Hot ! Pemuda Pas mahu jatuhkan Anwar di Lumut ???

on Friday, March 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pemuda Pas Perak nampaknya sengaja mahu menjatuhkan Anwar jika bertanding Perak . Apa tidaknya offer pulak Parlimen Lumut iaitu Ketua Bahagiannya adalah MB Perak DS Dr Zambry Kadir.

Kalau Lumut itu dimenangi PR semasa PRU12 tak pa juga tapi tewas dan terus menjadi kubu kuat BN  . Tambahan lagi kawasan itu paling ramai pengundi dikalangan Tentera yang mana sudah tentu menyokong kuat kerajaan BN.

Pas jangan mimpi la mampu tawan Parlimen Lumut di Pru13..isu pencerobohan  Lahad Datu di mana pasukan keselamatan kita dihina sebagai anjing kerajaan oleh pembangkang akan terus mengekalkan parlimen ini bersama BN


 Pemuda Pas Perak mencadangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Lumut jika pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) itu benar-benar mahu ke Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda Pas mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada Anwar sebagai calon kerusi Parlimen di negeri ini.

Beliau berkata, kesudian Anwar untuk bertanding kerusi di Perak amat tepat pada masanya dan sememangnya dinantikan rakyat Perak.

“Kami cadangkan agar Datuk Seri Anwar bertanding di kerusi Parlimen Lumut kerana pada masa yang sama, ia melibatkan Dun Pangkor, Pasir Panjang dan Setiawan.

“Umum mengetahui kerusi Dun Pangkor kini disandang oleh bekas ‘orang kuat’ Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang pernah bersama Datuk Seri Anwar, iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Raja Ahmad Iskandar berkata, pihaknya bersama-sama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dan DAP Social Youth (Dapsy) Perak akan membantu Anwar menggerakkan jentera Pemuda PR untuk memastikan sokongan anak muda khasnya kepada PR.

Jelasnya, PR Perak yakin anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut akan turut memberikan sokongan kepada Anwar jika beliau bertanding di kerusi berkenaan.

“Kami merasakan kehadiran Datuk Seri Anwar ke dalam politik Perak sebagai satu nukleus penting kebangkitan rakyat Negeri Perak setelah ‘rampasan kuasa jahat’ oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) pada awal Februari 2009 yang lalu.

“Dalam masa yang sama, kehadiran Anwar dilihat dapat mengembalikan ‘kuasa rakyat’ untuk mentadbir Kerajaan Negeri Perak,” tambahny


One Response

  1. Anonymous says:

    Cepat2 la betanding situ DSA..nanti boleh cepat bungkus dan ballik jd PENSYARAH spt janji Dato dolo..

    Boleh aa nanti meluahkan kekecewaan pada anak murid..hehehehe

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.