Pengganas Chin Peng tidak akan dibenarkan jejak kaki ke Malaysia

on Thursday, May 21, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Apakah jasa Chin Peng kepada negara jika hendak dibandingkan dengan perajurit-perajurit kita yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.



KUALA LUMPUR 20 Mei – Parti-parti politik terutama berasaskan kaum Cina di negara ini diingatkan supaya tidak menggunakan isu bekas pemimpin komunis, Chin Peng bagi menarik sokongan daripada kalangan kaum itu.

Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), Leftenan Kolonel (B) Nik Omar Al-Haded Nik Mohd. Salleh berkata, tindakan bersimpati terhadap bekas pemimpin komunis itu merupakan politik murahan yang hanya digunakan oleh pihak-pihak yang terdesak.

“Saya harap, semua parti politik berasaskan kaum terutama Gerakan tidak lagi akan menyentuh mengenai kebenaran Chin Peng pulang ke Malaysia.

“Tindakan itu mampu memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan ketegangan, berbahaya buat keselamatan Chin Peng sendiri, apatah lagi mahkamah telah memutuskan dia tidak boleh pulang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas permintaan Gerakan terhadap kerajaan supaya membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.

Hari ini, media melaporkan, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membuat permintaan itu atas alasan kemanusiaan di samping mendakwa Chin Peng bukan lagi merupakan ancaman keselamatan kepada negara.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani pula meminta Gerakan lebih sensitif dengan kenyataannya, supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama golongan bekas anggota tentera dan polis.

Katanya, selepas media terutama portal berita menyiarkan kenyataan Hock Nan itu, beliau menerima tidak kurang 20 panggilan telefon daripada bekas-bekas anggota tentera yang membantah permintaan tersebut.

“Kesemua yang telefon saya menyatakan perasaan tidak puas hati serta meminta saya menghantar memorandum kepada kerajaan agar kekal dengan keputusan mahkamah yang melarang Chin Peng kembali ke tanah air.

“Jadi saya nak tanya Hock Nan, adakah kepulangan Chin Peng akan membawa faedah kepada negara dan kerajaan BN, yang sekarang ini melaung-laungkan konsep Satu Malaysia?,” jelasnya.


Filem Bukit Kepong yang memaparkan kepahlawan pasukan Polis yang berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air dari kekejaman komunis .

Komen PB

aku tidak faham mengapa Teng Hock Nan boleh timbulkan isu mahu Chin Peng pulang ke Malaysia.Jangan kita lupak kerana kepala pengganas dan pengkhianat inilah yang huru hara kan Tanah Melayu ketika dahulu ,membunuh ramai orang Melayu ,askar,polis serta orang awam . Dosa dia tidak boleh dimaaafkan dan jika di negara-negara lain penjenayah-penjenayah perang ini semua telah dihukum tali gantung tetapi beliau kini masih lagi sihat.


Link

Parti Komunis Malaya (PKM)
Peristiwa Bukit Kepong


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.