Hot! Nuruk Izzah pulak ugut nak saman isu hina Polis #LahaDatu

on Friday, March 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu akhbar New Straits Times memohon maaf dalam tempoh 24 jam kerana menerbitkan artikel berbaur fitnah dan menyeleweng ucapannya dalam satu ceramah di Jemapoh, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Rencana yang bertajuk "Nurul Izzah hits out at police" telah menuduhnya sebagai memperlekehkan pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.


“Saya tidak pernah sekali-kali memperlekeh usaha anggota-anggota keselamatan yang berkorban dan memenuhi ikrar taat setia yang telah dilafazkan.
“... isu yang diketengahkan adalah tindakan ahli-ahli politik di Putrajaya dalam menangani masalah keselamatan di Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan yang dipetik, hari ini.

Beliau juga mempertikaikan intergriti kewartawanan akhbar berkenaan kerana menyiarkan laporan tidak tepat dan menyeleweng dan beliau mendesak supaya rencana itu tarik balik serta-merta.

Katanya, jika akhbar berkenaan enggan berbuat demikian, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ia mahu memburukkannya, sekali gus mencalar imejnya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai.


“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.
Beliau juga mengulangi desakan Pakatan Rakyat supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang Parlimen tergempar di samping mengeluarkan kertas putih untuk mendalami insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Nurul izzah tak nak ke saman budak yg mengaku di liwat anwar?

  2. Anti-Syiah says:

    Betina bengap yang tak boleh diharap.... Cis,bedebah betul PR ni.... saya ingatkan perjuangan sebenar rupanya masih perlu balaci macam DAPing dan Parti Angkatan Syiah,bergendong 3 ekor tu... Saya pergi ceramah Parti Syiah tak habis-habis menunjuk betapa parti syiah teramat baik kerana memberi zakat kepada rakyat dan siapa yang boleh zakat dari kerajaan negeri perlu dan wajib sokong parti syiah.... tak habis-habis mengatakan sumbangan kerajaan negeri di bawah parti syiah,padahal zakat itu wajib tanpa mengira parti apa pun. Dulu saya sokong bagai nak mampus sampai dalam sembahyang pun mohon kemenangan tapi dengan mulut cabul dan suara ceramah berapi-rapi mengalahkan hali lintar dan bingitkan telinga ditambah dengan fatwa mengarut membuatkan saya jadi bengang...

    Kita keluarkan dulu BN dan tinggal PR dan PAS, saya lebih rela pilih parti pokok pisang daripada 3 parti Dakyah Hak Asasi Berkepentingan, Pakatan Keluarga penipu Rakyat dan Parti Angkatan Syiah semalaysia.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.