudahan asas yang terbaik disediakan oleh kerajaan BN. Namun disebabkan GST, pada hari itu, saya memilih untuk memberikan kepercayaan dan mandat kepada Pakatan Harapan.

Saya percaya, ramai lagi orang-orang di luar sana mengharapkan perkara yang sama seperti saya. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebajikan dan memberikan keutamaan kepada rakyat terutamanya pasal GST ini. Di samping itu, janji mereka yang akan melaksanakan kesemua 10 janji dalam tempoh 100 hari, cukup menarik perhatian saya.

Setelah memberi kepercayaan kepada mereka dan mereka mengumumkan kemenangan, hati saya mula berdebar. Ini kerana, saya secara tiba-tiba menjadi tidak pasti tentang pilihan saya kerana melihatkan kamelut untuk melantik seseorang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, berlaku dengan penuh kebimbangan.

Sehinggalah pada 13 Mei 2018, Tun Dr Mahathir sah menjadi Perdana Menteri dan pada ketika inilah, harapan saya mulai tumbuh. Namun, siapa sangka, antara pergerakan awal Tun Mahathir adalah memecat 17 ribu orang pekerja lantikan kontrak tanpa ada sebarang notis. Mereka dipecat secara terang-terangan dan tanpa memberi sebarang notis.

Pada ketika itu, saya terfikir, bagaimana mereka mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan kerja pun tiada. Pada masa yang sama, saya mula bermohon kepada Allah S.W.T supaya saya tidak menjadi mangsa seterusnya.

Namun, Allah mempunyai perancangan lain. Saya turut dipecat bermula 1 Jun lalu dan bermulalah nasib tidak menentu saya. Pada hari saya mendapat tahu saya bakal kehilangan kerja bersama-sama lebih 3,000 orang yang lain, saya mula terfikir, apa salah saya sebagai guru KAFA sehingga saya pun dipecat sedangkan tanda telah mengundi ini sendiri belum hilang dakwatnya dan masih terbayang, saya memberikan undi kepada mereka untuk membentuk kerajaan.

Malah, semasa saya berbuka puasa pada 26 Mei yang lalu, saya merenung wajah isteri dan anak-anak saya, mungkinkah saya sempat mendapatkan kerja baru bagi memastikan sambutan hari raya mereka kekal meriah? Mampukah saya menyara kesemua ahli keluarga saya di saat saya sah kehilangan kerja saya? Kenapa begini kejam nasib saya terima sedangkan saya sendiri memberi mandat kepada mereka?

Namun, semuanya sudah terlambat. Sehingga hari ini saya masih sukar menerima yang saya sudah kehilangan kerja. Sudahlah tidak menerima gaji, bonus hari raya juga saya tidak mungkin akan terima. Paling mengharukan adalah, apabila anak sulung saya yang berusia 5 tahun bertanya, bilakah saya mahu membeli baju raya untuknya.

Apa yang harus saya katakan kepadanya? Adakah saya akan cakap, maafkan Walid nak. Walid dah tersalah memberi mandat kepada orang yang salah? Adakah perlu saya katakan, Walid tidak mempunyai wang untuk membeli baju baru kerana sewa bulanan rumah kita ini sendiri pun Walid tidak tahu bagaimana untuk membayarnya.

Saya hanya mampu termenung di samping kekal berusaha mencari kerja sesuai dengan latar belakang pendidikan saya. Namun, bukan mudah untuk orang menerima kerja di saat keadaan semasa yang masih belum stabil. Kekal lah saya menganggur di samping mengira detik, bilakah saya akan diusir keluar dari rumah sewa saya ini kerana masih gagal menyelesaikan sewa bulanan rumah ini.

Sesungguhnya, saya amat menyesal kerana begitu mudah mendengar dan termakan hasutan mereka yang dahulunya menabur janji kononnya akan menjadikan Malaysia jauh lebih baik berbanding era kerajaan Barisan Nasional. Sesungguhnya saya amat menyesal kerana mengkhianati anak dan isteri saya dengan memberi mandat kepada mereka.

