Pesanan Datuk Hamdi Abu Bakar untuk rakyat Perak

on Thursday, May 14, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Selepas PRU12 8 Mac 2008. Atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan. Baginda menolaknya, kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah menolak!

Maka Dato Tajol berkata adalah tidak adil jika Tuanku Sultan membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang mempunyai hanya 28 kerusi sahaja, sedangkan kita semua tahu BN + Bebas = 31 kerusi(Majoriti mudah)

Maka YB Dato Dr Zambry berkata adalah menjadi tanggungjawab BN untuk mempertahankan hak majoriti rakyat melalui persidangan Dewan! BN tidak gentar menghadapi pilihanraya. Persoalannya sekarang kenapa kita harus memohon dewan dibubarkan pada ketika BN mempunyai majoriti?

Lagipun pilihanraya akan hanya membazirkan wang rakyat dan menyusahkan kehidupan rakyat sahaja.

Kembalilah Kepada Rakyat. Pertahankan Hak Majoriti Rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak!

Sekian. Dato Hamdi Abu Bakar


3 Responses

  1. Anonymous says:

    saya menyokong apa yg diperkatakan oleh YBhg Dato..kenapa kita harus bubarkan dewan sedangkan majoriti dipihak BN..saya pasti lama kelamaan rakyat perak akan sedar...kerajaan mana yg lebih mementingkan rakyat...menghormati sistem raja berpelembagaan..teruskan perjuangan demi kesejahteraan bangsa,agama dan negara

  2. UMNO: 27 kerusi
    DAP: 19 kerusi
    PAS: 6 kerusi
    PKR: 4 kerusi
    MCA: 1 kerusi

    mana parti yg mendapat tempat di hati dan kehendal rakyat ???

    iaitu UMNO !!

    Ertinya, majoriti rakyat Perak telah memilih UMNO iaitu sebanyak 27 kerusi atau 27 orang ADUN atau 27 orang wakil rakyat mereka.

    Cuma 6 kerusi diberi kepada PAS. Justeru, benarkah Nizar dipilih oleh rakyat Perak? Rakyat Perak suka Nizar ke ???

    Jadi fikir-fikirlah kenapa DAP rakus sangat merebut kuasa dan mahu Nizar menjadi MB ..

    mereka sebenarnya tidak kisah pun nak gaduh kemalah ada yang naik atas meja lagi untuk maki BN.

  3. Anonymous says:

    Taksub ADUN ini terhadap judi sehingga adakalanya beliau tidak pulang kerumah kerana asyik dengan permainan itu. Selain dari itu, beliau juga di katakan kaki perempuan dan juga meminum arak. Yang terkini, beliau di katakana telah meniduri PA beliau sendiri.

    Untuk mendapat kepastian, kami telah lakukan satu siasatan dan ternyata ianya benar. Kami telah ke kelab yang sering beliau habiskan masa untuk membuat aktiviti-aktiviti gelapnya.




    ICC : Inilah kelab yang ADUN Pengkalan Bharu selalu menghabiskan masanya.

    ADUN yang berkhidmat selama 21 tahun ini juga banyak terlibat dengan tauke-tauke cina untuk mendapatkan sumber kewangan. Tidak kurang juga ada tauke-tauke yang telah ‘terkena’ dengan janji-janji ADUN ini. Di samping itu, beliau juga telah mempergunakan Pegawai Khas MB Perak, Dato Azhar untuk mencapai hasratnya. Dato Azhar telah di perbodohkan malah telah di laga-lagakan pula dengan Dato Manaf Hashim demi untuk memberi ruang kepada anaknya menjadi calon pada PRU ke 13 nanti.

    Adakah pemimpin seperti ini yang kita kehendaki? ADUN yang saya maksudkan ialah YB Dato’ Hamdi Abu Bakar (ADUN Pengkalan Bharu). Apa yang telah di lakukan oleh ADUN ini sangat memalukan. Kita tunggu adakah beliau akan menafikan skandal ini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.