Wee Chee Keong dedah " The Little Napolean PKR "

on Monday, March 29, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini di Sidang Parlimen , Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju pulak menempelak sikap pemimpin2 PKR dengan menggelarkan mereka " The Little Napolean ". Ini merupakan satu lagi pendedahan berani di sidang Parlimen kali tetapi yang bezanya ialah MP PKR sendiri hantam rakan mereka .

Kalau sebelum ini, MP Bebas seperti Zahrain dan Zul Nordin telah mendedahkan satu persatu taktik jahat PKR demi mejayakan projek " Putrajaya At All Cost ". PB cabar PKR kalau berani ambil tindakan terhadapa Wee yang lantang kritik geng Little Napolean ini di Parlimen . Kalau Zul Kulim boleh dipecat kerana kritik isu kalimah Allah , kita tunggu pulak tindakan oleh PKR terhadap Wee Chee Keong ...

Kepada geng Little Napolean ini, PB rasa semua orang sudah tahu siapa muka-muka ini semua dan mereka ini sekarang adalah orang kuat dan penting bagi Anwar . Demi Putrajya At All Cost, puak-puak ini sanggup menggunakan kaedah real politic jahat demi mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri .

ikuti sedutan ucapan The Little Napolean oleh Wee Chee Keong

Dato Yang DiPertua

The Little Napoleons

Tetapi saya amat sedih apabila beberapa Little Napoleons di sebelah sini menyoal kedudukan saya dalam mesyurat rasmi kenapakah saya dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai ahli untuk lawatan kerja di Amerika baru-baru ini dan kenapa mereka tidak dipilih. Saya tahu Little Napoleons dan Ahli-Ahli YB dari PAS dan DAP pun pernah dipilih sebagai ahli lawatan kerja dengan Menteri-Menteri atau Sepaker ke Parlimen atau kerajaan negara lain. Saya tidak pernah mempertikaikan perlantikan mereka kerana saya tidak ada perasan cemburu walaupun Little Napoleons tersebut sideline saya dan has classified me as a junior MP. Walaupun saya tidak bersetuju dan saya tidak pernah mempertikaikan YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Macang apabila mereka telah dilantik untuk “to chase after Ahli Parlimen BN di Taiwan to cross-over” walaupun tiada hasil. Saya telah menerima hakikat bahawa saya adalah amat junior dan Little Napoleons inilah amat senior yang amat hebat dalam peranan mereka di Parlimen dan politik di negara.

Ada Little Napoleons yang pintar sedikit, mereka yang melemparkan batu sembunyikan tangan.

September 16

Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons. Isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan September 16 atau isu-isu yang lain di Dewan yang Mulia ini atau di luar tidak dijawab langsung. Jawapan mereka adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”. You can fool some of the people some of the time but not all the people all the time, my Little Napoleons. Little Napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said In and ot of Parliament just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’.

Saya juga berharap bahawa the Little Napoleons disebelah sini jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin dan politik cakap tak serupa bikin.

Dengan ini saya berharap these Little Napoleons berhentikan kegiatan politik kotor mereka untuk satu tujuan semata-mata iaitu “POLITICS OF EXPEDIENCY” and “PUTRAJAYA AT ALL COSTS”, dengan izin.

Terima kasih

YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju)


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.