TERKINI ! Pengganas Sulu semakin lemah bila ketua lari awal

on Saturday, March 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kabinet telah bersetuju untuk membolehkan agensi berita asing terutamanya dari Filipina mendapatkan gambaran sebenar berkenaan tindakan pasukan keselamatan terhadap militan Sulu di Sabah.
 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, media asing kini boleh  meletakkan petugas mereka di pusat media di Felda Sahabat.
 
"Anggota keselamatan ini juga boleh mengiringi wartawan asing ke Ground Zero bagi mereka untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik mengenai operasi yang berterusan," katanya kepada pada sidang akhbar di bangunan Umno Bagan Datoh di sini hari ini.
 
Ahmad Zahid berkata, pengganas yang masih berkurung di Sabah didapati berada dalam keadaan kelaparan.
 
Beliau menambah bahawa semangat mereka juga semakin rendah berikutan ketua mereka meninggalkan Sabah.


One Response

  1. paktam says:

    Ketua mereka ialah Musa dan seorang lagi yang bernama kristian. Adik Kiram 3/4 tidak pernah mencecah kaki di Sabah baru baru ini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.