First Warning Najib kepada Mohamad Aziz

on Sunday, November 1, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau melantik Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai menteri Kabinet bagi menghargai peranan dan sumbangan parti itu kepada negara.

Perdana Menteri berkata pelantikan Koh perlu dilihat sebagai sebahagian daripada proses pemulihan parti itu di samping beliau mahu supaya suara anggota parti Gerakan sampai kepada kerajaan.

"Saya nak pelantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ini sebagai sebahagian daripada proses pemulihan parti Gerakan.

"Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri, dan saya membuat ini bukan (kerana) saya nak gunakan kuasa, (ini) sebab saya fikir saya pengerusi Barisan Nasional... saya kena buat keputusan untuk kepentingan Barisan Nasional.

"Saya bukan Presiden Umno sahaja, saya pengerusi Barisan Nasional. Saya bukan sahaja Perdana Menteri untuk orang Melayu, saya Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional parti Gerakan di sini hari ini. klik di sini selanjutnya





Komen PB

Ini lah akibat mulut cabai MP Sri Gading Mohamad Aziz yang cuba cari publisiti dengan menggesa Koh Tsu Koon letak jawatan . Seperti bak kata perpatah " Kerana Mulut Badan Binasa " .. Najib sudah marah dengan dengan kenyataan Mohamad Aziz ini kerana ia boleh mengeruhkan keadaan dalam Barisan Nasional.

Buat Mohamad Aziz , mungkin penggal ini lah kali terakhir anda menjadi Ahli Yang berhormat ..PRU 13 ini mungkin nama anda tidak ada lagi dek kerana mulut anda yang laser itu . Selepas itu boleh la anda join rakan-rakan yang lain dalam MUBARAK dan veteran UMNO ..




4 Responses

  1. PB, dalam hal ni aku ada pandangan lain..

    Ini satu percaturan politik kelas pertama.

    Mohamad Aziz melaksanakan tugasnya dengan baik. Bijak mencari masa sesuai iaitu apabila menjelangnya Perhimpunan Gerakan.

    Jawapan DS Najib memang mantap. Khususnya kepada ahli Gerakan dan bangsa cina amnya.

    Banyak lagi yang kita perlu belajar dgn DS Najib. Dan aku teruja untuk mempelajari gaya politik beliau.

  2. Salam bro, sebagai ahli pilitik berpengalaman, Mohamad Aziz mungkin ada yang tersirat dan tersurat untuk menanganinya.......

  3. amieiezam says:

    salam semua,

    pada pendapat teman, MP Gading nih tidak lansung mengkritik gerakan sebaliknya kritikan bersifat individual... jelas beliau meminta OTK dan KTK meletak jawatan kerana pada pandangan beliau OTK dan KTK merupakan liabiliti kepada BN.
    Hadir ke Parlimen hanya apabila Bos hadir bukanlah satu kerja yang terpuji ditambah lagi yang beliau "masuk" ke parlimen hanya atas tiket senator. secara peribadi saya juga berpendapat ini cara DSN menegur, samalah macam kes MIC hari tu. wallahualam sebab teman pun berbicara atas prinsip pandangan peribadi

  4. Anonymous says:

    In a way... Koh tsu koon perlu fikirkan kembali kedudukan beliau selaku menteri. Pada hemat saya, selaku menteri yang bertanggungjawab dalam KPI kerajaan, sekiranya beliau melakukan tugas dengan baik, apa perlunya dilantik DS Idris Jala yang turut memainkan peranan yang sama dan turut bertaraf menteri. Bukankah ini satu bentuk redundancy?

    Jessarif Jizat

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.