Kerajaan negeri perlu kemukakan bukti - Pemuda UMNO Tasek Gelugor

on Sunday, November 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




kerajaan Negeri perlu mengemukakan bukti atau memberi penjelasan kepada orang ramai jika tidak terlibat dengan urusan pemberian bantuan kepada fakir miskin di sebuah tokong Cina baru-baru ini.

Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas Pergerakan Pemuda Umno Tasek Gelugor, Wan Shakizar Wan Mohd Noor berkata, Kerajaan Negeri atau Exco Kebajikan, Phee Boon Poh perlu tampil dan tidak berselindung dengan kenyataan yang mengelirukan.

Beliau berkata bagaimana Kerajaan Negeri boleh menafikan tidak terlibat sedangkan pihaknya mendapati surat jemputan kepada penerima bantuan menggunakan kapala surat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Menurutnya, surat itu juga menyebut sesiapa yang mempunyai masalah boleh menghubungi Phee Booh Poh untuk mendapat maklumat lanjut.

"JKM adalah sebuah agensi kerajaan dan pegawainya hanya menjalankan tugas dengan arahan Kerajaan Negeri. Saya yakin mereka tidak akan bertindak mengikut sesuka hati.

"Atau mungkin Kerajaan Negeri menganggap JKM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Janganlah cuba mengelirukan orang ramai di sebalik agenda tertentu," katanya kepada media di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Boon Poh yang menyebut Kerajaan Negeri tidak terlibat dengan urusan pemberian bantuan itu sebaliknya dikendalikan oleh Pertubuhan Penganut Dewa Ling Hean Kong Hwa Kong Tai Te.

Wan Shakizar berkata kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku di daerah SPU tetapi beberapa kali termasuk di Jalan Raja Uda.

"Kami kesal kerana mereka tidak pernah mengambil kira sensitiviti umat Islam dengan mengadakan pemberian sumbangan di tokong.

"Pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu tidak pernah berbuat demikian. Jika ada penerima bantuan terdiri daripada orang bukan Islam, majlis akan diadakan di dewan orang ramai dan bukan di surau," katanya.

Menurutnya, ramai penerima bantuan yang terdiri daripada orang Melayu melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan menganggap mereka terpedaya kerana Kerajaan Negeri menggunakan kapela surat JKM SPU.

"Berdasarkan maklumat, penerima terpaksa menunggu dari jam 9 pagi hingga 1 petang sebelum dapat bantuan kerana menunggu ketibaan Boon Poh.

"Mereka rasa tertipu kerana setelah menunggu lebih empat jam tetapi hanya menerima wang tunai RM10 dan sekampit beras," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penerima bantuan JKM atau pertubuhan lain agar merujuk dengan pemimpin tempatan terlebih dahulu untuk mendapat kepastian dan mengelak daripada tertipu. BERNAMA


2 Responses

  1. Anonymous says:

    kena tipu plak dah? apa dorg main2 ni? fakir miskin tu dibiarkan menunggu lama2, nyata tak ikhlas nak bagi sumbangan.

  2. elok dicantas je penggemar2 khinzir ini.mmg kureng ajar.dah kasi betis nak pula paha...........

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.