Gambar ketibaan jenazah Wira negara di kampung #LahadDatu

on Wednesday, March 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, tiba di rumah ibu bapanya pada pukul 11.20 pagi di Bayu Lalang di sini dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.


Mengiringi ketibaan jenazah Allahyarham ialah ahli keluarga beliau, sanak saudara serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.





Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

 Beliau berkata, imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan.

“Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini. Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah.

 Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.