Untuk semua ini, saya memohon jutaan kemaafan kerana telah menjatuhkan sebuah kerajaan yang selama ini menjaga kebajikan saya anak beranak. Saya memohon ampun dan maaf kepada Datuk Seri Najib kerana mengkhianatinya kerana selama ini, beliau cukup menjaga kebajikan kami selaku warga pendidik KAFA akan tetapi kami khianatinya pada PRU ke 14 yang lalu.

Tiada apa lagi yang boleh saya buat untuk memutarkan balik detik 9 Mei 2018. Sehabis musim perayaan ini, ada kemungkinan saya terpaksa kembali semula ke kampung halaman saya untuk memulakan kehidupan baru kami. Tetapi, itu pun masih belum ada kepastian kerana di kampung, tidak banyak kerja mampu saya laksanakan untuk menampung 3 mulut di bawah tanggungjawab saya.

Apa yang boleh saya lakukan hari ini adalah berdoa, semoga kehidupan saya akan berubah kelak dan mengharapkan kerajaan hari ini sedar, mereka telah menginaya bukan sahaja saya, tetapi lebih 17 ribu orang yang kehilangan punca pendapatan mereka secara tiba-tiba dalam bulan Ramadan tahun ini. Semoga Allah sahaja yang membalas kekejaman mereka kepada kami semua.

Nukilan:-

Ahmad Yusuf
Guru KAFA

default

ZAHID JADI MANGSA MANIPULASI PERSEPSI PERTEMUAN MAHATHIR

on Tuesday, June 12, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Isu Zahid dipanggil oleh Tun Mahathir datang ke pejabat beliau jadi sensasi dan menimbulkan kecelaruan minda orang politik di Malaysia.
Sebelum mengulas lebih lanjut mengapa Zahid dipanggil mengadap Tun Mahathir, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Zahid adalah kingmaker dalam percaturan politik ketika ini.

Beliau mewakili parti yang memenangi kerusi paling banyak pada PRU14.

UMNO kalah kerana gabungan Pakatan Harapan berjaya berkompromi untuk membentuk segerombolan parti majoriti sebagai syarat untuk membentuk kerajaan.

Semua orang mahukan UMNO dan setiap parti mahukan Zahid.

Banyak cubaan dilakukan untuk menawan UMNO, antaranya ialah usaha untuk mengharamkan UMNO agar kerusi yang telah dimenangi oleh UMNO boleh difaraidkan kepada mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.

Taktik kotor dan taktik tipu helah telah dicuba namun Zahid seorang yang kental, enggan mengalah kerana Zahid tahu bahawa UMNO adalah majoriti tetapi pengkhianatan parti komponen dalam Barisan Nasional yang telah menyebabkan UMNO hilang kuasa sebagai kerajaan.

Tun Mahathir sengaja memancing Zahid untuk dilihat datang menyerahkan diri kehadapan beliau.

Gambaran tersebut dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Tun Mahathir untuk mencalarkan kredibiliti Zahid di mata ahli UMNO juga agar dipandang serong oleh pihak lain yang berebutkan Zahid iaitu DS Anwar Ibrahim.

Apabila Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa Zahid datang kepadanya untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan bagaimana hendak melaksanakan fungsi sebagai kepala parti UMNO, ia langsung menggambarkan betapa hinanya Zahid seolah-olah Zahid adalah calon bidan terjun setelah Najib disingkirkan oleh ahli UMNO sendiri.

Ditambah dengan kata cacian oleh Tun Mahathir bahawa UMNO adalah parti keji yang menjijikan menjadikan Zahid seolah-olah orang yang salah kapal dalam percaturan politik sebelum PRU14.

Tindakan Tun Mahathir adalah perangkap yang akan menghindarkan sekutu Tun Mahathir dan menjauhkan orang UMNO sendiri daripada Zahid.

Jelaslah betapa berpengalamanya Tun Mahathir dalam mencaturkan permainan politik terutamanya yang berkaitan dengan orang Melayu.

Jadi, apa sebenarnya yang terjadi antara Zahid dan Tun Mahathir dalam pertemuan tersebut?

Tidak ada apa-apa.

