Permatang Pasir : Cikgu Zaidi @ Hj Rahim sebagai calon BN

on Tuesday, August 11, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


PB hari ini mendapat maklumat daripada rakan2 di Prmtg Pauh ,dan berita mengenai siapa calon BN Prmtg Pasir ialah yang disenarai pendek ialah Cikgu Zaidi Mohd Said dan Hj Rahim . Cikgu Zaidi merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang telah 2 penggal memegang jawatan itu manakala Hj Rahim pulak Naib Ketua UMNO Bahagian .

Bagi PB ,kedua-dua calon cukup baik iaitu anak tempatan Permatang Pasir sendiri. Jika kita melihat kepada peratusan pengundi muda 50 % daripada jumlah keseluruhan pengundi di Prmtg Pasir ,Cikgu Zaidi dilihat mampu menarik pengaruh golongan muda serta pengalamannya bersama golongan muda sejak 2 penggal memegang Ketua Pemuda Bahagian. Hj Rahim pula adalah seorang pemimpin yang mudah didekati dan disenangi masyarakat setempat di Permatang Pasir.

Saya selaku ahli Pemuda UMNO Prmtg Pauh yakin UMNO Prmtg Pauh akan kembali bersatu dan ini dapat dilihat semasa Persidangan Mesyuarat Pemuda Bahagian 2009 baru-baru ini . Dato Abd Jalil berjanji akan kemukan 1 nama sahaja kepada PM untuk dipilih sebagai calon . Insyallah jika dalam UMNO bersatu ,maka kita akan menjadi kuat untuk turun menentang parti lawan .


2 Responses

  1. Anonymous says:

    kah...
    kah.....
    kah....confirm kalah.....

    umno boleh menang kalau

    bela nasib kaum melayu penang yang selama 50 tah bawah umno merempat dan dihalau secara terhormat dari bumi sendiri oleh kawan baik umno..gerakan(sama aje dengan dap..kih..kih....)

  2. Anonymous says:

    keh keh keh
    apa yang ada dapat bila si Nuar menjadi wakil !!!
    lebih merempat ada lah....

    So lu fikirlah sendiri....
    Berdakaplah anda dengan PKR serta DAP..

    Bayan Budiman

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.