Janji Anwar jawatan MAIPP kepada Salleh Man

on Monday, August 24, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Pas ketuai MAIPP jika Mohd.Salleh menang pilihan raya kecil

23/08/2009 11:19pm
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan diberikan kepada Pas jika Mohd. Salleh Man memenangi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Anwar, ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau telah berunding dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai perkara itu sebelum keputusan dibuat.

Biasanya, jawatan itu dipegang oleh parti memerintah di negeri itu, katanya kepada pemberita, dan menambah ketika ini ia dipegang oleh ADUN Permatang Berangan Shabudin Yahya tetapi penggal perkhidmatannya akan tamat dua bulan lagi.

“Kami akan cadangkan nama Mohd. Salleh selaku Yang Dipertua MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong selepas penggal Shabudin berakhir,” kata beliau. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ADUN, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman dari Pas pada 31 Julai. - Bernama

Komen PB

Ini janji terbaru Anwar Ibrahim untuk PAS jika PAS di Permatang Pasir . Kepada penduduk Prmtg Pasir , kita harap pengundi Prmtg Pasir jangan tertipu dengan janji Anwar ibrahim ini yang menjanjikan PAS jawatan MAIPP kerana jawatan itu bukan kuasa Lim Guan Eng untuk berikan kepada Salleh Man . Jawatan ini adalah kuasa YDPA yang menjaga urusan rasmi agama Islam di negeri-negeri seperti di PP ,Melaka dan Sabah dan Sarawak .

Jika Yang Di Pertuan Agong tidak perkenan dengan cadangan nama Salleh Man untuk mendapat jawatan YDP MAIPP dan renew kontrak Shahbuddin untuk jawatan itu , so apa PAS apa akan dapat ??



2 Responses

  1. Salam,

    Janji tersebut 2 bulan lagi, apa2 boleh berlaku.

  2. Lin says:

    salam

    Jawatan dalam institusi Islam pun nak dipolitikkan oleh mereka...???
    Inilah kumpulan yang memperbodohkan rakyat

    salam

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.