Ahmad Maslan tempelak Anwar dalam isu FELDA

on Monday, June 21, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Berikutan tuduhan manipulasi PKR oleh Anwar dan juga laporan kpd SPRM oleh Dr Tan Kee Kwong disiarkan dlm malaysiakini mengenai isu FELDA bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Petikan di bawa ini adalah jawapan fakta oleh Datuk Ahmad Maslan dalam isu FELDA di Parlimen hingga buat Anwar tanya satu sahaja soalan tambahan ..



Cubaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanipulasi fakta dan angka di Dewan Rakyat akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila pertanyaan tambahannya, mudah disanggah oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

“Hari ini detik bersejarah. Saya gembira dapat berdepan dengan Anwar. Kita sudah tidak tahan dengan penyelewengan fakta-fakta oleh pembangkang. Takkanlah Felda, satu agensi terbesar untuk bantu Melayu, nak tipu Melayu…buat apa,,’’ katanya kepada umno-online di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam sesi soal jawab itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO memang cukup bersedia. Beliau lengkap dengan angka dan fakta untuk “berperang’’ dengan Anwar. Ahli parlimen Pontian itu dengan mudah menyanggah pembohongan dan cubaan menggelirukan fakta oleh Anwar.

Kerana persediaan yang lengkap itu, sesi yang dijangka hangat itu tidak “berapa menjadi’’ apabila Anwar hanya bertanya satu soalan tambahan…mungkin takut dimalukan!

Ahmad berkata , Ketua Pembangkang berterusan melemparkan pembohongan , antaranya Felda menipu peneroka mengenai duit Tabung Tanam Semula.

“Dari RM17,000 untuk tanam semula , setiap peneroka cuma carum RM9,000. Ada sebahagian peneroka tak cukup bayar . Kadang-kadang RM 7,000 dan RM8,000. Untuk membangunkan tanah itu, perlukan RM17,000 . Oleh itu Felda bagi subsidi pula.

“Kepada yang tanam semula sendiri, kita bagi duit berperingkat-peringkat. Kalau bagi sekali RM17,000 , dia buat hal macam-macam. Tak tanam semula, dia beli kereta , rumah. Lepas tu duit habis , tanam semula tak dibuat,’’ katanya.

Menjawab tentang geran tanah, Ahmad menjelaskan, 65 peratus sudah dapat geran tanah. Apabila syaratnya cukup, maka sampailah geran tanah itu ke tangan peneroka.

Menyangkal tuduhan peneroka ditipu kerana pulangan tidak setimpal, Ahmad berkata, ia satu fitnah kerana Felda adalah satu-satunya agensi yang ada pendapatan minima RM1,000 sebulan. Kalau tak cukup, Felda bagi subsidi kepada peneroka .

“Anwar memanipulasi isu Felda Sungai Buaya. Memang asal ia penempatan Felda tetapi kemudian mereka keluar daripada Felda kerana ada yang hendak kaya cepat. Pun begitu, baru-baru ini kerajaan prihatin membantu, sungguhpun mereka bukan peneroka Felda,’’ katanya.

Ahmad turut menyanggah tuduhan pembangkang bahawa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak menjahanamkan Felda.

Menurut beliau, memang benar kedudukan tunai Felda pada 2004 ialah RM4.08 bilion. Tahun 2009 pula RM1.35 bilion, merosot RM2.73 bilion.

“Tapi yang pentingnya kita tidak songlap duit. Kita tak tipu peneroka. RM2.41 bilion digunakan untuk pelbagai pembangunan sosio ekonomi, latihan kemahiran, innsentif, produktiviti, insurans, prasarana dan macam-macam program untuk peneroka.

“RM2 bilion untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah tanpa riba untuk membesarkan 19,546 rumah peneroka., RM662 juta beli Menara Felda, depan KLCC, di kawasan segi tga emas KL yang pada 2008 nilai tanahnya RM 935 sekaki persegi sekarang RM1,400 ke RM 1,500 sekaki persegi,’’ ujar beliau,

Katanya, dana khas bantuan basmi kemiskinan di Sabah pula adalah sebanyak RM 253 juta.

Beliau berkata , semua peruntukan itu di gunakan untuk manfaat peneroka.

“Benar, tunai merosot RM 2.73 bilion tetapi yang penting pada ketika yang sama, harta sema Felda pada 2004 ialah RM9.17 bilion. Meningkat harta semasa dan bukan semasa Felda pada 2009 kepada RM15.37 bilion. Peningkatan RM6.2 bilion. Merosot tunai tetapi meningkat harta,’’ katanya membuatkan pembangkang tidak bersuara!

Mengenai tuduhan Felda menipu peneroka dalam kes yang dibawa ke mahkamah, di Kemahang Tiga. Ini jawapan Ahmad:

“ Kita belum kalah lagi, Felda bukan tipu peneroka tapi peguam bela Felda tak datang. Sebab itu kita kalah. Kes itu kini dalam rayuan semakan kehakiman. Kes ini belum selesai. Kita tak tipu peneroka. Masakan satu agensi terbesar untuk bantu Melayu nak tipu Melayu…buat apa,’’ katanya.

sumber : umno online

LINK

Kewangan Felda merosot, aset meningkat


One Response

  1. Mozas says:

    Fitnah adalah bidang kepakaran Anwar. Apabila dia tak dapat jawab atau spin maka dia akan mula meroyan. Nasib baik Anwar tak tanya Datuk Ahmad Maslan siapa bayar you? berapa umno bayar you? atau paling terbaru, you shut up! Nuar oh nuar!


    Pengajaran Besar dari kes Tian Chua untuk Rakyat Malaysia:
    http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/pengajaran-besar-dari-kes-tian-chua.html

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.