Harimau Malaya tumbang lagi , salah Rajagopal sendiri !

on Wednesday, November 7, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Entah apa masalah  yang tak kena kepada Harimau Malaysia sekarang ini . Tewas 2 kali berturut-turut kepada pasukan yang akan beraksi di Piala AFF 2012 .

Kali ini kepada Thailand dengan jaringan 2- 0 . Sebelum ini Rajagopal salahkan striker masa melawan Vietnam .

Tapi kali ini apa yang GPB perhatikan kesilapan percaturan eksperimen Rajagopal sendiri . Bukan salah penyerang sensasi negara Safee - Mat Yo , tapi pemain yang midfield yang diletakkan beliau  untuk First Team iaitu Shakir - Gary Steven .

Kedua-dua pemain tengah ini langsung tak ada idea  merencana serangan dan menghantar bola kepada striker .  Ball possesion memang hampeh ..selalu hilang bola ..

Mengapa Rajagopal  simpan  Khyril Muhaimin , Badrol Baktiar , Fakri Saarani di bangku simpanan ??

Sepatutnya mereka ini diletakkan first team pasukan negara. Ini tak masuk second half boleh buat apa dah dalam masa 10 minit sebelum permainan tamat.

Kalau setakat  mahu simpan kuku supaya pasukan lawan tak tahu kekuatan negara.. kalau seri keputusan itu okay la . Ini tak sudah kalah dua kali . Patut la ranking jatuh teruk kerana friendly match tak penting bagi coach Malaysia .



4 Responses

  1. Anonymous says:

    DAH SAMPAI MASA RAJAGOPAL UNDUR DIRI. DIA DAH TAK BOLIH MEMBIMBING PASUKAN HARIMAU MALAYA LAGI. FAM CARILAH JURULATIH EROPAH YG BARU. DAH MUAK AKU DGN PERMAINAN PASUKAN KITA. MEREKA MAIN MACAM PASUKAN KAMPUNG AJE.

  2. Anonymous says:

    Betul yob.aku pun rasa muak dengan eksperimen rajagopal ni.cari ler coach yg berkaliber dan berpengalaman di peringkat antarabangsa mcm maradona tuh..hahahAha.

  3. AJAI62 says:

    Assalam Bro

    Sepatutnya sekarang bukan musim nak buat eksperimen lagi... Sepatutnya pasukan sebenar yg akan bertanding piala AFF dah dibentuk tanpa ada pemain bidan terjun... Mungkin ini raja sudah besar kepala... Cakap dia aje yg betul... Pada dia ranking tak penting pada pemain nak main di Liga Luar Negara Ranking sangat perlu... FAM tak buat kerja Bro...

  4. aku says:

    raking tak penting..hahah - Raja play save

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.