Showing posts with label atm. Show all posts

default

TENTERA AKAN BANTU POLIS PANTAU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MULAI AHAD INI !!

on Friday, March 20, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





MKN memutuskan supaya pihak tentera membantu pihak polis dalam memantau dan memastikan pematuhan rakyat berada di dalam rumah masing-masing bernula hari Ahad.

Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk masuk ke Singapura untuk terus bekerja tetapi mereka diperlukan untuk menginap di Singapura untuk tempoh 2 minggu ini.

Kerajaan Singapura bersetuju menyediakan tempat tinggal bagi mereka untuk tempoh ini.

Selepas 2 minggu ini, pekerja Malaysia akan disaring oleh kerajaan Singapura sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.

Kerajaan akan menangung perbelanjaan makanan kepada semua pelajar yang terpaksa duduk di kolej-kolej kediaman mereka dalam tempoh 2 minggu ini.

default

PENJELASAN PAT TENTANG LAWATAN PERSARAAN KE MYANMAR

on Thursday, December 8, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Bila gambar PAT ke Myanmar bertemu PAT Myanmar , ramai menghentam hingga mengaitkan kehadiran PM ke himpunan Solidariti Rohingya adalah sandiwara.

Tetapi bila baca kenyattan rasmi PAT , ianya hanya lawatan serampang 2 mata selain lawatan persaraan  iaitu membawa mesej isu ROHINGYA  dari Malaysia .

Kita harus ingat sejarah telah membuktikan BANGSA MELAYU BIJAK BERDIPLOMASI ...

Kita mendapat kemerdekaan negara ini melalui DIPLOMASI ...


default

KERANA KEBODOHAN MENTERI , PESARA TENTERA MARAHKAN UMNO

on Saturday, April 16, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Cukup memalukan !!   Buat program di kawasan parlimen  sendiri Kubang Pasu tetapi telah memalukan UMNO di mata pesara tentera yang majoriti orang MELAYU !

Korang tak bengang ke panggil beramai-ramai ke program ambil duit RM1000 tetapi bila jamuan makan ambil makanan atas lori dan dalam longgokan plastik sampah hitam .  Lepas tu meja dan khemah tidak disediakan dan disuruh berdiri makan tepi longkang !!


Apa yang ditegur Presiden PBTVM Mohd Ahli Baharom @ Ali Tinju memang ada betulnya sepatutnya Pak  Menteri DS Hishamuddin Tun Hussein mengikut cara Menteri  YB DS Ismail Sabri yang berjaya menyatukan Ketua-ketua kampung (JKKK &JKKP)  bersama PM 

Masalah kebajikan pesara dan balu hingga kini  masih lagi  tidak terbela dan jangan terkejut jika pesara ini tidak menyokong kerajaan di Pilihanraya umum akan datang !!


Takkan isu kebajikan pesara dan balu ini nak kena tunggu campur tangan Perdana Menteri selepas menerima memo bantahan daripada mereka.  

Malu la jadi Menteri Pertahanan kalau perkara ini kena perlu bos terpaksa selesaikan  . 


default

RAHSIA JUMLAH ANGOTA TENTERA DIDEDAHKAN SECARA TAK SENGAJA KEPADA DUNIA ??

on Thursday, March 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Siapa la penulis ucapan perutusan  Menteri Pertahanan ini ?? Secara tidak sengaja secara didedahkan jumlah anggota tentera (LLP) paling utama sebagai benteng utama negara kepada media dan dunia amnya .  
Setakat aset tentera kita , mungkin risikan negara asing tahu kerana boleh search melalui internet dan sebagainya , tetapi jumlah anggota tentera secara kasar tidak diketahui . 
Tetapi bila didedahkan seperti ini sebagai berita baik melalui kenaikan gaji , ia sebenarnya  telah memberitahu musuh secara basic  kekuatan  anggota pasukan  kita.  
Sepatutnya tidak perlu disebut jumlah anggota hanya menyebut anggota lain lain pangkat (LLP) sahaja .
Kini ia telah tersebar meluas ke seluruh dunia atas kesilapan sendiri yang cuai !


