Permatang Pasir : Calon BN Rohaizat vs Saleh Man ( PAS )

on Saturday, August 15, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Calon BN Rohaizat Othman bersama TPM ,Tan Sri Koh ,Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Abd Jalil


Yb Khairy Jamaluddin juga turut hadir memberikan sokongan kepada Calon BN pada pengunguman Calon BN oleh TPM.

Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh,Rohaizat Othman,38 telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan negeri Permatang Pasir,Pulau Pinang.Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Command Centre BN di Jalan Permatang Ara,Permatang Pasir,petang Jumaat.Lebih 2,000 penyokong BN hadir di majlis itu.

Beliau juga adalah anak muda yang kedua dalam pilihanraya kecil yang BN pilih setelah Manek Urai.TPM dalam ucapannya antara lain kata Permatang Pasir akan dijadikan 'anak emas' kerajaan pusat sekiranya BN menang.

Sementara itu dalam satu majlis pada sebelah malam pula PAS umum Salleh Man (gambar bawah) yakni Persuruhjaya PAS Pulau Pinang sebagai calonnya.Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.-14/8/2009


One Response

  1. X-kj says:

    Mana minah ronggeng??umno malas nak taja dah ke dia..Dia dok bisnes cd kot.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.