Tun Mahathir sengaja memanipulasi Zahid untuk dilihat ada di pejabat Tun Mahathir agar Tun Mahathir dapat memenangi peperangan persepsi bahawa beliau masih berkuasa ke atas ketua parti UMNO.

Siapa yang tidak teruja jika dipanggil untuk menemui Tun Mahathir?

Zahid tidak terkecuali tambahan pula beliau terdesak untuk menyatukan orang Melayu terutamanya dalam UMNO pasca kekalahan Barisan Nasional sebagai kerajaan.

Barangkali Zahid beranggapan jika beliau dilihat tidak bermasalah dengan Tun Mahathir maka orang Melayu akan lebih menghormatinya.

Oleh yang demikian, sebenarnya tidak ada sebarang agenda pertemuan tersebut, ia sekadar kunjungan hormat seorang ketua parti terhadap seorang Perdana Menteri.

Jika ada sebarang agenda, mustahil Zahid memuat naik gambar beliau dengan Tun Mahathir sejurus pertemuan tersebut.

Zahid bukan orangnya yang tidak tahu strategi, beliau ada sijil Dr Falsafah yang mampu menjelaskan tahap keintelektualanya.

Politik Malaysia memang macam-macam tetapi jangan mudah percayakan Tun Mahathir, janji PRU14 pon beliau mungkiri apatah lagi dengan perkataan yang beliau ucapkan ketika ini.

Sumber : FB Kelab Penyokong Zahid Hamidi

default

KJ BUKTIKAN LAYAK MENJADI KETUA PEMBANGKANG BERWIBAWA

on Friday, June 8, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





GPB ingin mengulas kenyataan YB KJ yang bakal bertanding Naib Presiden UMNO ini hari ini yang ada segelintir penyokong UMNO yang tak setuju dengan kenyataannya .

Tentunya  yang kontroversi adalah peruntukkan untuk MP BN  yang diakui YB KJ bahawa BN tidak melakukan sedemikian dan sokongan kepada SST di Dewan Negara . 

Kita khususnya pembangkang mesti sedar bahawa apa yang YB  KJ nyatakan ini adalah benar kerana sewaktu kita kerajaan dahulu kita tak memperuntukkan apa-apa kepada pembangkang.

Senario politik hari ini telah berubah dan kita mesti terima hakikat bahawa kita sedang menuju ke arah Malaysia baru yang tidak lagi menghukum pengundi waima pengundi Kerajaan atau Pembangkang. 


Ini yang BN perlu berubah  dan kalau boleh di negeri Perlis dan Pahang perlu diberi peruntukkan juga kepada  pembangkang  . 

Tentang sokongan kepada SST di Dewan Negara ini perlu kerana jika tidak bagaimana kerajaan memperoleh hasil negara dari cukai untuk digunakan untuk kesejahteraan rakyat . 

Kita jadi pembangkang bukan semua benda nak bangkang seperti Pakatan Harapan dahulu , dalam isu kepentingan negara dan rakyat  wajar disokong . 

Biarlah rakyat menilai bahawa UMNO/ BN setelah menjadi pembangkang telah membawa imej baru  untuk berubah menjadi lebih baik . 

Lihat sendiri bagaimana komen rakyat dan share kenyataan YB KJ ini ..  inilah yang perlu dicontohi semua pemimpin UMNO .  Jangan terlampu retorik dan masih syndrom denial dengan cara politik lama yang ortodoks 

Tentang siapa Ketua Pembangkang , tidak lain tidak bukan YB KJ paling sesuai untuk menggalas tugas ini





Saya merujuk kepada sidang akhbar YAB Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, terutamanya tentang dua pengumuman berikut:

