Pendedahan mengenai kaitan Anwar - Al Gore taja Yahudi Israel

on Tuesday, March 30, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Kumbang kembali menulis kerana jelek melihat Anwar mempertahankan diri kononnya beliau tiada kaitan langsung dengan Yahudi dan Israel.

Sedangkan satu dunia tahu Anwar telah menandatangani Perjanjian Annapolis Summit pada tahun 2007 yang cukup jelas perjanjian itu mengiktiraf pembentukkan negara haram Israel. Klik sini. Situasi ini jelas menunjukkan Anwar mempunyai kaitan rapat dengan Yahudi dan Israel.

Bukan sekadar itu pihak Yahudi dengan Al-Gore sebagai penggeraknya telah merancang kebangkitan Anwar Ibrahim selepas bebas dari penjara dengan melibatkan mantan timbalan perdana menteri itu di dalam pelbagai organisasi pimpinan beliau.

Organisasi yang paling kontroversi yang dianggotai Anwar ialah Generation Investment Management Group sebuah badan pemikir milik Parti Demokrat yang beroperasi di London.

Al-Gore telah melantik Anwar sebagai ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa organisasi itu dengan gaji lumayan pada tahun 2005 dan Anwar perlu menghadiri mesyuarat 2 kali setahun serta menjalankan tugas-tugas khas yang dirahsiakan oleh organisasi itu dari dunia luar.

Ada pihak yang berpendapat tujuan Anwar menyertai organisasi ini adalah tujuan untuk mengumpulkan dana politik beliau.


Turut menyertai Generation Investment Management Group sebagai ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa ialah Simon Zadek dan Mary Robinson. Anwar kali terakhir menghadiri mesyuarat organisasi itu ialah pada 18 Mac lalu di London dan Anwar terang-terangan memberitahu telah menghadiri mesyuarat organisasi itu di Twitter,Facebook dan blog kepunyaan beliau.







Generation Investment Management Group Taja Israel

Apa yang menjadi kontroversi ialah apabila Generation Investment Management Group telah menaja syarikat Greenroad dari Israel sebanyak 10 juta Dollar Amerika pada 22 februari lalu. Perkara ini telah menimbulkan ramai tanggapan daripada masyarakat antarabangsa yang Al-Gore melalui organisasinya itu terang-terangan ingin membantu Israel dari sudut bantuan dana yang akhirnya memberi sumbangan kepada pertumpahan darah umat Islam di Palestin.

Ada di kalangan media antarabangsa turut menggelarkan Al-Gore dan sebagai Usahawan Israel dengan bantuan berkenaan dan Al-Gore turut memberitahu yang bantuan beliau itu hanya bersifat permulaan serta banyak lagi bantuan yang akan menyusul.

Hubungan Al-Gore dengan Israel daripada segi bantuan dana telah bermula sejak beliau menjadi Naib Presiden Amerika lagi dan hal ini dapat dilihat nama Al-Gore telah tersenarai di dalam laman web Jewish National Fund. Penyumbang dana Israel juga pernah menghadiahkan 1 Million Dollar kepada Al-Gore dan beliau membalas balik tahun ini dengan 10 Million Dollar kepada syarikat Israel.

Hubungan Al-Gore yang terlalu baik dengan Israel ini menimbulkan tanda-tanya apa peranan Anwar Ibrahim di dalam hubungan itu. Apatah lagi Anwar bergelar ahli lembaga penasihat antarabangsa dan hadir dalam mesyuarat organisasi yang memberi bantuan secara langsung kepada syarikat Israel.

Tatkala Anwar sibuk untuk bercerita mengenai Israel di Parlimen. Apa kata Anwar menerangkan semua kaitan beliau ini kepada umum.

Rakyat semua mahu tahu adakah Anwar benar-benar tidak terlibat langsung dengan yahudi dan Israel atau hanya cakap tak serupa bikin serta ingin menipu rakyat ?

sumber : kumbang


3 Responses

  1. Anonymous says:

    dia dah cakap dalam parlimen bhaii.. lu orang nyalak kat blog jerr amende? dia cakap dgn fakta klu tak puas ati buat lah suruhan jaya spt yg dicadangkan jgn nafi terus semata2 krn lu sokong UMno tapi negara tergadai... membuatkn rakyat lebih menyampah sama umno

    no parti

  2. Dalam parlimen dia cakap lain. Dia cover dan spin isu apco. Dah sah si Nuar banyak hubung kait dgn organisasi yahudi. Tepis macam manapunlah,jawatan yg dia pegang nak sorok kt mana? Kalau satu ketul daging babi tercampak dlam kari daging lembu seluruhnya haram. Inikan pulak satu ketul daging lembu campak dalam kari babi...kari tu halal ke?

  3. Anonymous says:

    dah sah2 anuat memang yahudi a.k.a orang suruhan yahudi

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.