Kuala Lumpur: Seramai 76,771 (70 peratus) anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) yang sedang berkhidmat akan dinaikkan gaji mulai 1 Julai ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenaikan gaji menerusi kelulusan pemakaian Band 5 bagi semua kemahiran akan membabitkan 131 Tred anggota LLP dalam Sistem Tred dan Band Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Katanya, penambahbaikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM58.89 juta.
"Kelulusan ini bukan saja memberi manfaat dari segi peningkatan gaji, malah satu bentuk pengiktirafan terhadap kepakaran dimiliki anggota," katanya dalam perutusan tahun baru 2016 di sini, hari ini.
Menurutnya, kerajaan juga memberi satu kenaikan Band secara one-off kepada 19,436 bekas anggota LLP yang tamat perkhidmatan mulai 1 Januari 2013 hingga 30 Jun tahun ini membabitkan peruntukan RM56.62 juta.- HARIANMETRO- 

default

ATM GUNA PELANTAR MINYAK SEBAGAI PENGKALAN LAUT BERDEPAN ANCAMAN MUSUH NEGARA @HishamuddinH20

on Monday, October 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Pelantar minyak dijadikan pengkalan laut atau Sea Basing jarang sekali dilihat  tetapi kini sudah ada di Sabah sebagai markas di barisan depan berdepan ancaman musuh negara .

Tahniah kepada DS Hishamuddin yang kreatif menggunakan bekas tapak pelantar minyak sebagai Sea Bassing bagi mengawal perairan Pantai Timur  Sabah.

Ancaman IS merupakan cabaran kuat  kepada negara di dunia  dan Malaysia juga tidak terkecuali.  Pengaruh IS juga sudah mula menular dikalangan puak pemisah Selatan Filipina dan sudab baiah kepada pemimpin agong pengganas itu .

Semoga dengan adanya Sea Basing dapat membanteras penceroboh daripada menggugat kedaulatan negara !!






Kenyataan Media
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia

Sea Basing

Tawau, 12 Oktober 2015


Hari ini saya adakan lawatan kerja meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan dan sistem pertahanan di Sabah termasuk bertemu dengan anggota yang terlibat dalam Op PASIR serta menilai sendiri keupayaan Pangkalan Laut (Sea Basing) dalam berhadapan dengan pelbagai ancaman yang wujud dari dalam dan luar negara.

Ini kerana, situasi terkini berhubung ancaman keselamatan di Pantai Timur Sabah telah mengubah lanskap/skop keselamatan dan pertahanan negara. Meskipun situasi di Pantai Timur Sabah terkawal, namun adalah amat penting segala perancangan, pemantapan serta persiapan yang rapi dilakukan dari sekarang untuk mendepani ancaman ini.



Dalam konteks ini, terdapat 4 aktiviti/ gerakan utama yang berpotensi memberi ancaman besar kepada keselamatan dan pertahanan di Sabah, iaitu rancangan penculikan, rompakan laut, rancangan pencerobohan dan ancaman Islamic State (IS).

Berhubung ancaman IS, ianya melibatkan gerakan luar yang lebih bersifat sofistikated dan kompleks.  Pada dasarnya tiada ancaman secara langsung daripada militan IS di Pantai Timur Sabah dan setakat ini belum ada bukti yang kredibel menyatakan elemen-elemen IS telah bertapak di Pantai Timur Sabah. Namun, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana kawasan ini sering berhadapan dengan pelbagai isu keselamatan yang membabitkan jenayah rentas sempadan, serta elemen militan yang dibawa masuk dari Selatan Filipina.