1. Tarikh sidang Parlimen yang akan bermula pada 16 Julai 2018
2. Peruntukan untuk Ahli Dewan Rakyat

Institusi Parlimen bakal memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan iltizam rakyat atau 'will of the people' berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Bagi pihak Kerajaan, sudah pasti agenda perundangan berdasarkan kepada janji manifesto mereka akan diutamakan. YAB PM telah pun mengumumkan cadangan pihak Kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan memansuhkan Akta Berita Palsu yang merupakan antara janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Bagi pihak Barisan Nasional (BN), walaupun PRU-14 merupakan penolakan terhadap parti dan agenda kami, rakyat mahu BN memainkan peranan sebagai sebuah pembangkang berwibawa yang dapat menyemak dan mengimbangi Kerajaan PH. Antara mesej utama lain yang dihantar oleh pengundi juga adalah agar tiada lagi Kerajaan yang kebal daripada kehendak rakyat dan setiap langkah Kerajaan akan diperiksa dengan teliti untuk memastikan pentadbiran yang cekap serta berintegriti.
Saya sedar bahawa BN tidak akan diterima serta-merta sebagai sebuah pembangkang yang berwibawa. Yang jelas dan nyata, defisit kepercayaan yang wujud di kalangan rakyat terhadap kami sangat luas. Sebahagian besar daripada kami juga mengambil tanggungjawab bersama atas segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan yang lepas. Ini termasuklah diri saya selaku bekas anggota Jemaah Menteri.

Namun demikian, tugas kami sebagai pembangkang mesti diteruskan. Biarpun ada defisit kepercayaan terhadap kami, BN mesti tampil untuk menyemak dan mengimbang Kerajaan PH, terutamanya di Parlimen demi mengukuhkan institusi demokrasi ulung yang dituntut dalam Malaysia baharu ini.
Oleh itu, saya mencadangkan agar BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen pertama. Langkah pertama adalah untuk memisahkan tugas antara parti BN dan juga wakil-wakil rakyat BN di Parlimen. Pengerusi BN tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Malah, Pengerusi BN perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula BN. Tugas-tugas perundangan di Parlimen boleh dipikul oleh pasukan lain yang dipandu oleh pendirian dan polisi yang ditentukan oleh parti BN itu sendiri.
Setelah Ketua Pembangkang dipilih di kalangan ahli-ahli Parlimen BN, satu Kabinet bayangan perlu dibentuk. Walaupun tiada peruntukan rasmi untuk mewujudkan Kabinet bayangan, satu pasukan boleh diumum secara tidak rasmi bagi membolehkan rakyat merujuk dengan mudah siapa Menteri bayangan bagi menyemak dan mengimbangi tugas Menteri Kerajaan.

Sebagai pembangkang, BN juga akan mengusahakan supaya peranan Parlimen diperkukuhkan lagi. Saya akui perkara ini tidak dibuat sepenuhnya pada pentadbiran BN, tetapi semangat Malaysia baharu ini menuntut untuk kita semua berubah, terutamanya BN. Justeru, saya harap Kerajaan dapat pertimbangkan beberapa langkah pembaharuan yang juga disebut dalam manifesto Pakatan Harapan antaranya kewujudan Jawatankuasa Terpilih Parlimen atau Parliamentary Select Committee untuk menyemak rang undang-undang, kewujudan Jawatankuasa Sementara, bantuan untuk mewujudkan perkumpulan tidak rasmi atau ‘Caucus', serta peruntukan masa semasa sidang Dewan Rakyat baik dalam membawa agenda pembangkang untuk perbahasan mahupun sesi khas seperti Soalan kepada Perdana Menteri.

