TERKINI ! Kiram III takut mati , tuduh Komando kita nak bunuhnya @ #Lahadatu

on Sunday, March 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Nak tergelak GPB bila baca kenyataan Bahalol Kiram III bahawa  Malaysia telah  hantar Komando untuk bunuhnya di Filipina . Apa dia ingat negara kita ni gila   sangat sampai hantar orang pi bunuh celaka ketua pengganas ini di negaranya .

Apa nanti kata Filipina ??  Walhal Malaysia dan Filipina bekerjasama baik dalam pencerobohan pengganas Kiram III ini .





Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyanggah tohmahan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu, kononnya Malaysia akan membawa komando untuk membunuh beliau di Filipina.

Sebaliknya, Ahmad Zahid meminta Jamalul Kiram tidak perlu bimbang kerana Malaysia tidak akan menceroboh Filipina untuk melakukan pembunuhan di negara orang.

Beliau berkata, pihak tentera Malaysia tidak akan melakukan pekara jahat  seperti itu  dan sebaliknya  Jamalul melakukan pembunuhan di negara orang.

Kata beliau, Jamalul tidak perlu membuat ‘reverse psychology’ semata-mata untuk mendapatkan  simpati daripada penyokongnya kononnya komando daripada Malaysia akan masuk dan bunuh beliau.

“Jika ditakdirkan Jamalul Kiram dibunuh oleh orang lain, jangan pernah ada tuduhan mengatakan ianya dilakukan oleh pihak komando Malaysia.

“Kita tidak akan masuk ke negara orang untuk membunuh mana-mana pihak sepertimana didakwa oleh Jamalul Kiram,” tegas Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Dewan Hajah Tuminah, Kampung Sungai Nipah Darat dan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM serta Sumbangan kepada veteran warga Mas, balu-balu dan anak-anak yatim Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid meminta kepada Jamalul untuk berhenti daripada menuntut Sabah, di samping menyuruh penyokong penganas Sulu itu berundur daripada negeri itu.

Katanya, Jamalul seharusnya menerima kenyataan kerana berdasarkan sejarah dan undang-undang, Jamalul tidak mempunyai hak langsung untuk menuntut mana-mana bahagian di Sabah.

Menurutnya, tuntutan Jamalul mengatakan  Sabah adalah hak sepenuhnya adalah tindakan sia semata-mata.

Beliau berkata, dalam pekara ini, Malaysia tidak berhasrat untuk membawa isu tuntutan Jamalul terhadap Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana kehendak rakyat Sabah ini telah dizahirkan menerusi pungutan suara Suruhanjaya Cobbold dan disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Mana-mana pihak luar dan dalam Sabah menceroboh negeri itu, mereka merupakan musuh negara kerana mereka tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong serta kedaulatan undang-undang  negara ini,” katanya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Buang masa, buang tenaga, membazirkan sumber je, bunuh org tua ni, bukan ade pengaruh pun, cakap je, no weight. Lagi pun memang dah nak mati pun, tak payah bunuh pun mati.

  2. Anonymous says:

    Si tua kutuk kiram ni silap..yg nk bunuh dia tu askar2 bodoh dia yg dh mampos tu..roh diorg melilau nk cri si bgsat tu..sbb mati dlm keadaan trtipu..puii

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.