Pada ketika ini, pengaruh IS dipercayai mendapat sambutan di kalangan kumpulan-kumpulan pengganas dan pemisah di Selatan Filipina kerana pemimpin-pemimpin kumpulan ini seperti Kumpulan Abu Sayyaf (KAS), Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF), Moro National Liberation Front (MNLF) dan Rajah Solaiman Movement (RSM) telah menyatakan kesetiaan (Bai’ah) kepada pemimpin IS, Abu Bakr Al-Baghdadi pada tahun 2014. Secara tidak langsung, unsur ekstremis ini berupaya mempengaruhi sebuah kumpulan di Sabah melalui jaringan pengganas yang sedia terjalin. Selain itu, ancaman militan ini juga turut berkait dengan 5 anggota militan rakyat Malaysia yang kini bersembunyi di Selatan Filipina.

Maka bagi mengukuhkan lagi keselamatan di Pantai Timur Sabah, pihak Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia telah mewujudkan Pangkalan Laut atau Sea Basing. Sea Basing ini merupakan inisiatif baru menggunakan pelantar minyak sebagai pangkalan hadapan untuk menguatkuasa pertahanan Pantai Timur Sabah. Sehingga hari ini terdapat 2 Sea Basing utama iaitu Pangkalan Laut Tun Azizan dan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah yang telah beroperasi sejak Mei lalu. YAB Perdana Menteri dijangka akan merasmikan Pangkalan Laut ini dalam masa terdekat.

Pelaksanaan Sea Basing ini adalah pendekatan luar kotak hasil inisiatif saya sendiri. Ia adalah pendekatan pertama seumpama di dunia dan kini menjadi model pertahanan kepada negara-negara lain. Tugas Sea Basing ini ialah bertindak sebagai cegah rintang bagi membanteras penceroboh pengganas, pengumpul maklumat perisikan taktikal dan komuniti maritim, berfungsi sebagai pangkalan operasi hadapan, menyediakan bantuan logistik kepada bot pemintas, bertindak sebagai pusat operasi hadapan untuk mengkoordinasikan operasi kawasan ancaman, berperanan sebagai platform pengoperasian helikopter dan bertindak sebagai pelantar untuk pasukan atur gerak cepat.



Demi memastikan fungsi Sea Basing dapat dimaksimakan, pihak Kerajaan telah menambah baik Pengkalan Laut Tun Sharifah Rodziah dan Pangkalan Laut Tun Azizan dengan memasang peralatan komunikasi radar dan CCTV, jacking system, pemasangan Pontoon, motor air compressor, trouble shooting water marker parker dan trouble shooting Maralia dan HVAC. Keupayaan radar yang dipasang iaitu jenis CSS 1206 mampu mengesan sasaran permukaan sejauh 20KM dan akan ditambah baik dengan pemasangan Radar CSS AESA Spexer 2000 kelak. Kesemua kos pembinaan dan penambahbaikan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Petronas.

Selain daripada itu, pihak kerajaan Malaysia juga telah mengatur gerak aset daripada ATM seperti Bot Tempur CB90, aset-aset APMM dan aset Polis Marin bagi terus mengukuhkan lagi kedudukan dan fungsi Sea Basing. Ianya turut melibatkan krew TLDM dan Anggota PASKAL. Pada masa yang sama, kerjasama risikan antara ATM dan agensi keselamatan Filipina terus dimantapkan bagi mendepani ancaman yang wujud.

default

ATM HANTAR TENTERA KE OPERASI MENYELAMAT BENCANA GEMPA BUMI SABAH @HishamuddinH20

on Saturday, June 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Ekoran daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah awal pagi tadi , operasi untuk membantu mereka-mereka yang terkesan dan terkandas kini mula giat dilakukan.Selain daripada gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia Negeri Sabah (JBPM) bersama-sama agensi kerajaan yang lain , Pasukan tentera darat telah pun di gerakkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terkandas di Gunung Kinabalu hari ini.

Ekoran daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah awal pagi tadi , operasi untuk membantu mereka-mereka yang terkesan dan terkandas kini mula giat dilakukan.Selain daripada gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia Negeri Sabah (JBPM) bersama-sama agensi kerajaan yang lain , Pasukan tentera darat telah pun di gerakkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terkandas di Gunung Kinabalu hari ini.


