Ahad malam, di sebuah banglo Taman Seri Ukay, Hulu Kelang yang selama ini sepi bertukar menjadi kecoh apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Alasan yang diberikan ialah beliau tidak mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama Selangor untuk memberikan ceramah.

Wartawan AgendaDaily yang mendapat maklumat mengenai kemungkinan Dr Asri ditahan tiba di banglo tersebut kira-kira jam 9.00 malam. Sejurus itu tiga buah van penguatkuasa JAIS dengan 35 anggota tiba. Setelah menunggu kira-kira setengah jam, pegawai penguatkuasa JAIS memasuki banglo tersebut dan memaklumkan kepada pihak tuan rumah kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah agama tanpa tauliah.

Ekoran itu, tuan rumah dan kira-kira 50 hadirin bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan meminta mereka tidak menahan bekas mufti tersebut. Dalam pada itu Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip tiba dan tertanya-tanya kenapa JAIS hendak menahan Dr Asri.

Tidak lama kemudian sepasukan polis sampai dan kelihatan berunding dengan pegawai penguatkuasa JAIS dan tuan rumah. Setelah berlarutan kira-kira dua setengah jam, akhirnya Dr Asri dibawa ke balai polis Hulu Kelang bagi diambil keterangan. – 1/11/2009

Komen PB

PB persoal mengapa Dr Asri dihalang menyampaikan ceramah agama ???? Beliau adalah seorang bekas mufti ,dan bukan penceramah kampung .. Mengapa negeri Selangor saja yang menghalang beliau memberi ceramah agama ??
Di Pulau Pinang iaitu kampung halamannya di Mengkuang tiada sapa mai halang beliau ceramah seperti apa yang berlaku di Selangor ..

Adakah ini ada konspirasi untuk memburukkan imej Dr Asri kerana sebelum ini beliau mendakwa difitnah oleh pihak tertentu iaitu Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang menghantar memorandum bantahan ke YDPA berikutan penawaran kepada beliau jawatan YDP YADIM .