Nizar Oii !! : Pendedahan syarikat yang menaja Nik Aziz

on Thursday, November 12, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Saya baru sahaja diberitahu bahawa syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Seperti yang kita sedia maklum bahawa PMBK diterajui oleh menantu Nik Aziz bernama Ariffahmi. Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga.

Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri!

Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd!

Syarikat ini menaja Nik Aziz dan keluarga semata-mata untuk membalas BUDI-BAIK yang telah diberikan oleh PMBK melalui hak ekslusif pemasangan Billboard seluruh Negeri Kelantan. Apakah harus kita panggil dengan URUSNIAGA ini? Sedekah atau Rasuah!

Info ini telah diberi oleh saudara Alwi Che Mat yang merupakan Setiausaha Ketua Pembangkang DUN Kelantan, saudara Alwi juga mempunyai semua dokumen-dokumen berkenaan seluruh urusniaga ini. Nantikan pendedahan seterusnya!

Nohon jasa baik kepada rakan-rakan bloggers supaya menyebarkan artikel ini. Terima kasih. House PK

Nak tengok hasil kerja yang telah Abroad Technology lakukan di Kelantan klik disini...

sumber : House PK

Komen PB

Nik Aziz kata ini sebagai hadiah bukannya Rasuah !! hahaha malah beliau sendiri cakap orang yang tajanya nak ambil berkat . hahaha hadiah aku sapu .... Pas mungkin definasi tersendiri mengenai rasuah . Bagi mereka Tok Guru dapat hadiah pergi Mekah bukan rasuah tetapi hadiah @ tajaan . SPRM harus siasat !!



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.