BN juga wajar menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan tidak hanya ‘membangkang semata-mata kerana kita pembangkang’ (oppose for opposition’s sake). Perlu diingat, BN masih mempunyai majoriti dalam Dewan Negara. Sebarang rang undang-undang perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini termasuklah cadangan Kerajaan untuk memperkenalkan semula SST pada sesi Parlimen kali ini. Saya berpandangan, apabila ia melibatkan kepentingan rakyat dan negara, ahli-ahli Dewan Negara BN wajib memberi kerjasama kepada agenda yang dibawa oleh Kerajaan. Sebagai contoh, walaupun mungkin terdapat perbezaan pendapat tentang SST, ahli-ahli Dewan Negara BN perlu meluluskan rang undang-undang ini kerana tanpa SST, kutipan hasil Kerajaan akan terjejas dan ini akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. Atas prinsip kepentingan negara dan ‘maslahah al-ammah’, BN mesti menyokong.
Berkenaan peruntukan RM100,000 yang diberi kepada ahli-ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB PM. Walaupun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diberi kepada rakan-rakan dari PH, pemberian ini lebih baik daripada apa yang diamalkan kami dahulu yakni tiada apa-apa peruntukan diberi kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.
Saya harap di masa yang akan datang, Kerajaan dapat mempertimbangkan jumlah yang sama untuk wakil-wakil rakyat BN juga. Atas semangat Malaysia baharu, pengundi tidak sepatutnya dihukum atas pemilihan politik mereka semasa pilihan raya. Untuk memastikan tiada apa-apa ketirisan berlaku dalam pengagihan peruntukan tersebut, syarat-syarat ketat boleh diletakkan dan sistem pemantauan dan audit yang telus boleh dilaksana ke atas peruntukan yang diberi kepada semua ahli Dewan Rakyat. Saya berharap YAB PM boleh mempertimbangkan perkara ini untuk kesejahteraan rakyat termasuk yang berada di kawasan yang diwakili oleh BN.
Khairy Jamaluddin,
Ahli Parlimen Rembau.

