PKR menuju kehancuran , Kerajaan BN menuju majoriti 2/3

on Monday, March 1, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Good bye PKR and lu Guan Eng !!

Tarikh 1 Mac 2010 merupakan tarikh permulaan untuk MP-MP dalam PKR yang bakal mengikut jejak Datuk Zahrain Mohd Hashim keluar dari PKR menjadi MP Bebas .

Dulu PB pernah dimaklumkan bahawa akan ramai MP -MP dari PKR bakal keluar dari parti PKR disebabkan mereka sudah sangsi dan musykil dengan perilaku Anwar yang sebenar selepas Saiful membongkarkannya di mahkamah ketika perbicaraan kes liwat.

Hari ini MP Nibong Tebal Tan Tee Beng yang berperang dengan Guan Eng sebelum ini telah mengumumkan keluar daripada parti PKR serta merta menjadi MP BEBAS di Dewan Rakyat.

Desas desus juga menyatakan kerajaan BN kini sedang menuju kepada kerajaan yang akan memerintah negara dengan majoriti 2/3 semula. Datuk Salehuddin Hashim , bekas S/U PKR dan ahli PKR sendiri meramalkan 10 MP PKR akan keluar parti . klik di sini , baca juga di sini dan sini

Biar kan lah apa yang mereka nak cakap pun musim katak lompat ke , tetapi sebenarnya mereka harus tanya balik kepada diri mengapa MP - MP dalam PKR ini keluar dari parti .

nantikan lagi pemimpin2 PKR yang bakal keluar daripada parti kencing rakyat ini .


2 Responses

  1. harap kalau adun / mp penang pkr keluar parti, boleh tak dapat bn pegang balik penang?

  2. Salam PB, tanda-tanda karamnya kapal PKR sudah bermula..... yg jelas selama ini puak-puak ini selalu sahaja mengkritik dan menghentam kerajaan UMNO-BN, tetapi bila diberi kuasa, mereka tidak mampu menerima kritikan waima dari kumpulan sendiri.... itulah hakikatnya...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.