Antara RM 100 setahun oleh Guan Eng dan RM 12,300 setahun oleh kerajaan BN

on Wednesday, March 17, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Lim GE amat berbangga kerana dapat menipu serta mengaburi mata penyokong-penyokong taksub Pakatan Rakyat di P.Pinang dengan pemberian RM100 setahun kepada warga emas dinegeri itu.

Hanya dengan RM 100 juga Lim GE dan DAP berjaya menutup segala amalan kronisme, cauvinist dan juga tingkahlaku komunis mereka di P.Pinang.


Lim GE dan kerajaan DAP tanpa malu mengaku kononnya merekalah yang lebih hebat didalam menjaga kebajikan rakyat di P.Pinang. Tetapi pada hakikatnya, Ketua lanun dan gerombolannya dari Melaka ini lah yang sebenarnya sedang "menyamun" perbendaharaan negeri itu.

Ramai yang lupa dan tak ambil tahu bahawa secara purata, kerajaan Barisan Nasional telah memberikan setiap isi rumah subsidi sebanyak RM12,300 setahun!

Bukan sahaja di P.Pinang, malah semua rakyat negara ini merasa nikmat subsidi yang paling besar jumlahnya dalam mana-mana negara dunia.

Jika Lim GE dan penyokong Pakatan Rakyat berbangga dengan pemberian RM100 SETAHUN kepada warga miskin di P.Pinang, mari kita bandingkan pula dengan sumbangan dari kerajaan untuk warga miskin di negeri itu.

Ini adalah senarai bantuan kerajaan untuk keluarga kurang mampu yang disalurkan melalui pelbagai agensi;


* Bantuan Kanak-kanak istimewa - RM100 - RM450 sekeluarga sebulan
* Bantuan Orang Tua - RM300 seorang sebulan
* Bantuan Anak Pelihara - RM250 seorang sebulan
* Elaun Pekerja Cacat - RM300 seorang sebulan
* Bantuan Am Persekutuan - RM80 - RM 350 sekeluarga sebulan
* Bantuan Khas - RM300 sebulan kepada penjaga OKU/Pesakit kronik yang terlantar
* Elaun peserta OKU - RM150 sebulan untuk program pemulihan dalam komuniti
* Geran Pelancaran Perniagaan -RM2,700
* Bantuan Alat Tiruan/Sokongan - Diberi PERCUMA
* Program Tambahan Makanan Seimbang untuk rakyat miskin - RM10 juta
* Bantuan Pengurusan Pusat PDK - RM252,000 setahun setiap pusat


p/s: sumber dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua dikira setiap bulan, bukan setiap tahun !


Jadi, bagaimana Lim GE dan juga para penyokong Pakatan Rakyat boleh mendabik dada dan juga dengan sombongnya menunjuk-nunjuk tentang "wang ihsan" RM100 SETAHUN yang diberikan kepada warga miskin di P.Pinang?

Jelas disini bahawa Lim GE dan kerajaan DAP negeri menganggap rakyat khususnya di negeri P.Pinang adalah bodoh dan tak tahu mengira !

Begitu juga para balaci kafir dari Pas dan juga PKR yang berterusan mengiakan pembohongan khalifah Lim pujaan mereka.

Secara konsisten masyarakat melayu P.Pinang didalam mahupun diluar bandar ditindas oleh kepimpinan Lim GE. Kini warga emas dan golongan miskin negeri itu pula hendak diperbodohkan oleh mereka.

Jika ini bukan corak pemerintahan komunis, hendak dipanggil cara pemerintahan apa lagi !

sumber : mykmu.net


4 Responses

  1. Salam bro, mengapa sebahagian rakyat Pulau Pinang dan Malaysia terlalu buta dengan gula-gula yang Guan Eng anak beranak ni....... besar mana RM100 setahun jika nak dibandingkan dengan apa yg telah diberikan oleh Kerajaan UMNO-BN.... itu tak termasuk subsidi-subsidi yg diberi tidak kira siapa atau golongan mana, malah bukan warganegara pun menikmatinya.....

  2. sebab satu saja bro .. Khalifah Umar Abd Aziz cakap semuanya betul dan baik saja ..hehe

  3. Anonymous says:

    RM100 duit Kerajaan Negeri bukan DAP punyer wang..
    yg RM12,300 setahun tu kerajaan Pusat..mmg wajib la kasi Bodoh..dah name Kerajaan Pusat...duit kerajaan bukan duit UMNO la bodoh...
    sorry la kalau ckp bodoh..mmg itu jer yg sesuai untuk kourang ni..duit Kerajaan buat mcm duit mak bapak diaorg sendiri..
    UMNO skrg bangga lak dgn bantuan RM500 dan RM100 unutk budak sekolah tu pulak dah mcm duit dia jer..padahal duit kerajaan,DUIT RAKYAT..mangkuk.
    jgn la nak bangga..

  4. Anonymous says:

    kalau taknak approve takpe la..korang syok jer la sendiri komen sendiri...wakakkakaka..bodoh Bloggerr BN ni..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.