default

BOLEHKAH UMNO BERUBAH?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






(Oleh: Dr Novandri Hasan Basri)
Landskap politik negara berubah secara total selepas PRU14. Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaan pusat begitu juga di hampir ke semua negeri dalam Malaysia.
Ramai yang terkejut dengan keputusan luar jangkaan ini tetapi ada juga yang telah menjangka keputusan tersebut. Ironinya, peralihan kuasa berjalan dengan aman tanpa masalah atau pengisytiharan darurat seperti yang acap kali dimomokkan kepada rakyat sebelum PRU14.
Apakah parti UMNO boleh berubah dan hala tuju seterusnya?
Ada 9 perkara yang perlu diambil kira.
1. Kita mesti akui kelemahan dan kesalahan sendiri. Yang paling penting ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaikinya. Tapi jika perangai dan pendekatan masih sama, perubahan yang diharapkan tidak mungkin akan berlaku.
Jika kalah kerajaan pusat dan negeri tetapi masih banyak protokol dan ada yang beranggapan mereka itu masih berstatus VIP kerajaan, lebih baik tutup parti kerana reformasi parti yang diuar-uarkan hanya sekadar penyedap hati ahli-ahli UMNO yang kecewa dek kekalahan.
2. Jika kita teliti, hanya 2 pemimpin PH sahaja yang kerap bercakap dan kenyataan mereka menimbulkan banyak persoalan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng.
Kepimpinan tertinggi UMNO perlu menjadi antagonis kepada 2 orang ini dan fokus untuk memantau serta menjawab kenyataan mereka itu dalam kadar segera dan berulang kali.
Sebagai pembangkang, sudah tiada lagi konsep 'kita tunggu dahulu' atau 'biarkanlah'.
3. Parti UMNO dan dasar-dasarnya tidak bersalah dan tidak patut diubah. Parti UMNO terlalu banyak jasanya kepada rakyat dan negara.
Untuk rekod, parti PPBM dalam Pakatan Harapan adalah parti yang berlandaskan Melayu dan Bumiputera.
Yang mesti diubah ialah sebahagian besar kepemimpinnya dan kepimpinan UMNO perlu lebih cekap mengurus persepsi.
Apabila Anwar Ibrahim dan Wan Azizah teruk dikritik netizen pro-BN kerana gambar mereka bersama anak-anak di dalam jet rasmi kerajaan, keesokan harinya gambar Anwar Ibrahim naik kapal terbang Malindo Air diviralkan. Ini mengurus prrsepsi namanya.
Pokoknya, tidak ada lagi ayat 'ada aku kisah' atau 'apa aku peduli' dalam pemikiran kepimpinan UMNO. Persepsi mesti diperbetulkan. Perkara negatif perlu dipeduli dan dikisah walau pun kecil.
4. Barisan Nasional mesti diubah dan ditonjolkan sebagai satu entiti yang benar-benar melambangkan kesatuan dan kerjasama pemimpin-pemimpin berbilang kaum di dalamnya. Tiada big boss dalam BN.
Kepimpinan BN mesti bergerak sebagai satu pasukan di mana-mana sidang khabar atau majlis rakyat yang akan disusun kelak. Konsep ini yang digunapakai oleh Pakatan Harapan. Konvensyen BN perlu diadakan.
Apakah sudah tiba masanya untuk menukar imej, nama Barisan Nasional dan logonya?
5. Tidak ada 'tempoh bertenang', 'honeymoon' atau 'cooling period' dalam politik Malaysia.
Lebih-lebih lagi apabila PH menggunapakai teknik propaganda mereka yang terbukti berjaya sebelum ini.
Sejak hari pertama lagi rakyat telah disumbat dan dimomokkan kononnya negara mengalami krisis kewangan yang sangat teruk. Ianya dilakukan setiap hari dan berulang kali. Dengan bantuan media sosial dan kali ini dengan penguasaan media perdana, ramai yang sudah percaya hutang negara adalah RM1 trilion walau pun ianya tidak benar.
Apabila propaganda berhasil, kerja PH sudah menjadi senang dan janji-janji 100 hari yang diketahui mustahil dilaksanakan, tidak perlu dilakukan lagi.
6. Pihak yang kalah mesti cepat bangkit menjadi entiti pembangkang yang sangat vokal terutamanya mereka yang berhasrat untuk bertanding kepimpinan UMNO dan sayap-sayap UMNO tidak lama lagi.
Selain daripada memperkukuhkan dan menyegarkan parti, calon-calon perlu buktikan kelantangan dan keberhasilan mereka mengkritik PH.
Dah namanya pembangkang maka pemilihan pemimpin serta segala gerak kerja mesti fokus ke arah itu.
Kerja calon-calon yang pertama ialah untuk menyakinkan kembali rakyat bahawa krisis kewangan negara tidak benar dan hanya satu mainan persepsi PH untuk melepas tengkuk sendiri daripada melaksanakan janji-janji tidak logik mereka dalam 100 hari.
7. Sudah tiba masanya untuk setiap ahli UMNO yang akan mengundi nanti untuk memilih calon yang benar-benar boleh buat kerja serta mampu menaikkan kembali imej UMNO.
Kita perlu buat homework sedikit dan kaji calon-calon ini.
Kita boleh mulakan dengan merujuk facebook, twitter, blog atau instagram calon-calon ini dan nilai sendiri sama ada mereka ini benar-benar aktif mengkritik PH dan berbakti kepada parti atau sekadar politik bermusim, selfie bercuti dan menayang kemewahan sahaja.
Dan setiap calon mestilah aktif di dalam media sosial terutamanya ketika ini media perdana bukan lagi di bawah penguasaan UMNO. Hanya platform media sosial yang boleh digunapakai oleh UMNO untuk meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan menaikkan kembali imej parti.
8. Kita juga mesti memikirkan kesan-kesan negatif yang mungkin terjadi akibat pemilihan UMNO ini.
Bohong jika ada yang menafikannya kerana sejarah membuktikan UMNO pernah berpecah belah disebabkan pemilihan parti.
Dalam situasi hari ini yang menuntut perpaduan dan satu hati di kalangan pemimpin dan ahli-ahli parti, yang menang perlu berlapang dada menerima yang kalah untuk bersamanya. Manakala yang kalah perlu menerima kenyataan, tetap berkhidmat, tidak bersara atau tidak lompat ke parti lawan!
Bersiap sedia juga jika ada yang menyalahguna kuasa untuk mengharamkan parti UMNO!
9. Kepada semua ahli UMNO yang bakal mengundi kelak .....tidak ada gunanya memilih calon-calon yang tidak rajin serta tidak ke depan bersuara lantang dalam situasi UMNO menjadi pembangkang.
Jangan pilih calon yang hanya sekadar memanaskan kerusi MT dan exco sayap-sayap sahaja.

