Penduduk Shah Alam bangkit menentang Ustaz Ronnie Liu keluar fatwa bir halal

on Sunday, August 2, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Adakah kita mahu anak Melayu jadi seperti ini ???

Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM – Penduduk sekitar Shah Alam terutamnya di Seksyen 8, dekat sini mendesak Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu memohon maaf atas kenyataannya mengenai bir bukan minuman keras seperti yang dilaporkan dalam akbar Sinar Harian, semalam.

Penduduk mendakwa kenyataan Ronnie itu meragukan dan mengguris hati penduduk di bandar raya Shah Alam apabila menyatakan bir bukan minuman keras kerana ia akan mengelirukan penduduk sekitar terutamanya generasi muda.

Seorang penduduk, Mohd Khalil Abu Hassan berkata, kenyataan Ronnie itu mengelirukan dan bakal memberikan implikasi yang buruk kepada generasi muda khususnya remaja Melayu kerana bir adalah minuman yang memabukkan.

“Kenyataan beliau bahawa bir bukan minuman keras mengguris perasaan penduduk sekitar iaitu kira-kira 95 peratus penduduk Melayu berada di sekitar Seksyen 8 dan kenyataannya itu merupakan penghinaan kepada umat Islam.

“Sebagai penduduk, kami berharap beliau akan tampil memohon maaf secara terbuka dan bertanggungjawab terhadap kenyataannya kerana bir adalah minuman keras dan memabukkan dan berharap ‘fatwa’ beliau itu dibersihkan semula demi kebaikan semua pihak,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika me ngulas kenyataan Ronnie Liu yang mengesahkan kes rampasan bir di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 salah faham dan memaklumkan bahawa bir tidak dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Azhar Othman berkata, penduduk di bandaraya Shah Alam mempertikaikan ‘fatwa’ bahawa bir bukan minuman keras yang dikeluarkan oleh Ronnie adalah salah kerana bir diklasifikasikan sebagai minuman keras.

“Sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hukum dalam Islam, Ronnie perlu merujuk kepada pemimpin Islam yang terdapat dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infras truktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali terlebih dahulu.

“Bir adalah minuman keras kerana ia memabukkan dan haram dalam Islam serta kenyataan Ronnie itu memberikan implikasi yang besar kepada penduduk sekitar Seksyen 8 yang majoritinya adalah Melayu,” katanya.

“Hukum tetap hukum dan kenyataan Ronnie menghiris perasaan masyarakat di sini dan dikhuatiri kenyataan itu memberikan persepsi yang salah kepada golongan remaja dan sekiranya tidak dijelaskan dengan sebaiknya ‘fatwa’ Ronnie itu akan menyumbang kepada masalah sosial di kalangan remaja,” katanya.


Bagi Ketua UMNO Cawangan 8 Perdana, Kamal Yusof berkata, sepatutnya pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam tampil menjelaskan mengenai bir itu kepada Ronnie supaya ia tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Sebagai penduduk di Seksyen 8, kenyataan itu tidak betul dan ia perlu diperbetulkan semula supaya penduduk tidak keliru dengan kadar segera.

“Kami berharap Ronnie dapat tampil dan memohon maaf secara terbuka kepada penduduk di bandar raya ini terhadap kenyataannya itu,” katanya.

Terdahulu, pihak MBSA membuat rampasan mi numan beralkohol dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku D 8/D, Seksyen 8, Rabu lalu namun dipulangkan semula.

Komen PB

Syabas buat penduduk Melayu Islam di Shah Alam yang memperjuangkan agama Islam yang cuba dikelirukan oleh Ustaz Ronnie Lie DAP yang mengatakan bir tak haram sebab kandungan alkoholnya rendak dan kurang memabukkan. Mana perginya pemimpin PAS seperti Hassan Ali ?? Dahulu hang pa semua nak tutup kilang Carlsberg konon bila memerintah ,kini rakan seperjuangan anda Ustaz Ronnie Liu cakap bir pulak tak haram..

Wahai Pemimpin PAS ,nak politik pun politik juga jangan sampai akidah pun nak politikan ?? Jangan dok bisu dalam hal ini kerana member anda sudah keluar kenyataan kata tak haram . Sejak bermuafakat dengan DAP melalui pengantaraan Anwar Al Juburi , isu-isu seperti maksiat, arak,tempat2 pelacuran ,dan penjualan arak bukan lagi menjadi isu-isu besar Parti Islam ini. Isu-isu tersebut sudah dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin PAS kerana sibuk menjaga hati DAP dan penyokong bukan Melayu dalam parti mereka.

Dalam isu penjualan arak ini , Bagaimana penjualan di 7 Eleven, kedai runcit, pasar mini, kedai makan dijual secara terbuka dan kiosk stesyen-stesyen minyak?

Parti politik manakah yang menguasai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang baru-baru ini terkenal sebagai premis judi internet atau syurga bagi kaki judi di Pandan Perdana dan Pandan Indah. Mana dia wakil-wakil rakyat PAS ? klik di sini untuk lihat kerajaan takut hendak banteras penjualan arak

Kalau isu ini pun Pemimpin PAs takut hendak tegur Ronnile liu ,jangan cakap hukum hudud nak dilaksanakan jika mereka perintah negara ini seperti Husam cakap dulu di Kota Bharu ..


Link
PAS SELANGOR WAJIB BERUSAHA TUTUP KILANG ARAK -PEMUDA PAS PADANG SERAI

Kerajaan Selangor takut ambil tindakan dengan ambil jalan tengah

Ustaz Ronnie lie keluar fatwa bir halal


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.