1000 pack Rangsum Tempur Bekalan Kering (RTBK) dan 100 mes tin telah pun bersedia untuk diterbangkan ke Puncak Kinabalu dengan helikopter Pasukan Udara (PU) namun disebabkan keadaan cuaca yang tidak berapa baik , bantuan ini akan dibawa masuk melalui ground troop agar bantuan keperluan asas ini dapat sampai kepada mangsa.





Selain daripada itu beberapa aset milik Angkatan Tentera Malaysia juga turut digerakkan bagi melancarkan lagi usaha membantu mangsa yang terkandas.


Menurut laporan daripada astro awani , Gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 pada skala richter menggegarkan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi tadi.

Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa tersebut terletak 16km Barat Laut Ranau.

Setakat ini tiada  gempa susulan dilaporkan.

Bagaimanapun Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke masa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah (JBPM) ketika dihubungi berkata, pihaknya kini telah memohon bantuan unit udara JBPM untuk memulakan operasi mengeluarkan pendaki di kawasan pegunungan sekitar Ranau.

Ini kerana, laporan yang diterima JBPM, berlakunya runtuhan batu yang menyebabkan halangan kepada pendaki untuk turun ke kawasan yang lebih selamat.

Selain itu, bomba turut melakukan pemantauan bangunan di sekitar pekan Ranau bersama-sama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kerja Raya untuk mengenalpasti jika ada kemungkinan untuk mengosongkan bangunan.

Buat masa kini, pihak bomba masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kemalangan jiwa.

MMI

default

WIRA BLACK HAWK DOWN CERITA KEHEBATAN ASKAR MELAYU DI BUMI SOMALIA

on Tuesday, May 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments

“KALAU saya tak jumpa rumah itu, depa mati,” demikian kata Sarjan (B) Salim Jaafar, 46, mengimbau pertempuran sengit di Somalia pada 3 dan 4 Oktober 1993.
Salim yang ketika itu berpangkat prebet adalah pemandu kereta perisai pengangkut infantri (APC) RPZ Condor ZA9462, kenderaan pertama yang tiba di lokasi insiden di mana tentera elit US Rangers terperangkap di dalam sebuah rumah di Pasar Bakara.
Ketika itu Pasar Bakara yang terletak di tengah-tengah Mogadishu menjadi medan pertempuran sengit dengan keadaan rumah musnah terbakar dan asap berkepul-kepul di sana sini, diselangi dengan bunyi tembakan.
Salim yang ketika itu baru berusia 24 tahun mengakui di dalam benaknya hanya ada satu tujuan iaitu menyelamatkan anggota US Rangers sekalipun berdepan tembakan bertubi-tubi puak militia, seperti diarahkan.
Katanya, ketika itu, tiada istilah patah balik sebaik RPZ Condor yang dipandunya memasuki kawasan Pasar Bakara dan menerima tembakan musuh bermula jam 11 malam, pada 3 Oktober 1993.
ANGGOTA Malbatt 1 UNOSOM II sedang meninjau sekitar Mogadishu pada 1993. – Foto Zulfadhli Zulkifli



“Maklumat diterima, mereka (askar Amerika Syarikat) terperangkap di dalam sebuah rumah terbakar tapi bila sampai, kita dapati semua rumah terbakar,” katanya.
Sebelum tiba di lokasi itu, APC dipandu Salim bertembung dengan APC ZA9341 yang dipandu Prebet Mat Aznan Awang yang gugur ditembak musuh.
“APC itu tak bergerak, mereka dah bawa arwah dan lain-lain keluar,” katanya merujuk kepada arwah Mat Aznan, terkorban selepas ditembak puak militia menggunakan RPG.
APC ZA9341 yang tidak bergerak itu telah mengelirukan tiga lagi kereta perisai yang mengikut dari belakang termasuk APC yang membawa Leftenan Muda Muhammad Juraimy Aripin yang juga Ketua Platun 3 Kompeni A dalam misi menyelamat itu.
“Ketua Platun berkali-kali mengarahkan 13 Charlie (call sign kereta perisai Salim) supaya bergerak, rupa-rupanya mereka terkeliru dengan kereta perisai arwah yang rosak dan tidak bergerak,” kata Salim.
Buat seketika kereta perisai Salim berada di depan tanpa tiga lagi APC Platun 3 yang mengekori dari belakang sebelum semuanya tiba di lokasi terbabit beberapa minit kemudian.
GAMBAR dari sebuah buku mengenai misi bantuan kemanusiaan di Somalia. – Foto Zulfadhli Zulkifli



