Al Gore disebalik tabir isu APCO

on Wednesday, March 31, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Anwar_AlGore2

Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Foto ini dirakam semasa mesyuarat Generation Investment Management Group (GIM)di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore. GIM
melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel. Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan.Klik di sini

AIDCNews

Anwar dipercayai membangkitkan isu hubungan APCO dengan Kerajaan Malaysia kerana telah diarahkan oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Arahan ini dilakukan kerana APCO dikatakan terlibat dalam usaha menghalang kerajaan Kanada daripada menandatangani Protokol Kyoto bersama syarikat Exon Mobil dan Talisman Energy.


Al Gore dikenali sebagai bekas pemimpin yang memperkenalkan kempen pemanasan Global dan Protokol Kyoto merupakan antara usaha besar kempen yang dijalankannya.

Amerika Syarikat menandatangani Protokol Kyoto pada tahun 1998 sewaktu Al Gore menjadi naib Presiden, dan melalui protocol tersebut ia telah menetapkan had dan batasan tentang peluasan penggunaan bahan bakar fosil/minyak .

Kebanyakkan negara membangun menggangap Protokol Kyoto adalah berat sebelah kerana protocol itu akan membantut pertumbuhan ekonomi negara membangun, sedangkan pemanasan global lebih banyak disumbangkan oleh negara maju.

Presiden Clinton dan Al Gore pada akhir penggal pemerintahan tidak berjaya dalam mendapatkan sokongan sepenuhanya negara diseluruh dunia menandatangani protocol tersebut.

Sehingga kini Al- Gore masih mengerakkan jentera mendesak negara-negara diseluruh dunia menandatangani perjanjian tersebut, selain itu beliau sendiri telah melancarkan projek hijaunya diseluruh dunia.

APCO pula merupakan Syarikat Perhubungan Awam yang menjalankan perniagaan berteraskan komunikasi dan mempunyai pejabat pewakilan diseluruh dunia termasuk Indonesia, Turki, dan United Arab Emitares.









Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.