Pemuda cadang Cikgu Zaidi calon BN

on Tuesday, August 4, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Tanda Perpaduan dan penyatuan di dalam UMNO Permatang Pauh



Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, seorang guru, adalah antara calon pilihan untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, kata exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin.

"Saya mencadangkan kepada Ketua Pemuda (Khairy Jamaluddin) supaya menyerahkan nama Cikgu Zaidi kepada (Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Cikgu Zaidi berkemampuan (untuk menjadi calon)," kata Nazir Hussin ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, walaupun calon Umno belum diputuskan lagi tetapi Mohd Zaidi adalah antara calon yang disebut-sebut akan mewakili BN.

Nazir berkata ini kerana, Mohd Zaidi seorang anak tempatan dan sudah dua penggal menyandang jawatan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh.

"Ahli Umno akan bersatu, kalau beliau jadi calon. Orang muda di Permatang Pasir rapat dengan dia," katanya.

Umno Permatang Pasir lebih 20 cawangan Pemuda Umno.

Jentera pilihanraya


Nazir berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau yakin jentera pergerakan itu di peringkat bahagian, negeri dan pusat akan memberi sokongan penuh kepadanya.

"Kita akan bekerja kuat untuk memenangkan beliau," katanya.

Semalam dilaporkan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno Pulau Pinang menyenaraipendek lima daripada 20 calon untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata beliau akan menyelidiki mereka terlebih dahulu sebelum nama calon yang sesuai dikemukakan kepada pucuk pimpinan Umno dan BN.

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir perlu diadakan dalam tempoh 60 hari ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman Jumaat lalu.

Permatang Pasir - salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Komen PB

PB menyambut baik jika Cikgu Zaidi Mohd Said Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh sebagai calon BN Prmtg Pasir . Beliau adalah seoang anak tempatan dari Prmtg Pasir sendiri dan juga cukup dikenali oleh penduduk Prmtg Pauh khususnya golongan muda kerana sudah 2 penggal beliau menjadi Ketua Pemuda Bahagian . PB berada juga semasa Persidangan Mesyuarat Pemuda UMNO Prmtg Pauh Ahad lepas dan semasa mengikuti ucapan beliau ,beliau banyak memberi kritikan pedas dan membina agar politik UMNO Prmtg Pauh kembali bersatu semula.

Pada masa itulah ,beliau membuat kejutan iaitu mengajak pemimpin UMNO Bahagian mengangkat tangan bersama-sama iaitu sebagai tanda perpaduan UMNO Prmtg Pauh . Kelihatan pemerhati Wanita UMNO yang makcik2 di bawah menangis kerana gembira melihat pemimpin di atas kembali bersatu demi perjuangan parti . Semua ahli UMNO Prmtg Pauh di bawah ini sebenarnya mahu lihat UMNO kembali kuat dan lupakan segala sengketa dan permasalahan dalaman .

Walaupun tiada niat untuk menjadi calon ketika berucap di dalam mesyuarat Pemuda itu ,tetapi semua perwakilan Pemuda mengangkat tangan sebagai tanda sokongan Pemuda UMNO kepada beliau .


One Response

  1. Anonymous says:

    ha ha ha...cikgu zaidi..macam kami tak kenai..!!

    alamat lagi kalah la....kalau kat mtg pasiaq tu..biaq la dia berangan angan...he he he...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.