Salim dan krew ZA9462 kemudian menemui rumah di mana tentera AS berlindung apabila beliau berjaya mengesan bulatan cahaya biru yang ditanda di hadapan rumah berkenaan.
Berbekalkan “cover fire” (tembakan perlindungan) oleh helikopter tentera AS sebaik menerima arahan bergerak dari ketua platunnya, Salim memecut kenderaan perisainya ke rumah itu walaupun ditembak bertalu-talu oleh puak militia.
“Kereta saya yang pertama dari Kompeni A sampai di rumah itu. Saya terkejut apabila melihat dalam rumah itu ada dua tiga anggota tentera kita dari Kompeni B ada dalam rumah itu dalam keadaan cedera parah bersama tentera AS yang turut parah.
“Depa (anggota Kompeni B) cakap kalau kami tak sampai, depa dah mati kerana musuh sudah kepung rumah itu untuk ambil mereka. Depa sendiri tak sangka akan hidup kerana sudah cedera parah. Depa dok bertahan ketika itu,” katanya mengesahkan ada dua tentera AS terperangkap di dalam rumah itu.
Sebaik mengambil tentera Malaysia dan AS yang cedera itu, Salim memandu keluar APC dari kawasan berkenaan dengan bantuan tembakan udara oleh helikopter AS terhadap musuh.
Salim adalah antara 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Malbatt 1, yang terbabit dalam misi menyelamatkan 70 US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara selepas misi AS untuk menangkap dua pemimpin kanan panglima perang Jeneral Mohamed Farrah Aidid pada sebelah siang 3 Oktober 1993, gagal.
GAMBAR dari sebuah buku mengenai misi bantuan kemanusiaan di Somalia. – Foto Zulfadhli Zulkifli


Dalam misi menyelamat di bawah panji-panji UNOSOM II itu, dua kompeni 19RAMD dari Malbatt 1 menggunakan 32 kereta perisai RPZ Condor dalam pertempuran sengit itu.
“RPZ Condor ni walaupun ia (kenderaan) lama, tapi banyak berjasa,” kata Salim yang mempunyai empat anak dan kini menyara keluarganya dengan mengusahakan chalet di Langkawi secara kecil-kecilan selepas bersara pada tahun 2012 sebagai jurulatih RPZ Condor 19RAMD.
* Ikuti pengalaman Mejar Muhammad Juraimy Aripin yang mengetuai Platun 3 Kompeni A 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam misi menyelamatkan 70 US Rangers di Pasar Bakara, Mogadishu, dalam siri keempat Menjejak Wira Black Hawk Down dalam BH, esok.
Nota: Bekas tentera Malaysia yang terbabit dalam pertempuran di Mogadishu, Somalia pada 1993 boleh berkongsi pengalaman dengan pembaca BH dengan menghubungi Azrul Affandi Sobry (019-6623360 atau e-mel kepada bhnews@bh.com.my.

default

PM PUJI PENGANJURAN LIMA 2015 ADALAH YANG TERBAIK @HishamuddinH20 @NajibRazak

on Tuesday, March 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji edisi Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima'15) tahun ini sebagai yang terbaik sejak edisi pertama pada 1991, yang menyaksikan penyertaan pecah rekod, 512 syarikat dari 36 negara.

