Tok Pa dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Manik Urai

on Saturday, May 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Mustapa dilantik pengarah pilihan raya kecil Manik Urai
29/05/2009 7:26pm

KUALA LUMPUR 29 Mei — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai, Kelantan yang akan diadakan Julai ini.

Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN itu, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata Mustapa, yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manik Urai.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada parti PAS meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lepas, Perdana Menteri berkata: “Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan.

“Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.