Akhirnya PAS mengaku tak mampu laksana undang2 Islam

on Friday, June 11, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KOTA BHARU 11 Jun — Pas belum mampu untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri yang diperintah pakatan pembangkang, kata presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, parti itu terpaksa mencuba sedaya upaya melaksanakan Islam mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.

Malahan beliau menyalahkan kelemahan itu berpunca daripada tekanan daripada kerajaan pusat secara terbuka dan halus.

"Pas yang berjaya memerintah Kelantan, pernah di Terengganu dan Perak, dan terkini memimpin kerajaan di Kedah di samping menyertai kerajaan campuran di Selangor dan Pulau Pinang telah mencuba sedaya upaya melaksanakan Islam mengikut bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya dalam ucapan dasar merasmikan Muktamar ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan bagaimana bentuk halangan dan tekanan yang dilakukan kerajaan pusat. - Bernama


One Response

  1. Anonymous says:

    malu yang teramat malu,di mana yang lepas-lepas melalak hingga orang lain bodoh last-last timpa batang hidung sendiri.macam "ayam berkokok bederai-derai tetapi ekor bergelomang tahi". lepas ni sorok kepala bawah meja,tetapi ekor orang nampak,banyak tahi maseh melekat.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.