Ketika merasmikan pembukaan Lima'15, beliau berkata, bilangan penyertaan kali ini mengatasi jumlah 433 syarikat yang menyertai pameran itu, dua tahun lepas.

"Lima'15 menyaksikan banyak yang julung kali dan dengan kepelbagaian aspek dan dimensi pameran pada tahun ini, ia merupakan Lima terbaik yang kita pernah anjurkan," katanya pada majlis perasmian yang diadakan di atas landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini.



Najib berkata, Lima'15 juga mencatat sejarah berikutan kehadiran semua 10 Menteri Pertahanan Asean serta berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) yang pertama kali, di Langkawi, dua hari lepas.

Perdana Menteri berkata, Lima telah melalui perjalanan yang panjang sejak julung kali diadakan pada 1991 semasa beliau menjawat jawatan menteri pertahanan dan ditugaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk  menganjurkannya.



Najib secara berseloroh berkata, beliau berdepan banyak kesukaran semasa menganjurkan Lima edisi pertama, berbanding Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang bertanggungjawab menganjurkan edisi terbaharu ini.

"Saya bermula dengan kosong, termasuk memastikan hotel disiapkan dalam tempoh 50 hari," katanya, mencetuskan gelak ketawa para hadirin.

Selain pameran maritim dan udara, katanya Lima'15 turut menyaksikan penganjuran pelbagai seminar termasuk Program Belia Asean, Persidangan Meja Bulat Panglima Tentera Laut dan Sidang Kemuncak Penerbangan Asean serta Latihan Menentang Terorisme Pelbagai Negara yang menggabungkan polis dan tentera.

Menurut Najib, Asean kekal sebagai pasaran menarik untuk konglomerat pertahanan global di sebalik pemotongan perbelanjaan oleh rantau lain.

Katanya, penerbitan terkemuka antarabangsa IHS Jane's meramalkan perbelanjaan pertahanan Asean akan meningkat kepada AS$44.5 bilion (RM164.65 bilion) pada 2018 berbanding AS$38.5 bilion (RM142.45 bilion) tahun ini.

"Rantau ini merupakan rantau penting dalam pertahanan dan sektor komersial lain. Latar belakang ini menjadikan Lima tempat terbaik bagi syarikat-syarikat," katanya sambil mengucap tahniah kepada penganjur yang memastikan acara dwitahunan ini berjaya.



Turut hadir pada majlis yang berlangsung di bawah terik matahari pagi Langkawi itu ialah, Hishamuddin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pegawai kanan kerajaan.

Hadir sama ialah semua 10 Menteri Pertahanan Asean yang baru selesai menghadiri ADMM selama dua hari di sini.

Majlis diakhiri dengan pertunjukan udara selama 10 minit oleh jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk terbang lintas aset terbaharu, Airbus A400M 'Atlas.


Lima 2015 berlangsung sehingga 21 Mac ini. - Bernama

default

PESAWAT PENGANGKUT CANGGIH AIRBUS A400M MILIK TUDM DI #LIMA15

on Thursday, March 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



SEMASA Kementerian Pertahanan (Kementah) mengumumkan pembelian pesawat pengangkut Airbus A400M kira-kira enam tahun lalu, ada kalangan pemikir pertahanan tempatan beranggapan cadangan tersebut kurang bernas.
Alasannya, perolehan pesawat yang menelan kos berbilion ringgit itu ada risikonya kerana tempoh untuk menyiapkan pesawat dijangka memakan masa bertahun-tahun.
Ketika itu, Airbus melalui cabang firma pertahanannya, Airbus Military masih belum menghasilkan pesawat hakiki dan cuma mempamerkan visual komputer pesawat kepada negara bakal pembeli.
Namun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak melihat ia sebagai perolehan serampang dua mata.
Dimeterai pada Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi 2005 (LIMA 05), pembelian empat pesawat pengangkut bernilai RM2.8 bilion itu merupakan keputusan bijak kerajaan.
Selain bagi menggandakan keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti yang dirancang, Najib sudah membayangkan bahawa perolehan tersebut menguntungkan industri hiliran tempatan khususnya teknologi mega aeroangkasa.



