Pemuda Umno cabar PAS keluar Pakatan Rakyat di Pulau Pinang

on Sunday, August 9, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Pemuda Umno cabar PAS keluar Pakatan Rakyat

BUKIT MERTAJAM: Pergerakan Pemuda Umno hari ini mencabar PAS keluar daripada pakatan pembangkang bagi menjaga maruah parti itu yang seolah-olah tidak dihargai oleh rakan gabungannya, DAP. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, gabungan itu bukan sahaja tidak mempunyai semangat setiakawan yang tinggi seperti Barisan Nasional (BN), malahan tidak menghormati sumbangan PAS. Beliau berkata, contoh yang jelas berlaku di Pulau Pinang apabila satusatunya wakil rakyat Pas yang memenangi pilihan raya umum lalu tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan exco kerajaan negeri.

"Oleh kerana kita akan ada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir tidak lama lagi dan difahamkan Pas akan bertanding di situ, saya cabar Pas supaya menuntut jawatan exco daripada kerajaan negeri pimpinan DAP agar suara Pas didengari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Uno bahagian Bukit Mertajam di sini.

Beliau berkata, jika mereka tidak diberikan tempat, sewajarnya parti itu menarik diri daripada gabungan itu untuk menjaga maruah.

"Saya bagi cabaran kepada PAS sekiranya kerajaan negeri DAP dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tidak menghormati parti itu dengan tidak memberi jawatan sebagai exco, saya sarankan PAS keluar dari pakatan pembangkang di Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya, perkembangan yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang kebelakangan ini membuktikan bahawa PAS tidak dihormati dan kenyataan pemimpinpemimpin DAP di kedua-dua negeri itu mengguris hati Pas serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong PAS. "Saya kasihan dengan PAS dan saya nak lihat sejauh mana komitmen PAS kepada pakatan itu. Kita nak tengok sama ada PAS sanggup korbankan maruahnya kerana nak jaga DAP sebab hendakkan kuasa atau sanggup berdiri atas prinsip yang benar," katanya.

Berbeza dengan BN, katanya, anggota komponen masih diberi ruang menganggotai kabinet walaupun mereka tidak memenangi banyak kerusi di Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

Sebagai contoh, katanya, MIC dan Gerakan yang masing-masing hanya memenangi dua kerusi diberikan peluang menjadi menteri dan timbalan menteri kerana BN sentiasa menghargai sumbangan rakan-rakannya.

Mengenai pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Khairy berkata, Pemuda Umno akan menggunakan pendekatan yang sederhana serta berjumpa pengundi secara peribadi dan berkampung di sana untuk menarik sokongan mereka kepada calon BN.

Katanya, pada ketika ini persiapan jentera pilihan raya Pemuda sedang diatur dan yang paling penting mewujudkan perpaduan di dalam Umno Permatang Pauh sendiri supaya jentera dapat bergerak lancar.

Katanya, beliau telah mendapat jaminan daripada Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh bahawa pergerakan itu akan menyokong siapa sahaja yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti sebagai calon di kawasan itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat PAS selama tiga penggal di kawasan itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur kerana sakit jantung. BERNAMA


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Bagus juga pemuda umno buat road show di semua negeri di malaysia yang turut berlambak arak...di JOhor,Melaka,Negeri Sembilan,Perlis...negeri yang kuasai oleh umno...takkan nak dok diam kut...sekuarng-kurangnya kat selangor ..dah ada demo...takkan negeri lain bebas dari arak pun...lain kali nak main politik bar bijak...jangan la persepsi rakyat bertambah meluat kat pemda umno

  2. Negeri lain semua ada enakmen jenayah syariah sendiri dalam mengawal penjualan arak.

    Di selangor ,BN pada 1995 telah meluluskan Enakmen Syariah Jenayah 1995 mengenai penjualan arak

    Hassan Ali bertindak pun sekarang ini bukan berdasarkan enakmen atau peruntukan diluluskan oleh kerajaan pembangkang Selangor.

    Hassan Ali bertindak berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang digubal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor dan dikuatkuasakan oleh kerajaan BN Selangor pada 22 November 1996.

    Terang dan jelas, kerajaan BN lah yang mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.Jelas tuduhan BN sebagai kerajaan zalim, kafir dan tidak memperjuangkan Islam tidak benar.

  3. Anonymous says:

    Ye ke pejuang...ko lupa satu perkara.....sejak BN umno memerintah selangor memang ada undang-undang syariah untuk sekat orang Islam minum arak...tapi berjalankah undang-undang tu....aku ingatkan semula tahun bila mufti selngor dipecat oleh puak umno bila kes minum arak dan ratu cantik dipersoalkan mufti....semua puak umno membisu....

    sudah la tu pejuang sejak zaman umno memerintah selngor tiada penguatkuasaan yang tegas...selama nie berlambak-lambak pemuda pemudi melayu yang asyik tonggang arak...

    isu arak nie dah jadi isu nasional...cumanya ianya apabila diperintah oleh pakatan rakyat semuanya salah...selama nie umno buat apa tentang isu arak? Tak pernah dengar pun road show...malahan tiada risalah pun kat selangor...tentang arak...kami penduduk selangor tahu yang umno pun takut dan berkawan baik dengan MCA

    kalau setakat kena denda aje bila nak selesai...huku Islam total umno dah tolak.Gamaknya semua kilang araK di selangor nie tumbuh sendiri pada mac 2008 apabila pakatan memerintah..sudah la kilang arak wujud pada zaman umno memerintah

    Jadi adakah tanggungjawab pas sahaja bila nak benteras arak...nampaknya penulisan anda lebih kurang macam tu la...selama nie sejak 50 tahun lepas umno memerintah selangor..selangor bebas arak...ke eye???? sudah la tu...buang masa aje...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.