default

PEMILIHAN UMNO 2018 PERLU DIPILIH CALON PILIHAN RAKYAT

on Sunday, June 3, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments







Hingga setakat antara  yang sudah mengesahkan merebut jawatan dalam Pemilihan UMNO 2018 ialah 


Presiden 1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Presiden 1. Datuk Seri Mohamad Hassan Naib Presiden (3 orang) 1. Khairy Jamaluddin
2. Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman

Ketua Pemuda
1. Khairul Azwan Harun
2. Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Naib Ketua Pemuda
1. Shahril Hamdan


Seperti kata YB KJ , pemilihan kali ini perlu dijadikan platform pertama untuk perubahan iaitu dengan memilih calon pilihan rakyat bukan lagi calon pilihan ahli parti sendiri . 





Melihat kepada respon di media sosial ahli-ahli UMNO dilihat bersemangat mahu melakukan perubahan drastik di pucuk pimpinan parti .  Mereka semakin sedar siapa yang perlu dipilih berdasarkan kepada pilihan dan kesukaan rakyat . 






PEMILIHAN Umno yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini perlu menjadi platform pertama perubahan parti Melayu itu selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kata

Khairy Jamaluddin. Ketua pemuda Umno itu berkata, kelainan pemilihan kali ini adalah Umno perlu menampilkan calon pilihan rakyat dan bukan merebut jawatan kerana parti itu kini bukan lagi dalam kerajaan.

 "Kita gunakan pemilihan ini platform pertama jadikan Umno baru, budaya baru, semangat baru dan kekuatan baru.

 "Percayalah walaupun perjalanan kita mungkin jauh, tidak pasti lima, 10, atau15 tahun, apa pun jangka masa kita untuk kembali ke tampuk pemerintahan kerajaan, saya akan bersama anda semua supaya kita kembali," kata Khairy ketika majlis berbuka puasa anjuran Pemuda Umno di Taman Tasik Titiwangsa, hari ini. Khairy turut mengesahkan beliau telah menghantar pencalonan untuk bertanding merebut jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan kali ini. 

 "Kita ada satu peluang beri isyarat pertama 

Umno memahami pesanan rakyat. Umno bermula langkah membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan kita pilih pemimpin yang diterima rakyat. 

 "Dengan kita amalkan kempen yang sihat, tidak lagi dilihat parti yang dibelenggu tuduhan politik wang, rakus jawatan dan persepsi parti pilih pemimpun ditolak rakyat dan tanggapan Umno parti tidak dapat pilih pemimpin berwawasan dan membawa kesegaran untuk rakyat," kata ahli Parlimen Rembau itu lagi. 

 Pemilihan Umno dijadualkan bermula 23 Jun depan untuk sayap parti dan pemilihan peringkat kebangsaan dijadualkan pada 30 Jun.

 "Yang penting kita mesti bersatu. Kita menang pun bukan jawatan kita memerintah tapi bangkai politik yang perlu kita hidupkan semula. "Hari ini kita bertanding dalam parti yang sudah kalah. Ini bukan pemilihan untuk jawatan tapi pejuang sebenar," kata Khairy lagi. – 1 Jun, 2018.

default

TABUNG HARAPAN HANYA ALASAN LENGAHKAN JANJI MANIFESTO PH

on Saturday, June 2, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyifatkan Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagai alasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melengahkan pelaksanaan manifesto seperti dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan perlu menjelaskan niat sebenar kewujudan tabung berkenaan yang kononnya untuk membantu meringankan beban hutang negara.
"Pemuda UMNO tidak menghentam tabung itu kerana rakyat tidak dipaksa menderma untuk mengisinya, namun mesti jelaskan kenapa.

"Tabung itu kononnya untuk membantu bayar hutang negara seperti digambarkan kerajaan tetapi bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN), ini tidak menyeluruh.
"Pemuda UMNO beranggapan THM hanya untuk kerajaan PH menyusun semula janji mereka dan itu naratif mereka kononnya (manifesto lambat ditunaikan) disebabkan hutang negara.
"Mereka gunakan alasan itu untuk menangguhkan beberapa janji," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Pemuda UMNO di sini, hari ini.s

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.