Ini kerana banyak syarikat tempatan yang berkelayakan bakal menerima limpahan ekonomi berganda seperti mengeluarkan bahagian tertentu pesawat. Walaupun hanya komponen kecil, ia akan digunakan di peringkat global.
Sebanyak 184 buah pesawat telah dipesan, antaranya Jerman dengan pesanan 60 buah pesawat, Perancis (50), Sepanyol (27), Britain (20) dan Turki (10).
Pengangkut
A400M diilhamkan pada tahun 1982 bagi Program Pesawat Pengangkut Masa Hadapan (FIMA) melibatkan tiga gergasi aeroangkasa Barat iaitu Aérospatiale, British Aerospace (BAe), Lockheed and Messerschmitt-Bölkow-Blohm (MBB).
Mengikut perancangan, pesawat yang dihasilkan dalam kategori sederhana nanti hendaklah lebih besar daripada Hercules C-130 tetapi lebih kecil berbanding pesawat Boeing C-17.
Malangnya, Lockheed menarik diri tujuh tahun kemudian sebelum disertai firma Alenia dan CASA dari Itali.
Hanya pada tahun 2003, pelan global pembangunan A400M dimeterai lapan negara Eropah iaitu Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Britain, Turki, Belgium dan Luxemborg. Itali bagaimanapun menarik diri kemudian.



Pembelian A400M menyaksikan Malaysia menjadi negara tunggal Asia menyertai program pesawat pengangkut global itu manakala Afrika Selatan pula mewakili benuanya.
Pesawat A400M yang pertama siap dibina pada Jun 2008 sebelum melakukan penerbangan sulung pada 11 Disember 2009. Kini, sebanyak lima model pesawat ujian telah dihasilkan.
Ia direka bagi operasi di kawasan pendaratan tidak tersedia, boleh menggabungkan keupayaan logistik dan taktikalnya untuk membawa beban hingga 30 tan metrik sejauh 2,450 batu nautika.
Menurut penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mat Nor, TUDM sememangnya memerlukan pesawat pengangkut berkeupayaan tinggi sesuai dengan peranan pelbagai misi yang perlu dilaksanakan dan bukan terhad kepada tugas ketenteraan.



default

JENERAL ATM JAWAB TUDUHAN NGO ISU KEHADIRAN TENTERA AS DI KELANTAN

on Wednesday, September 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Panglima ATM jawab isu Eksesais Keris Strike dengan tentera AS

17 SEPT: Kehadiran kira-kira 300 anggota tentera Amerika di kem Pangkalan Chepa dan kem Desa Pahlawan bagi eksesais Keris Strike sehingga cetuskan persoalan orang ramai bukanlah sesuatu yang baru.

Malah tegas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin latihan ketenteraan ini turut diadakan dengan beberapa lagi negara lain dan bukannya hanya dengan amerika syarikat sahaja.


Menurutnya lagi antara negara luar yang datang ke Malaysia untuk melakukan latihan bersama termasuklah Australia, New Zealand, Thailand, Singapura, Indonesia dan beberapa lagi negara jiran lain.

Malah katanya tentera Malaysia juga pergi ke negara luar untuk menjalani eksesais seumpama ini cuma ia tidak diwar-warkan kepada umum.

Tambahnya kedatangan tentera Amerika itu adalah salah satu rancangan yang telah dirancang awal untuk melakukan eksesais Keris Strike di Kelantan.

Tetapi disebabkan pesawat C17 tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa jadi terpaksalah ia mendarat di lapangan yang terdekat sekali iaitu di lapangan terbang di Terengganu.

“saya yakin tidak semua rakyat malaysia paranoid yang paranoidnya hanya ada segelintir sahaja rakyat yang cuba spin dan memutarbelitkan yang mengatakan tentera amerika mendarat dengan pesawat 777 dan sebagainya.....ini adalah untuk mengeruhkan keadaan,” katanya pada sidang media sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-81 di ibu negara pada Rabu.



