PAS bakal mendapat Timb Presiden Wanita PAS

on Friday, June 11, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Saya dikhabarkan bahawa Naib Ketua Muslimat Pas Pusat dan juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusoff telah menuntut prinsip Pakatan Rakyat yang diamalkan didalam Pas dilaksanakan.

Jika mengikut apa yang pernah diwar-warkan oleh Pakatan sebelum ini, ada peruntukkan yang memberikan kuota minima 30 peratus bagi penglibatan wanita didalam setiap peringkat gabungan parti tersebut.


Jadi, Siti Zailah telah mencadangkan supaya muslimah Pas diberikan jawatan Timbalan Presiden dengan alasan untuk mengiktiraf penglibatan wanita di peringkat penggubalan dasar parti.

Menariknya, Siti Zailah juga turut mencadangkan agar Timbalan Pesuruhjaya Negeri juga perlu diberi kepada wanita. Ini katanya bagi mewujudkan lebih banyak suara wanita dan kuasa wanita didalam urusan perjalanan pentadbiran parti itu.

Pada pandangan saya, lebai-lebai Pas harus menerima cadangan ini tanpa sebarang kompromi. Jika pemimpin-pemimpin tertinggi Pas (lelaki) sanggup mewujudkan sayap baru Kelab Penyokong Pas (kafir) sebagai usaha menguatkan parti itu, mengapa mereka harus meminggirkan tuntutan dari Muslimah yang merupakan jemaah tetap mereka sendiri ?

Kepimpinan Pas juga sanggup menerima dasar-dasar yang dibuat oleh kafir DAP hanya semata-mata bertujuan menumbangkan Barisan Nasional di PRU13, mengapa cadangan untuk menjadikan muslimah sebagai Timbalan Presiden Pas selepas Hj Hadi tidak boleh diterima pakai?

Lebai-lebai Pas yang mengungguli kepimpinan tertinggi parti haruslah akur kepada permintaan muslimahnya bagi menunjukkan Pas juga mengiktiraf sumbangan mereka didalam parti.

Jika tidak, Pas akan jelas dilabelkan sebagai parti hipokrit dan juga mengamalkan perbezaan gender. Pas juga bakal berdepan dengan hilang kepercayaan dari dewan muslimah sendiri kerana jika cadangan ini ditolak, nyata Pas tak mengiktiraf intelektual serta kebolehan wanita untuk memimpin.

Bagi saya, apa salahnya jika lebai-lebai didalam Pas menerima arahan dari seorang wanita? Di dalam kerajaan BN, wanita telah lama diberi peluang menjawat jawatan Menteri dan dihargai sumbangan mereka untuk mentadbir negara.

Lagipun, bukankah slogan yang diamalkan oleh Pas selama ini ialah Pas For All ? Seharusnya makna slogan ini sahaja sudah cukup bagi membolehkan tuntutan terhadap kerusi Timbalan Presiden Pas dan juga Timbalan Pesuruhjaya Negeri dari muslimah ini diluluskan sebulat suara.

Parti Keadilan Rakyat sendiri telah mengangkat wanita sebagai Presiden mereka. DAP juga mempunyai suara wanita yang cukup lantang didalam parti. Maka, seharusnya Pas memberikan lebih ruang kepada muslimah mereka.

Saya yakin, jika para pemimpin Pas sanggup tunduk kepada suruhan kafir DAP, tiada sebab untuk mereka abaikan kehendak pergerakan wanita mereka.

Tak payahlah lebai-lebai Pas fikirkan sangat mengenai ego mereka. Apalah sangat yang dipentingkan kepada ego kelakian jika ego selaku pemimpin Islam pun sanggup digadai hanya semata-mata demi sokongan dari kafir DAP.

sumber : mykmu


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.