Isu Malaysia bangkrap , Idris Jala punca imej kerajaan jadi buruk

on Friday, June 4, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Berbanding Malaysia, pelancongan hanya merupakan salah satu daripada aktiviti ekonomi manakala aktiviti ekonomi yang lain adalah pelbagai, katanya.

Shahrir berkata Greece perlu meminjam untuk membayar faedah sedangkan Malaysia tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawab itu.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia sudah mempunyai sistem kewangan yang kukuh hasil daripada penyepaduan bank, pembersihan pinjaman tidak berbayar selepas krisis kewangan 1997 menerusi institusi seperti Danamodal dan Danaharta.

Berkongsi keyakinan bahawa ekonomi Malaysia sudah meningkat seiring jentera kerajaan, termasuk kutipan cukai, Shahrir juga berkata kerajaan turut mengurangkan pembaziran dan ketirisan dengan melaksanakan e-pemerolehan untuk menjimatkan wang.

"Pada Bajet 2010, kerajaan bersetuju mengurangkan perbelanjaan menyeluruh sebanyak 10 peratus di kesemua kementerian," katanya.

"Kita sudah membelanjakan jumlah yang besar untuk projek seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kini perbelanjaan kerajaan paling besar ialah subsidi.

"Usaha berterusan yang dilakukan hariini ialah meningkatkan ekonomi dengan menggalakkan kecekapan dan produktiviti menerusi Model Baru Ekonomi," katanya.

Dalam menganalisis pandangan Idris Jala mengenai ekonomi secara teknikal, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bercakap mengenai pemahaman terhadap bankrap.

"Secara mudahnya, ia merupakan situasi di mana anda tidak lagi mampu membayar hutang dan persoalan berikutnya, adakah itu keadaan (sebenar) ekonomi kita?"

Beliau berkata jika ekonomi Malaysia ditentukan berdasarkan hutang negara, kadar simpanan, paras defisit dan prestasi perdagangan, ia lebih kukuh berbanding Greece.

Secara lebih terperinci, Khairy berkata ia menujukkan bahawa: .

Hutang negara Malaysia adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kurang separuh daripada Greece iaitu 113 peratus hutang. .

Rakyat Malaysia mempunyai kadar simpanan yang tinggi iaitu 35 peratus daripada KDNK, iaitu tujuh kali lebih tinggi berbanding lima peratus simpanan rakyat Greece; ? Defisit bajet 2009 Greece ialah 13.6 peratus daripada KDNK iaitu sebanyak 2.4 kali lebih tinggi berbanding Malaysia; ? Malaysia memperoleh lebihan dagangan sebanyak RM118.4 bilion pada 2009 manakala Greece merekodkan defisit RM105.7 bilion dalam tempoh yang sama; dan ? Pada Mac 2010, rizab antarabangsa Malaysia sebanyak US$95.3 bilion, 17.3 kali lebih tinggi berbanding Greece sebanyak US$5.5 bilion.

Khairy juga merujuk kepada analisis dua agensi penarafan - Fitch Rating Agency dan Standard & Poor's - untuk mengukuhkan kes bahawa ekonomi Malaysia secara relatifnya kukuh.

Penarafan hutang jangka panjang Greece diturunkan kepada negatif pada Disember lepas dan hutangnya diletakkan dalam pemerhatian "negatif".

Amaran penurunan akan dikeluarkan jika kerajaan Greek tidak mengekang lebihan perbelanjaan.

Sebagai perbandingan, Malaysia merancang bon dollar Islam global, yang dilaksanakan dengan penarafan gred pelaburan awal A- oleh Standard & Poor's dan A3 oleh Moody's Investors Service.-2/6/2010


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.