Pak Ibrahim saman RM 2 juta terhadap tuduhan fitnah Saifuddin Nasusion dan PKR

on Wednesday, June 2, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Padan muka buat Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasusion yang fitnah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali ada saham dalam syarikat judi, Ascot Sports milik ahli perniagaan Vincent Tan.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa memfailkan saman fitnah berjumlah RM2 juta terhadap , Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berhubung kenyataan yang didakwa memfitnahnya.

Ibrahim juga berkata, tindakan memfailkan saman merupakan sesuatu yang baru memandangkan beliau tidak pernah berbuat demikian sejak menyertai politik 25 tahun lalu.

“Saya seorang gentleman. Tetapi perkara ini melampau. Mereka cuba memusnahkan reputasi saya di mata orang kampung. Mereka perlu dihentikan.

“Apa sahaja tuduhan perlulah benar. Jika mereka mahu menuduh seseorang, mereka perlu selidik dahulu. Jika benar, ia tidak mengapa,” katanya.

Beliau juga memaklumkan akan mengambil tindakan serupa terhadap Suara Keadilan yang menyiarkan kenyataan itu pada edisi minggu 27 April ke 4 Mei lalu dan saman dijangkakan difailkan esok.


3 Responses

  1. Salam bro, patut sangat Pak Braim saman, jangan biarkan si munafik ini keterlaluan buat fitnah....

  2. Itu saja cara, mengheret pemfitnah ke mahkamah bukti diri bersih dan tdk bersalah seperti tomahan oleh manusia dan media taraf sampah. Andainya Saifuddin gagal bawa bukti maka sahlah PKR parti yg hidup kerana fitnah. Sekarang mintak peliwat saman mereka yg ada membuat pengakuan didalam clip video dan perbualan talipon dalam blog2 yg terlibat. Kalau tak saman bererti memang sah dan benar... berani ke bang.

  3. BERANI KERANA BENAR

    SYABAS BRO BRAHIM. GUA SOKONG LU DARI BELAKANG(BUKAN ITU BELAKANG)

    JUMLAH TU SIKIT SANGAT. 2j IS NOTHING TO SAIFUDIN SEPARUH INDONESIA NI. BUAT SAMPAI SAIFUDIN JUAL KITAB TEPI JALAN MACAM PEMBANGKANG SINGAPORE. BIAR SEMUA HARTA MAK BAPAK DIA KENA GADAI BAYAR SAMAN. BIAR SAMPAI MAK BAPAK DIA SUMPAH MENYESAL MELAHIRKAN DIA.

    MELAYU TETAP MELAYU

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.