Tambahnya kerajaan negeri dan penduduk sekitar telah pun dimaklumkan lebih awal akan kehadiran tentera Amerika ini melalui ketua-ketua masyarakat mengenai pelaksanaan eksesais itu namun bagi mereka yang tidak tahu memandang tetap serong dengan kehadiran anggota tentera Amerika ini.

Jelas Zulkifeli ini adalah rancangan latihan untuk kedua-dua negara membuat latihan timbal balik dan belajar di antara satu sama lain bagi mendapatkan lebih pengetahuan dan pengalaman gerak gempur setiap negara yang menggunakan taktik yang berbeza.

Malah ia juga dilihat sebagai satu pendedahan bagi anggota tentera untuk menambahkan lagi kemahiran mereka dan pengetahuan mereka.


default

TLDM DESAK KERAJAAN BENARKAN TEMBAK PENGGANAS CEROBOH BUKAN LAGI AMARAN !!

on Monday, July 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan bagi membenarkan angkatan itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah.


Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab termasuk TLDM yang menjaga perairan negeri itu tidak dibenar melepaskan tembakan terhadap ‘penceroboh’ menyebabkan kumpulan tersebut sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan.



“Mereka (penceroboh) tidak lagi takut dengan pihak berkuasa kerana tahu kami tidak akan melepaskan tembakan, hanya amaran mengarahkan supaya berhenti sahaja.

“Perkara ini tidak boleh berterusan, takkan mahu tunggu mereka berhenti, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian.

Jadi, kami akan memohon kepada kerajaan supaya ‘peraturan’ itu ditukar dan pihak berkuasa termasuk TLDM dibenar melepaskan tembakan sekiranya penceroboh enggan mengikut arahan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada antara Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid dengan Laksamana Madya Datuk mohamad Roslan Mohamad Ramli. - UTUSAN ONLINE



*** GPB berharap kerajaan terutama Menteri bertanggungjawab iaitu KDN & Pertahanan perlu tegas .  Kalau Panglima TLDM dah bersuara , tolong jalankan tanggungjawab anda.

Rakyat boleh bersatu  memberi sokongan moral tapi kalau nak  tembak pengganas dahulu pun tak boleh , bagaimana nak pertahankan negara .

Kita sekarang bukan berdepan penceroboh biasa  tapi   PENGGANAS  seperti komunis . Membunuh anggota keselamatan kita ibarat kejayaan besar mereka mencalarkan imej negara.


default

TEORI KONSPIRASI DIEGO GARCIA & MENGAPA KOMANDO MALAYSIA KE KORIDOR UTARA ?? #MH370

on Wednesday, March 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 23 Comments



Artikel  di bawah ini tersebar meluas di media sosial &  tak mustahil teori konspirasi ini boleh berlaku kepada MH370 .


Jika  8 saintis China & ratusan lagi rakyatnya  berada dalam pesawat MH370 , kerajaan negara itu tak akan duduk diam & akan terus menyiasat  . Walaupun keluarga penumpang dari negara itu marah kepada kerajaan kita , tapi pemerintah negara itu tetap berkerjasama  kerajaan Malaysia . 


Tetapi dalam keadaaan apa sekalipun ,  kita memerlukan bukti jika benar teori ini berlaku.  


Mungkin sebab itu Komando Malaysia dihantar ke negara di lokasi rahsia  koridor utara seperti India & Maldives (Klik di  sini ) untuk menjejaki petunjuk MH370 walaupun PM menyatakan melalui data satelit ,  MH370  berakhir di lautan Hindi dekat barat daya Australia . 


Malah PM sudah beri jaminan  polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti dengan secepat mungkin punca sebenar tragedi menimpa pesawat MH370. klik di sini 









Tuan-tuan boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.


Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

 Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu.

 Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control).




Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas.

 Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat.

Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

 Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

 Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia.

 Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

 Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US) 

-SUMBER - 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.