Gambar keretapi terkandas gara-gara ancaman bom di Tapah

on Thursday, December 1, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Lebih 1,200 penumpang perkhidmatan kereta api di sektor utara terjejas akibat gangguan perkhidmatan setelah satu objek dikhuatiri bahan letupan ditemui di landasan antara laluan Sungkai-Slim River di KM 259 pagi tadi.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan yang telah dibatalkan ialah tren Ekspres Sinaran Utara manakala Ekspres Senandung Langkawi dan Ekspres Senandung Mutiara masing-masing ditamatkan di stesen Tapah Road dan di stesen Kampar di mana penumpang telah dipindahkan menaiki bas perantaraan ke stesen KL Sentral.

Perkhidmatan tren elektrik pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tapah Road manakala tren dari arah Ipoh ditamatkan di stesen Tapah Road dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tanjung Malim.

Menurut kenyataan itu, pasukan polis telah mengalihkan objek berkenaan dan perkhidmatan pulih mulai petang ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Roslan Bek Ahmad pula berkata, polis menerima panggilan mengenai objek itu pada 1.45 pagi tadi, dan mengerahkan Unit Pemusnah Bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak membuat pemeriksaan di landasan sejauh 76 km antara Tanjung Malim dan Tapah Road.

"Terdapat 21 jambatan antara laluan Tanjung Malim dan Tapah dan pemeriksaan perlu dibuat secara berhati-hati dan mengambil masa kerana keadaan yang gelap,” katanya kepada pemberita.

Roslan berkata, hasil daripada pemeriksaan, polis menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di kM 259.25 berhampiran Slim River pada 12.05 tengah hari tadi.

Bonggol itu kemudian diletupkan tetapi siasatan mendapati tiada bom ditemui di situ.

"Hanya sekeping tikar yang dilipat mengandungi botol-botol kosong ditanam berhampiran jambatan berkenaan,” katanya.

Roslan berkata polis sedang mengesan individu yang membuat panggilan mengenai objek itu. — Bernama



** Adakah kerana hari ini Perhimpunan Agung UMNO  2011 yang sedang berlangsung , puak-puak anasir jahat ini cuba hendak sabotaj ???   


Perwakilan dari UMNO  sebelah utara juga menerima nasib yang sama hingga terlepas ucapan dasar Presiden . 



 ekspress Senandung Langkawi membawa 400 orang terkandas di Tapah 

 rombongan sekolah pun turut jadi mangsa 











Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.