Kehebatan komando GGK berjaya tembak 4 pengganas di Kg Tanjung Batu #Lahadatu

on Monday, March 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





GPB difahamkan matinya 4 pengganas yang mati ditembak ketika  bersembunyi di Kg Tanjung Batu semalam adalah hasil serbuan oleh pasukan elit ATM iaitu Rejimen Grup Gerak Khas   @ Komando . 
Tetapi serangan dilancarkan ini bukan tugas mudah dan seorang anggota komando kita telah tercedera di paha kerana ditembak pengganas. 
Syabas wira-wira komando kita ..teruskan memburuk musuh negara pengganas bahalol Kiram III !!


Ops Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu dekat sini membuahkan hasil apabila mereka berjaya menembak mati empat pengganas yang bersembunyi di dalam sebuah rumah semalam.
Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut mengakibatkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh. Seorang pengganas turut tercedera dalam kejadian berbalas tembak tersebut.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ketika operasi, pasukan keselamatan telah menjejaki kehadiran dua pengganas Sulu sebelum mereka melarikan diri ke dalam sebuah rumah lalu berlaku pertempuran.
Katanya, ketika bertempur, salah seorang pengganas telah lari ke dalam sebuah rumah lain yang terletak berhampiran sebelum bertindak membakar kediaman berkenaan. Dia berjaya melarikan diri.
"Kita kemudian telah melakukan pemeriksaan di dalam rumah selepas selesai bertempur sebelum menemui empat mayat iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak. Salah seorang dewasa dan kanak-kanak itu merupakan perempuan.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui namun terdapat sedikit bekalan makanan yang disimpan di dalam rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


One Response

  1. Anonymous says:

    MUSUH DLM RUMAH KITA PATUT DISELESAI SEKALI...YANG TERANG TERANG BALIK POKOK KELAPA MCM 4 SULU NII MUDAH JEE ATM KITA SELESAIKAN

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.